Hari Ibu tidak lama lagi, pasti ramai yang ingin menghadiahkan sesuatu bagi menghargai jasa dan pengorbanan ibu tersayang.
Sungguhpun tiada hadiah yang dapat menggantikan jerih- perih ibu membesarkan anak mereka, sekurang-kurangnya ada yang boleh dijadikan kenang-kenangan.
Untuk itu, Comyns menyediakan set Tesserae dan Crystelle yang pasti dapat menggembirakan ibu dengan rekaan elegen dan menarik untuk dipakai sepanjang tahun.
Dinamakan sempena nama dinding mozek Roman, set rantai leher Tesserae direka bercirikan gantungan kepingan perak tulen yang tentunya indah menghiasi leher ibu tersayang.
Malah gelang tangan yang disediakan juga sepadan dengan aura ditonjolkan rantai berkenaan.
Kombinasi struktur hablur segi enam Crystelle pula dinyatakan dengan jelas melalui rekaan rantai leher dan gelang tangan yang menawan hati.
Set rantai leher itu memaparkan rekaan unik dengan fungsi penyesuaian bagi membolehkan pengguna membetulkan panjang rantai agar bersesuaian dengan majlis dihadiri.
Untuk jangka masa terhad, Comyns turut menyediakan kain pengilap berwarna perak secara percuma untuk setiap pembelian bagi koleksi terbabit.
Ia boleh didapati di seluruh rangkaian Comyns di Suria KLCC, Bangsar Shopping Center dan di Royal Selangor Visitor Centre, Setapak.