UPIN & IPIN dan rakan-rakannya merupakan kartun animasi yang bukan sahaja mendapat tempat di hati kanak-kanak malah popularitinya merentasi semua kaum di Malaysia.
Kini, kisah kejayaan pasangan kembar Upin & Ipin dan rakan-rakan diteruskan lagi dengan pelancaran koleksi produk penjagaan diri kanak-kanak Upin & Ipin dengan haruman buah-buahan dan gula-gula yang dibawakan eksklusif oleh Wonderland Primary Sdn. Bhd.
Bagi ibu bapa yang berhadapan dengan kesukaran memujuk anak mereka untuk mandi atau membersihkan diri, apa kata pujuk mereka dengan koleksi penjagaan diri Upin & Ipin Aroma Buah-Buahan dan Gula-Gula.
Koleksi penjagaan diri ini diperkaya dengan daun lidah buaya dan vitamin E, yang dapat melembapkan kulit dan merapikan rambut.
Produk Upin & Ipin terdiri daripada syampu, krim mandian, losen badan dan penjagaan diri dari hujung rambut hingga ke hujung kaki untuk seisi keluarga.
Ia bebas daripada SLES dan Paraben. SLES atau SLS (sodium lauryl ether atau sodium laureth sulphate) adalah sejenis agen sabun murah yang sering digunakan dalam kebanyakan produk penjagaan diri. SLES boleh menyebabkan kegatalan pada kulit dan mata.
Paraben pula adalah sejenis bahan kimia yang sering digunakan sebagai pengawet dalam kebanyakan produk penjagaan diri yang berada di pasaran. Ia juga boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit.
Bungkusan produk bagi koleksi penjagaan diri Upin & Ipin ini direka khas agar dapat memberikan informasi mengenai kegunaan masing-masing.
Dengan menampilkan ciri-ciri menarik, kini anak-anak dapat menikmati masa mandian mereka dengan selamat, penuh keriangan di samping mudah digunakan.
Koleksi penjagaan diri ini boleh didapati di semua pasar raya yang berhampiran anda sekarang pada harga di antara RM13.90 sehingga RM16.90 seunit
Jika anda berminat untuk menjadi pengedar atau mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai koleksi penjagaan diri Upin & Ipin ini, sila hantarkan pertanyaan anda ke info@wonderland.my atau hubungi 03-8737 1233.