Buku: Cerita Dari Syurga

Info buku Cerita Dari Syurga

Info buku Cerita Dari Syurga

Buku cerita dari syurga adalah himpunan 30 cerita yang penuh inspirasi, memberi motivasi dan mampu menggugah emosi dengan penceritaan yang hidup dan segar.

Ceritanya merangsang menjadi lebih bersemangat untuk menikmati kehidupan dan menjadikan setiap saat dalam hidup ini lebih bermakna.

Antara kandungan menarik dalam naskhah ini termasuk mengisahkan isteri mahu kekal dalam ingatan suaminya sepanjang hayat serta seorang ayah yang mahu meninggalkan kesan mendalam dalam hati anaknya.

Selain itu, terdapat kisah lain seperti lihat syurga di jendelamu, bisikan kata-kata syurga, jemaah syurga berkhemah di dunia, semanis dan sepahit gula-gula Kopiko, senyuman adalah cop kekal dalam kenangan dan tiket bahagia selalunya berganda.

Tajuk: Cerita Dari Syurga
Penulis: Zamri Mohamad, Yusry Yusopp dan Haeqal Zulqarnain
Penerbit: PTS Profesional Sdn Bhd
Harga: RM11 (Semenanjung) RM13 (Sabah dan Sarawak)