Peneraju utama pengeluaran telefon bimbit dunia, Samsung telah mengumumkan pelancaran model Samsung GALAXY S Advance untuk pasaran Malaysia. Ditujukan khas untuk pengguna yang untuk mementingkan gaya, telefon bimbit Android ini merupakan kombinasi seimbang dari segi stail, kemampuan dan kepenggunaan. Rekabentuk baru Samsung GALAXY S Advance membolehkannya dipegang dengan lebih mudah.
Samsung GALAXY S Advance hadir bersama skrin bersaiz 4.0" Super AMOLED yang menawarkan kualiti visual memberangsangkan sepertimana terdapat dalam rangkaian GALAXY yang lain. Dengan variasi warna yang ada, dibantu dengan kamera 5MP, sudah pasti rakaman foto atau video akan menjadi lebih nyata dan menarik.
Bercakap mengenai pelancaran telefon bimbit ini, Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd, Encik Kwon Jae Hoon, berkata: "Kehadiran Samsung GALAXY S Advance akan dapat mempelbagaikan lagi kejayaan telefon bimbit pintar dalam keluarga Samsung GALAXY sebelum ini. Kebanyakan model dari jenis Samsung GALAXY hadir dengan gabungan kemampuan dan gaya yang membuktikan bahawa Samsung sentiasa komited dalam melakukan inovasi terhadap pemasaran telefon bimbit.
Dikuasakan dengan Dual-Core Processor, 1.0 GHz serta sambungan HSPA 14.4 Mbps, Samsung GALAXY S Advance dibina berdasarkan pertimbangan kuasa dan kepantasan, menghasilkan antaramuka pengguna yang versatil dan beresponsif tinggi.
Pengguna juga dapat menikmati penggunaan aplikasi yang lebih laju dari sebelum ini dan peralihan antara aplikasi juga tidak memerlukan masa yang lama. Juga dipertingkatkan ialah masa untuk melayari internet.
Dijalankan dengan menggunakan sistem operasi Android 2.3 Gingerbread serta antaramuka Samsung TouchWiz, Samsung GALAXY S Advance membolehkan anda untuk terus berhubung melalui Samsung Hub dan ChatOn.
ChatOn merupakan servis pelbagai platform yang dibangunkan Samsung untuk membolehkan pengguna telefon bimbit berinteraksi secara individu atau berkumpulan menggunakan Kata Pengguna dan Kata Laluan, di mana anda boleh berkongsi maklumat dalam pelbagai format termasuk, foto, video, suara, kenalan, kalendar dan pelbagai lagi yang menjadikan pengkongsian maklumat lebih mudah.
Salah satu ciri terbaru dalam Samsung GALAXY S Advance ialah Find My Mobile, aplikasi yang dapat membantu mengesan telefon bimbit anda sekiranya ia didapati hilang selain memastikan setiap data yang tersimpan dalam telefon bimbit ini selamat.
Bagi pengguna yang gemarkan aplikasi permainan video dalam telefon bimbit, Samsung GALAXY S Advance juga menyediakan GameHub yang membolehkan pengguna mengakses pada ribuan permainan yang disediakan.
Samsung GALAXY S Advance akan berada di pasaran Malaysia awal Mei dan didapati pada harga RM1299.