Axe Anarchy For Him and For Her harga RM16.90

Kesegaran diri bukan saja dapat membuatkan diri rasa lebih berkeyakinan apabila berada di sisi insan istimewa, tapi juga mampu membangkitkan suasana romantis. Detik itu pastinya meninggalkan kenangan cukup manis.

Tidak kira sama ada haruman dipadankan mempunyai unsur kayu, bunga atau sebaliknya kesegaran buahbuah, minyak wangi yang disembur pada tubuh juga boleh merubah perasaan yang dilalui seseorang apatah lagi merangsang minda dari segala kekosongan.

Seiringan dengan perubahan masa, minyak wangi juga kini tampil sebagai salah satu keperluan asas bagi melengkap gaya baik wanita mahupun lelaki. Dengan adanya perkembangan pilihan, haruman yang diketengahkan turut membawa identiti tersendiri terhadap pemakaiannya.

Semakin menerima sambutan dari peminatnya, Axe Effect keluaran Unilever (M) yang sebelum ini lebih terkenal sebagai haruman khas untuk lelaki aktif, kini menampilkan kejutan buat pasangan dengan mengemukakan rangkaian istimewa buat wanita yang juga mengagumi keistimewaannya.

Pengurus Pemasaran Deodorant and Skin Care, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd, Ray Guinoo, menjelaskan bahawa Axe Anarchy Him and For Her tampil sebagai pelengkap wangian yang bukan saja menawan untuk lelaki tetapi hadir sebagai edisi terhad bagi wanita yang senantiasa inginkan haruman yang unik sepadan dengan pasangan mereka.

Sambungnya, Axe Anarchy Him and For Her yang berada di pasaran dalam tempoh singkat diwujudkan sebagai tanda penghargaan buat wanita yang memberi sokongan sekali gus memberikan cetusan revolusi baru dalam industri wangian.

"Berdasarkan lama sosial yang diterbitkan, AXE memiliki lebih 11 juta peminat di Facebook dan suku daripadanya adalah wanita dan sebagai tanda penghargaan AXE ingin membantu wanita berkongsi daya tarikan bersama teman lelaki mereka.


"Anarchy For Him and For Her adalah wangian yang menarik lagi menyeronokkan. Bermula dengan wangian berunsur buah-buahan, ia berubah kepada bunga-bungaan yang lembut dan berakhir dengan kesegaran manakala For Him mengetengahkan unsur kelelakian," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Sempena pelancaran Anarchy For Him and For Her, AXE turut melancarkan pertandingan The Search for the 1,000 Top Secret Cans. Peraduan yang menawarkan pelbagai hadiah menarik di sebalik keharuman istimewa itu adalah salah satu daripada pelbagai inisiatif AXE untuk mendekati pelanggannya.

AXE Anarchy For Him and For Her dijual di semua farmasi terkemuka dan pasar raya dengan harga RM16.90 setiap satu.