Yoyoy Kamphora Spa, Taman Melawati

Sebarang maklumat lanjut mengenai Yoyoy Kamphora Spa boleh hubungi 03- 41474479/ 012 3084479 atau layari laman web www.yoyospa.com

------------------

Rasa tenang menggamit perasaan sebaik melangkah masuk ke Yoyoy Kamphora Spa apatah lagi dengan tata rias dalaman yang berkonsepkan tradisional Melayu.

Sementara menunggu sesi rawatan dilakukan pengunjung spa yang terletak di Melawati Square, Taman Melawati, Hulu Kelang, Selangor itu boleh melepaskan lelah seketika di ruang menunggu sambil perasaan dibuai dengan alunan muzik berirama lembut.

Seketika itu, pengunjung akan disediakan dengan secawan madu suam sebelum memulakan rawatan seterusnya bagi memberi tenaga dan rasa nyaman kepada badan.

Menariknya, sepanjang laluan masuk menuju ke bilik rawatan, dekorasi indah dengan hiasan pokok hijau dan sinaran lampu neon cukup mendamaikan.

Pengurusnya, Nurul Huda Saparudin, 28, berkata, spa yang mula beroperasi sejak empat tahun lalu menekankan konsep tradisional dan moden.

"Walaupun terdapat peralatan yang canggih dan moden, tetapi rawatan di sini lebih menggunakan konsep tradisional.

"Bahan-bahan yang disediakan untuk rawatan seperti urutan dan skrub semuanya menggunakan bahan tradisional dan bebas daripada unsur kimia," katanya.

Tambahnya, pilihan tersebut dibuat memandangkan sekarang ini ramai wanita gemar melakukan rawatan mengunakan bahan-bahan berasaskan alam semulajadi atau alami.

"Selain menawarkan rawatan kesihatan secara holistik, spa kami juga menawarkan pakej rawatan dari hujung rambut hingga hujung kaki.

"Antaranya, lulur tradisonal yang menggunakan bahan alami seperti halia, serai, limau, madu dan beras," katanya.

Tambah Nurul Huda, Yoyoy Thamphora spa juga menawarkan pakej rawatan untuk ratu sehari, meliputi rawatan dari hujung rambut hingga hujung kaki.

"Harga yang ditawarkan berpatutan serendah RM200 hingga RM750 untuk setiap sesi rawatan.

"Sementara itu, sempena sambutan Hari Ibu dan Hari Guru, kami juga menawarkan pakej rawatan dengan harga berpatutan kepada wanita di luar sana," katanya.

Katanya, pakej ini merangkumi steam rejuvanate, relaxation massage, facial pearl, aura seri face massage dan aroma eye pillow treatment.

"Harga untuk pakej ini adalah RM199 dan hanya terhad kepada pengunjung sehingga hujung bulan Mei sahaja," katanya.

Menurut beliau, selain memiliki tiga buah bilik rawatan termasuk satu bilik VVIP dan satu jakuzi, spa itu juga menyediakan perkhidmatan salon buat pengunjung.

"Bagi kami, keselesaan dan ketenangan pengunjung menjadi keutamaan dalam perkhidmatan yang disediakan," katanya.

Tambahnya, spa berkenaan turut menyediakan rawatan bekam khas untuk wanita iaitu rawatan bekam darah, bekam angin dan bekam akupuntur.

Yoyoy Kamphora Spa,Taman Melawati


"Rawatan ini bertujuan melancarkan darah ke seluruh badan dan membolehkan proses berbekam dilakukan untuk mengeluarkan darah yang kotor dan bertoksin.

"Selain rawatan bekam, terdapat juga rawatan lain yang disediakan seperti aroma terapi, refleksologi, sauna, rawatan muka, rawatan kuku tangan dan kaki, akupuntur, acupressure, kiropratik untuk masalah tulang belakang, herbalogi, diagnotik penyakit dan iridologi," kata Nurul Huda.