Teh Kri-Young

Teh Kri-Young dipaten guna teknologi Itali
PALMABRAND Exclusive Sdn Bhd, syarikat Bumiputera yang memfokus kepada jualan produk kesihatan kini tampil memperkenalkan minuman kesihatan yang boleh membantu menstabilkan paras gula, Teh Kri-Young.

Pengasas dan Pengarah Urusannya, Mohammad Nor berkata, Teh Kri-Young direka khas untuk mereka yang prihatin mengenai kesihatan dengan menukar minuman harian kepada manfaat daripada kandungannya.

Katanya, Teh Kri-Young sangat mudah digunakan dengan hanya menggunakan air panas dan mempunyai rasa seperti teh tarik, malah ia dipatenkan menggunakan teknologi Itali selain produk dikaji oleh pakar penyelidikan dari Teknologi Park Malaysia.

Mohammad berkata, Teh Kri-Young juga mempunyai 70 rujukan mengenai kajian keberkesanannya dan pihaknya memasarkan produk terbabit menerusi stokis dan pengedar yang dilantik di seluruh negara.

Segala maklumat lanjut termasuk berminat menjadi pengedar boleh hubungi 03-41418500/019-2641500 atau e-mel ke palmabrand@unifi.my.