Susu perisa koko untuk ibu
Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd (Danone Dumex) memperkenalkan perisa baru khusus ibu hamil - Mamil Mama Koko Halus.
Produk baru itu rendah kandungan lemak berbanding susu tepung penuh krim yang lain itu dilengkapi immunoforce, sekali gus menyokong pertambahan berat badan sesuai selain menyediakan nutrien berharga.
Ia dirumus khas memenuhi keperluan pemakanan wanita yang merancang untuk hamil, sedang hamil atau sedang menyusu badan.
Immunoforce adalah formula saintifik terbukti, dipatenkan di peringkat antarabangsa membantu meningkatkan pertumbuhan bakteria berfaedah di dalam usus untuk memperbaiki dan mengekalkan persekitaran usus yang baik.
Diperkaya asid folik bertujuan mengekalkan pertumbuhan dan perkembangan janin selain bekalan kalsium membantu perkembangan tulang dan gigi. Sementara, besi menjadi satu faktor penting dalam pembentukan sel darah merah.
Menerusi keseimbangan nutrien betul, ibu hamil boleh menikmati kehamilan yang sihat dan berseri.
Ketika mengandung penting wanita memberi perhatian tambahan kepada pemakanannya kerana ia turut mempengaruhi bayi dikandung.
Pengarah Urusan, Danone Dumex, Toni Brendish, berkata pihaknya komited untuk menyediakan yang terbaik dalam pemakanan untuk ibu dan bagi mereka bercadang menjadi ibu.
"Kami percaya pemakanan penting mengekalkan kesihatan kedua-dua ibu dan kanak-kanak. Disebabkan coklat dan koko menjadi kegemaran ramai, kami yakin perasa baru ini akan menggalakkan lebih ramai wanita, mengambil susu ketika hamil atau sepanjang hidup mereka," katanya.