Jamu Selapan PT Mustika Ratu pulih tenaga ibu bersalin

Jamu Selapan pulih tenaga ibu bersalin
Produk kecantikan dan jamu keluaran PT Mustika Ratu sentiasa menerima permintaan tinggi walaupun terdapat banyak produk serta rawatan moden di pasaran masa kini.

Wanita Melayu khususnya masih memilih untuk menggunakan rawatan secara tradisional terutama selepas bersalin.

Oleh itu, PT Mustika Ratu mengambil inisiatif mencipta produk bersesuaian memenuhi kehendak ibu yang baru melahirkan anak.

Produk Jamu Selapan keluaran PT Mustika Ratu dirumus khas daripada ramuan semula jadi lengkap dengan lapan jenis khasiat bagi mengembalikan tenaga wanita selepas bersalin, menyegarkan tubuh, menaikkan seri wajah, melancarkan pengeluaran susu dan membentuk semula tubuh asal sepertimana sebelum melahirkan anak.

Oleh itu, tidak hairan jika Jamu Selapan adalah antara produk yang mendapat permintaan tinggi di kalangan pengguna dan terlaris di pasaran.

Set Jamu Selapan dijual dengan harga berpatutan mengandungi empat jenis barangan iaitu Jamu Selapan, Kaplet Mimilan Mintuno, Ginasih Feminine Wash dan Minyak Telon.

Selain itu, Kaplet Mimilan Mintuno turut membantu mengencangkan otot vagina, merawat keputihan dan sesuai membentuk keharmonian hubungan suami isteri serta boleh diambil walaupun sudah habis berpantang.

Ginasih Feminine Wash pula dihasilkan daripada ekstrak daun sirih segar yang mempunyai antiseptik untuk membunuh bakteria dan membantu merawat keputihan.

Selain itu, Minyak Telon adalah satu produk yang dirumuskan bagi kegunaan bayi. Minyak yang dihasilkan dari minyak kayu putih dan minyak adas ini digunakan secara tradisional merawat bayi yang mengalami masalah kembung perut.

Jamu Selapan PT Mustika Ratu

Kain bengkung (bernilai RM45) dan sekeping video cakera padat (VCD) yang padat dengan tips dan petua turut dimuatkan dalam set Jamu Selapan ini.

Oleh itu, bagi wanita baru bersalin yang ingin mendapatkan rawatan badan secara tradisional seperti urutan dan bertangas boleh datang ke Wisma Mustika Ratu di Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur.

Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi Beauty Hotline di 03-9283 6636 atau Mimi Sharimah di Bahagian Promosi PT Mustika Ratu di 03-9286 1626 sambungan 204.