Koleksi hebat tas tangan edisi terhad Lady Dior dari jenama Christian Dior

Eranzi telah mengadakan pra-tempahan untuk koleksi hebat tas tangan edisi terhad Lady Dior dari jenama Christian Dior.

Christian Dior, jenama yang terkenal dengan rekabentuk feminin dan berkelas tinggi untuk setiap aksesorinya, telah hadir dengan tas tangan mesti milik yang menjadi idaman setiap puteri kerabat diraja atau mereka yang mengimpikan gelaran puteri.

Pertama kali dilihat bersama mendiang Puteri Diana pada tahun 1995 ketika majlis Cezanne Art Exhibition. Tas tangan tajaan Dior Corporation adalah hadiah daripada bekas Wanita Pertama Perancis, Bernadette Chirac. Dior kemudian menamakan tas tangan itu sebagai Lady Dior.

Menjadi simbol utama keanggunan, Lady Dior hadir dalam pelbagai saiz, rekabentuk dan warna yang dihasilkan dari kulit yang paling ringan namun tahan lasak.

Menampilkan corak Cannage yang terkenal, corak yang sama dapat dilihat pada kerusi Napoleon III, Lady Dior sesuai untuk semua jenis majlis yang ingin dihadiri bersama ruang yang luas, sesuai untuk keperluan 'diraja' anda.


Juga bukanlah satu kejutan sekiranya Lady Dior menjadi pilihan utama para selebriti Hollywood untuk bergaya.

Sekiranya anda telah bersedia untuk mengeluarkan ciri-ciri seorang puteri yang terdapat dalam diri anda, jangan lepaskan peluang untuk memiliki Lady Dior.

Eranzi kini menawarkan peluang untuk anda menikmati gaya hidup mewah dengan koleksi edisi terhad Lady Dior dengan mengunjungi laman www.eranzi.com atau boleh terus klik di SINI .