Koleksi Harimau Tahun Baru Cina Royal Selangor

Tahun Baru Cina yang bakal disambut oleh masyarakat Tionghua pastinya lebih meriah dengan koleksi Tahun Harimau oleh Royal Selangor. Merangkumi enam koleksi hiasan kecil, sang rimau digambarkan dengan pelbagai gaya bagi menyampaikan mesej penuh tuah bagi Tahun Baru Cina ini.


Edisi terhad plak Tahun Harimau berinspirasikan zodiak barangan tradisi oleh Royal Selangor menggambarkan sang rimau yang megah bangun dari tidur lena sepanjang musim dingin, lantas mengaum sekuatnya menyambut kedatangan musim bunga.

Haiwan ini amat dihormati sebagai lambang kepimpinan, tenaga, keberanian, menjaga kemewahan dan melindungi daripada kejahatan. Plak ini disadur dengan emas 24 karat dan hanya 1,000 keping plak diedarkan di seluruh dunia.

Sementara koleksi patung-patung kecil harimau pula tentunya amat dinantikan oleh para pengumpul. Koleksi ini merangkumi patung kecil harimau yang sedang memburu. Patung bersaiz lebih kecil lagi menggambarkan anak harimau yang nakal (juga boleh didapati dalam versi saduran emas 24 karat) dilekapkan di atas dasar kemasan jati untuk memberikan sentuhan peribadi. Kedua-duanya amat sesuai dijadikan hadiah bagi musim perayaan ini.

Turut direka khas bagi menyambut Tahun Harimau, bekas teh anggun sarat dengan konotasi keberkatan. Dihiasi dengan gandingan sulur paut berputar daun labu serta Sang Rimau yang gagah, karya ini menggambarkan harapan untuk kemewahan berpanjangan bagi tahun akan datang. Satu set penyepit serta alasnya yang dihiasi motif halus harimau turut melengkapi koleksi ini.

Sebagai tambahan koleksi Tahun Harimau, Royal Selangor turut memperkenalkan pilihan hadiah bungkusan khas untuk musim perayaan ini. Ia merupakan set mengandungi tiga plak dengan seni khat Cina bagi huruf-huruf 'Fu', 'Lu' dan 'Shou' yang membawa maksud kegembiraan, kemakmuran serta usia yang panjang. Sebentuk tangkal 'Fu' diikat dengan tali simpul keabadian berwarna merah turut melengkapi plak yang menjadi set aksesori hiasan bagi Tahun Baru Cina.

Peminat teh pasti ceria dengan dua teko kecil serta bekas teh yang kini boleh didapati dalam bungkusan khas perayaan sepanjang musim pemberian hadiah ini.

Tuah merangkumi teko kecil dihiasi ikan emas yang turut merangkumi enam cawan teh porselin berkelim piuter, manakala kegembiraan diwakili teko bunga peony dengan dua cawan teh yang sepadan.

Dibungkus dalam kotak kayu yang anggun dengan grafik Tahun Baru Cina, set hadiah 'panjang usia' merangkumi bekas teh menarik dihiasi bunga orkid. Direka dengan dwi-penutup, bekas teh kedap udara Royal Selangor sangat sempurna untuk menyimpan teh kerana kemampuannya mengekalkan keharuman dan kesegaran.
Nak Buat Duit Dengan Hanya Klik? Jom Klik Sini!