Enjin carian Goojje cabar Google di China

Satu enjin carian baru untuk mencabar Google muncul di China diberi panggilan 'Goojje' untuk bersaing dengan enjin pencarian terbesar dunia itu.

Kemunculan ‘Goojje’ menambah reputasi China yang terkenal meniru barangan seperti baju berjenama, kedai kopi dan DVD, lapor akhbar Henan Business Daily.

Huruf akhir ‘jje’ bermaksud ‘kakak sulung’ dalam bahasa Cina sementara huruf ‘gle’ daripada Google membawa maksud ‘abang sulung.’ Goojje muncul selepas Google Inc berkata dua hari lalu ia mungkin menutup portal Google.cn di China. - Reuters