Setiap wanita dikatakan takut dimamah usia. Namun 'ketakutan' ini sebenarnya subjektif kerana ada segelintir yang langsung tidak mengambil pusing tentang keadaan kulit wajah mereka.
Ini kerana terdapat sebahagian besar yang masih tidak faham fungsi produk kecantikan. Sebahagian lagi menjadi mangsa produk tiruan akibat kurangnya pengetahuan mengenai penjagaan dan kesihatan diri.
Pengurus Produk Unza Malaysia Sdn. Bhd., Chris Chan berkata, ramai wanita melengahkan penjagaan diri sehingga mencapai usia 30-an sebelum mengambil tindakan.
"Sayangnya usaha ini dilakukan terlalu lambat. Jika mereka sendiri menyedari tanda-tanda kerosakan kulit pun, ramai tidak melakukan apa-apa kerana menganggap ia boleh hilang dengan sendiri.
"Malah ada wanita yang langsung tidak mahu menggunakan produk kerana percaya produk anti-penuaan hanyalah untuk wanita berusia sahaja," katanya.
Justeru, produk kecantikan jenama Skinz berusaha mencari penyelesaian terbaik agar wanita dapat mengambil langkah-langkah pencegahan tanda penuaan sebelum waktunya.
Penyelidikan dan kajian ke atas gaya hidup konsumer akhirnya menghasilkan produk Skinz Infinite - koleksi produk anti-penuaan revolusi baru.
Formula terkini dari Korea ini mengandungi Bio-Stemcell Activator yang berfungsi jauh ke dalam lapisan sel selain Toco-Retin A yang bertindak memadamkan tanda penuaan dengan segera.
Bintang televisyen Hong Kong, Charmaine Sheh Sze-Man turut dilantik sebagai duta jenama sempena pelancarannya di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Seperti Charmaine yang moden, muda, bertenaga dan dinamik, Skinz Infinite disasarkan kepada wanita Asia berusia 25 tahun ke atas.
Rangkaian produk eksklusif ini terdiri daripada pembersih HydraClean Cleansing Cream yang membersihkan mekap dan kotoran tanpa meninggalkan rasa tegang atau kering.
Ia diperkaya dengan 99 peratus aktif tumbuhan Bio- StemCell Activator untuk merangsang proses pembaharuan sel, menghasilkan kulit lembut dan licin.
Selain itu, penyegar HydraPlenish Glacier Toner tanpa alkohol pertama diperbuat daripada air mineral glasier Swiss turut diperkenalkan bagi memanjakan kulit wanita tanpa mengira jenis kulit.
Ia juga mengandungi Carnosine, krim mujarab yang melengahkan kemunculan tanda penuaan dan menguatkan sistem ketahanan kulit.
Produk utama Skinz Infinite pula ialah Youth Recall Serum untuk merangsang pembaharuan sel menerusi teknologi baru yang memulihkan kecantikan dan keremajaan kulit muka.
Bio-StemCell Activator yang terkandung di dalam produk ini bertindak merangsang sel tunjang kulit, menembusi kesemua tiga lapisan kulit selain Toco-Retin A. Molekul di dalamnya dirumuskan supaya kurang sensitif kepada kulit dan mengaktifkan pengelupasan sel sambil merangsang sintesis kolagen.
Kombinasi ramuan yang serasi ini bertindak aktif bagi mengelupaskan sel-sel kulit mati dan merangsang pembaharuan sel kulit untuk menyerlahkan kulit agar tampak lebih cerah berseri dalam masa dua minggu.
Akhir sekali, Eye Revive Therapy yang buat pertama kalinya menampilkan formula perlindungan kontour mata daripada pancaran sinar ultraungu.
Eye Revive Therapy mengurangkan lingkaran gelap bawah mata, melicinkan dan menegangkan kulit di sekeliling mata untuk melenyapkan kedutan dan garis halus.
Produk Skinz Infinite boleh didapati di semua farmasi dan pusat membeli-belah utama seluruh negara.