Kentucky Fried Chicken (KFC) Malaysia menawarkan hidangan burger baru, Zinger Tower.
Sarat dengan aksesori tambahan lazat selain cogan kata, Hilangkan rasa lapar dengan KFC Zinger Tower, anda pasti tidak menyesal memilihnya.
Pengarah Urusan KFC Holdings Malaysia Bhd, Jamaluddin Mohd Ali, berkata burger terbaru keluaran KFC adalah besar dan mengenyangkan berbanding burger biasa.
“Zinger Tower jauh lebih tebal daripada burger kami yang lain. Burger baru itu juga mengandungi ramuan tambahan yang memberi lebih khasiat dan kenikmatan,” katanya pada majlis pelancaran produk berkenaan di KFC Kota Damansara, baru-baru ini.
Dengan lapisan hash brown, keju lazat dan salad segar serta sos cili limau pedas ia memberikan aneka rasa. Nikmati aroma pedas, segar dan lazat selain apitan jejari ayam Hot & Spicy yang digoreng garing serta roti kaizer panas yang lembut.
Katanya, KFC mensasarkan golongan remaja atau pelajar untuk produk berkenaan ekoran gaya hidup dan aktiviti lasak yang memungkinkan mereka menggunakan tenaga banyak seharian.
Pasti berbaloi apabila membeli Tower Crunch Combo dengan set hidangan Zinger Tower, keropok jagung Chachos bersama sos pencecah BBQ dan Mayo serta minuman, 7-Up Revive yang bernilai RM 10.50. Hidangan ala-carte turut ada dengan harga serendah RM 7.40. Promosi itu berlangsung selama dua bulan sementara stok masih ada bermula 4 Januari lalu.