Konsep 1Stop@SMSNET menyediakan lapan platform web pembangunan perniagaan melalui Internet dan SMS yang membolehkan peniaga menggunakan kemudahan itu dengan mudah dan murah.
Pengasasnya, Zabidah Meor Baharum, berkata 1Stop@SMSNET adalah kaedah paling mudah untuk usahawan yang tidak begitu arif dalam teknologi komunikasi maklumat (ICT) membuat promosi mengenai produk mereka tanpa sempadan, cepat, mudah dan menjimatkan kos.
“Beza konsep 1Stop@SMSNET dengan konsep lain ialah kami tidak menjual laman web untuk individu atau peniaga mengiklankan produk kerana kaedah itu kurang berkesan berikutan mereka yang membeli laman web tidak tahu cara membuat pemasaran yang betul bagi memperkenalkan produk mereka.

“Sebaliknya konsep 1Stop@SMSNET menyediakan lapan platform (laman web) yang membolehkan produk atau perkhidmatan peniaga diperkenal dan dihubungkan dengan laman web serta laman blog lain di pasaran,” katanya pada satu sidang akhbar prapelancaran 1Stop@SMSNET di Kuala Lumpur, semalam.
Hadir sama, Pengarah Teknologi, Dr Ramdhan Ismail, Pengarahnya, Ahmad Khusairi Bani Hashim Al-Haj dan Pengarah Kewangannya, Syafeqah Petrus Abdullah.
Zabidah berkata, bagi menggalakkan pemasaran 1Stop@SMSNET, syarikat memperkenalkan Program Usahawan Integrasi SMS dan Internet (Puisi) yang memberi peluang kepada individu atau peniaga menjadi wakil jualan dengan bayaran RM50.
Menurutnya, wakil jualan akan diberi 100 pin pengaktifan sistem yang mana mereka boleh menjualnya kepada peniaga lain pada harga RM5 setiap satu bagi membolehkan peniaga mengiklan produk mereka. Katanya, menerusi Puisi, wakil jualan diberi dua platform iaitu www.1blog.my dan www.1sms.my yang mengandungi lapan ruangan aplikasi web yang dihubungkan dengan laman blogger seperti http://user.1blog.my, surat jualan internet di www.promote.my, ruang pengiklanan di www.1ads.my.
Oleh Hatipah Ahmad