Jam Tangan Guess G-Motion

Jam tangan dan wanita bukan sekadar pemberi tahu waktu malah lebih dari itu. Justeru itu, ramai wanita sanggup berbelanja lebih untuk jam yang cantik dan praktikal sesuai dengan keperluan masing-masing. Jam tangan juga melambangkan personaliti pemakainya, ciri-ciri jam tangan yang direka khusus untuk menggambarkan diri wanita tersebut.

Jenama Guess meraikan ulang tahunnya yang ke-25. Serentak itu ia melancarkan G-Motion, satu edisi jam tangan yang direka eksklusif untuk wanita seksi dan berani menerusi koleksi yang diberi nama Time In Motion.


Jam tangan bergaya ini dalam bentuk digital dan dihasilkan menggunakan batu kristal. Ia juga adalah simbol kepada glamor, sofistikated, bergaya dan praktikal. Terdapat banyak pilihan warna untuk wanita muda hari ini. Ia bukan sahaja sesuai dipakai untuk ke majlis formal malah untuk bersukan juga. Istimewanya jam tangan ini ialah paparan waktu digital pada skrin yang menggunakan batu kristal. Guess G-Motion ini dijual pada harga RM1,199.

Alangkah bertuah jika anda yang gemar melancong tidak perlu mengubah set zon waktu apabila sampai di sesuatu negara. Semuanya sedia terpapar dalam skrin jam tangan anda. Tidak mustahil kerana Nautica Watches memperkenalkan NMX 400 istimewa untuk pengembara dunia dinamik seperti anda. Setiap zon masa dipaparkan dalam ruang khas yang ditempatkan dalam bekas bulat yang menarik dan mudah dibawa ke mana sahaja.

Dibuat dengan menggunakan logam titanium bersaiz 58 milimeter, jam ini pasti memikat pencinta jam. Ditambah lagi dengan paparan jelas dan teksturnya yang bersih dan kemas.

Nautica NMX 400 ini memang eksklusif justeru hanya beberapa buah unit sahaja yang dapat dijual di pasaran negara ini. Harga cadangan jualannya ialah RM3,899.

Satu lagi pilihan untuk wanita ialah jam tangan Bella Class . Ia adalah koleksi terbaru jam tangan dari jenama Guess menerusi koleksi jam tangan sukannya. Sekali pandang memang kelihatan biasa namun apabila memakainya si pemakai akan kelihatan anggun. Pendek kata ia amat sesuai untuk wanita kosmopolitan.

Bahagian paling berharga pada jam tangan Bella Class ini ialah penggunaan batu kristal nilam dan ibu mutiara asli yang disusun kemas bersama sistem nombor Roman. Logo Guess pula diukir khas dan jam tangan ini mampu bertahan dalam air hingga ke dalam 100 meter. Bella Class dijual pada harga bermula RM1,380 ke atas.

Nak Buat Duit Dengan Hanya Klik? Jom Klik Sini!