Krim BB Silkygirl


Silkygirl memperkenalkan produk terbaru, krim BB yang mempunyai semua bahan solekan diperlukan setiap wanita dalam satu bekas.

Krim BB yang juga dikenali sebagai salap penutup cela, turut disarankan penggunaannya oleh ahli dermatologi dan pakar bedah sebagai rawatan untuk pesakit yang baru menjalani rawatan laser kulit.

Ini disebabkan kandungan istimewa yang dimiliki salap berkenaan membantu untuk melindungi kulit dan pada masa sama, memastikan sel baru akan dikeluarkan.

Krim berkenaan memainkan peranan sebagai pelembap, asas solekan, penyamar noda serta bedak asas yang hadir bersama ramuan perlindungan sinar matahari dan agen pencerah.

Pemakaian krim itu pada wajah mampu menutupi kawasan hitam di sekitar mata, parut jerawat serta tona kulit yang tidak sekata.

Formulasi unik yang dimiliki membuatkan krim berkenaan mempunyai tekstur yang ringan untuk memastikan ia senang dipakai ke seluruh wajah dan tahan lebih lama.

Selain itu, ia mengandungi asid hyaluronik untuk membantu mengatasi masalah garis halus dan vitamin E bagi melawan radikal bebas.

Lebih istimewa, ia juga mengandungi bedak pemutih untuk membantu menyerlahkan lagi kecerahan wajah dengan penggunaan berterusan.

Bagi memastikan kulit dilindungi sepenuhnya, krim berkenaan turut mengandungi SPF 25 dan PA++ yang berfungsi sebagai pelindung efektif kepada sinar ultraungu A dan B yang merbahaya.

Ia juga membantu mengawal pengeluaran minyak pada kulit tanpa mengetepikan tahap kelembapan kerana turut mengandungi agen pelembap istimewa.

Krim BB terbabit boleh disesuaikan untuk warna kulit semula jadi, biasa, sederhana mahupun gelap.

Jika mahu kulit wajah tampak cerah semula jadi, cubalah krim BB 01 Natural atau 02 Radiant untuk menyerlahkan lagi seri wajah.

Produk terbaru Silkygirl itu sudah pun berada di pasaran dan ia boleh didapati di seluruh negara pada harga RM29.90. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.silkycosmetics.com.

Rahsia kulit gebu sepanjang masa - Nouvelles Visages

Kita suka melihat kulit bayi yang gebu dan licin, tetapi bukan mudah untuk memiliki testur kulit secantik itu jika tidak pandai membelai setiap hari.

Proses menjaga dan mengekal kulit yang cantik mengambil masa yang panjang.

Kulit mengalami proses berterusan daripada bayi, muda hingga peringkat matang atau tua.

Produk kecantikan dan perawatan kulit membantu mengekalkan keremajaan dan kecantikan kulit, tetapi anda juga perlu mengamalkan disiplin yang tinggi.

Nouvelles Visages (NV) yang 15 tahun berada di pasaran arif mengenai tuntutan pengguna mengenai penjagaan kulit.

Diolah daripada herba semula jadi, terdapat lebih 30 jenis produk untuk merealisasikan impian tampil sihat, segar, menawan dan awet muda.

Bagi mengekalkan penjagaan kulit muka, pelbagai bahan pencuci harus diguna pakai bagi mencapai impian untuk tampil cantik lagi anggun.

Selain rumusan produk yang baik, cara pemakaian dan disiplin juga amat dipentingkan. Berikut adalah jenis produk dan cara pemakaian yang betul sebagai panduan anda:

Bagi muka:

# Anda kelihatan menarik dan tampil bergaya apabila memanjakan wajah dengan mekap menawan. Namun berhati-hati memilih pencuci untuk menghilangkan mekap di wajah kerana seharian memakainya dan jika tidak dihilangkan pada malamnya akan memberi kesan tidak baik pada wajah.

Untuk itu ‘eye make-up remover’ keluaran NV ini penting dan digunakan bagi menanggalkan segala kesan mekap.

# ‘Cleanser’ atau pencuci muka menanggalkan kesan mekap, sekali gus juga penting. ‘Cleanser milk’ iaitu pencuci yang dirumus bersama campuran susu khusus perlu digunakan bagi tujuan kesegaran wajah anda.

# Terdapat tiga jenis sabun (ketul) untuk membasuh, sekali gus merawat kulit muka anda supaya sentiasa menarik. Ia terdiri daripada ‘facial soap’, ‘medicated’ dan ‘bio-whitening’ dan ‘bio-whitening soap.’

# ‘Facial soap’ diformulasikan khas daripada minyak koko dan sesuai untuk semua jenis kulit manakala ‘medicated’ untuk mereka yang ada kulit berminyak dan tindak balas sabun ini tidak akan menjejaskan keseimbangan PH kulit. ‘Bio-whitening soap’ boleh digunakan oleh mereka yang mempunyai kulit normal dan kulit sensitif.

# Ada di kalangan remaja yang mempunyai kulit biasa dan kering. Mereka boleh menggunakan pencuci atau pembersih yang sesuai untuk melembutkan kulit sepanjang hari. Cuba ‘facial soap normal skin’ bagi mengekal kesegaran sepanjang hari.

# Mempunyai kulit yang bermasalah seperti jerawat juga antara ciri-ciri kulit remaja. ‘Facial soap acne and pimples skin’ adalah jawapan kepada mereka ini. Selain mengimbangi PH kulit, pembersih ini menggalakkan pertumbuhan sel baru di samping mengecilkan pori kulit wajah yang terbuka.

# Kesegaran wajah jelas terserlah sebaik menggunakan ‘toner’ atau penyegar keluaran NV. Terdapat tiga jenis rumusan penyegar terbaik buat anda iaitu untuk kulit normal, sensitif dan akne iaitu untuk kulit bermasalah seperti jerawat dan jeragat. Pilih penyegar yang sesuai bagi memastikan muka anda kekal menawan tanpa masalah jerawat.

# Bagi yang memiliki kulit terlalu berminyak, berjerawat atau berjeragat, gunakan ‘Nouvelle Visages acne and pimples lotion/compressor’ dengan menyapu ke bahagian berjerawat seperti menggunakan bedak sejuk pada waktu malam.

Hanya 3 minit miliki kulit cantik

Berbeza dengan produk pengguna lain seperti kosmetik atau kasut, produk penjagaan kulit untuk wajah memerlukan perhatian yang teliti. Tersilap membeli produk bersesuaian, impian untuk memiliki kulit yang licin dan halus bak kulit telur sukar untuk dicapai.

Bagaimanapun, apabila berkunjung ke pasar raya atau farmasi sering kali membuatkan seseorang itu rambang mata melihat pelbagai jenama produk penjagaan kulit, lebih-lebih lagi apabila dikerumuni wakil jurujual yang mempromosikan produk masing masing. Pengaruh iklan di televisyen atau surat khabar yang setiap satu mendakwa kehebatan produk masing-masing, selain pelantikan selebriti popular sebagai duta juga ada kalanya membuatkan seseorang pengguna itu membeli tanpa mengetahui apa sebenarnya yang kulit beliau perlukan.

Hakikatnya, setiap manusia mempunyai kulit yang berbeza tekstur dan keperluan. Oleh itu, pengguna disaran mengenal pasti jenis kulit dan matlamat yang ingin dicapai terlebih dulu sebelum mengeluarkan duit untuk membeli produk yang diimpikan.

Pengurus kaunter Clinique KL Sogo, Leong Mei Mei, berkata kesilapan mengenal pasti keperluan kulit menyebabkan ramai pengguna tidak memperoleh kulit impian walaupun produk yang dibeli berharga ratusan ringgit kerana jenisnya tidak bersesuaian dengan masalah kulit seseorang itu.

“Mengenal pasti keperluan kulit khususnya jenis kulit anda adalah langkah pertama yang perlu dilakukan supaya apabila anda membeli produk penjagaan kulit, ia bersesuaian dengan kulit anda. Kita semua mempunyai kulit yang berbeza, ada yang mempunyai kulit berminyak, ada juga berkulit kering, malah ada yang mempunyai gabungan kedua-duanya. Jadi, dengan mengetahui keperluan kulit, barulah anda boleh membeli produk penjagaan kulit yang sesuai dengan masalah dihadapi.

“Sebagai contoh, ada wanita yang hendak memutihkan kulit wajah kerana terpengaruh dengan iklan yang dilihat, sedangkan kulitnya mempunyai masalah lain yang perlu dia tangani terlebih dulu. Misalnya dia ada banyak jerawat, jadi masalah itulah yang perlu diatasi dulu,” katanya ketika ditemui pada majlis pengenalan konsep baru kaunter Clinique, di gedung beli-belah Sogo Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berkata, kulit yang baik mempunyai keseimbangan iaitu tidak begitu kering, tetapi tidak juga berminyak, dan bagi memperoleh ciri-ciri itu pengguna perlu rajin mengamalkan rutin penjagaan wajah setiap hari.

“Sebenarnya kita hanya perlu tiga minit saja untuk memperoleh kulit idaman. Rutin penjagaan kulit bukan sesukar yang disangka, anda hanya perlu mencuci, membilas, menggunakan penyegar dan melembapkan kulit. Rutin ini sebaik-baiknya perlu dilakukan sekali pada pagi hari selepas bangun tidur dan sekali lagi pada malam hari.

“Bagaimanapun, bagi amalan pada waktu malam pengguna dinasihatkan menggunakan produk tambahan bagi membuang sisa solekan sebelum tiga rutin asas tadi bagi memastikan kulit kita benar-benar bersih dan dapat menikmati pemulihan sebaiknya,” katanya.

Beliau berkata, ada pengguna yang membuat tanggapan penggunaan produk penjagaan kulit yang baru diaplikasikan tidak sesuai dengan kulit mereka terutama apabila melihat jerawat tumbuh.

Dalam hubungan itu, beliau menasihatkan pengguna supaya tidak mudah panik kerana lazimnya jerawat tumbuh adalah satu proses semula jadi ketika menggunakan produk penjagaan kulit yang baru kerana ketika itu kulit akan mengalami pemulihan dengan membuang sisa kotoran yang ada dalam kulit menerusi jerawat.

Bagaimanapun, katanya, jika kulit mengalami kerengsaan seperti kelihatan warna merah dan rasa gatal, pengguna perlu menghentikan penggunaan produk itu kerana beliau sebenarnya mengalami alahan kulit yang tidak sepatutnya berlaku jika produk itu bersesuaian dengan kulitnya.

“Ada produk yang dihasilkan dengan tidak menjalani ujian klinikal bagi alahan kulit. Jadi, kepada pembeli anda perlu membaca label pada sesuatu produk itu. Clinique antara produk yang dihasilkan dengan ujian makmal yang teliti dan ia juga melabelkan produknya sebagai allergy tested yang bermakna sudah menjalani ujian lahan.

“Produk yang mempunyai label itu hanya akan dikeluarkan selepas ujian pengguna mendapati tiada alahan di kalangan responden walaupun seorang dan jika ada berlaku alahan, Clinique akan terus memperbaiki formulasinya sehingga kajian mendapati 100 peratus responden tiada alahan, malah kami 100 peratus bebas wangian,” katanya.

Panduan beli produk penjagaan kulit

* Dapatkan pandangan pakar di kaunter untuk mengetahui jenis kulit, sama ada kering, berminyak atau gabungan kedua-duanya.
* Pengguna perlu kenal pasti keperluan utama kulit sebelum pilih produk penjagaan kulit yang bersesuaian, sama ada ingin memutihkan kulit belilah rangkaian pemutihan.
* Baca label terlebih dulu kerana hari ini ada pelbagai label yang dikeluarkan, misalnya allergy tested (produk dihasilkan sudah menjalani ujian alahan), hypo allergy (bebas alahan) dan no fragrance (100 peratus bebas wangian).

Konsep baru kaunter Clinique

CLINIQUE, yang diasaskan di Amerika syarikat diperkenalkan di pasaran secara kebetulan. Pada 1967, ketika revolusi masih berbalam, Pengarang majalah Vogue, Carol Phillips menemubual pakar dermatologi terkenal di Manhattan, Dr Norman Orentreich. Ketika menjelaskan falsafah penjagaan kulitnya, Dr Orentreich melahirkan idea mudah yang dapat mengubah industri kecantikan. Katanya, kulit cantik boleh dicipta.

Ketika itu, ramai berpendapat kulit yang cantik mulus disebabkan genetik. Namun, ketika bermulanya era baru penjagaan kulit, menunjukkan produk boleh memulihkan kulit anda! Anda tidak dibelenggu dengan masalah kulit semula jadi! Keyakinan falsafah Dr Orentreich itu menggembirakan wanita di seluruh dunia. Malah, wawasan keluarga Estee Lauder, menggerakkan usahanya bersama Carol Phillips, menjadikan impian suatu kenyataan dengan kehadiran rangkaian baru produk penjagaan kulit.

Dengan pengenalan sistem penjagaan kulit tiga langkah, iaitu membersih, mengelupas dan melembap, Clinique dilahirkan pada 1968. Clinique melancarkan rangkaian penjagaan kulit pertama yang diuji pakar dermatologi selain ujian alahan dan 100 peratus bebas wangian, dan seterusnya adalah kisah klasik yang terpahat dalam lipatan sejarah.

Tahun ini, Clinique berusia 41 tahun dan misinya tetap sama ketika kali pertama diperkenalkan dulu, iaitu menyediakan rangkaian produk yang bermutu dan berkesan bagi menyerlah dan memulihkan setiap jenis kulit.

Hingga kini, semua produk Clinique dihasilkan ahli dermatologi. Clinique juga berpegang teguh dengan prinsipnya dalam ujian alahan, maknanya sebelum sesuatu produk dilancarkan, produk itu perlu diuji pada 600 orang sebanyak 12 kali, dan ini bermakna sebanyak 7,200 ujian dijalankan. Jika ujian ini menunjukkan sebarang kesan alahan, produk tidak akan dilancarkan malah dihantar semula di makmal untuk dirumus semula. Semua produk Clinique 100 peratus bebas wangian kerana kajian menunjukkan wangian antara penyebab keradangan kulit.

Kini Clinique sekali lagi menjadi pelopor dengan pembukaan semula kaunter yang diubah suai di pusat beli-belah Sogo, sesuai dengan konsep Suatu Pengalaman Baru (The New Experience).

Berkeluasan 342 meter persegi dan diserikan warna putih yang menggambarkan sentuhan dermatologika, Pengalaman Clinique memfokuskan interaksi di antara perunding Clinique dan pelanggan. Untuk setiap sasaran jualan, pengalaman disediakan khusus memastikan perunding dan kaunter jenama itu dapat menyediakan maklumat dan perbincangan terperinci bagi meningkatkan kefahaman mengenai kulit.

Pengalaman Clinique membabitkan pengubahsuaian semula kaunter yang digelar Pusat Diagnosis yang membolehkan pelanggan melihat lebih dekat lagi setiap produk Clinique. Perunding dan pelanggan duduk bersama sambil diberikan penjelasan terperinci mengenai kulit dan produk yang sesuai digunakan. Sampel dan produk juga diletakkan separas mata supaya mudah dilihat dan dicapai. Justeru, ciri ini yang menarik pelanggan untuk singgah di kaunter itu.

Paling penting, setiap perunding dilatih agar dapat menjalankan perundingan kulit secara lebih komprehensif. Selain komputer Clinique, teknologi terkini dermatologika Clinique Diagnostic Mirror digunakan. Mula digunakan Dr Norman Orentreich, pengasas dan pembimbing ahli dermatologi Clinique, Mirror memudahkan beliau melihat masalah kulit pesakit dan menentukan sama ada pesakit berkulit kering, berminyak, pembesaran pori, masalah garis penuaan, warna kulit tidak sekata atau jerawat.

Kini, semua Perunding Clinique dilengkapi pengetahuan mengenai penggunaan Mirror ketika sesi rundingan bersama pelanggan dan bagaimana mengatasi kulit bermasalah. Diagnostic Mirror membolehkan perunding melihat dengan lebih jelas masalah kulit pelanggan menerusi cermin pembesar, manakala pelanggan melihat pantulan wajah mereka pada cermin biasa, sekali gus membolehkan komunikasi dua hala diadakan serentak. Perunding akan berkongsi pengetahuan dengan pelanggan mengenai kulit mereka selain menyediakan maklumat peribadi secara interaktif untuk penilaian.

Pengurus Besar Jenama Clinique, Sharyn Wong, berkata konsep baru itu adalah penambaikan yang diilhamkan bagi meningkatkan mutu khidmat jenama itu kepada pelanggan.

“Konsep Pengalaman Baru diilhamkan di New York. Ia adalah saat terbaik Clinique meningkatkan pendekatan kami kepada pelanggan dan sebagai satu jenama, kami meraikan sejarah dermatologika dan menumpukan semula tujuan kami menyediakan perundingan kulit terbaik untuk lelaki dan wanita. Kami memahami, perkhidmatan sebegini yang dikehendaki pelanggan,” katanya.

Sebagai sebahagian daripada pengenalan pengalaman baru ini, pada awal tahun lepas, Clinique melancarkan program pentauliahan bagi meningkatkan pengetahuan perundingnya mengenai kulit pada satu tahap yang lebih baik. Dikenali sebagai Accreditation Programme, tiga peringkat kurikulum direka hasil kerjasama dengan Weil Cornell Medical College dan Orentreich Medical Group, New York. Setiap Perunding Clinique perlu melengkapkan Accredited Consultant Level 1, yang mengajar mereka mengenai asas psikologi kulit, sistem penghantaran dan cadangan produk berasaskan jenis kulit dan keperluan.

Selepas menamatkan program Tahap 2 dan 3, perunding Clinique juga boleh membantu menganjurkan bengkel untuk pesakit dermatologi. Program Clinique Accreditation sebenarnya bagi melebarkan peluang kerjaya Perunding sambil lebih memahami mengenai kulit.

Oleh Fadzlena Jafar

Kopi NV Hi-Fibre Collagen

Manfaat kolagen kian diterima sama ada dalam pemakanan atau produk kecantikan. Selain membantu mencantikkan kulit dan menguatkan struktur lapisan kulit, ia menguatkan saluran darah serta membentuk tisu tubuh.

Melihat kepentingan kolagen, Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd (NV) mengeluarkan kopi NV Hi-Fibre Collagen (5000 mg) dan Ginseng Coffee Collagen.

Kopi NV Hi-Fibre Collagen adalah hasil campuran vitamin B kompleks, spirulina, astaxanthin, mirifica dan aquamine.

Ginseng Coffee Collagen pula mengandungi bahan terpilih bagi mengawal kolesterol dalam badan.

Antara kebaikan kolagen ialah:


# Ia protein penting dengan membina 75 peratus struktur dalam kulit. Pengambilan kolagen berterusan membantu awet muda.

# Pengambilan tambahan kolagen membantu membina semula tisu dan sel.

# Meminumnya secara berkala atau mengikut peraturan selama dua minggu membantu kulit anda lebih cantik dan mengurangkan kedutan.

Kebaikan bahan lain:

# Astaxanthin

- Membentuk secara biologi bersifat anti oksida dan mampu mencerahkan kulit serta membentuk sel kulit.

# Mirifica

- Berupaya membentuk hormon, mencantikkan payudara.

# Aquamine

- Menyediakan kalsium dan sebagai sumber pengekalan tenaga sepanjang hari selain mampu mengekalkan bentuk badan.

Set Lengkap Bersalin Orang Kampung

Orang Kampung (OK) Corporation Sdn Bhd, syarikat yang memasarkan produk kesihatan berasaskan herba milik Bumiputera sepenuhnya di negara ini, kini muncul dengan produk terbarunya khas untuk ibu baru bersalin.

Set Lengkap Bersalin, jenama baru ini dicipta khas untuk memulihkan kesihatan dalaman ibu bersalin secara menyeluruh. Ia mempunyai 13 jenis barangan seperti seri pilis, seri lulur, seri susut, minyak telon, ubat periuk, minyak merah, kapsul kacip fatimah, minyak sebatian gamat dan jeli gamat.

Pengarah Urusan OK Corporatian, Habibul 'Ajmi Manggar, berkata set itu dicipta khas untuk ibu bersalin dengan berpandukan perbidanan secara tradisional dan diolah agar dapat disesuaikan dengan masyarakat pada hari ini tanpa sebarang keraguan.

Katanya, produk yang ditawarkan pada harga RM168 ini, mudah dibeli oleh semua golongan kerana harganya sangat berpatutan, manakala ramuan ada di dalam pek berkenaan dihasilkan sesuai untuk tempoh masa berpantang.

"Semua produk ditawarkan dalam satu pek khas ini bertujuan memudahkan bakal ibu atau ibu yang masih tercari-cari produk sesuai untuk digunakan ketika berpantang. Produk ini adalah satu set lengkap dan ibu yang baru lepas bersalin tidak perlu lagi mencari produk lain kerana semuanya sudah tersedia dalam pek khas ini.

"Istimewanya, produk ini turut didatangkan khas dengan bengkung, botol air dan juga beg untuk memudahkan ibu membawa perkakas bayi," katanya selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang hadiah Peraduan Bonanza OK 2009, di pasar raya Mydin, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka, baru-baru ini.

Habibul berkata, jenama OK adalah satu produk kesihatan yang sangat sinonim dengan mereka yang biasa menggunakan bahan semula jadi bagi melakukan sebarang rawatan.

Katanya, produk syarikat itu yang mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mempunyai sijil Halal dan Amalan Pengilang Baik (GMP), sentiasa mendapat permintaan tinggi kerana terbukti menggunakan bahan asli dan kualitinya juga tinggi.

"Saya memberi jaminan, setiap pengguna yang menggunakan produk baru kami ini akan merasai kepuasan menyeluruh," katanya sambil mengesahkan produk Set Bersalin OK ini boleh diperoleh di semua pasar raya dan toko jamu seluruh negara pada masa ini.

Dalam pada itu, Mahnurfah Mohd Nur, 36, dari Nibong Tebal, Pulau Pinang diumumkan pemenang hadiah utama Peraduan Bonanza OK 2009 Siri ke-3, apabila berjaya menjawab semua soalan dan memilih kunci yang tepat pada soalan terakhir.

Kejayaannya itu membolehkan beliau membawa pulang hadiah utama berupa sebuah kereta Proton Saga BLM 1.3 berharga RM36,000. Selain Mahnurfah, seramai 15 pemenang lain dari seluruh negara turut menerima hadiah masing-masing berupa komputer riba, loket emas, sistem teater rumah, PDA dan televisyen.

Habibul berkata, bagi peraduan siri ketiga ini, sebanyak 6,000 penyertaan diterima daripada seluruh negara sekali gus membuktikan ia semakin mendapat perhatian ramai masyarakat.

"Insya-Allah, jika mendapat sambutan yang memberangsangkan, kita akan meningkatkan jumlah hadiah pada peraduan akan datang," katanya.

Bagi mendapatkan sebarang keterangan lanjut mengenai produk ini, orang ramai boleh melayari laman web www.orangkampung.com atau menghubungi talian bebas tol 1-800-88-0899.

www.jambu88.com

Bermula dengan menjual jambu batu menggunakan motosikal roda tiga setahun lalu, Harlina Hamid kini mampu mengukir senyuman apabila perniagaan yang diusahakan secara kecil-kecilan membuahkan hasil lumayan sehingga mampu memiliki kilang sendiri.

Beliau akui, tidak pernah terfikir satu hari nanti minat menikmati buah asam dan jambu sejak kecil akan menjadi titik tolak kepada perusahaan yang menjadi punca rezeki beliau sekeluarga dan keluarga lain di seluruh negara.

Wartawan Hidayah Mohammad berkesempatan menemui Harlina untuk berkongsi kisah kejayaannya yang diharap dapat menjadi inspirasi kepada wanita di negara ini.

Jambu ubah masa depan

KATA orang 'belum cuba belum tahu' dan 'tidak ada masalah yang tidak menemui jalan penyelesaiannya'. Berpegang pada matlamat mengubah kehidupan keluarga, diselangi dengan doa serta keyakinan diri, apa saja yang dilakukan pasti menemui kejayaan. Begitu pun, doa saja tidak mencukupi tanpa usaha gigih di samping menepis rasa malu untuk mencuba sesuatu yang baru.

Itulah yang dapat digambarkan oleh ibu muda kepada tiga cahaya mata, Harlina Hamid, 35, yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan menjual jambu menggunakan motosikal beroda tiga. Pada mulanya, beliau tidak menafikan timbul rasa takut untuk menjual jambu kerana bimbang tidak laku dan kurang mendapat sambutan.

Bagaimanapun, beliau menangkis segala perasaan itu dan bertawakal untuk terus menunggu. Segala kebimbangannya berjaya ditepis apabila belum menjelang petang hari gerai motosikal roda tiganya terus dikunjungi pelanggan tanpa henti.

Harlina berkata, lebih membanggakannya apabila permintaan buah jambu dan air jambu asam yang dibuat sendiri ketika itu mendapat pujian serta menerima permintaan tinggi di kalangan penduduk sekitar kawasan yang dikunjungi.

Itulah permulaan kepada perusahaan Jambu Lapan Lapan, setahun lalu. Tetapi, dalam tempoh singkat, wanita kelahiran Alor Star, Kedah yang dibesarkan di Lembah Klang itu sudah mampu mengusahakan perniagaan yang kini boleh didapati di seluruh negara dan kini mampu memiliki kilang bagi meluaskan pasarannya.

“Bohong jika saya katakan, tidak menempuhi cabaran walaupun sudah boleh mengusahakannya secara meluas. Seperti produk lain yang ada di pasaran sudah pasti ada yang mengeluarkan produk tiruan. Perniagaan jambu juga begitu. Ada pihak yang tidak bertanggungjawab mencampuradukkan bahan tidak tulen serta tidak menjaga kesegaran jambu.

“Ia sekali gus memberi kesan kepada jenama yang diusahakan menyebabkan pelanggan keliru selain ada memberi komen sehingga perniagaan kami merosot berikutan kekurangan kualiti. Tetapi, saya belajar sedikit demi sedikit bagaimana untuk menempuh segala kesukaran itu dengan membuat penjenamaan semula dan mendaftarkan perniagaan dengan membuat ‘trademark’ sendiri.

“Selain itu saya turut meningkatkan usaha dari semasa ke semasa. Sejak itu, saya faham pelajaran dan pengetahuan penting untuk masa depan sehingga mampu mencapai tahap sekarang,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Harlina berkata, sebelum terbabit dalam jualan jambu, beliau mengusahakan gerai makan, berniaga di pasar malam pada bulan Ramadan dan membuka kedai andaman pengantin. Akan tetapi, semuanya terhenti setengah jalan berikutan terdapat banyak saingan dan keuntungan yang kurang.

Katanya, ketika menjalankan perniagaan gerai makan, beliau terpaksa berpindah kerana kawasan berkenaan hendak dibuat lebuh raya. Selepas berpindah, lokasi baru yang diberikan menyebabkan beliau kehilangan pelanggan setia dan tiada peningkatan pelanggan baru. Semuanya terpaksa dimulakan dari awal. Hampir setahun beliau terpaksa bekerja sepanjang hari tanpa gaji dan sekadar cukup makan.

“Lantas, tergerak di hati untuk menjual jambu kerana sejak zaman sekolah lagi saya terlalu minat menikmati buah jambu potong. Ketika berada di bawah ‘roda kehidupan’ saya mengenang kembali saat-saat manis menikmati buah jambu bersama kawan sekali gus mendorong untuk mengusahakan jualan jambu.

“Saya mampu bertahan hingga ke hari ini kerana saingan kurang sengit. Malah, saya rasakan perniagaan itu mampu menjana pendapatan lumayan sehingga boleh menampung perbelanjaan jualan adalah bantuan dan sokongan pelanggan setia semakin bertambah,” katanya.

Wanita yang mirip wajah pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004, Nur Amalina Che Bakri itu berkata, suaminya, Azhari Zakaria adalah pendorong utama dalam perniagaan jambu berkenaan.

Malah, katanya, suami sanggup menempuhi pelbagai dugaan sejak awal dengan menguruskan pondok jambu di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang.

“Saya bersyukur kerana perniagaan jambu berjaya dengan modal permulaan sebanyak RM10,000 saja. Keuntungan yang diperoleh juga mampu menanggung perbelanjaan sekeluarga dan mampu membayar yuran pelajaran anak-anak dan memberi sedikit kesenangan. Saya begitu berharap, supaya anak-anak tidak mengikut jejak langkah saya yang berhenti sekolah selepas Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV),” katanya.

Walaupun semakin sibuk selepas perniagaan jambu mendapat permintaan tinggi, Harlina berkata, masa tetap ada diperuntukkan bersama anak-anak. Taman rekreasi berdekatan sering dijadikan pilihan utama setiap kali menjelang hujung minggu. Tetapi, sekiranya cuti sekolah, mereka sekeluarga melancong ke destinasi menarik dalam negeri.

Misi Jambu 88

PADA awalnya, Jambu 88 yang memulakan operasi pada akhir 2007 dikenali sebagai Jambu Johor 88. Ketika itu, pengusahanya tidak memiliki pengalaman luas dan tidak menjangka memerlukan penjenamaan, pondok atau gerai untuk lebih dikenali ramai.

Selepas perniagaan Jambu Lapan Lapan berkembang ke setiap negeri, Pengarah Urusannya, Harlina Hamid mengubahsuai jenama itu kepada Jambu 88 dengan menawarkan produk seperti jambu segar dipotong dan jus jambu bersama asam boi resipi sendiri.

Harlina berkata, bermula dengan membawa motosikal beroda tiga, beliau menjual jambu di sekitar Sungai Way, Petaling Jaya, tetapi kini Jambu 88 mempunyai 14 cawangan dan memiliki hampir 100 rakan niaga.

Malah, katanya, kawasan jualan Jambu 88 kini sudah mencapai pasaran di luar jangkaan dan boleh didapati di Bukit Mertajam, Taman Medan, Sri Manja, Bandar Puteri Puchong, Sungai Way, Taman Datuk Harun dan beberapa lokasi pilihan rakan niaga.

“Dalam tempoh dua bulan lagi kami akan beroperasi di dua lagi cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan kami juga mensasarkan untuk meluaskan jenama Jambu 88 dengan memasarkan kordial jambu ke restoran seluruh negara. Selain itu, kami akan cuba menembusi pasaran di dalam hotel dan pasar raya besar sebelum mula mengeksportnya ke luar negara.

“Saya berharap dapat menjadi peneraju industri pasaran buah tempatan, terutama buah jambu yang digemari setiap lapisan masyarakat tanpa mengira usia dan bangsa. Jambu adalah makanan berkhasiat untuk badan, malah mempunyai kandungan yang baik untuk tubuh,” katanya

Selain itu, Harlina meletakkan sasaran dalam tempoh lima tahun lagi, beliau ingin mempunyai ladang jambu milik sendiri dan membantu lebih ramai usahawan Melayu seiring dengan Jambu 88 yang diusahakan bersama suami.

Jambu 88 mengalu-alukan orang ramai atau pengusaha yang ingin mengembangkan sayap perniagaan ataupun mencuba perniagaan baru dengan membuka jualan jambu jenama berkenaan. Di samping membantu menggalakkan masyarakat memakan buah tempatan, bidang jualan jambu juga mampu menjana pendapatan keluarga.

Biodata: Harlina Hamid

Keluarga: Tiga beradik.
Pendidikan: SPMV.
Alamat lokasi: Taman Medan, Jalan Klang Lama, Petaling Jaya.
Laman web: www.jambu88.com
E-mail: lina@jambu88.com

Kasut Scholl Junior

Seperti orang dewasa, kanak-kanak juga memerlukan kasut yang selesa untuk mereka bergerak apatah lagi dengan sifat semula jadi mereka yang gemar bermain dan lasak.

Malangnya pilihan kasut yang selesa untuk golongan ini agak terhad. Ibu bapa pula mengambil langkah mudah mendapatkan apa saja yang ada di pasaran tanpa begitu mementingkan keselesaan.

Memenuhi keperluan si kecil, jenama kasut antarabangsa, Scholl, tampil dengan koleksi baru yang pasti mengujakan.

Rangkaian baru yang dipanggil sebagai Scholl Junior ini mengutamakan keselesaan pada kaki yang sedang membesar dan memastikan ia dilindungi sepenuhnya.

Menggunakan teknologi yang menyokong lengkungan pada tapak kaki melalui pelapik tapak kaki yang lembut, koleksi terbaru ini bukan sekadar memberi keselesaan optimum bahkan membantu keseimbangan bagi mengelak kaki terpelecok atau jatuh.

Menyedari kanak-kanak hari ini semakin bergaya, koleksi Scholl Junior didatangkan dalam pelbagai reka bentuk menarik untuk kanak-kanak lelaki mahupun perempuan.

Pilihan warna yang ceria seperti kuning, merah ceri dan sebagainya sememangnya sesuai dengan sifat periang kanak-kanak.

Didatangkan dalam saiz antara 28 hingga 35, Scholl Junior boleh diperoleh pada harga antara RM 128 hingga RM138 sepasang.

Lilin rawat mata sembap

Mata mampu memberi gambaran sejauh mana individu itu menjalani kehidupannya secara sihat. Daripada sinar mata memberitahu sama ada seseorang itu mendapat keseimbangan nutrisi, tidur secukupnya atau dikerah 'berkerja' lebih daripada kemampuannya.

Kesukaran untuk mendisiplinkan diri menjadikan mata menjadi sembap, lingkaran hitam di sekeliling mata dan wujudnya kedutan halus.

Memang keadaan tersebut mencacatkan penampilan khususnya pada wanita dan apabila ia telah berlaku jangan risau, penyelesaiannya tetap ada.

Masalah sama berlaku pada Rafidah Musa, 34, yang kerap mengalami mata sembap disebabkan tidak cukup tidur dan terlalu letih berkerja.

Namun segalanya berubah pabila beliau berkesempatan memanjakan diri di sebuah spa di sebuah hotel di Dubai ketika bercuti bersama keluarga beberapa tahun lalu.

Di sana beliau tertarik untuk mencuba rawatan yang diberi nama eye wax atau lilin mata. Bukan saja masalah sembap dapat diatasi lebih menarik matanya nampak lebih sihat dan segar.

Pemilik Bidasari Beauty and Spa ini lantas memilih rawatan tersebut sebagai antara rawatan istimewa di spa yang baru beroperasi kira-kira tiga bulan lalu.

"Menari tentang rawatan ini kesannya kelihatan lebih baik walau dengan sekali rawatan. Mata sembap dan garisan hitam di sekeliling mata nampak berkurangan selepas hanya satu sesi," ujar Rafidah ketika ditemui di premis perniagaanya yang terletak di Hulu Langat, Selangor.

Rafidah berkata, lilin yang digunakan dalam rawatan ini bukanlah lilin biasa sebaliknya telah dirumus khas mengandungi bahan semula jadi seperti minyak zaitun dan ekstrak buah pic yang berkhasiat untuk kesegaran mata.

"Pelanggan diminta untuk berbaring dan relak sebelum lilin dituang ke atas mata yang tertutup. Ia tidak panas sebaliknya pelanggan akan merasa seperti mata dituam dengan lembut.

"Setelah lilin dituang ke mata yang tertutup, ia dibiarkan selama 15 minit supaya khasiat lilin dapat menyegarkan mata yang kusam.

"Selepas itu kepingan lilin yang keras akan ditanggalkan dan pelanggan akan menikmati urutan di poin-poin tertentu mata oleh ahli terapi terlatih bagi melancarkan peredaran darah di sekeliling mata," jelas Rafidah.

Rafidah mencadangkan rawatan sebanyak tiga kali iaitu seminggu sekali memadai untuk kesan yang sempurna.

Selain rawatan mata, beliau juga menawarkan pakej rawatan tubuh dan wajah.

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

Belai tubuh dengan produk sesuai

Tentang kecantikan, ramai yang alpa mengenai bahagian leher ke bawah. Kebanyakan wanita juga tidak begitu kisah mengenai parut pada paha, perut atau jerawat pada belakang badan atau dada. Pendek kata, berbanding wajah penjagaan badan kurang dititikberatkan.

Penjagaan kulit tetap perlu bermula daripada kepala sehingga ke hujung kaki. Terdapat banyak produk menawarkan set memanjakan tubuh, tetapi kurang yang mementingkan mengenai produk mengurangkan bintik atau parut, kedutan dan sebagainya seperti yang ditawarkan untuk wajah.

Jika anda pengguna bijak, pilih produk sesuai dengan kulit khusus untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Produk yang baik mesti menggunakan formula bagus dan mengandungi pelindung matahari. Pastikan ia tidak terlalu wangi atau mengandungi bahan yang boleh menyebabkan radang kulit.

Akhir sekali, jangan mengukur kualiti produk semata-mata berdasarkan harga atau jenamanya. Selamat memanjakan tubuh anda!

# Segarkan tubuh dengan rangkaian penjagaan badan L’occitane

Menggunakan minyak, mentega dan susu badam, produk penjagaan badan L’occitane Almond berkesan menyegarkan tubuh. Badam dikatakan berupaya menegang dan melicinkan kulit. Terdapat tiga produk pembersihan iaitu lulur Almond Delicious Paste (200 ml, RM 155) yang bertukar menjadi losyen sebaik bercampur dengan air dan mandian Almond Shower Oil (250 ml, RM 87) yang bertukar menjadi buih apabila bercampur air. Ia juga sesuai disapu pada kaki sebelum mencukur kerana memudahkan pencukuran.

Terdapat juga set rawatan tubuh iaitu Almond Bust Gel (50 ml, RM170) untuk menentang kehilangan ketegangan payu dara, Almond Delicious Tummy (150 ml, RM162) untuk pinggang ramping, Almond Delightful Shape (200 ml, RM162) untuk penjagaan kelangsingan badan dan Almond Supple Skin Oil (100 ml, RM173) untuk menentang kulit kering dan mencegah regangan.

Kulit berseri dengan May White Radiance

Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd memperkenalkan produk pembersih badan yang menggabungkan teh putih dan pati sutera dalam sabun dan krim mandian May White Radiance. Teh putih dikatakan mengandungi antioksida yang dapat melindungi dan menghindari kulit daripada radikal bebas di samping menenang serta melembapkan kulit. Pati sutera atau fibroin sutera pula mengandungi protein bagi mengekalkan paras kelembapan kulit pada tahap optimum dan dipercayai mempercepatkan proses pembaharuan kulit.

Boleh didapati dalam bentuk sabun pada harga RM2.65 satu pek dengan tiga buku sabun 90 gm dan mandian berharga RM5.90 untuk 250 ml, RM8.10 untuk pek isi semula 600 ml dan RM13.90 untuk 700 ml.

Rawatan mengembalikan bentuk tubuh dengan Clarins


Clarins melancarkan rawatan menegangkan kulit tubuh generasi kelima, Clarins High Definition Body Lift. Ia mengurangkan masalah selulit, menjadikan kulit lebih lembut dan tegang. Ia juga membantu mengasingkan tisu lemak dengan meningkatkan peredaran darah dan limfatik serta merangsang penyingkiran lemak berlebihan. Anda boleh menikmati urutan oleh pakar terapi di Clarin dengan harga RM210 (satu jam) dan RM145 (45 minit).

Haruman taman tropika dalam produk penjagaan badan Crabtree & Evelyn

Crabtree & Evelyn memperkenalkan set penjagaan badan mewah dengan haruman eksotik mangga, evening primrose dan minyak kelapa serta protein susu. Melembutkan kulit dan menjadikan ia berkilau, boleh didapati dalam bentuk mandian berkrim , mandian susu, krim tubuh dan losyen. Harga tidak didapati.

Oleh Halina Mohd Noor

Pinggan Mangkuk Claytan Bebas Daripada Bahan Berbahaya

Menggunakan pinggan mangkuk seramik menjadi antara koleksi jenama pinggan mangkuk yang kian digemari ramai kini. Menonjolkan pelbagai corak dengan motif menarik menyerlahkan gaya yang tersendiri. Istimewanya tentang produk yang dilabelkan dengan jenama Claytan ini adalah ia selamat digunakan dan berkualiti tinggi.

Produk pinggan mangkuk seramik Claytan menawarkan tiga jaminan sepanjang hayat iaitu tiada kepudaran atau kehilangan reka bentuk warna sepanjang hayat , tiada keracunan plumbum dan kadmium dan tiada pembebasan toksin ketika menghidangkan makanan panas dengan menggunakannya.

Ini berdasarkan kaedah yang digunakan untuk pembuatan pinggan mangkuk Claytan menggunakan cara di mana hiasan (motif/corak) adalah underglaze berbanding kebanyakan produk seramik lain hiasannya (motif/corak) adalah di atas glaze. Perbezaan ini memberi kesan yang begitu besar kepada tahap keselamatan penggunaan pinggan mangkuk seramik.

Produk seramik Claytan telah mendapat persijilan selamat daripada plumbum dan memenuhi piawaian US FDA dan California Proposition 65. Punca utama plumbum adalah daripada produk seramik yang tidak selamat digunakan serta turut mengandungi kadmium. Keracunan kadmium dikatakan boleh menyebabkan penyakit buah pinggang, kerosakan paru-paru dan tulang yang rapuh.

Di mana kandungan kadmium adalah 1000 kali lebih tinggi dan kandungan plumbum adalah 300 kali lebih tinggi dalam produk seramik yang tidak selamat berbanding dengan produk seramik Claytan. Plumbum merupakan racun berbahaya yang menyerang sel-sel saraf kita.

Pengambilan plumbum untuk jangka masa panjang telah terbukti menyebabkan kekejangan, kerosakan buah pinggang, keguguran, kematian bayi ketika lahir dan lain-lain lagi. Malah menurut Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat, keracunan plumbum boleh mengakibatkan kerosakan otak dan melemahkan fungsi mental kepada kanak-kanak.

Oleh yang demikian pemilihan produk pinggan mangkuk juga penting untuk menjamin kesihatan bersama. Produk pinggan mangkuk Claytan menawarkan pilihan terbaik untuk anda.

Perabot Jati Jatimas

Kehalusan pembuatan dan kesenian ukiran pada setiap perabot serta aksesori hiasan jati meletakkannya sebagai khazanah paling bernilai.

Keunikan itulah yang menarik perhatian semua lapisan masyarakat dalam mengilhamkan gaya penataan terbaik kediaman.

Bagi yang menggemari konsep warisan Melayu, tradisional dan Nusantara, penampilan perabot serta aksesori hiasan jati tentunya menjadi pelengkap utama penataan.

Aspek ketahanan dan praktikal sering diberi tumpuan utama pada setiap penghasilan produk jati.

Lebih menarik perhatian kerana setiap perabot dan aksesori hiasan jati berlatarkan motif bunga-bungaan tempatan yang diukir teliti dengan nilai seni tersendiri.

Penggayaan produk jati sekali gus mencetuskan inspirasi terbaik tata hias selari cita rasa pemiliknya dan menyerlahkan gaya mewah atau eksklusif.

Jatimas Asia (M) Sdn Bhd (Jatimas) antara syarikat tempatan yang cukup sinonim dengan perabot dan aksesori hiasan jati berkualiti. Ia bukan sekadar melengkapi pelbagai konsep dekorasi malah kehadiran produk jati secara tidak langsung menyerlahkan suasana berbeza.

Saban waktu, syarikat berkenaan sentiasa menampilkan kelainan untuk memenuhi pelbagai permintaan pelanggannya.

Langkah itu antara persediaan awal untuk menampung permintaan di luar jangkaan khususnya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Kini Jatimas membuka cawangan barunya di Jalan Seri Utara 1, Kuala Lumpur dengan memperkenalkan beberapa produk menarik hasil rekaan pelajar universiti tempatan.

Rekaan berkenaan terpilih daripada pertandingan yang diadakan beberapa bulan lalu.

Antara produk baru ialah DB Santiago, DB Pangkor, DB Kinabatangan, DN Lestari dan DN Iris yang pasti memenuhi keperluan konsep dekorasi pilihan.

Semua produk baru itu sesuai untuk semua konsep dekorasi atau suai padan bagi yang gemar mengilhamkan sesuatu berbeza di ruang kediaman.

Sempena perasmian cawangan baru itu, Jatimas turut menawarkan harga istimewa kepada pelanggannya.

Untuk Jatimas Collector Club (JCC) pula, disediakan peluang mendapat 'mata berganda' dengan setiap pembelian.

Malah, orang ramai dijemput memeriahkan majlis perasmian cawangan baru itu yang terletak di No. 70, Jalan Sri Utara 1, Seri Utara off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur hari ini.

Layari www.jatimas.com.my untuk sebarang keterangan lanjut.

Hajaba - Tudung pelengkap gaya


Perubahan fesyen menyaksikan banyak kemajuan berlaku dalam penataan gaya membabitkan busana, sepatu mahupun tudung kerana ketiga-tiganya saling berkait apabila menyentuh mengenai penampilan sedondon yang sering dituntut dalam peragaan diri.

Jika dilihat perkembangan terkini, aliran fesyen bertudung paling menyerlah dengan pelbagai jenis tudung membanjiri pasaran dalam usaha pengeluar untuk memenuhi selera pengguna sekali gus memeriahkan lagi dunia fesyen.

Sama ada disedari atau tidak, konsep bertudung kerana memenuhi tuntutan agama tidak begitu diambil kira kerana kadang kala ada yang memakai tudung kerana ingin melindungi uban di kepala atau sekadar bertudung mengikut musim.

Pokok pangkalnya, pilihan di tangan anda kerana ada banyak jenis tudung yang boleh diselaraskan dengan penampilan anda, sama ada ingin dilihat moden, bergaya mahupun sopan dalam persalinan tradisi.

Bukan sekadar fesyen: Konsep sebenar wajar diperbetul supaya imej bertudung terpelihara, raih penghormatan daripada mereka yang memandang

Ada tudung atau selendang panjang yang masing-masing apabila dipakai, menimbulkan kesan tersendiri terhadap individu berkenaan, bergantung juga kepada tempat dan ketika ia dipakai.

Bagaimanapun, agak aneh juga apabila melihat sesetengah individu mengenakan tudung dengan pakaian yang menampakkan pusat dan sendat serta menampakkan bentuk badan.

Sama ada mereka mengetahui atau tidak konsep bertudung yang sebenarnya bertujuan menutup aurat, hal ini wajar diperbetulkan supaya imej mereka yang bertudung terpelihara sekali gus meraih penghormatan daripada mereka yang memandang.

Pensyarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail, berkata Islam mempunyai banyak pilihan untuk mereka yang mengetahui mengenai peraturan bertudung atau apa saja cabang.

Sharifah Hayati berkata, Islam memberi banyak pilihan untuk mereka yang ingin melakukan kebaikan. Dalam hal bertudung misalnya, wajar difahami sama ada anda bertudung kerana menutup aurat atau menutup rambut.

“Tidak dinafikan kita ada melihat mereka yang menutup bahagian kepala khususnya rambut tetapi memakai baju singkat seperti pada paras betis yang mana ia tidak bertepatan dengan konsep bertudung jika atas alasan menutup aurat,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Sharifah Hayati berkata, kecantikan dalaman adalah penting bagi wanita yang bertudung atau memasang niat untuk bertudung kerana kecantikan itu dirujuk kepada ilmu pengetahuan yang mereka miliki mengenai apa yang ingin dilakukan.

“Kalau mereka berilmu, mereka tahu untuk bagaimana tampil cantik dengan tidak menyalahi peraturan yang ditetapkan agama. Kalau betul-betul ingin melakukan sesuatu yang bertepatan dengan agama, pastikan anda melakukan dengan betul dan ikhlas.

“Sebaliknya, jika ingin memakai tudung hanya kerana memenuhi tuntutan fesyen dan memikirkan kesan panas atau tidak selesa, baik tidak usah melakukannya daripada anda mencalar imej bertudung yang sepatutnya tampil dengan penataan yang cukup manis, sopan serta menepati kehendak agama,” katanya.

Hakikatnya, ada banyak pilihan untuk mereka yang mahu tampil bertudung kerana kepelbagaian dalam fesyen menyediakan beraneka pilihan tudung yang dihasilkan daripada fabrik berbeza.

Ada tudung diperbuat daripada kain kapas, lycra, jersi, sutera malah benang bulu sekalipun dan apa yang perlu dilakukan ialah memilih mengikut selera dan kemahuan anda.

Jika ingin mencari tudung yang serap peluh, tudung daripada kapas adalah pilihan tepat dan jika ingin mencari tudung yang boleh menyuntik seri anggun, selendang mungkin apa yang anda cari.

Dalam erti kata lain, fesyen bertudung sama ‘laju’ arusnya dengan busana, tas tangan, sepatu, aksesori mahu pun solekan yang sentiasa diperbaharui untuk disesuaikan dengan zaman.

Begitu pun, wajar untuk anda memberi penekanan terhadap konsep bertudung yang sebetulnya ialah menutup aurat, tidak mendedahkan anggota badan yang sepatutnya dilindungi.

Hajaba penuhi selera bertudung

Jenama Hajaba mungkin masih baru di pasaran, tetapi butik yang terkenal dengan koleksi tudung, jubah dan busana muslimah lain itu berupaya memenuhi keperluan wanita bertudung lantaran pilihan koleksi menarik yang tersedia di situ.

Pemilik butik Hajaba, Mona Din, berkata terdapat pelbagai jenis tudung di Hajaba dan antara yang menjadi pilihan ialah tudung yang diperbuat daripada bahan dipanggil lycra.

Katanya, tudung adalah antara kelengkapan penting bagi penampilan wanita muslimah justeru sebagai pemilik dan juga pengguna busana muslimah, beliau mementingkan keselesaan selain tampil sopan.

“Tudung daripada lycra bukan saja selesa dipakai, tetapi ia mudah dikendalikan. Di Hajaba, kami menyediakan pelbagai jenis tudung daripada lycra dan kapas.

“Ada yang bercorak dan ada yang polos. Pilihan ini sengaja dibuat beraneka supaya pengguna ada banyak pilihan. Bagi yang berwajah bulat, mereka boleh memilih corak berjalur manakala yang ingin kelihatan berisi pada wajah, mereka sesuai dengan tudung bercorak penuh,” katanya.

Selain menyediakan tudung, Hajaba juga turut menawarkan selendang dan anak tudung dalam usaha memenuhi keperluan pengguna yang ingin tampil menawan sambil pada masa sama tidak mengenepikan tuntutan agama.

Petua penjagaan tudung lycra:

* Untuk membasuh tudung yang dihasilkan daripada lycra, anda hanya perlu mencelupnya ke dalam air yang dicampur dengan pembersih cecai. Celup beberapa kali sehingga anda yakin kotoran seperti peluh sudah bersih.
* Lakukan di bawah air mengalir beberapa kali.
* Raut bahagian pangkal tudung bagi mengeringkannya. Jangan sekali-kali meramas atau melipat bahagian hadapan tudung lycra yang sedikit keras.
* Sidai di tempat yang teduh untuk mengelakkan warnanya cepat pudar.
* Untuk menyimpannya, lipat tudung berkenaan mengikut ira bahagian yang keras bagi memastikan ia akan kelihatan cantik apabila anda memakai sebagai anak tudung atau tudung.
* Tudung daripada lycra tidak perlu digosok.

Koleksi baru jam tangan hebat


Megah dengan kejayaan dilakarkan dalam dunia penerokaan waktu dan keunggulannya sebagai penjaga detik rasmi sehingga mencatatkan sejarah dunia yang terus diingati, jenama jam terkemuka dari Switzerland, Omega menampilkan beberapa koleksi baru jam tangan hebat serta mempunyai nilai sentimental tinggi pada pameran Baselworld 2009.

Presiden Swatch Group Singapura, David Ponzo, berkata koleksi diketengahkan untuk pameran itu memperlihatkan rekaan jam tangan pada masa hadapan yang berlawanan masa lalu. Koleksi dipaparkan turut menggambarkan komitmen tinggi jenama jam tangan mewah itu untuk terus mengekalkan identiti menghasilkan rekaan hebat dan mempamerkan inovasi teknologi dalam pembuatan jam tangan Swiss.

Ponzo berkata, antara koleksi terkini yang diperkenalkan ialah edisi terhad model besi waja dan platinum, Speedmaster Professional Moonwatch Apollo 11. Jam tangan itu diperkenalkan bagi menghargai dan memperingati ulang tahun ke-40 kejayaan Speedmaster Professional yang menjadi penjaga waktu rasmi sekumpulan angkasawan NASA serta berjaya menjejak kaki kali pertama ke bulan tanggal 20 Julai 1969 lalu.

“Kejayaan Speedmaster Professional yang pertama menjejakkan kaki ke bulan, hingga kini terus diingati dan ia menjadi sejarah dunia yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Oleh sebab itulah bagi meraikan ulang tahun ke-40 kejayaan itu sekali lagi ditampilkan koleksi edisi terhad siri jam tangan berkenaan. Dengan berbuat demikian ia bukan saja menunjukkan sebagai satu pencapaian saintifik paling penting dalam sejarah manusia tetapi turut menyatakan bahagian dalam biografi bagi jenama kami,” katanya ketika ditemui baru-baru ini bagi memperkenalkan koleksi jam tangan Omega pada pameran jam tangan dan perhiasan Basel 2009.

Koleksi edisi terhad itu hanya menampilkan dua rekaan iaitu satu dalam besi waja bersama perak tulen yang terdapat sebanyak 7,969 utas manakala satu lagi rekaan didatangkan dalam plantinum dengan gandingan emas kuning 18 karat (69 utas). Kedua-dua rekaan menampilkan gaya rekaan unggul dan canggih serta sehebat nama jenama jam tangan mewah berkenaan.

Koleksi lain yang dipamerkan ialah Seeamaster Ploprof 1200M yang mengembalikan mitos penyelam. Kali pertama, Omega melancarkan jam tangan khusus untuk penyelam menyelam di lautan dalam ialah pada 1970 iaitu Seamaster 600 yang terkenal sebagai Ploprof. Kini jenama itu memperkenalkan versi terbaru klasik dengan rekaan teknologi lebih canggih, Ploprof 1200M dengan kuasa Co-Axial garis pusat 8500 dan kalis air kedalaman sehingga 1200 meter (4000 kaki).

Lebih menarik, jam tangan terkini itu mempunyai ketepatan masa yang begitu jitu biarpun berada dalam paras air yang dalam. Jam tangan untuk penyelam itu menggabungkan gaya reka bentuk lagenda dan masa depan. Ini menjadikannya antara koleksi terkini 2009 yang hebat diperkatakan.

Kembali ke akar umbi, koleksi Co-Axial 8500/8501 turut dipamerkan. Jenama itu pertama kali melancarkan jam tangan yang memaparkan Co-Axial Escapement ialah pada 1999. Selepas 10 tahun, Co-Axial mengungguli revolusi terkini dalam pembuatan jam tangan mekanikal. Justeru, kehadiran jam tangan mekanikal itu menjadikan rangkaian jam utama jenama itu kini hampir lengkap dan eksklusif.

Sejak sekian lama Omega juga dikenali menghasilkan rekaan hebat bagi inovasi teknologi. Apabila koleksi Constellation Manhattan diperkenalkan pada pertama kali 1982, ia menjadi ikon dan menjadi segera dikenali sebagai salah satu jam tangan menarik di dunia. Tahun ini, jenama itu mereka bentuk semula rangkaian koleksi dan ia tampil dengan gaya lebih menarik yang serasi dengan jiwa generasi baru.

Penzo berkata, melengkapkan lagi koleksi dan memenuhi permintaan serta gaya aliran, tahun ini jenama itu turut mengetengahkan koleksi perhiasan, Constellation Griffes. Koleksi itu merangkumi cincin dalam tiga saiz berbeza dan juga loket, manse, rantai dan gelang tangan. Semua itu didatangkan dalam pilihan sama ada emas kuning 18karat, emas putih atau emas mawar bersatu dengan berlian dan batu permata.

Lawak Ajelah!

Judul: Lawak Ajelah!

Penulis: Jennifer Sturman

Penerbit: KarnaDya (2009)

Harga: RM17.90 (Sabah & Sarawak RM20.90)

PERNAHKAH anda berdoa supaya bos anda mati?

Tentulah tidak, bukan? Begitu juga dengan Rachel Benjamin, sehinggalah dia ditugaskan untuk mengendalikan projek khas bersama Glenn Gallagher.

Rachel percaya ada yang tidak kena pada tugasannya itu dan Glenn. Tetapi dia terpaksa berjaga-jaga jika mahu mengutamakan kenaikan pangkatnya. Dia terpaksa menutup mulut, jika tidak, pasti kerjayanya melayang. Atau mungkin, bunuh saja si Glenn (Issy, lawak ajelah!)

Bukankah dia sudah ada Peter? Teman barunya yang baik hati, sibuk membawa barang rumahnya untuk dipindahkan ke rumah Rachel. Terpaksa Rachel melayan kerenah Peter yang mula cemburu dengan kehadiran teman kerja Rachel.

Malangnya, kelakuan Glenn yang seolah-olah sedang memberi tekanan kepada Rachel membuatkan dia betul-betul terasa yang gelagat Glenn patut dihentikan.

Lawak yang bermain di benak Rachel untuk membunuh bosnya itu, sudah tidak jadi lawak lagi apabila Glenn benar-benar mati dibunuh! Rachel pula menjadi suspek utama pembunuhan.

Segalanya bertambah rumit namun dia terpaksa berusaha mencari pembunuh bosnya itu sebelum dirinya pula dibunuh!

Aku Terima Nikahnya

"Tarikh bertunang sudah dipersetujui cuma 'mak' nak tanya sesuatu. Kamu pernahkah melihat yang empunya diri? " bakal ibu mentua saya bertanya. Beliau sudah pun membahasakan dirinya 'emak'.

"Belum mak," saya menjawab sambil tersenyum.

Saya dapat melihat wajah abang saya yang begitu terkejut. Macam mana adiknya boleh bersetuju untuk berkahwin dengan seorang yang belum pernah ditemui?

Rakan-rakan yang mendapat tahu pertunangan saya dengan seorang bakal doktor juga amat terkejut.

"Anta gilakah, Hasrizal? Kahwin dengan doktor! Anta tak takut kena tinggal?"

Kisah Aku Terima Nikahnya merakamkan pengalaman penulis dalam membina damai sebuah kehidupan berumah tangga. Segalanya bermula dengan menilai cara diri memandang perkahwinan itu sendiri. Melihat perkahwinan sebagai medan untuk menerima, menjadikan kita sering gelisah dan hidup meminta-minta.

Melihat perkahwinan sebagai medan untuk memberi, akan menjadikan kita lebih memikirkan soal peranan dan bukannya hak yang tidak berkesudahan.

Judul: Aku Terima Nikahnya

Penulis: Hasrizal Abdul Jamil

Penerbit: Galeri Ilmu (2008)

Harga: RM20.90 (Sabah & Sarawak RM22.90)

Halaman: 227

DeGem Koleksi Mutiara


Berdasarkan fakta, mutiara merupakan batu mewah yang kedua popular selepas berlian dan pernah menjadi pilihan Cleopatra di zaman dahulu kala.

Khazanah laut yang penuh misteri ini telah membuatkan mutiara cukup unik dan indah yang dikurniakan oleh Pencipta kepada manusia.

Objek bulat keras yang dihasilkan oleh tiram, hidupan daripada keluarga moluska yang bercangkerang keras ini kini adalah salah satu batu permata yang bernilai dan elegan di dunia.

Keindahannya telah menjadikan mutiara sebagai perhiasan maharaja dan maharani yang memakainya sebagai rantai panjang, dijahit pada pakaian atau perhiasan mahkota.

Menyedari hakikat itu, DeGem, yang lebih dikenali sebagai jenama unggul dalam industri perhiasan dan rias diri sejak lebih dua dekad, sekali lagi mempersembahkan jenama koleksi mutiara terbarunya untuk tahun ini yang bertema South Sea Parade.

Rekaan koleksi barang kemas mutiara asli ini diilhamkan oleh perekanya, Ketua Pereka DeGem, Vivien Koh.

Pertunjukan kali ini terbahagi kepada dua kategori iaitu avant garde dan masterpieces. Bagi kategori avant garde, The Bouquet dan Dewdrops pasti mampu menjadi trend yang gah. Manakala koleski masterpieces terdiri daripada mutiara Baroque yang berbentuk buah pic, diberi nama Tao (bermaksud buah berkhasiat dalam bahasa Cina) dan dipercayai boleh memanjangkan umur si pemakai menampilkan kemewahan fesyen terkini.

Pengurus Pemasarannya, Au Yeong Siew Pheng berkata, trend aksesori ini merupakan gaya fesyen yang mampu mencetuskan sensasi personaliti wanita.

''Koleksi yang dipamerkan kali ini sesuai untuk wanita berumur 20 tahun ke atas kerana ia berkonsepkan versatil, pelbagai warna dan digabungkan dengan pelbagai batu yang memberi aura kepada aksesori itu.

''Bentuk kelopak bunga ros yang sedang berkembang misalnya merupakan trend terkini yang sesuai digunakan sebagai cincin perkahwinan. Begitu juga dengan rekaan bunga daisy yang memberi gaya yang cukup chic dan kontemporari.

''Harga bermula RM2,000 hingga ratusan ribu untuk produk-produk ini sememangnya berbaloi dengan seni rekaan, gabungan batu dan mutiara yang bernilai tinggi diperoleh di sekitar Laut Selatan,'' katanya.

Sementara itu, menurut Vivien, DeGem memilih mutiara yang terbaik dan diolah bagi dijadikan aksesori yang sesuai untuk semua jenis pakaian. DeGem turut menawarkan koleksi eksklusif menggunakan mutiara Baroque dan yang bersaiz besar.

Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI

Panduan Cinta Untuk Lelaki

Ketahui bagaimana anda boleh menjadi lelaki 'terunggul' dan menjadi rebutan para wanita!

"Anda Masih Lagi Kesunyian? Sering Kecundang Dalam Percintaan? Usah Risau!

Kini Anda Bakal Mengetahui RAHSIA Menjadi Lelaki Yang Hebat dan Mampu Menawan Hati Gadis Idaman Anda!"

Sekiranya anda masih lagi 'single' dan masih belum menemui gadis idaman untuk menjadi suri di hati serta tidak tahu langsung bagaimana memulakan langkah pertama, inilah yang anda perlukan!



Ebook ini benar-benar akan memberikan anda informasi tentang apa itu cinta, kewujudannya, kaitannya dengan Islam dan alasan-alasan yang sering digunakan bila mahu menghindari cinta. Antara faedah yang bakal anda perolehi dari ebook ini ialah :

* Bagaimana menggunakan aset semulajadi anda untuk memikat gadis idaman.
* Mengenali sifat dan kerenah wanita.
* Apa ciri-ciri lelaki yang menjadi pilihan hati wanita.
* Cara paling mudah dan terbaik untuk memulakan langkah pertama.
* Tips untuk memiliki kesemua ciri-ciri lelaki idaman wanita.
* Bagaimana anda boleh tahu dan sedar bahawa anda telah pun jatuh cinta.
* Strategi dan teknik mengekalkan hubungan cinta sedia ada.
* Tips mengelakkan diri dari menjadi hamba cinta.

Ini adalah sebahagian kecil dari apa yang akan anda ketahui. Sebenarnya banyak lagi rahsia-rahsia mengenai soal cinta di ungkaikan satu persatu di dalam ebook ini.

Untuk keterangan lanjut mengenai ebook ini , sila klik sini.


Panduan Memikat Wanita. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Clarins Body Lift Cegah Selulit

Senaman dan diet seimbang mungkin dilihat gaya hidup yang ideal dalam menjaga kesihatan seseorang. Tetapi usah lupa, ia tidak mencukupi untuk menyingkirkan selulit yang terbentuk di pinggang dan paha.

Justeru, Clarins antara jenama terkenal untuk penjagaan kulit menawarkan rawatan terbaru yang ideal untuk menyingkir selulit dalam badan. Ia mampu untuk menyerlahkan kerampingan tubuh wanita.

Rawatan yang dikenali sebagai Body Lift itu melembut dan menegang kulit secara sempurna.

Rawatan itu boleh diperoleh di semua institusi Clarins manakala produk tersebut boleh didapati di kaunter Clarins.