Laman sosial Facebook terus dimeriahkan, kali ini dengan tawaran Firefly Sdn Bhd yang menawarkan tambang penerbangan domestik dan serantau pada harga menarik bagi perjalanan antara Julai dan Ogos tahun ini.
Tawaran khas untuk peminat Facebook Firefly yang berakhir 8 Mei ini itu membabitkan promosi diskaun sehingga 30 peratus bagi semua penerbangan melainkan penerbangan ke Thailand.
Menerusi tawaran itu, tempahan perjalanan ke Terengganu kini hanya berharga RM60, Langkawi (RM75), Penang (RM55), Alor Setar (RM66), Singapura (RM110) dan Medan Indonesia (RM110).
Pengguna yang berminat perlu melayari www.facebook.com/firefly untuk memperoleh maklumat lanjut.
Menerusi format first-come-first-serve setiap tempahan yang dibuat perlulah sekurang-kurangnya 30 hari sebelum jadual penerbangan.
Pengguna akan turut memperoleh pelbagai tambah nilai seperti kemudahan penerbangan daripada lapangan terbang bandar, daftar masuk percuma, elaun percuma untuk setiap 20 kilogram bagasi, tempahan tempat duduk khusus dan makanan ringan pencuci mulut akan turut diberikan tanpa membabitkan tambahan kos pada tambang penerbangan.
Ketua Pemasaran dan Komunikasi Firefly, Angelina Fernandez, berkata promoasi itu adalah tanda penghargaan Firefly kepada 24,000 pengguna dan peminat yang menyokong Firefly di laman sosial Facebok selama ini.
Katanya, bagi pengguna lain hanya perlu menjadi sebahagian daripada komuniti Firefly di Facebook untuk bersama-sama peminat Facebook Firefly menikmati promosi ini menerusi laman sosial itu.
"Semua pengguna boleh menikmati promosi ini, hanya layari ke laman sosial kami untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Firefly dan mereka akan menikmati perjalanan udara yang selesa dan murah," katanya.