Enjin carian Goojje cabar Google di China

Satu enjin carian baru untuk mencabar Google muncul di China diberi panggilan 'Goojje' untuk bersaing dengan enjin pencarian terbesar dunia itu.

Kemunculan ‘Goojje’ menambah reputasi China yang terkenal meniru barangan seperti baju berjenama, kedai kopi dan DVD, lapor akhbar Henan Business Daily.

Huruf akhir ‘jje’ bermaksud ‘kakak sulung’ dalam bahasa Cina sementara huruf ‘gle’ daripada Google membawa maksud ‘abang sulung.’ Goojje muncul selepas Google Inc berkata dua hari lalu ia mungkin menutup portal Google.cn di China. - Reuters

Komputer Apple iPad Tablet


Komputer Apple iPad yang sekian lama dinanti oleh peminat-peminat gajet syarikat Apple memiliki skrin warna bersaiz 24.6 sentimeter.

Tebal iPad ialah 1.3 sentimeter dan beratnya cuma 0.7 kilogram serta mempunyai memori 32 gigabit dan 64 gigabit.

Model iPad termurah dengan sambungan Wi-Fi dan memori 16 gigabit akan dijual pada harga AS$499 (RM1,702) di AS manakala model paling mahal yang memiliki sambungan 3G dan memori 64 gigabit berharga AS$829 (RM2,828).

"Komputer itu hebat dan berbaloi," kata seorang penganalisis komputer, Van Baker.
"Ia merupakan alternatif kepada komputer riba dan saya boleh memuat turun 140,000 aplikasi dari kedai Internet Apple Store," tambahnya.

Komputer iPad mempunyai banyak fungsi termasuk Internet, melihat e-mel, bermain permainan video, mendengar muzik atau menonton video.

Versi WiFi akan berada dalam pasaran pada Mac ini diikuti dengan versi 3 gigabit April depan. - AFP

1Stop@SMSNET - Iklan menerusi SMS

Usahawan tempatan terutama yang tidak mempunyai syarikat seperti peniaga nasi lemak atau pisang goreng kini boleh mengiklankan perniagaan mereka menerusi Internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS) menerusi 1Stop@SMSNET.

Konsep 1Stop@SMSNET menyediakan lapan platform web pembangunan perniagaan melalui Internet dan SMS yang membolehkan peniaga menggunakan kemudahan itu dengan mudah dan murah.

Pengasasnya, Zabidah Meor Baharum, berkata 1Stop@SMSNET adalah kaedah paling mudah untuk usahawan yang tidak begitu arif dalam teknologi komunikasi maklumat (ICT) membuat promosi mengenai produk mereka tanpa sempadan, cepat, mudah dan menjimatkan kos.

“Beza konsep 1Stop@SMSNET dengan konsep lain ialah kami tidak menjual laman web untuk individu atau peniaga mengiklankan produk kerana kaedah itu kurang berkesan berikutan mereka yang membeli laman web tidak tahu cara membuat pemasaran yang betul bagi memperkenalkan produk mereka.

Konsep 1Stop@SMSNET menyediakan lapan platform web pembangunan perniagaan melalui Internet dan SMS yang membolehkan peniaga menggunakan kemudahan itu dengan mudah dan murah.


Pengasasnya, Zabidah Meor Baharum, berkata 1Stop@SMSNET adalah kaedah paling mudah untuk usahawan yang tidak begitu arif dalam teknologi komunikasi maklumat (ICT) membuat promosi mengenai produk mereka tanpa sempadan, cepat, mudah dan menjimatkan kos.

“Beza konsep 1Stop@SMSNET dengan konsep lain ialah kami tidak menjual laman web untuk individu atau peniaga mengiklankan produk kerana kaedah itu kurang berkesan berikutan mereka yang membeli laman web tidak tahu cara membuat pemasaran yang betul bagi memperkenalkan produk mereka.

“Sebaliknya konsep 1Stop@SMSNET menyediakan lapan platform (laman web) yang membolehkan produk atau perkhidmatan peniaga diperkenal dan dihubungkan dengan laman web serta laman blog lain di pasaran,” katanya pada satu sidang akhbar prapelancaran 1Stop@SMSNET di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Pengarah Teknologi, Dr Ramdhan Ismail, Pengarahnya, Ahmad Khusairi Bani Hashim Al-Haj dan Pengarah Kewangannya, Syafeqah Petrus Abdullah.

Zabidah berkata, bagi menggalakkan pemasaran 1Stop@SMSNET, syarikat memperkenalkan Program Usahawan Integrasi SMS dan Internet (Puisi) yang memberi peluang kepada individu atau peniaga menjadi wakil jualan dengan bayaran RM50.

Menurutnya, wakil jualan akan diberi 100 pin pengaktifan sistem yang mana mereka boleh menjualnya kepada peniaga lain pada harga RM5 setiap satu bagi membolehkan peniaga mengiklan produk mereka. Katanya, menerusi Puisi, wakil jualan diberi dua platform iaitu www.1blog.my dan www.1sms.my yang mengandungi lapan ruangan aplikasi web yang dihubungkan dengan laman blogger seperti http://user.1blog.my, surat jualan internet di www.promote.my, ruang pengiklanan di www.1ads.my.

Oleh Hatipah Ahmad

Gambar dan Video Apple iPad

Apple iPad yang menjadi sebutan ramai di seluruh dunia. Apple iPad ini memang menarik dan akan menjadi pencabar Kindle dan gajet yang seumpamanya.

Jin Notti DVDRip 2009 | Download | Rapidshare | Megaupload | Mediafire | myfr3ak

Notti merupakan seorang gadis jin yang sangat baik, lembut dan jujur yang berusia 117 tahun. Notti di kenakan hukuman yang sangat berat dan dikurung dalam penjara yang di panggil “All Alone” oleh Majlis Penghakiman Jin yang di ketuai oleh Jin Samsu. Sebagai hukuman, Notti di hantar turun ke dunia manusia untuk bergaul dengan golongan yang melakukan perkara-perkara yang nakal. Notti memasuki tiga tubuh manusia yang mempunyai sifat yang berbeza.

Tiga bintang kerana dapat membuat aku gelak tapi nampak sangat iklan lebih menonjol, sama macam Duyong (dengan "Fuyoo"-nya) dan Sifu & Tongga (lawak-tak-lawak dengan "Han Han"). Bila iklan diletakkan pada priority yang tinggi, selalunya akan kurang pada jalan cerita. Setuju?

Rapidshare

http://rapidshare.com/files/319327807/Jin.Notti.2009.DVDRip.XviD-KaRL.part01.rar
http://rapidshare.com/files/319327706/Jin.Notti.2009.DVDRip.XviD-KaRL.part02.rar
http://rapidshare.com/files/319326672/Jin.Notti.2009.DVDRip.XviD-KaRL.part03.rar
http://rapidshare.com/files/319326746/Jin.Notti.2009.DVDRip.XviD-KaRL.part04.rar
http://rapidshare.com/files/319327575/Jin.Notti.2009.DVDRip.XviD-KaRL.part05.rar
http://rapidshare.com/files/319327593/Jin.Notti.2009.DVDRip.XviD-KaRL.part06.rar
http://rapidshare.com/files/319326898/Jin.Notti.2009.DVDRip.XviD-KaRL.part07.rar
http://rapidshare.com/files/319326862/Jin.Notti.2009.DVDRip.XviD-KaRL.part08.rar

Megaupload

http://www.megaupload.com/?d=ZE1AZBOO
http://www.megaupload.com/?d=D7Y93Y7N
http://www.megaupload.com/?d=3KNGZ7AD
http://www.megaupload.com/?d=Q0XJHRFN
http://www.megaupload.com/?d=7RIPNHK3
http://www.megaupload.com/?d=REH5E6L1
http://www.megaupload.com/?d=1VFJTRCO
http://www.megaupload.com/?d=BFWF48A9

Mediafire

part 1 - http://www.mediafire.com/?whzwnmdlziz
part 2 - http://www.mediafire.com/?ytzvyqwnnvx
part 3 - http://www.mediafire.com/?zrojmwjkdmu
part 4 - http://www.mediafire.com/?aowdimnxzjm
part 5 - http://www.mediafire.com/?3mtdkqmmmrv
part 6 - http://www.mediafire.com/?wjdydzy4132
part 7 - http://www.mediafire.com/?vflmminykzt
part 8 - http://www.mediafire.com/?jgj5knn2mjw

Posted via web from My Ramblings

Sistem pajak gadai Islam Ar-Rahnu

AR-RAHNU : Pinjaman tanpa faedah

AR-RAHNU merupakan sistem pajak gadai yang memberi kelebihan kepada masyarakat tanpa mengira agama dan keturunan. Ketika keadaan ekonomi yang tidak menentu pelbagai kaedah pinjaman wang dicari oleh pengguna sebagai cara mendapatkan wang pada kadar segera.

Selain ceti dan ah long, pajak gadai juga menjadi pilihan. Bezanya, mereka yang ke pajak gadai ialah daripada kalangan individu yang memiliki emas untuk dicagarkan.

Sayangnya, niat awal untuk menebus kembali barang yang dicagar mungkin tidak kesampaian menyebabkan ramai yang terpaksa melepaskannya walaupun ia barang berharga yang diwarisi turun-temurun.

Inilah antara kelemahan sistem pajak gadai kaedah konvensional.

Kewujudan pajak gadai di Malaysia bermula pada awal kurun ke-19. Sistem itu diperkenalkan oleh pendatang Cina yang bekerja di lombong bijih timah di Semenanjung Malaysia.

Ia dianggap sebagai salah satu cara bagi mendapatkan pinjaman tunai segera terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah.

Sistem pajak gadai itu sangat popular kerana ia tidak memerlukan prosedur atau lebih mudahnya, perjanjian antara pemberi pinjaman dengan peminjam berlaku tanpa banyak kerenah.

Bagaimanapun, sistem tradisional itu membebankan peminjamnya apabila mengenakan kadar faedah yang tinggi, lebih-lebih lagi kepada umat Islam yang sememangnya tidak boleh melibatkan diri dengan sebarang amalan kewangan yang melibatkan riba.

Satu-satunya alternatif buat umat Islam ialah dengan menggunakan perkhidmatan pajak gadai Ar-Rahnu.

Skim Ar-Rahnu atau sistem pajak gadai Islam bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia.

Ia diperkenal oleh Yayasan Pembangunan Islam Malaysia (Ypeim) dan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 27 Oktober 1993. Yayasan itu bertindak sebagai pelabur utama dana, penyelaras sistem, latihan dan promosi manakala pelaksanaannya dilaksanakan oleh Bank Islam (M) Bhd.

Skim itu merupakan alternatif kepada orang ramai khususnya yang berpendapatan rendah dan mengalami kesulitan kewangan, khususnya untuk modal perniagaan secara kecil-kecilan.

Cagar mas

Ia juga sumber untuk membiayai pendidikan di samping membebaskan umat Islam daripada amalan riba dan manipulasi oleh pengamal pajak gadai konvensional yang tidak jujur.

Malah sebagai pelopor kepada sistem itu, ia dianggap mampu menjadi alternatif terbaik kepada umat Islam dan rakyat negara ini daripada terjebak dengan ceti haram dan ah long.

Bagi mereka yang masih belum memahami Ar-Rahnu, ia adalah sistem pajak gadai Islam yang membolehkan orang ramai yang memerlukan wang segera mencagarkan barangan kemas kepada pihak bank.

Ar-Rahnu merupakan satu bentuk perniagaan pajak gadai Islam yang menawarkan pinjaman tanpa faedah tetapi hanya sekadar upah simpan yang rendah.

Malah jumlah gadaian yang ditawarkan juga tinggi dengan tempoh gadaian yang fleksibel.

Bank lazimnya menawarkan kadar pinjaman sehingga 60 peratus (bergantung kepada bank) daripada nilai emas itu.

Para peminjam pula tidak akan dikenakan sebarang faedah di atas pinjaman itu sebaliknya pihak bank akan mengenakan upah simpanan berdasarkan nilai emas.

Sistem pajak gadaian yang berlandaskan hukum Islam itu memberi kelebihan kepada masyarakat tanpa mengira agama dan keturunan.

Ia telah pun dinilai oleh penasihat syariah yang terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang undang-undang Islam.

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. atau lebih dikenali sebagai Bank Rakyat misalnya memperkenal Skim Ar-Rahnu sejak 1993 dengan kerjasama YPEIM.

Menurut Pengurus Skim Ar-Rahnu Bank Rakyat Mohamad Sabri Mohamed Nor, sebelum ini orang ramai menghadapi pelbagai masalah ketika menggunakan khidmat pajak gadai konvensional kerana syarat-syarat bayaran balik yang ketat dan dikenakan faedah yang membebankan.

"Skim Ar-Rahnu di Bank Rakyat menawarkan pembiayaan bercagar sehingga RM5,000 dengan tempoh maksimum enam bulan yang dibayar sekali gus apabila tempoh itu berakhir," jelas beliau.

Pihaknya turut menyediakan skim Az-Zahab iaitu membabitkan pembiayaan di antara RM5,001 hingga RM50,000 yang dibayar balik secara ansuran dengan tempoh maksimum tiga tahun.

"Skim Ar-Rahnu dan Az-Zahab berpotensi untuk muncul sebagai salah satu alternatif sistem pajak gadai berasaskan syariah atau konvensional yang sedia ada," tambah beliau.

Kedua-dua skim itu yang digubal oleh Majlis Pengawasan Syariah Bank Rakyat dengan kerjasama YPEIM menawarkan pembiayaan secara Islam dan pelanggan dikenakan upah menyimpan barang cagaran berupa emas pada kadar yang berpatutan mengikut kiraan hari, katanya.

Menurutnya jika barang cagaran dilelong, harga lelongan dikembalikan kepada pelanggan selepas ditolak jumlah pembiayaan dan upah menyimpan, menjadikan skim itu lebih telus berbanding skim konvensional.

Kemudahan Skim Pajak Gadai Islam atau Ar-Rahnu turut dikendalikan oleh Bank Islam dan Agrobank. Ia bukan bertujuan untuk menggalakkan orang ramai berhutang, tetapi menyediakan kemudahan kewangan kepada orang ramai yang kesempitan wang.

Proses gadaian dilakukan secara telus iaitu di hadapan peminjam dan berdasarkan hukum syarak.

Selain dijamin daripada disalah guna, ia lebih selamat dan terjamin berbanding jika seseorang itu terpaksa mendapatkan khidmat pinjaman daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. - Bernama


Nak Buat Duit Dengan Hanya Klik? Jom Klik Sini!

Tags: AR-RAHNU,Sistem pajak gadai Islam,pajak gadai

Produk Skinz Infinite

Setiap wanita dikatakan takut dimamah usia. Namun 'ketakutan' ini sebenarnya subjektif kerana ada segelintir yang langsung tidak mengambil pusing tentang keadaan kulit wajah mereka.

Ini kerana terdapat sebahagian besar yang masih tidak faham fungsi produk kecantikan. Sebahagian lagi menjadi mangsa produk tiruan akibat kurangnya pengetahuan mengenai penjagaan dan kesihatan diri.

Pengurus Produk Unza Malaysia Sdn. Bhd., Chris Chan berkata, ramai wanita melengahkan penjagaan diri sehingga mencapai usia 30-an sebelum mengambil tindakan.

"Sayangnya usaha ini dilakukan terlalu lambat. Jika mereka sendiri menyedari tanda-tanda kerosakan kulit pun, ramai tidak melakukan apa-apa kerana menganggap ia boleh hilang dengan sendiri.

"Malah ada wanita yang langsung tidak mahu menggunakan produk kerana percaya produk anti-penuaan hanyalah untuk wanita berusia sahaja," katanya.

Justeru, produk kecantikan jenama Skinz berusaha mencari penyelesaian terbaik agar wanita dapat mengambil langkah-langkah pencegahan tanda penuaan sebelum waktunya.

Penyelidikan dan kajian ke atas gaya hidup konsumer akhirnya menghasilkan produk Skinz Infinite - koleksi produk anti-penuaan revolusi baru.

Formula terkini dari Korea ini mengandungi Bio-Stemcell Activator yang berfungsi jauh ke dalam lapisan sel selain Toco-Retin A yang bertindak memadamkan tanda penuaan dengan segera.

Bintang televisyen Hong Kong, Charmaine Sheh Sze-Man turut dilantik sebagai duta jenama sempena pelancarannya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Seperti Charmaine yang moden, muda, bertenaga dan dinamik, Skinz Infinite disasarkan kepada wanita Asia berusia 25 tahun ke atas.

Rangkaian produk eksklusif ini terdiri daripada pembersih HydraClean Cleansing Cream yang membersihkan mekap dan kotoran tanpa meninggalkan rasa tegang atau kering.

Ia diperkaya dengan 99 peratus aktif tumbuhan Bio- StemCell Activator untuk merangsang proses pembaharuan sel, menghasilkan kulit lembut dan licin.

Selain itu, penyegar HydraPlenish Glacier Toner tanpa alkohol pertama diperbuat daripada air mineral glasier Swiss turut diperkenalkan bagi memanjakan kulit wanita tanpa mengira jenis kulit.

Ia juga mengandungi Carnosine, krim mujarab yang melengahkan kemunculan tanda penuaan dan menguatkan sistem ketahanan kulit.

Produk utama Skinz Infinite pula ialah Youth Recall Serum untuk merangsang pembaharuan sel menerusi teknologi baru yang memulihkan kecantikan dan keremajaan kulit muka.

Bio-StemCell Activator yang terkandung di dalam produk ini bertindak merangsang sel tunjang kulit, menembusi kesemua tiga lapisan kulit selain Toco-Retin A. Molekul di dalamnya dirumuskan supaya kurang sensitif kepada kulit dan mengaktifkan pengelupasan sel sambil merangsang sintesis kolagen.

Kombinasi ramuan yang serasi ini bertindak aktif bagi mengelupaskan sel-sel kulit mati dan merangsang pembaharuan sel kulit untuk menyerlahkan kulit agar tampak lebih cerah berseri dalam masa dua minggu.

Akhir sekali, Eye Revive Therapy yang buat pertama kalinya menampilkan formula perlindungan kontour mata daripada pancaran sinar ultraungu.

Eye Revive Therapy mengurangkan lingkaran gelap bawah mata, melicinkan dan menegangkan kulit di sekeliling mata untuk melenyapkan kedutan dan garis halus.

Produk Skinz Infinite boleh didapati di semua farmasi dan pusat membeli-belah utama seluruh negara.

(Ulasan Buku) Bagaimana Online Dengan Tuhan

Tajuk Buku: Online Dengan Tuhan - Berhubung Dengan Tuhan Melalui Talian Tanpa Wayar
Penulis: Zulkifli Khair
Penerbit: PTS Islamika Sdn. Bhd.
Halaman: 114 muka surat
Harga: RM13.00


Akibat laju mengetuk papan kekunci, maka kesilapan ejaan sering terjadi. Pada mulanya kita hendak mengakses "Online" (Utusan Online misalnya) yang terjadi: "Onlie", sedang menipu!

Justeru tajuk ini buku terus memberikan sedikit tamparan; jangan sesekali "onlie" ketika ber -'online' dengan tuhan, tuhan tidak bisa dibohongi, berterus terang sahaja malah sebenarnya tuhan lebih tahu apa yang terjadi!

Penulis buku ini merupakan pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang juga merupakan seorang jurulatih sambilan penulisan kreatif.

Mungkin nama beliau kurang dikenali selain pernah juga menghasilkan buku, 501 Soal Jawab Tentang Haji dan Umrah dan Yang OK dan KO Dalam Ibadah Haji bersama PTS.

Namun beliau mempunyai pendekatan penulis yang ternyata berbeza namun sangat menarik.

Tanpa perlu ulasan dan hujahan fakta yang panjang lebar, seolah-olah menyedari bahawa pembaca hari ini sudah tidak mempunyai masa untuk itu semua. Kecuali mahukan bacaan yang santai dan straight to the point maka buku ini sangat memenuhi cita rasa itu.

Jika secara mudahnya online dengan Tuhan itu boleh dimaknakan sebagai satu kaedah komunikasi antara seorang hamba dengan Maha Pencipta tanpa sebarang halangan, tanpa perantaraan, tanpa wakil; sangat bersemuka antara satu sama lain.

Walaupun ada yang menyifatkan hubungan atau komunikasi dengan tuhan itu bersifat komunikasi sepihak (sehala) namun yang jelas secanggih manapun ciptaan manusia untuk berkomunikasi dengan segala macam peralatan dan teknologi tetapi sedarilah sejak zaman nabi Adam, online bersama tuhan itu telah berlaku sehingga tiada titik tamatnya.

Zulkifli berjaya membuka satu ruang lingkup yang luas, yang tidak tertumpu kepada kupasan hubungan tersebut tetapi beliau kaitkan dengan pelbagai situasi dan fenomena. Dari topik wahyu (tanpa wayar), Al-Quran merupakan browser, bukan semua yahudi adalah jahat, kejahatan zionis melancarkan perang siber, apa yang patut diterima (accept) dan patut ditolak (delete), blog dan laman web yang mengeratkan lagu hubungan manusia dan tuhannya sehinggalah klik connect untuk cinta. Iaitu terdapat 33 bab yang kesemua mempunyai huraian dalam bahasa yang naratif, mudah dan penuh dengan motivasi. Di tambah lagi dengan pelbagai kutipan kata-kata dan kotak-kotak fakta menjadikan keseluruhan buku ini sangat menarik dan begitu meninggalkan kesan kepada pembaca!

Sementelah dengan harga yang sangat kompetitif murah, berbanding apa yang anda bakal peroleh, maka penulis ini bukanlah seorang yang hendak meraih untung.

"Sembahyang dan doa adalah contoh komunikasi dengan tuhan tanpa wayar, malah jauh lebih hebat berbanding jalur lebar (broadband). Manusia tidak perlu mempunyai modem dan router serta tidak perlu membayar bil untuk berkomunikasi dengan tuhan.

"Hanya dengan mendirikan sembahyang dan memanjatkan doa di mana sahaja di muka bumi ini, kita dapat berhubung terus dengan Tuhan," (M/S 80)

Walaupun ada menyifatkan komunikasi yang berlaku merupakan sehala (one way communication) iaitu kononnya tidak mendapat sebarang tindak balas dan jawapan daripada tuhan secara mutlak namun saya percaya keberadaan Allah itu dapat kita rasakan berada di sisi dan itu sudah cukup bermakna kepada seorang hamba-NYA.

Tidak sahaja percaya bahawa Allah sedia mendengarkan, namun yang jelas Allah tidak akan pernah jemu, berbanding andai kita berkomunikasi dengan manusia!


Oleh SITI AINIZA KAMSARI

Sup Haruan Kolagen

Sejak turun-temurun, ikan haruan telah terkenal sebagai sumber makanan dengan pelbagai khasiat kesihatan yang tidak dapat disangkal lagi. Mempunyai nama saintifik Channa striatus, hidupan air tawar itu menjadi makanan yang sangat popular terutama dari kalangan penduduk Asia.
Khasiat Ikan Haruan

Antara khasiat kesihatannya adalah seperti mampu menyembuhkan luka, mengurangkan kesakitan selepas pembedahan serta baik untuk ibu bersalin.

Kandungan asid amino dan lemak daripada ikan itu pula baik untuk memulihkan parut luka dengan lebih cepat serta sesuai merawat gastrik.

Di samping itu, ia turut mengandungi vitamin A yang berupaya meningkatkan daya ingatan, penglihatan, menjadikan kulit lebih halus dan mengandungi bahan anti oksida bagi fungsi melambatkan proses penuaan.

Khasiat lainnya adalah seperti asid arasidonik untuk membantu pertumbuhan sel-sel baru serta kolagen bagi pengekalan kulit muda.

Di negara kita, sumber makanan itu kebiasaannya diperolehi dalam bentuk produk pati ikan haruan yang banyak terdapat di pasaran.

Namun, bagi sesetengah individu, mereka mungkin sukar untuk meminum pati tersebut kerana rasa dan baunya yang kurang digemari.

Justeru, bagi memastikan khasiat ikan itu dapat dinikmati dengan cara yang lebih mudah, ia kini dihasilkan dalam bentuk sup segera.

Dikenali sebagai Sup Haruan Kolagen, produk berkenaan telah dihasilkan oleh sebuah syarikat perusahaan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan, Bio Haruantech (M) Sdn. Bhd.

Menurut Pengarah Urusannya, Mohammad Munir Lukman Hakim, idea menghasilkan sup tersebut timbul setelah mendapati pesakit-pesakit di hospital dan klinik sukar untuk memperolehi ikan haruan.

''Bermula daripada situ, saya mula mengumpul maklumat dan menjalankan kajian bagaimana penghasilan sup ikan haruan. Ia telah mengambil masa selama tiga tahun.

''Selain berkhasiat, sup ini juga mempunyai rasa yang sangat sedap dan sesuai dijadikan makanan harian,'' katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Memasuki pasaran pada tahun 2007, produk yang dipaketkan di dalam tin itu pada mulanya kurang mendapat sambutan.

Mencari kaedah penyelesaian, Mohammad Munir kemudiannya meneruskan kajian selama lebih kurang setahun lagi untuk memperbaiki mutu produk tersebut.

Akhirnya, beliau telah berjaya menghasilkan sup dalam bentuk serbuk dengan kandungan kolagen yang tinggi dan tidak berbau.

Bagi menjamin khasiat sup ini, ia diadun bersama rempah ratus asli yang baik untuk kesihatan seperti kulit kayu manis, lada hitam dan sebagainya.

Kandungannya juga semulajadi tanpa menggunakan bahan pengawet atau pewarna selain mempunyai lebih 50 peratus isi ikan.

Ini kerana, di dalam isi ikan tersebut terdapat sejenis bahan yang diberi nama Glycine iaitu sebahagian daripada komponen kolagen dalam sel kulit manusia.

Bahan ini akan bertindak mempercepatkan percantuman kulit yang terluka dan seterusnya membentuk sel baru.

Bercerita mengenai sumber ikan mentah, beliau memperolehinya daripada beberapa kolam ternakan yang diselia di bawah Jabatan Perikanan.

''Sebelum dijadikan ramuan dalam penyediaan sup, ikan-ikan ini akan menjalani ujian DNA dan ujian mikro terlebih dahulu bagi mengenalpasti nutriennya.

''Saya mendapat bimbingan daripada Jabatan Perikanan dan Universiti Kebangsaan Malaysia dalam proses menjalankan ujian ini,'' jelasnya.

Cara penyediaan sup itu amat mudah di mana pengguna hanya perlu melarutkan serbuknya di dalam 200 mililiter air dan ia boleh dimakan terus.

Ia dijual dengan harga RM16 sekotak di mana setiap kotak mengandungi tiga paket sup.

''Sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Setakat ini kilang kami di Rawang telah mengeluarkan sebanyak 20,000 hingga 30,000 kotak untuk memenuhi permintaan pasaran'' jelasnya.

Dari segi pasaran, beliau ketika ini sedang berusaha membawa masuk produknya untuk dijual di pasar raya besar.

Pada masa akan datang, beliau turut bercadang meneruskan kajian dalam penghasilan produk sup belut pula untuk khasiat kesihatan lelaki.

-----------


Produk Sup Haruan Kolagen ini adalah yang pertama di Malaysia, mungkin di dunia.

Ia satu-satunya produk yang boleh menyembuhkan luka dalaman dengan pantas dan berkesan serta selamat dan tiada kesan sampingan untuk jangkamasa pendek atau panjang.

Produk ini adalah sedia untuk dimakan atau dihidangkan. Ia juga tidak berbau hanyir dan sedap. Mudah, hanya perlu dipanaskan selama 2 minit , kemudian hidangkan.

Produk ini dikategorikan dalam makanan & makanan berkhasiat untuk kesihatan. Ikan haruan juga telah dipercayai turun temurun oleh masyarakat Malaysia secara tradisional & juga ada kajian saintifik akan khasiatnya.


Rujukan Kajian Saintifik

Kajian saintifik ikan haruan ini dilakukan oleh Prof. Saringat Hj. Baei dari Universiti Sains Malaysia (USM) . Ia mengandungi kolagen yang tinggi dan ia terbukti berkesan untuk penyembuhan pantas luka dalaman seperti selepas bersalin, pembedahan, kemalangan, berkhatan, ulser, gastrik & kecantikan kulit.

Pelbagai Asid Keperluan Manusia

Asid Amino untuk ulser dalam perut.
Asid Arakidonik untuk perkembangan dan pertumbuhan sel baru.
Asid Oleik & Linolik tak tepu (Lendir) adalah komponen utama lipid sepenuhnya.
Asid Aspartik & Glutamik (Glisin) penting untuk pembentukan molekul protein bagi pertumbuhan semula dan penyembuhan luka.

Kolagen
Tinggi kandungan untuk membantu kecantikan kulit serta anti kedut.


Harga satu kotak Sup Haruan Kologen serbuk ialah RM16.00 sekotak.
Kandungan sekotak adalah 3 paket.

RM 16 / 18 (Smnjg / SS)

Busana Fesyen Muslimah Rizalman Ibrahim

Berpakaian menutup aurat sering disalah ertikan seperti bertudung litup dari hujung rambut hingga hujung kaki. Hanya yang kelihatan ialah sepasang mata di sebalik purdah atau hijab yang dikenakan individu berkenaan.
Fesyen Muslimah

Kenyataannya, senario berkenaan banyak kelihatan di negara Arab, tetapi ia tidak mungkin dilihat di negara ini kerana cuaca panas, persekitaran dan budaya adalah berbeza menyebabkan paten pemakaian juga tidak sama.

Pereka yang tidak perlu diperkenalkan lagi, Rizalman Ibrahim, berkata wanita Arab menutup aurat dengan memakai busana yang dinamakan jubah kerana iklim dan rupa bentuk geografi negara mereka sangat berbeza dengan negara ini.

"Negara Arab seperti Mesir adalah panas cuacanya. Tambahan pula rupa bentuk muka bumi mereka dilitupi pasir menyebabkan mereka terpaksa menutup sebahagian besar wajah untuk mengelak daripada debu hinggap pada muka.

"Menutup aurat adalah sebahagian daripada tuntutan agama, tetapi dari aspek logik, mereka memakai jubah hitam kerana apabila berpeluh, ia secara semula jadi akan menyejukkan badan dalam cuaca panas," katanya ketika ditemui di Butik Puteh, di Damansara Perdana baru-baru.

Puteh adalah wadah terbaru Rizalman dalam usaha mengetengahkan persalinan sopan, anggun, unik serta pada masa sama memenuhi ciri Islam dalam tuntutan berpakaian, iaitu menutup aurat, terpelihara daripada mata yang tidak sepatutnya melihat aurat wanita.

Bagaimanapun, pereka tersohor itu berkata, beliau tidak bersetuju dengan sesetengah pihak yang melabelkan 'busana muslimah' adalah persalinan menutup aurat yang hanya tertakluk kepada potongan tertentu saja kerana persalinan itu sendiri adalah satu daripada evolusi dalam fesyen.

"Menyentuh mengenai persalinan yang menutup aurat, saya tidak bersetuju jika ada yang melabelkan pakaian berkenaan seharusnya berpotongan begini dan begitu. Hakikatnya, fesyen menutup aurat adalah luas ruang lingkupnya.

"Kita tidak semestinya terikat dengan fesyen negara Arab semata-mata untuk menutup aurat dan 24 jam berbalut dengan pakaian berkenaan. Kalau berada bersama ahli keluarga, suami atau abang yang sudah tentu muhrim, wanita dibenarkan membuka hijab mereka," katanya.

Bagi Rizalman, busana Muslimah ialah persalinan yang boleh dipakai untuk wanita yang bukan saja menutup aurat, tetapi juga sesuai untuk mereka yang tidak bertudung dan paling penting ialah sopan dan tidak salah untuk tampil bergaya.

"Melalui Puteh ini, saya dan rakan kongsi yang bertanggungjawab mencetus ilham terhadap kewujudan Puteh, Fazwinna Tan Sri Mustapha Kamal, mengambil kata putus menterjemahkan busana Muslimah sebagai persalinan ala Islam dan bukannya ala fesyen Islam.

"Sehubungan itu, Puteh juga menawarkan jubah, telekung, tudung serta pakaian lain yang bersesuaian dengan kehendak pengguna Islam. Kebanyakan busana yang ada di Puteh adalah diilhamkan daripada kaftan memandangkan ia selesa dan boleh digayakan pada sebarang acara," katanya.

Beliau berkata, kaftan dijadikan ilham asas kepada kebanyakan busana di Puteh memandangkan kaftan boleh dimanfaatkan sebaik mungkin untuk sebarang acara bersifat keagamaan mahupun acara santai. Potongan kaftan yang agak santai juga tidak menampakkan bentuk badan yang keterlaluan sekiranya si pemakai bersaiz besar atau mereka ingin menutup bahagian tertentu pada badan.

"Busana di Puteh tersedia dalam helaian polos. Fabrik yang digunakan pula ialah sifon dan sutera crepe kerana kedua-duanya adalah fabrik lembut yang selesa dipakai. Begitupun, busana di Puteh tidak mengenepikan perhiasan lain seperti manik dan batu permata.

"Untuk mengimbangi rona polos itu, ada busana yang disulam batu perhiasan di bahagian tengah. Bahkan bagi anda yang gemar kepada perhiasan bersaiz besar, mereka boleh dikalungkan di leher. Selain menghiasi leher, bahagian hadapan busana juga akan kelihatan berhias cantik," katanya.

Hakikatnya, jika bijak mengadun gaya, busana polos juga akan nampak berseni dan indah dengan gandingan perhiasan leher atau hijab senada yang digayakan di kepala. Bahkan, lebihan selendang sekiranya berjurai panjang, boleh dililit pada leher dan ia akan tetap membuatkan anda tampak anggun andai kena cara pemakaiannya.

Lokasi Butik Puteh Rizalman Ibrahim

Butik Puteh
Lokasi: A G 01 block A Neo Damansara
No 1 Jalan PJU 8/1 Bandar Damansara Perdana.

Promosi KFC Zinger Tower

Kentucky Fried Chicken (KFC) Malaysia menawarkan hidangan burger baru, Zinger Tower.

Sarat dengan aksesori tambahan lazat selain cogan kata, Hilangkan rasa lapar dengan KFC Zinger Tower, anda pasti tidak menyesal memilihnya.
KFC Zinger Tower

Pengarah Urusan KFC Holdings Malaysia Bhd, Jamaluddin Mohd Ali, berkata burger terbaru keluaran KFC adalah besar dan mengenyangkan berbanding burger biasa.

“Zinger Tower jauh lebih tebal daripada burger kami yang lain. Burger baru itu juga mengandungi ramuan tambahan yang memberi lebih khasiat dan kenikmatan,” katanya pada majlis pelancaran produk berkenaan di KFC Kota Damansara, baru-baru ini.

Dengan lapisan hash brown, keju lazat dan salad segar serta sos cili limau pedas ia memberikan aneka rasa. Nikmati aroma pedas, segar dan lazat selain apitan jejari ayam Hot & Spicy yang digoreng garing serta roti kaizer panas yang lembut.

Katanya, KFC mensasarkan golongan remaja atau pelajar untuk produk berkenaan ekoran gaya hidup dan aktiviti lasak yang memungkinkan mereka menggunakan tenaga banyak seharian.

Pasti berbaloi apabila membeli Tower Crunch Combo dengan set hidangan Zinger Tower, keropok jagung Chachos bersama sos pencecah BBQ dan Mayo serta minuman, 7-Up Revive yang bernilai RM 10.50. Hidangan ala-carte turut ada dengan harga serendah RM 7.40. Promosi itu berlangsung selama dua bulan sementara stok masih ada bermula 4 Januari lalu.

Baju-T Graffi Tee

Bagi yang mementingkan jenama, Graffi Tee bukanlah satu jenama yang asing atau baru kerana ia sentiasa terkenal dengan variasi kemeja-T, beg, sapu tangan, skaf, kasut dan sebagainya.
Baju T Graffi Tee

Graffi Tee merupakan sebuah kedai yang berkonsep dan mengkhusus kepada baju-T.

Kualiti yang dihasilkan juga tidak perlu diragui kerana baju-T yang dihasilkan menggunakan material 100 peratus kain kapas terbaik.

Jika dilihat daripada ejaannya iaitu Graffi Tee, ia sebenarnya mempunyai sebutan yang sama dengan grafitti yang bermaksud lakaran-lakaran yang biasanya ada di dinding-dinding.

Namun apabila diasingkan perkataan tersebut, ia boleh menjadi grafik, baju-T, atau graffiti.

Jadi tidak hairanlah kesemua baju-T yang dijual di sini mesti mempunyai grafik serta kelainan yang ditampilkan ialah grafik atau frasa yang terpampang padanya.

Jika sebelum ini peminat-peminat jenama tersebut hanya boleh memperoleh produk tersebut di Suria KLCC, The Gardens dan Pavilion, kini ia juga boleh didapati di One Utama.

Terletak di tingkat bawah, premis tersebut yang dibuka sejak 23 Disember lalu ternyata memiliki tarikan tersendiri.

Selain itu, motif yang dipaparkan pada baju-T ini boleh terdiri daripada apa sahaja, sama ada isu global atau sesuatu yang melucukan.

Penghasilan idea-idea kreatif itu diketuai oleh Tino Soon yang mengakui dia sentiasa kagum dengan mesej-mesej bijak, sekali gus berpendapat ia adalah peluang terbaik buat Graffi Tee memberi ruang kepada individu untuk mengekspresi diri atau menyokong sesuatu yang hampir dengan jiwa mereka.

Idea-idea yang diterjemahkan dalam bentuk grafik dan frasa itu juga terhasil mengikut konsep-konsep tertentu.

Tidak terhad kepada isu-isu tempatan sahaja, pasukan kreatif Graffi Tee juga tidak ketinggalan menyentuh sebanyak mungkin tema kehidupan.

Lazimnya koleksi-koleksi Graffi Tee memiliki mesej dalam cetakan pelbagai variasi warna menarik seperti biru muda, kelabu, coklat, putih dan merah jambu.

Kesemua baju-T di Graffi Tee boleh didapati dalam saiz SS, S, M, L, XL dan K serta harganya bermula daripada RM55.90 sehelai, bergantung kepada warna cetakannya.

Oleh mariatul qatiah zakaria

Butik MaMa jual jubah lycra, lembut dan selesa

Jubah Lycra Butik Mama
2 tahun lalu Nor Ainna Ibrahim, 29, menjalankan perniagaan beg tangan, aksesori dan pakaian menerusi Internet. Rezeki yang diberikan kepadanya membuatkan perniagaan tersebut berkembang dengan pesat dalam masa yang singkat.

Banyak permintaan daripada stokis dan pemborong untuk membeli barang jualannya menyebabkan Nor Ainna yang selesa disapa Ainna membuka kedainya sendiri yang diberi nama Butik MaMa bertempat di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor.

"Kedai ini sebenarnya untuk menempatkan stok pakaian untuk jualan secara borong. Bagaimanapun jika ada pelanggan yang datang ke kedai, kami tetap akan menjual," ujarnya ketika ditemui di premisnya baru-baru ini.

Menurut ibu kepada dua anak ini, idea untuk meneruskan perniagaan dalam bidang fesyen muslimah tercetus selepas beliau melahirkan anak keduanya dan mengambil keputusan untuk bertudung.

"Saya mencari tudung yang praktikal untuk dipakai oleh ibu yang mempunyai bayi kecil, lalu terhasillah tudung yang saya letakkan jenamanya sebagai Ainna's Scarves.. Selain itu, butik MaMa juga tampil dengan jubah istimewa dengan label Bussaina Apparels untuk melengkapi penampilan mengikut syariat seorang muslimah," jelasnya.

Menurut Nor Ainna, cetusan asal pembukaan Butik MaMa adalah untuk tampil sebagai pusat sehenti yang menawarkan pilihan persalinan lengkap kepada wanita Islam kerana kebanyakan wanita moden kini lebih terarah untuk menggayakan busana menutup aurat.

Istimewanya busana muslimah dari Butik MaMa ialah majoriti material yang digunakan adalah daripada kain lycra. Ia agak lembut dan selesa dipakai tidak kira siang mahupun malam. Selain itu, lycra tidak mudah berkedut dan paling penting apabila dibuat blaus atau jubah, ia jatuh cantik!

Butik MaMa juga secara rasmi melantik bekas penyanyi yang popular dengan lagu Bagaikan Puteri, Farra, sebagai model untuk tudung dan jubah.

"Harapan saya agar dapat membudayakan pemakaian jubah di kalangan wanita tempatan kerana jubah adalah pakaian 'smart kasual' yang sesuai digayakan di dalam apa juga majlis dan keadaan," ujarnya.

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

Nak Buat Duit Dengan Hanya Klik? Jom Klik Sini!

Koleksi Harimau Tahun Baru Cina Royal Selangor

Tahun Baru Cina yang bakal disambut oleh masyarakat Tionghua pastinya lebih meriah dengan koleksi Tahun Harimau oleh Royal Selangor. Merangkumi enam koleksi hiasan kecil, sang rimau digambarkan dengan pelbagai gaya bagi menyampaikan mesej penuh tuah bagi Tahun Baru Cina ini.


Edisi terhad plak Tahun Harimau berinspirasikan zodiak barangan tradisi oleh Royal Selangor menggambarkan sang rimau yang megah bangun dari tidur lena sepanjang musim dingin, lantas mengaum sekuatnya menyambut kedatangan musim bunga.

Haiwan ini amat dihormati sebagai lambang kepimpinan, tenaga, keberanian, menjaga kemewahan dan melindungi daripada kejahatan. Plak ini disadur dengan emas 24 karat dan hanya 1,000 keping plak diedarkan di seluruh dunia.

Sementara koleksi patung-patung kecil harimau pula tentunya amat dinantikan oleh para pengumpul. Koleksi ini merangkumi patung kecil harimau yang sedang memburu. Patung bersaiz lebih kecil lagi menggambarkan anak harimau yang nakal (juga boleh didapati dalam versi saduran emas 24 karat) dilekapkan di atas dasar kemasan jati untuk memberikan sentuhan peribadi. Kedua-duanya amat sesuai dijadikan hadiah bagi musim perayaan ini.

Turut direka khas bagi menyambut Tahun Harimau, bekas teh anggun sarat dengan konotasi keberkatan. Dihiasi dengan gandingan sulur paut berputar daun labu serta Sang Rimau yang gagah, karya ini menggambarkan harapan untuk kemewahan berpanjangan bagi tahun akan datang. Satu set penyepit serta alasnya yang dihiasi motif halus harimau turut melengkapi koleksi ini.

Sebagai tambahan koleksi Tahun Harimau, Royal Selangor turut memperkenalkan pilihan hadiah bungkusan khas untuk musim perayaan ini. Ia merupakan set mengandungi tiga plak dengan seni khat Cina bagi huruf-huruf 'Fu', 'Lu' dan 'Shou' yang membawa maksud kegembiraan, kemakmuran serta usia yang panjang. Sebentuk tangkal 'Fu' diikat dengan tali simpul keabadian berwarna merah turut melengkapi plak yang menjadi set aksesori hiasan bagi Tahun Baru Cina.

Peminat teh pasti ceria dengan dua teko kecil serta bekas teh yang kini boleh didapati dalam bungkusan khas perayaan sepanjang musim pemberian hadiah ini.

Tuah merangkumi teko kecil dihiasi ikan emas yang turut merangkumi enam cawan teh porselin berkelim piuter, manakala kegembiraan diwakili teko bunga peony dengan dua cawan teh yang sepadan.

Dibungkus dalam kotak kayu yang anggun dengan grafik Tahun Baru Cina, set hadiah 'panjang usia' merangkumi bekas teh menarik dihiasi bunga orkid. Direka dengan dwi-penutup, bekas teh kedap udara Royal Selangor sangat sempurna untuk menyimpan teh kerana kemampuannya mengekalkan keharuman dan kesegaran.
Nak Buat Duit Dengan Hanya Klik? Jom Klik Sini!

Emas Percuma Dalam Barang Terpakai / Rosak


Emas Percuma Dalam Barang Terpakai / Rosak?

Sudah pasti ramai yang tidak tahu akan perkara dan ada juga yang telah ketahui tetapi masih 'blur' akan ketahuan perkara ini.

Saya sendiri mula-mula membaca produk Ebook Tuan The Guru Bertajuk “ Emas Percuma Dalam Barang Terpakai/ Rosak” terpenjat!! Mengapa?!!! Maunyer tidak…

Rahsia yang dikongsikan itu memang tidak disangkakan kita semua.. Selalu memang barang nie kita 'let go' atau buang biar Alam Flora sahaja yang uruskan.. Kepada yang lebih rajin juai kat depa yang mai naik lori beli barang-barang lusuh!!!

Fuh!! Memang kena cepat sebelum perkara nie lebih diketahui UMUM.. Terpaksa aku sendiri godek ( selongkar ) balik barang lama yang terpakai dan juga tidak berfungsi @ tamat tempoh ( rosak ) nie..

Jadi, kepada mereka yang ingin melabur dalam pelaburan EMAS dan masih tiada modal!! NAH!!!! TheGuru dah kongsikan Rahsianya untuk anda rebut dan terus praktikkan..

Selain dari RAHSIA EMAS, dapat lagi produk PERCUMA.. Salah satunya:

PANDUAN KERJA DI U.K + CARA PERGI PERCUMA + TEKNIK UNTUK TIDAK PERLU KERJA SELEPAS 2 TAHUN

Siapa yang benar-benar ingin bekerja di U.K? Pergh.. memang ini adalah antara perkara untuk mereka yang ingin pergi bekerja sambil makan angin secara PERCUMA ke U.K..

AKu sendiri tak pasti kesahihannya kerana tidak pernah mempraktikkan semua ini. Tetapi TheGuru ada berkongsi apa yang telah dia sendiri lakukan.

MENDAPAT RAWATAN PAKAR DALAM MASA BEBERAPA JAM TANPA ADA INSURANS DAN TIDAK PERLU BERATUR

Panduan yang nie pula akan aku cuba praktikan kerana lokasi dan tempat kerja serta rumah aku berdekatan dengan PUTRAJAYA..

Oleh sebab nie merupakan perkara baru untuk diriku. Ia akan diguna pakai apabila berlaku musibah pada diriku mahupun keluarga.. ( Harap dijauhkan... AMIN.. )

So, perkongsian dari bro TheGuru nie.. Memang Ringkas TETAPI PADAT dengan maklumat..

- Ijamidayu
www.firstfullearn.com

Keterangan Lanjut, Klik Sini

Laman Web : Emas Percuma

Panduan terhebat untuk mendapatkan badan berotot


Realisasikan impian anda untuk memiliki badan yang berotot dengan hanya mengikuti 5 langkah yang berkesan dan terbukti sangat PRAKTIKAL!

Testimoni Pembeli Ebook Jom Bina Badan

Panduan macam ni susah nak dapat dalam bahasa Malaysia. Dan lebih penting, ia adalah untuk orang Malaysia berbanding panduan lain yg banyak khusus untuk orang Barat. Diet untuk orang asia mana sama dengan diet untuk orang Barat.

Ebook ni menerangkan dengan bahasa yang mudah dan dalam LIMA LANGKAH saja. Kalau nak cari info percuma, carilah. Saya yakin saudara semua akan pening lalat sebab terlampau banyak maklumat yang bercanggah satu sama lain. Jadi untuk elakkan kekeliruan, rujuklah daripada mereka yang ada pengalaman dan salah satunya ebook ni.

Yang ikhlas,
smartzul (pembeli e-book)

Keterangan lanjut Jom Bina Badan , sila klik sini



Laman Web Rasmi : Jom Bina Badan

www.anggunayu.com

Tentang Anggunayu.com

Anggunayu.com adalah laman web mengiklankan produk-produk terbuka kepada ahli Anggunayu.com atau rakan rakan mereka. Pelbagai produk boleh didapati disini. Sesiapa yang mendaftar bolehlah mendaftar dan membuat urusniaga. Disinilah tempatnya anda boleh memulakan perniagaan secara online tanpa perlu membuka sebuah kedai dengan sewaan yang tinggi .

Anggunayu.com akan menjadi sebuah laman web yang pesat secara online untuk pelbagai urusan perniagaan . Apa yang penting adalah pendaftarannya secara percuma dan setiap ahli dapat iklankan produk yang akan dilihat oleh setiap ahli yang lain.Semua ini adalah untuk memudahkan urusan jual beli dan urusan perniagaan secara online ,juga setiap ahli boleh adakan stor sendiri dalam website ini.

Apa yang penting adalah website ini dapat menjana pendapatan kepada setiap ahli yang berdaftar.

Sila lihat: http://anggunayu.com

Sinopsis Novel Puteri Cinta


Semusim telah berlalu, Kristal terus berlari meninggalkan kenangan cinta yang tidak kesampaian. Walaupun kasihnya terhadap Farish sedalam lautan, dia tahu hanya perpisahan jalan terbaik buat mereka. Duka lara ini tidak mudah untuk diungkapkan, saat senyum dan tangis menyatu. Namun, Kristal tidak mahu berpaling ke belakang lagi. Persahabatan yang dihulur Melur mengisi separuh kesepian Kristal. Mereka sering berkongsi cerita dan mencurah rasa. Persamaan jiwa wanita keduanya saling memahami. Biarpun sering dipandang sinis oleh segelintir teman dan keluarga, Kristal dan Melur bahagia dengan takdir yang tertulis buat mereka. Malah, Kristal percaya bahawa jodoh pertemuan itu adalah rahsia Yang Maha Pencipta. Hanya DIA yang mengerti betapa berat usikan dan sindiran yang diterima lantaran usia yang semakin ditelan masa. Menemukan keindahan warna-warna cinta sememangnya satu perjalanan yang jauh dan panjang. Semakin jauh Kristal berlari, semakin dekat rindu itu datang. Sehinggalah pada suatu pertemuan yang tidak diduga, cinta Farish kembali menggugah jiwanya.

Harga: RM17

Nak Buat Duit Dengan Hanya Klik? Jom Klik Sini!

http://www.RahsiaPublisiti.com

Laman web RahsiaPublisiti.com melancarkan e-buku berjudul 'Bongkar Rahsia Meraih Publisiti Hampir Percuma di Akhbar dan Majalah untuk Produk & Organisasi Anda' ditujukan kepada pembaca sasaran usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pelajar kolej di bidang komunikasi dan media.

Penulisnya, Harlym Yeo, berkata beliau mengambil masa sebulan setengah mengumpul bahan dari pelbagai sumber termasuk pengalaman sendiri yang hampir dua dekad dalam bidang pengiklanan, pemasaran, perhubungan awam, perancangan media dan penerbitan.

"Seperti kebanyakan pengamal perhubungan awam syarikat, saya mencari cara paling efektif untuk mendapat publisiti secara percuma beberapa tahun dulu ketika menggalas tanggung jawab sebagai pegawai perhubungan awam.

"Selepas terbabit secara langsung dalam bidang pengiklanan, pemasaran dan media sejak 1991, akhirnya saya kumpulkan pengalaman itu dalam e-buku ini," katanya.

E-buku itu diedar percuma hari ini melalui laman sesawang http://www.RahsiaPublisiti.com.

Nak Buat Duit Dengan Hanya Klik? Jom Klik Sini!

Apa itu Slim Diet 2 (SD2) New Image


Slim Diet 2 (SD II) - produk pelangsingan badan terbaru dan memegang rekod dunia.


SD2 adalah satu produk penurunan berat badan yang berasaskan soya protein isolote yang terpilih dan bergred tinggi, serat soya, diperkayakan dgn asid amino, vitamin A,B,C,D,E dan mineral. SD2 juga bukanlah 'meal replacement' dimana kita perlu berlapar tetapi ia adalah 'meal supplement' dimana anda perlu makan tanpa meninggalkan rutin harian anda. Oleh itu, semasa kita melalui program ini, kita tidak akan merasa letih dan kelihatan lesu seterusnya ia akan memberi kita tenaga walaupun proses pembakaran lemak terjadi.


Kelebihan menjalani program Slim Diet 2:

Ianya adalah selamat kerana ia berasaskan protein soya dan zat-zat pemakanan yang seimbang. Tidak mengandungi segala jenis dadah yang berbahaya dan ianya adalah produk di bawah kajian pakar-pakar perubatan.

Ianya adalah berkesan. Kita merasa kenyang walaupun proses penurunan berat badan masih berterusan. Ia juga tidak menimbulkan kesan kulit kendur dan berkedut selepas penurunan. Penurunan purata 1 minggu adalah 3kg jika setia pada program tanpa perlu berlapar.

Program SD2 juga adalah lebih menjimatkan jika dibandingkan dengan program-program yang lain yang beasaskan latihan fizikal dan kawalan kalori. Maksudnya disini adalah kos perkg bagi penurunan berat badan adalah lebih murah.

Sd2 juga menyebabkan proses nyahtoksik dan pembersihan sistem badan secara semulajadi. Tidak perlu ubat tambahan untuk proses ini. Cukup dengan meminum air yang banyak.|

Yang penting sekali, kita boleh mencapai penurunan berat badan yang maksimum dalam masa yang singkat dan kemungkinan penambahan balik berat badan atau 'yo-yo effect' dapat dikurangkan.


Hasil dari kajian khusus dalam journal perubatan oleh sekumpulan ahli perubatan dari Harvard Medical School membuktikan keberkesanan menurunkan berat badan berdasarkan PENYIMPANAN PROTIN DAN DIET KETOGENIK. Ianya terbukti:


*Selamat dan Efektif kerana bersumberkan Alami.

*Bertindak mengikut sistem penurunan berat badan secara semulajadi dan maksimum.

*Memulihkan punca pertambahan berat dan bukannya hanya merawat simptom.

*Tidak menyebabkan otot menggeleber atau menyebabkan kendur melaikan otot dan kulit yang mantap.

*Nyahtoksik & pembersihan sistem badan berlaku secara spontan.

*Program yang menawarkan ganjaran hebat dengan penurunan yang cepat berbanding dengan program yang berasaskan latihan fizikal dan kawalan kalori.

*Berdasarkan jumlah jualan di Asia Pasifik, produk penurunan berat badan dengan NZ New Image SDII telah menurunkan 6000 tan lemak di seluruh dunia sepanjang 21 tahun di pasaran.

*Dijamin hasil yang memuaskan, berkesan, dan menjimatkan.

*SDII adalah program menurunkan berat PERTAMA DIDUNIA yang amalkan teknik diet karbohidrat rendah.

*Memegang cacatan WORLD GUINNESS BOOK OF RECORDS kategori penurunan terpantas.

*Kunci kejayaan SDII ialah: TURUNKAN DIET KARBOHIDRAT + KURANGKAN LEMAK.

*Penurunan purata 1 minggu = 3KG ADALAH PASTI ! (Jika setia pada syarat) Tanpa perlu berlaparan!

Prinsipnya menghampiri pengurangan berat badan secara semulajadi dan ianya terbukti berkesan dan selamat. SLIM DIET II membekalkan kesemua zat pemakanan yang seimbang seperti protin berkualiti tinggi, pelbagai vitamin, galian mineral dan asid lemak dalam jumlah keperluan seimbang. Ianya juga telah diperkayakan dengan protin (protin soya isolat). Masalah kesihatan yang sedang dialami juga bertambah baik tanpa anda sedari seperti darah tinggi, sakit jantung, masaalah berkaitan pernafasan dan obesiti. Insya'allah. Ianya tidak menyebabkan:


*Rasa lapar yang menyeksakan. Hanya makan makanan anda seperti biasa 3 kali sehari.
*Ianya tiada kesan sampingan dan rasa tidak selesa yang kerap berlaku dalam program penurunan berat biasa yang lain.

Pengurangan berat badan melalui SLIM DIET II adalah mudah, selamat dan berkesan. Pengurangan berat badan adalah PASTI manakala rasa lapar dapat dihindari. Paling penting ialah kemungkinan penambahan balik berat yang dikurangkan adalah sangat rendah.

PROTIN

Protin adalah asas kepada semua sel yang hidup. Protin adalah berasal dari perkataan Greek yang bermaksud 'pertama' kerana protin dikatakan sebagai bahagian tubuh badan manusia yang terpenting sekali.

Protin sering digunakan. Oleh kerana badan kita tidak mampu menyimpan protin, maka ianya perlu digantikan setiap 160 hari. Sel-sel hati pula digantikan setiap 2 minggu manakala sel-sel darah adalah setiap 30 hari. Oleh kerana sel-sel organ ini terdiri daripada protin, hanya protin sahaja yang dapat membina, membaiki dan mengekalkan fungsi tubuh kita.

SLIM DIET II atau singkatan SDII dari NEW IMAGE hanya menggunakan Protin Soya Isolat sebagai ramuan asas dalam SDII. Protin soya Isolat merupakan komponen protin yang telah diasingkan daripada kacang soya. Ia membekalkan protin berkualiti tinggi yang setara dengan susu dan telur tetapi bebas dari lemak tepu dan kolesterol.

  Nak Buat Duit Dengan Hanya Klik? Jom Klik Sini!

Spa holistik berkonsep halal

SPA holistik Malaysia mula memberi saingan kepada perkhidmatan rawatan kecantikan berkonsepkan Indonesia, Thailand dan Barat yang memonopoli pasaran industri perkhidmatan spa tempatan.


Penerapan konsep ISP (Islamic Spa Practice) atau amalan spa Islam bukan sahaja dalam perkhidmatan ditawarkan malah perlaksanaan operasi perniagaan termasuk penggunaan ayat-ayat suci al-Quran turut dilihat memperkemaskan lagi imej negara sebagai pemangkin industri berkonsepkan halal.

Perkhidmatan rawatan spa, pengasingan ahli terapi kecantikan mengikut jantina, penggunaan bilik dan masa perkhidmatan yang berbeza untuk pelanggan lelaki dan wanita juga antara tarikan spa mengikut hukum syarak ini.

Pengasas Butik Kecantikan Ainaa-Ailaa Sdn. Bhd. (Ainaa-Ailaa), Norulhana Abd. Razak berkata, spa berkenaan merupakan alternatif yang perlu untuk individu atau kaum ibu dan bapa yang ingin mendapatkan rawatan penjagaan kecantikan dijamin selamat, selesa dan halal.

Pada tahun 2001, beliau mengasaskan spa Nu'della yang menawarkan perkhidmatan rawatan kecantikan tubuh badan dari hujung rambut ke hujung kaki, mengurut dan penjagaan kecantikan diri di bawah satu bumbung.

Hari ini, Ainaa-Ailaa merupakan pengeluar produk Nu'della merangkumi lebih 40 produk penjagaan kulit wajah, badan dan salun pek.

Ainaa-Ailaa menggunakan 100 peratus produk keluaran industri kecil sederhana (IKS) tempatan yang dihasilkan daripada bahan-bahan semula jadi tempatan seperti air mawar, garam bukit, serai serta daun pandan dan kayu manis sebagai pencetus aromaterapi semula jadi.

Tambahnya, pakej rawatan yang disediakan seperti Permaisuri untuk kaum ibu, Puteri (remaja), Harum Kasturi, Seri Ratu (bakal pengantin) dan Bidadari (semua wanita) juga tidak meminjam sebarang teknik mahupun kaedah dari negara jiran.

"Malah pakar yang menghasilkan formula produk kami (di Kulim) juga terdiri daripada rakyat tempatan antaranya lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir," katanya yang juga Pengarah Urusan Ainaa-Ailaa.

Sebagai spa holistik Malaysia, setiap francais Nu'della dilengkap kemudahan, produk dan perkhidmatan yang hanya bercirikan tempatan termasuk dekorasi hiasan dalaman, kelengkapan spa selain produk dan tenaga kerja warganegara tempatan.

Promosi unik buluh orang asli, kelarai, bumbu, atap nipah dan rumbia, ukiran dan perabot kayu yang menghiasi setiap francais Nu'della dijangka membuka permintaan pasaran lebih besar terhadap produk IKS tempatan.

Ainaa-Ailaa yang membuka program francais Nu'della Malaysian Holistik Spa bermula Ogos tahun lalu berusaha gigih ke arah memartabatkan rawatan tradisional tempatan di peringkat global bermula di negara Timur Tengah.

"Kami bertuah kerana berjaya mendapat status francais tahun lalu yang dijadualkan berlaku tahun ini.

"Justeru tahun ini kami dapat meneruskan rancangan untuk memperkembangkan lagi potensi perniagaan di seluruh negara sebelum memasuki pasaran luar," ujar beliau.

Pada masa ini, terdapat 16 francais Nu'della di seluruh negara dan 12 francais baru akan dibuka dalam tahun ini di sekitar Damansara, Taman Tun Dr. Ismail dan Bangsar.

Di samping itu, Ainaa-Ailaa yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam industri spa turut membuka peluang perniagaan kepada orang ramai melalui program Pembangunan Peruncitan Bumiputera Mara.

Program perniagaan usahawan spa kecantikan terbahagi kepada beberapa pelan francais mampu milik di bawah jenama Nu'della Tradisional Spa yang fleksibel dan mudah dilaksanakan.

Selain francais, tiga konsep perniagaan ditawarkan kepada umum iaitu MyKiosk Home Plan, Starter Plan, Smart Plan, Business Plan dan Mobile Plan yang memerlukan modal antara RM5,000 dan RM50,000.

Diiktiraf sebagai Pusat Latihan Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan pemegang jenama Nu'della, Ainaa-Ailaa menawarkan kursus sijil kemahiran (MLVK) selain pinjaman pendidikan dan perniagaan bagi peserta yang layak.

Jangka masa kursus antara satu hingga lapan bulan mengikut tahap MLVK 1 hingga 3 termasuk modul urutan Nu'della, rawatan kuku tangan dan kaki, sauna/tangas, mandi bunga, rempah dan susu, lulur dan rawatan muka.

Akademi Nu'della juga memberi kursus menggaya rambut, andaman, solekan dan rawatan selepas bersalin selain asas pengurusan syarikat termasuk menguruskan akaun, dokumen syarikat dan pemasaran.

Program sistem latihan dual nasional (SLDN) turut ditawarkan dengan elaun RM300 sebulan.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi Butik Kecantikan Ainaa-Ailaa Sdn. Bhd di No.8 Jalan 4/11, Fasa 4 Tambahan, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Anda juga boleh hubungi 03-89255005.

Nak Buat Duit Dengan Hanya Klik? Jom Klik Sini!

Jam Tangan Guess G-Motion

Jam tangan dan wanita bukan sekadar pemberi tahu waktu malah lebih dari itu. Justeru itu, ramai wanita sanggup berbelanja lebih untuk jam yang cantik dan praktikal sesuai dengan keperluan masing-masing. Jam tangan juga melambangkan personaliti pemakainya, ciri-ciri jam tangan yang direka khusus untuk menggambarkan diri wanita tersebut.

Jenama Guess meraikan ulang tahunnya yang ke-25. Serentak itu ia melancarkan G-Motion, satu edisi jam tangan yang direka eksklusif untuk wanita seksi dan berani menerusi koleksi yang diberi nama Time In Motion.


Jam tangan bergaya ini dalam bentuk digital dan dihasilkan menggunakan batu kristal. Ia juga adalah simbol kepada glamor, sofistikated, bergaya dan praktikal. Terdapat banyak pilihan warna untuk wanita muda hari ini. Ia bukan sahaja sesuai dipakai untuk ke majlis formal malah untuk bersukan juga. Istimewanya jam tangan ini ialah paparan waktu digital pada skrin yang menggunakan batu kristal. Guess G-Motion ini dijual pada harga RM1,199.

Alangkah bertuah jika anda yang gemar melancong tidak perlu mengubah set zon waktu apabila sampai di sesuatu negara. Semuanya sedia terpapar dalam skrin jam tangan anda. Tidak mustahil kerana Nautica Watches memperkenalkan NMX 400 istimewa untuk pengembara dunia dinamik seperti anda. Setiap zon masa dipaparkan dalam ruang khas yang ditempatkan dalam bekas bulat yang menarik dan mudah dibawa ke mana sahaja.

Dibuat dengan menggunakan logam titanium bersaiz 58 milimeter, jam ini pasti memikat pencinta jam. Ditambah lagi dengan paparan jelas dan teksturnya yang bersih dan kemas.

Nautica NMX 400 ini memang eksklusif justeru hanya beberapa buah unit sahaja yang dapat dijual di pasaran negara ini. Harga cadangan jualannya ialah RM3,899.

Satu lagi pilihan untuk wanita ialah jam tangan Bella Class . Ia adalah koleksi terbaru jam tangan dari jenama Guess menerusi koleksi jam tangan sukannya. Sekali pandang memang kelihatan biasa namun apabila memakainya si pemakai akan kelihatan anggun. Pendek kata ia amat sesuai untuk wanita kosmopolitan.

Bahagian paling berharga pada jam tangan Bella Class ini ialah penggunaan batu kristal nilam dan ibu mutiara asli yang disusun kemas bersama sistem nombor Roman. Logo Guess pula diukir khas dan jam tangan ini mampu bertahan dalam air hingga ke dalam 100 meter. Bella Class dijual pada harga bermula RM1,380 ke atas.

Nak Buat Duit Dengan Hanya Klik? Jom Klik Sini!

Produk Herba Hikmah Batu Terapung

Produk kegunaan harian daripada herba


Negara yang kaya dengan kepelbagaian biologi yang belum habis diteroka bakal memberikan lebih banyak pilihan dalam rawatan herba. Pelbagai jenis tanaman herba bukan saja boleh dibangunkan untuk dijadikan makanan tetapi juga sebagai produk kesihatan.

Justeru sebuah syarikat bumiputera, Hikmah Batu Terapung mengeluarkan produk kesihatan berlandaskan Islam menggunakan bahan-bahan mentah yang diperoleh di negara ini.

Pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan, Muhammad Awang mula menjalankan usaha menghasilkan beberapa produk herba untuk kegunaan seharian.

Dilahirkan di Kelantan dan berketurunan Pattani, Muhammad mendapat pendidikan di Arab Saudi apabila mengikut ayahnya ke sana semasa berusia 14 tahun dan kembali ke tanah air pada usia 30an.

"Selepas menamatkan pengajian di Universiti King Abdul Aziz, saya mendalami kaedah menghasilkan produk kesihatan menggunakan herba secara Islam," katanya semasa ditemui di premisnya di Taman Industri Lembah Jaya, Ampang, Selangor.

Yakin dengan segala penyakit mempunyai ubatnya, Muhammad sentiasa berusaha menghasilkan pelbagai jenis produk kesihatan.

Berlandaskan kaedah perubatan secara Islam, beliau menggunakan bahan semulajadi yang mudah ditemui seperti lintah, belut, serai wangi, akar dawai, buah telunjuk langit, tongkat ali, buah pinang, bunga serta daun orkid, akar keduduk, akar lalang, buah jarak, pokok serta buah manggis serta minyak buah zaitun.

Muhammad berkata, mengikut Islam, mengambil herba untuk tujuan perubatan perlukan kaedah yang tertib.

"Semua tanaman herba boleh dijadikan penawar penyakit," katanya.

Beliau yang mempelajari mengenai tanaman herba tempatan daripada Orang Asli serta saintis tempatan.

Justeru pada tahun 2007, Muhammad memulakan usaha menghasilkan produk penjagaan kesihatan di rumahnya di Taman Putra Ampang.

Selepas dua tahun, apabila produknya mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan pelanggan, beliau menyewa premis di Taman Industri Lembah Jaya Ampang.

Menggunakan herba, syarikatnya menghasilkan produk kesihatan seperti Minyak Khazanah bagi lelaki dan perempuan, krim Puteri Lagenda, Kapsul Herba, Minyak Rambut, HBT Kopi dan Sabun Herba Lagenda.

Minyak Khazanah Alam misalnya sesuai untuk membantu merawat jerawat dan jeragat, angin ahmar, buasir dan gout.

Krim Puteri pula sesuai bagi lelaki dan perempuan untuk memecahkan lemak serta angin dalam badan, lenguh dan sesuai bagi ibu selepas bersalin.

Kapsul Herba diambil bagi mereka yang menderita darah tinggi, lenguh badan, strok, batu karang dan mencuci darah dan buah pinggang.

Minyak Rambut Puteri Lagenda pula sesuai bagi mereka yang menghadapi masalah rambut termasuk keguguran rambut, uban dan masalah bau rambut.

HBT Kopi bagi lenguh-lenguh badan, strok, gout, membuang toksin dalam badan, mencuci usus dan melancarkan perjalanan darah.

Sabun Herba Lagenda pula untuk mencerahkan kulit, merawat jerawat dan jeragat serta kecantikan kulit.

Apa yang lebih membanggakan dua produk keluaran syarikat Hikmah Batu Terapung telah diuji dan diluluskan oleh SIRIM Berhad.

"Buat masa ini ujian yang dijalankan adalah bagi kandungan logam berat yang terdapat dalam dua produk iaitu Minyak Khazanah Alam dan Kapsul Herba," katanya.

Menghasilkan semua produknya sendiri dapat Amalan Pengilangan Baik (APB) juga mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan.

Buat masa ini syarikat Hikmah Batu Terapung berupaya mengeluarkan sehingga 100,000 kotak sabun dalam masa dua minggu.

Selain mengeluarkan produk kesihatan, Hikmah Batu Terapung juga menjalankan perkhidmatan bekam serta sauna herba.

Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk keluaran Hikmah Batu Terapung boleh menghubungi 03-42700976 atau emel: hikmahbatuterapung@gmail.com.


Nak Buat Duit Dengan Hanya Klik? Jom Klik Sini!

Novel Cinta Fitrah Kasih

Novel Cinta Fitrah Kasih
Novel Cinta

MURNI ditakdirkan lahir sebagai anak yang tidak suci atau lebih tepat lagi hasil daripada perbuatan sumbang mahram. Walaupun kehadirannya tidak dipinta, namun ujian ALLAH dia rela menerimanya. Hidupnya setiap hari dihiasi dengan cacian dan hinaan. Lantas, pada siapa dia harus mengadu? Sebagai manusia yang punya perasaan, hatinya sentiasa merintih pedih.

Darahnya dikatakan kotor dan keturunannya dianggap tidak baik untuk dijadikan menantu. Disebabkan itu, dia terpaksa melupakan rasa cinta yang mula berputik di jiwa. Dengan memegang status sebagai anak tidak sah taraf, dia sering menghumban dirinya ke lembah yang paling hina. Biarlah... dia rela berkorban andai itu suratannya.

Seandainya dia memang tidak layak untuk mengecapi bahagia, mengapa dirinya difitrahkan cinta? Kalau darah ini tidak serupa yang halal, mengapa ada cinta senandung di hati? Biarlah... buat apa hendak diharap burung yang terbang kalau diri merayap di bumi.

"Shah... Apa yang aku buat sekarang adalah sebagai pengorbanan. Aku terpaksa, Shah. Aku gadai cinta aku semata-mata demimu. Ketahuilah, walau apa jua yang berlaku, hati ini tetap milikmu. Aku berharap suatu hari nanti, kau ketemu jodoh yang lebih baik." Bacalah demi satu keturunan yang bakal anda cipta.

Halaman : 480
Harga : RM 18.00
Penulis : Ilani Mysara
Keluaran : Alaf 21


Nak Buat Duit Dengan Hanya Klik? Jom Klik Sini!

Restoran Simpang Tiga, Ipoh

Asal restoran ini dari Perbaungan, kira-kira 40 kilometer dari Medan, Indonesia. Namanya diilham daripada nama lama tempat itu, Kota Simpang Tiga.

Pak Salim, seorang usahawan gigih, mengambil keputusan membuka restoran berkenaan selepas ternakan ikan patinnya tidak berjaya dijual. Siapa sangka, akhirnya restoran ini menjadi antara yang paling popular di sana.


Atas sambutan yang diterima, tiga cawangan dibuka di Medan dan satu lagi di Jakarta.

Dan kini, atas cadangan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim yang terpikat dengan hidangannya ketika berkunjung ke sana atas urusan kerja, Restoran Simpang Tiga dibuka di bandar raya ini sejak Ogos lalu.

Diusahakan oleh beberapa usahawan muda tempatan, restoran ini boleh menempatkan hingga 600 pengunjung dalam satu masa dan pastinya pembukaannya sangat dinanti terutama kepada peminat hidangan nasi Padang.

Menurut pengurusnya, Mohd Effendy, Restoran Simpang Tiga menyediakan hidangan nasi Padang moden iaitu dengan menu tambahan ala masakan Cina seperti sotong goreng tepung, ikan masak tiga rasa dan beberapa hidangan laut yang lain.

Menu signatur nasi Padang seperti masak lemak pucuk ubi tumbuk (daunnya ditumbuk halus), gulai kepala ikan merah, gulai tunjang, dendeng, pepes ikan kembong, ikan talapia goreng (jika di Indonesia digunakan ikan gurame) dan banyak lagi semestinya tidak menghampakan.



Jangan dilupa, sambal ijo yang menjadi kegemaran untuk dicecah bersama ulam pucuk ubi atau enak juga dimakan bersama ayam kampung bumbu atau ikan goreng.

Bagi orang luar dari Ipoh, terutama dari Kuala Lumpur, pasti berpuas hati menjamu selera di sini kerana selain makanan enak, ‘poket juga tidak rabak.’

Pilihan minuman pula pelbagai dan yang paling istimewa adalah jus pelangi, jus tropika, jus durian belanda serta jus alpokat (avokado).

Dengan menu yang terdapat di sini, memang agak rambang mata juga tatkala ingin memilihnya. Apa lagi saat berada di kaunter makanan.

Akhir kata, bagi mereka yang mengunjungi Ipoh, jangan lupa singgah ke sini kerana pasti anda tidak kecewa dengan hidangan dan layanannya.

Garnier MEN - Penjagaan Kulit Untuk Lelaki


Nak kulit yang cerah dan berseri? Garnier MEN mungkin dapat membantu mencerah dan mengembalikan tenaga pada kulit. Jenama penjagaan kulit terkemuka dunia, Garnier baru-baru ini mencapai satu lagi kejayaan dengan pelancaran produk pertama penjagaan kulit khusus untuk lelaki, Garnier MEN.

Produk ini menjaga wajah kulit lelaki dengan rumusan yang menggabungkan kandungan semula jadi, sains dan teknologi.

Pengenalan Garnier MEN memenuhi peningkatan pasaran dandanan lelaki di Malaysia dengan menyediakan rangkaian produk yang mudah diguna, berkesan serta berkualiti tinggi bagi melindungi dan menyerlahkan kulit. Penglibatan Garnier dalam segmen kosmetik lelaki di Malaysia bertepatan dengan arus perubahan di kalangan pengguna lelaki yang kini semakin arif dengan jenis pilihan yang ada di pasaran.

"Lelaki Malaysia kini lebih peka terhadap paras rupa dan mengambil berat tentang dandanan diri. Mereka inginkan produk yang boleh dipercayai untuk keberkesanan serta merta yang boleh diukur dan prestasi yang nyata," jelas Ms. Jennifer Bay, Pengurus Pemasaran Garnier.

Garnier MEN menjamin prestasi yang nyata dengan tiga barisan produk yang dirumuskan khas untuk kegunaan berbeza, TurboLight Oil Control, TurboLight dan AquaFuel. Tiga barisan produk ini berguna untuk kesegaran kulit, kawalan anti-minyak selama enam jam, kecerahan kulit dan pelembapan yang berterusan dan keberkesanan yang boleh diukur.

Semua barisan produk Garnier MEN akan berada di pasaran mulai Januari 2010.

Model istimewa Mini Cooper BMW

BMW Group Malaysia memperkenalkan tiga model istimewa Mini yang bakal merancak dunia automobil berikutan tambahan beberapa ciri terkini dan reka bentuk comel.

Dengan rekaan karakteristik dan ciri tambahan, ia dijangka meningkatkan jualan Mini di pasaran tempatan.

Pengarah Urusan BMW Malaysia, Geoffrey Briscoe, berkata model khas ini meneruskan identiti Mini yang sentiasa memiliki peminatnya yang tersendiri.
mini cooper

"Tidak seperti model Mini generasi kedua, model khas ini didatangkan dengan kawalan pemanduan lebih jitu dan sistem suspensi stabil serta selesa.

"Malah, ketiga-tiga model ini lebih menjimatkan bahan api dan pengeluaran asap lebih baik," katanya.

Mini 50 Mayfair dijana enjin sama seperti model Cooper S yang menjana 175 hp termasuk sistem Twin-Scroll Turbocharger manakala versi Mini 50 Camden turut menawarkan prestasi pemanduan terbaik di jalan raya.

Kedua-dua model ini mencatatkan purata penggunaan petrol sekitar 7.8 liter per 100 km manakala tahap gas CO2 sekitar 149 gram per kilometer.

Mini Earl Grey dijana enjin yang dilengkapi kawalan injap pelbagai yang menawarkan kuasa sehingga 120 hp dengan tahap penggunaan petrol sekitar 6.7 liter per 100km.

"Mini 50 Mayfair direka dengan sentuhan tulen yang diilhamkan dari wilayah Mayfair di London.

"Model Mini 50 Mayfair menggunakan rim 17 inci popular di wilayah berkenaan dikenali sebagai Infinite Stream Spoke Mayfair Wheels," katanya.

Harga Mini Earl Grey ialah RM199,888, Mini 50 Camden (RM245,888) manakala Mini 50 Mayfair, RM259,888 seunit.

Ebook Rahsia Vokal : Sumber Maklumat Nyanyian Pertama Di Malaysia



Anda tahu anda mempunyai minat dan bakat dalam nyanyian namun untuk mempelajari teknik nyanyian yang betul anda terpaksa menghadiri kelas nyanyian yang mahal harganya…

Jadi apa yang ebook ini bakal berikan adalah teknik menyanyi berkesan yang telah diadun oleh seorang penyanyi professional sesuai bagi penyanyi seperti anda.

Berikut adalah beberapa perkara penting yang bakal anda perolehi dari ebook ini:

* Bagaimana dengan latihan pernafasan yang betul mampu memberikan anda satu kuasa pernafasan yang hebat ketika menyanyi.
* Bagaimana dengan latihan pernafasan menggunakan teknik “SSSS”, mampu melatih pernafasan bagi pelbagai rentak serta nada lagu.
* Bagaimana untuk melakukan pernafasan ketika menyanyi, jika salah meletakkan nafas, nyanyian mudah menjadi sumbang dan anda mudah termengah.
* Bagaimana mengelak diri dari mengalami kecederaan suara. Jika berlaku anda terpaksa berehat lama sehingga anda pulih. (itu pun jika boleh pulih)
* Bagaimana menggunakan otot-otot yang berkaitan sahaja bagi mengeluarkan suara yang berdaya tinggi tanpa memberi tekanan kepada otot-otot yang yang lain.
* Register ‘Break Point’ seumpama menukar gear kereta. Ketahui bagaimana konsep ini digunakan dalam nyayian anda.
* Terdapat 4 asas jenis nyanyian. Pelajari keempat-empat asas ini dan anda bakal mampu menyanyikan pelbagai jenis lagu.
* Ketahui apa ‘Key’ anda, jika tidak susah untuk anda membawa lagu yang tinggi nadanya tetapi masalahnya bagaimana mencari ‘Key’ anda? Sila baca ebook ini.
* Bagaimana melakukan pengiraan rentak dalam nyanyian jika tidak anda akan salah masuk lirik, dikatakan pekak irama dan dan buta nada.
* Bolehkan anda menyanyikan lagu yang tidak sesuai untuk anda? Ebook ini mengupas persoalan ini.
* Apa yang perlu anda ketahui jika berada di pentas nyanyian. Ini penting supaya nyanyian anda tidak terganggu dengan gangguan yang tidak sepatrutnya.
* Rahsia dan tip menghadapi pertandingan menyanyi. Bagi anda yang serius untuk menang pertandingan nyanyian jangan lupa membaca bab ini.

Ini hanya sebahagian dari apa yang ada di dalam ebook ini. Banyak lagi perkara yang dibincangkan di dalam ebook hebat ini. Inilah satu-satunya ebook dan kalau tidak keterlaluan satu –satunya hasil terbitan bertulis dalam bahasa Melayu yang membongkar banyak rahsia nyanyian.

Untuk keterangan lanjut sila klik sini.

Laman Web : Rahsia Vokal