Bisnes melalui blog: Pengalaman Zuriana berniaga beg

Berbekalkan sebuah komputer dan melayari laman blog wwwbegalicious.blogspot.com, kini anda boleh membuat pelbagai pilihan mengikut cita rasa dengan hanya di hujung jari.

Jenama Coach, Kate Spade, Aiteen Aigner, Marc Jacobs, Gucci dan jenama-jenama lain yang menjadi trend masa kini ditawarkan kepada pelanggan di seluruh negara secara talian, lengkap dengan harga serta cara untuk membuat pesanan.


Selain beg tangan wanita, barangan berjenama lain seperti dompet, cermin mata dan jam tangan turut dijual menerusi laman web berkenaan.

Segala kemudahan itu adalah inisiatif seorang suri rumah yang menetap di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) Jaya, Shah Alam, yang mewujudkan perniagaan beli-belah di alam siber ini sejak setahun lalu.

Sebelum itu, dalam tempoh selama dua tahun, Zuriana Abu Kassim, 38, hanya menjadi pengikut setia blog-blog sedia ada. Namun dia mula menceburi bidang perniagaan ini setelah mendapati permintaan membeli-belah secara talian terutama dalam kalangan wanita semakin tinggi.

“Saya mengambil keputusan untuk berjinak-jinak dalam perniagaan ini walaupun pada asalnya hanya untuk mengisi masa yang banyak terluang,” kata Zuriana yang ditemui baru-baru ini.

Dengan jumlah kenalan dalam kalangan bloggers dan rakan pelanggan untuk blog sedia ada yang semakin meningkat, ibu kepada empat orang cahaya mata itu mula cekalkan hati untuk membina blog sendiri.

Tanpa sebarang ilmu khusus terhadap pembinaan blog dan perkara-perkara teknikal, Zuriana terus mengutip pengalaman dari hari ke hari sehinggalah lahirnya laman blog wwwbegalicious.blogspot.com.

“Berdasarkan kepada jumlah pengikut yang mencecah 50 orang dan hits (pengunjung) yang mencapai 30,000 orang, saya bersyukur dengan pencapaian setakat ini.

“Selain itu, jaringan laman sosial, Facebook juga dijadikan platform untuk tujuan promosi di samping mengeratkan silaturahim, urusan permintaan dan penawaran harga,” jelasnya.

Dari segi harga, Zuriana mengatakan ia sangat berpatutan dan jauh lebih murah berbanding harga barang yang sama yang dijual di butik-butik terkemuka di negara ini.

Persaingan kompetitif

Perbezaan harga yang ketara jelasnya disebabkan perniagaan seumpama ini hanya melibatkan kos yang minimum tetapi kualitinya terjamin.

“Kebanyakan barang diimport dari Amerika Syarikat dan Eropah.

“Rakan-rakan dan ahli keluarga yang menetap di Los Angeles, Texas, Chicago, London dan Belanda banyak membantu saya mendapatkan barangan yang dipesan oleh pelanggan,” ujarnya yang berjaya menjual lebih lebih 80 beg tangan wanita setakat ini.

Menyedari persaingan yang sangat kompetitif, Zuriana bagaimanapun yakin bahawa masih ramai wanita yang celik teknologi tergolong dalam kategori mereka yang berkemampuan.

“Begalicious Frenzy akan terus berusaha memberi yang terbaik untuk setiap pelanggan, baik dari segi kualiti barangan sehingga ke pembungkusan dan penghantaran. Keuntungan tidak semestinya banyak, namun yang ditagih ialah keberkatan,” katanya.

Zuriana memberitahu, insan yang banyak memberi tunjuk ajar dan membantunya selama ini ialah suaminya, Dr. Abd. Rasid Abd. Rahman.

Abd. Rasid merupakan Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Kualiti) Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam. Suaminya banyak memberi tunjuk ajar tentang kepentingan komunikasi berkesan, bahasa yang digunakan untuk pertuturan dan penulisan selain menjaga hati serta kepuasan pelanggan.

Kepada yang ingin mendapatkan maklumat lanjut sila layari www.begalicious.blogspot.com bagi mengetahui produk-produk terkini.

Proton Saga FL 1.6 Eksekutif,harga pasaran RM46,549


Harga Proton Saga FL 1.6 Executive 2011 ini cuma RM46,549. Perbezaan harga semasa Saga FL 1.6L Executive dengan Saga FL 1.3L Executive cuma sekitar RM3,250.00

Model Proton Saga 1.6 Executive ini didatangkan dalam warna putih 'solid' dan hanya dikeluarkan bagi pasaran B-Line dengan transmission automatik 4 kelajuan dan meter kelajuan boleh mencecah 240km/j.

Perkara baru lain yang boleh dilihat pada model ini adalah rim aloi yang baru dan pelekat baru yang terdapat pada bahagian bahu kereta tersebut. Selain itu,Proton telah menambah kemasan krom pada tempat penghawa dingin, penel tengah, panel pintu dari dalam dan bahagian stereng.

Dari segi keselamatan pula, Saga FL 1.6 Eksekutif dilengkapkan dengan dua beg-udara bagi pemandu dan tempat duduk hadapan.

Bedak asas cecair Maqui Miracle Lancome

Bedak asas cecair Maqui Miracle Lancome

Bedak asas cecair Maqui Miracle memberi pilihan kepada wanita dalam memilih bedak bersesuaian kulit mereka.

Ini kerana bedak ini bukan saja berfungsi mencerahkan kulit dan memberi kesan sekata, malah tahan lebih lama.

Wanita yang gemar bersolek inginkan solekan yang bukan saja memberi liputan sempurna, tetapi menjadikan solekan lebih cantik dan cerah.

Maqui Miracle bertindak dengan tiga cara iaitu menerusi teknologi Aura Bright yang meningkatkan ton merah jambu dan kebiru-biruan menerusi cahaya dalaman wajah sekali gus memberikan paras berseri dan semula jadi.

Ramuan kompleks yang terdapat di dalam bedak ini menjadikannya lebih ringan, bebas minyak dan kaya mineral.


Selain itu kandungan Neurowhite kompleks dan UV SPF 26 PA++ membantu menghalang bintik perang dan melindungi kulit daripada kesan pendedahan sinaran ultraungu (UV) harian yang boleh memudaratkan.

Daripada kajian yang dijalankan ke atas 76 wanita, mereka menjelaskan selepas pemakaian selama empat jam wajah kekal bersih, segar berseri dan kelihatan semula jadi. Malah, selepas 12 jam bedak asas masih kekal tanpa kesan minyak, penampilan masih hebat dan liputan masih ada tanpa kelihatan bertompok.

Maqui Miracle kini boleh didapati di pasaran bermula Mei pada harga RM130 sebotol. Ia hadir dalam enam warna yang dikembangkan dan sesuai untuk semua jenis kulit.

Butik DNA Dynas Mokhtar di The Curve, Mutiara Damansara

Pelakon jelita tinggi lampai, Dynas Mokhtar telah melancarkan kios terbarunya yang dinamakan Dynas Nursing Attire (DNA).


Kios ini berbeza dengan butik yang pernah dmilikinya sebelum ini. Jika dulu dia menjual koleksi pakaian kasual, kali ini Dynas tampil dengan koleksi pakaian yang direka istimewa untuk wanita yang menyusu badan dan wanita hamil. Istimewanya koleksi ini, ia juga boleh digayakan oleh mana-mana wanita kerana rekaannya cukup bergaya dan trendi. Bahkan, koleksi ini direka sendiri oleh Dynas.

“Idea untuk muncul dengan perniagaan ini sudah tentu datang daripada Khyra. Saya pun tidak pernah terfikir akan terlibat dengan bisnes materniti ini, tapi saya memang ghairah dalam rekaan fesyen. Jadi, selepas berfikir seketika, saya akhirnya buat keputusan untuk memulakan bisnes ini.

Selain itu, saya juga mahu menggalakkan penyusuan ibu kerana ia memberi banyak manfaat kepada pembesaran bayi. Apabila kita mengamalkan penyusuan ibu ini, sudah pasti kita memerlukan pakaian dan keperluan yang sesuai. Jadi atas sebab itulah, saya tampil dengan DNA ini. Saya sedar tidak banyak pakaian sebegini yang ada di luar sana. Koleksi ini diilhamkan mengikut pengalaman saya sebagai seorang ibu,”jelas Dynas yang tampil sedondon dengan puterinya yang berusia setahun lebih.

Bercerita lanjut tentang koleksi pakaian rekaannya itu, Dynas memberitahu dia mengambil masa kira-kira setahun setengah untuk mereka koleksi pakaian tersebut. Jelas pengacara Si Kecilku Chakk! ini, dia tidak menjadikan mana-mana label pakaian sebagai inspirasi, sebaliknya hanya melihat pakaian yang sering digayakan oleh ibu-ibu sekarang ini.

“Memang bukan mudah untuk mereka pakaian, saya mengambil masa kira-kira setahun setengah untuk menghasilkan koleksi yang ada ini. Buat masa ini DNA ada koleksi kasual, pakaian pejabat, pakaian formal, baju kurung, jubah dan juga pakaian sedondon ibu dan anak. Mengikut perancangan, saya akan keluar dengan rekaan terbaru pada setiap tiga bulan, tetapi tidak pasti lagi sebab saya mahu lihat maklum balas daripada pelanggan. Mungkin juga saya akan keluar dengan koleksi raya tidak lama lagi, “ ujar Dynas teruja.

Dalam masa yang sama, pelakon ini juga mengaku yang dia sebenarnya sangat berdebar-debar dengan bisnes terbarunya itu.

“Walaupun saya mendapat sokongan padu daripada suami dan ahli keluarga yang lain, tetapi saya tetap berdebar-debar menanti maklum balas daripada pelanggan. Saya keluarkan modal sendiri sebanyak RM150,000 untuk DNA dan sudah pasti saya harapkan perniagaan ini berjaya. Memang ibu saya banyak memberi nasihat dan kata-kata perangsang, tetapi individu yang banyak menyokong saya untuk terlibat dalam bidang ini ialah Rita daripada Nurturing Concepts Sdn Bhd. Saya kenali dia melalui program Si Kecilku Chakk!,” cerita Dynas lagi.

Bagi yang berminat untuk mengenali DNA dengan lebih dekat, anda boleh ke kios DNA yang terletak di K-F3-D, 1st Floor, The Curve, Mutiara Damansara. Pakaian di sini berharga RM50 ke atas dan ia boleh didapati dalam saiz S, M, L , dan XL. Selain menyediakan koleksi pakaian bergaya, kios ini turut menyediakan barangan keperluan bayi yang dibekalkan oleh Nurturing Concepts Sdn Bhd di bawah label Mum’s Little One.

Samsung Galaxy Mini

Persaingan antara telefon bimbit kini semakin sengit dengan kemunculan pelbagai smartphone yang berteknologi tinggi. Namun ini tidak bermakna pengguna telefon bimbit jenis mid-end akan diketepikan sama sekali. Justeru, Samsung telah mengambil inisiatif ini untuk memperkenalkan Samsung Galaxy Mini S5570.

Apabila mendengar nama 'Mini', pasti kita terbayangkan gajet yang sudah tentu tidak mampu bersaing dengan gajet yang lebih hebat dan berteknologi tinggi. Namun, Samsung Galaxy Mini ini tidak diharus dipandang rendah kerana ia mampu 'berdiri dengan sendirinya'.

Jadi apa kelebihan Galaxy Mini sebenarnya? Diumumkan pada Januari 2011 dan mula menembusi pasaran pada Febuari, Galaxy Mini hadir bersama OS Android, 2.2 Froyo (dengan TouchWiz v3.0 UI), skrin sesentuh bersaiz 3.14 inci (TFT 256k warna), kamera utama 3.15MP dan slot kad memori mikroSD.

Kedengaran biasa tapi Galaxy Mini sebenarnya boleh melakukan apa sahaja boleh dilakukan dengan Galaxy S, smartphone utama Samsung yang menguasai pasaran sekarang. Cuma, Galaxy Mini tidak direka untuk mencapai kepenggunaan maksimum sebaliknya ia disasarkan untuk pengguna menikmati kemudahan yang ada pada telefon yang lebih superior.

Dari segi rekabentuk, Galaxy Mini kelihatan simple dan mudah dipegang. Kelihatan menarik dan segar terutama warna hijau lemon yang menghiasi sisinya. Permukaan skrin dan tahap kecerahannya juga baik. Tiada masalah menggunakan Galaxy Mini di bawah sinaran matahari. Skrinnya masih jelas kelihatan. Sensitiviti di permukaan sesentuhnya juga tidak mengandungi masalah, tidak terlalu sensitif serta tidak terlalu statik.


User interface, menggunakan Android 2.2 Froyo. Jadi pengguna yang telah biasa dengan telefon Android tentu dengan sekali imbas sudah mahir menggunakannya. Pengguna baru, tiada masalah. Galaxy Mini adalah sebuah telefon yang mesra pengguna dan anda tidak akan mengambil masa yang lama untuk mengetahui semua fungsi dan aplikasi yang ada dalam telefon ini. Interface menunya mudah dan anda boleh memilih tetapan sendiri serta pilihan yang mana ingin anda utamakan diruangan menu.

Galaxy Mini boleh memainkan format video 3GP dan MP4, namun tidak seperti telefon high end lain, tidak menyokong format HD. Aplikasi muzik pula mendapat sentuhan TouchWiz UI. Interface aplikasi yang berwarna warni ditambah kualiti audio yang mantap, menjadikan Galaxy Mini mempunyai kelebihannya sendiri.

Fungsi kamera bagaimanapun tidak mencapai tahap yang boleh dibanggakan. Mungkin kerana tiadanya fungsi flash dan shutter. Cuma kehadiran interface kamera yang menarik mampu mengalih perhatian dari kekurangan sebelum ini. Dengan seleksi pilihan yang ada untuk menetapkan tahap kecerahan dan suntingan yang ada, kualiti gambar nyata mampu memberi kepuasan tersendiri.

Fungsi melayari internet, tidak mampu dipertikaikan kerana ia adalah Android, salah satu browser telefon bimbit yang terbaik ketika ini. Pantas dan senang digunakan. Masalah yang timbul pula, ialah tiadanya fungsi flash. Ini sedikit sebanyak akan memberi kesan ketika pengguna melayari aplikasi Youtube pada telefon bimbit ini.

Keseluruhan, Galaxy Mini memberikan segala yang optimum pada sebuah telefon bimbit yang bukan dari kategori high end. Dengan harga yang berpatutan, Galaxy Mini seharusya menjadi pilihan pengguna yang inginkan sebuah telefon bimbit yang meriah dengan pelbagai aplikasi menarik tetapi pada harga yang lebih rendah.



~ Teks: Helmi Zainal

Irma Hasmie bakal melancarkan busana jubah Irma Hasmie by Ezuwan Ismail

Pelakon Irma Hasmie bakal melancarkan busana jubah hasil kolaborasinya dengan pereka fesyen Ezuwan Ismail sempena sambutan Ramadan dan Syawal akan datang.

Katanya, kolaborasi tersebut tercetus secara tidak langsung selepas dia pulang dari menunaikan umrah.

"Idea itu datang secara tidak langsung ketika saya duduk berborak bersama dengan Ezuwan dan dia juga menyambut baik cadangan itu.

"Niat saya adalah untuk membantu memudahkan pemakaian wanita Islam selain itu ia juga sesuai dengan trend semasa," katanya kepada mStar Online, di sini, Selasa.

Koleksi jenama Irma Hasmie by Ezuwan Ismail itu bakal dikeluarkan pada bulan hadapan dengan sepuluh rekaan eksklusif dalam sepuluh warna.

Menurut Irma, rekaan busana tersebut juga hasil perbincangan dan persetujuan dia dan Ezuwan Ismail sendiri.

"Saya yakin dengan sentuhan Ezuwan dalam setiap baju rekaannya dan material yang digunakan. Dari segi harga sekitar RM599 sepasang.


"Bagi saya harga tersebut sangat rendah jika dibandingkan dengan harga busana yang dihasilkan seorang pereka fesyen profesional yang selalunya sekitar RM1000 ke atas," katanya.

Dalam pada itu ketika ditanya tentang hubungannya dengan pereka fesyen tersebut yang dikatakan semakin intim, katanya, Ezuwan adalah kawan yang paling rapat dengan dia buat masa ini.

"Saya mengenali Ezuwan sejak dua tahun lalu dan kami memang sangat rapat. Dia tempat saya untuk meluahkan masalah dan berkongsi pendapat.

"Kami juga banyak persamaan dari segi bulan kelahiran dan asal keluarga di sebelah Kelantan, mungkin itu yang membuatkan saya selesa dengan dia," katanya.

Firefly ke Surabaya & Bandung Bermula Ogos 2011

Firefly, sebuah syarikat penerbangan komuniti terus melebarkan sayapnya apabila mengumumkan penerbangan ke Surabaya dan Bandung bermula Ogos ini.

Penerbangan ke dua destinasi popular Indonesia ini hanya ditawarkan di LTAS dan bakal beroperasi bermula 14 Ogos untuk ke Surabaya, manakala untuk ke Bandung, penerbangan pertama dijadualkan pada 16 Ogos ini. Tiket-tiket ke destinasi ini telah pun mula dijual dan jika anda merebut peluang awal ini, anda boleh mendapat tiket serendah RM90 untuk perjalanan sehala.

Bagi yang mahukan percutian lebih nilai, anda boleh membeli pakej percutian yang disediakan oleh Firefly Holiday. Percutian tiga hari dua malam ke Bandung bermula pada harga RM559 dan harga ini termasuk tiket penerbangan pergi balik, penginapan dua malam berserta sarapan, sajian makanan di dalam pesawat, elaun bagasi dan juga tempat duduk pilihan.

Untuk percutian ke Surabaya pula, ia berharga dari RM519 bagi percutian tiga hari dua malam. Anda boleh memilih sama ada menginap di Hotel Singgahsana atau Garden Palace Hotel. Kedua-dua hotel ini bertaraf empat bintang.

Sementara itu, sempena dengan pelancaran penerbangan ke Kuching dari Johor Bahru baru-baru ini, Firefly turut menawarkan pakej percutian ke Universal Studio Singapore (USS). Pakej tiga hari dua malam ini bermula dari RM543 dan ia termasuk penginapan dua malam berserta sarapan di hotel pilihan di Johor Bahru, pas lawatan sehari ke USS dan pengangkutan pergi dan balik ke USS dari hotel penginapan.

Tempahan boleh dibuat sekarang dan harga ini sah untuk perjalanan sehingga 29 Oktober ini. Pakej ke USS ini juga ada bermula dari Kota Kinabalu, Pulau Pinang dan Langkawi. Untuk keterangan lanjut berhubung harga tiket dan pakej percutia , anda boleh melayari laman sesawang syarikat penerbangan ini di www.fireflyz.com.my.

Kad Pembelajaran Memory Booster

Penerbit Oxford Fajar Sdn. Bhd. baru-baru ini telah memperkenalkan Siri Memory Booster yang merupakan kad pembelajaran efektif untuk persediaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Kemuncak siri ini ialah panduan ulang kaji untuk para pelajar di semua peringkat iaitu 124 Amalan Belajar Cemerlang yang memperkenalkan teknik-teknik ulang kaji dipelopori oleh jurulatih profesional peningkatan daya ingatan, Lim Teck Hoe.

Kaedah yang diaplikasi dalam kad pembelajaran seperti penggunaan carta, graf dan ilustrasi, jelas akan dapat menjadikan pelajaran lebih menarik, interaktif serta efektif dalam proses pembelajaran dan persediaan menghadapi peperiksaan.

Diharapkan agar panduan belajar ini bukan sahaja dapat membantu pelajar menelaah dengan lebih efektif malah ia juga dapat memberi faedah kepada guru-guru dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam bidang pendidikan.

Kad Pembelajaran Memory Booster menggunakan kaedah dan teori yang diselidik dengan terperinci oleh guru-guru berpengalaman serta terbukti berkesan untuk cara pembelajaran yang bijak.

Maklumat utama dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang kecil dan dipersembahkan dengan kata kunci serta butiran fakta untuk ulang kaji yang cepat dan efektif.

Visual dan penyampaian bergambar rajah yang menarik digunakan supaya dapat membantu para pelajar menyerap, mengekalkan dan mengingatkan kembali maklumat secara efektif.

Gabungan aplikasi teknik pembelajaran pintar dengan kepakaran penulis dalam pelbagai subjek dan tahap menjadikan siri Memory Booster alat pembelajaran efektif yang membantu pelajar menguasai konsep dan fakta mata pelajaran.

Kad Pembelajaran Memory Booster direka khas dalam saiz saku dan kepingan kad boleh diasingkan agar kad-kad ini dapat dibawa ke mana-mana, untuk memudahkan ulang kaji pelajar.

Memory Booster UPSR boleh didapati dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Sains pada harga RM15.95.

Manakala bagi PMR pula dalam mata pelajaran Sejarah, Geografi, Sains Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta mata pelajaran Pendidikan Moral, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah, Biologi, Kimia, Sains dan Fizik bagi SPM pada harga RM16.50.

Sebarang maklumat lanjut, sila layari www.oxfordfajar.com.my.

Acer ICONIA, Acer ICONIA TAB W500 dan Acer Aspire TimelineX 4830TG

Bersandarkan kepada kemajuan teknologi skrin sentuh, Acer ICONIA 484G64 menawarkan pengguna 'Pengalaman Sentuhan Sebenar' menerusi cara baru yang mengasyikkan bagi melihat dan berinteraksi dengan video, gambar, laman web serta filem kegemaran.

Ini memberikan pengalaman visual berbeza dengan membolehkan multimedia, hiburan, komunikasi serta laman sesawang bergerak lancar di atas skrin kembar bersaiz 14 inci.

Hanya sentuhan tangan di skrin menghasilkan pergerakan membuka aplikasi atau laman sesawang serta merta menerusi 'Gesture Editor'.



Pengguna juga meletakkan kedua-dua tapak tangan pada bahagian skrin bagi mengeluarkan papan kekunci maya QWERTY bersaiz penuh.

Menerusi 'Sosial Jogger' pengguna boleh memeriksa komen-komen dan perkembangan terbaru pada akaun rangkaian sosial secara sekali imbas dan menggunakan kedua-dua skrin untuk melihat lebih banyak kandungan.

Apa yang lebih menarik pada ICONIA 484G64 adalah kehadiran Acer Ring.

Pengguna hanya perlu meletakkan lima jari di atas skrin dan membuat pergerakan menggenggam, Acer Ring akan muncul, membuka satu dunia aplikasi seperti TouchBrowser, TouchPhoto, TouchMusic dan TouchVideo yang memberikan pengalaman semakan dengan pergerakan di atas skrin untuk zoom, memutar, menyelak atau skrol.

Lebih membanggakan lagi, awal tahun, Acer ICONIA 484G64 dinobatkan sebagai pemenang pertandingan 'Last Gadget Standing' semasa Pameran Elektronik Pengguna di Las Vegas.

Acer ICONIA boleh diperolehi di pasaran pada harga RM3,699.

Tablet Acer ICONIA TAB W500 dengan saiz 10 inci berharga RM1,699 menampilkan reka bentuk inovatif hibrid serta menawarkan yang terbaik iaitu tablet HD mudah alih multi sentuhan sempurna dan papan kekunci yang boleh dipisahkan.

Acer ICONIA TAB W500 dilengkapi dengan pemprosesan AMD Radeon HD6259 bagi pengalaman bermain permainan video serta visual terbaik.

Sementara itu Acer Aspire TimelineX 4830TG pula mengekalkan reka bentuk nipis dan elegan siri Timeline.

Dijual pada harga RM2,499 Acer Aspire TimelineX 4830TG disokong oleh pemprosesan Intel Core generasi kedua yang dilancarkan oleh Intel dengan nama Sandy Bridge.

Sempena pelancaran, Acer menawarkan program tukar beli bermula 24 Mac hingga 13 April, pelanggan boleh menukar beli mana-mana komputer lama yang sempurna tidak kira jenama bagi mendapatkan rebat sebanyak RM200 ke atas produk terpilih sementara stok masih ada.

Acer akan membaikpulih komputer lama dan mendermakannya kepada organisasi kebajikan.

Rawatan selepas bersalin boleh dilakukan di Spa

Amalan berpantang selepas bersalin bukan sahaja menitik beratkan soal pemakanan ibu semata-mata tetapi juga merangkumi penjagaan tubuh badannya secara luaran dan dalaman.

Selain menjaga makan dan minum, proses mengembalikan kesegaran tubuh juga amat penting kerana seorang ibu perlu sentiasa sihat semasa menjaga bayi mereka dan bekerja semula selepas berpantang.

Namun kini, ramai yang menganggap amalan berpantang tidak lagi penting dan dianggap remeh.

Malah ada yang menganggap amalan berpantang hanyalah sesuatu yang merugikan.

Bagi wanita yang baru lepas bersalin, antara perkara yang ditekankan ialah urutan bagi menaikkan rahim atau di kalangan orang Melayu sebut sebagai sengkak rahim. Urutan ini dilakukan bagi menaikkan semula rahim yang kendur atau terjatuh semasa proses melahirkan anak.

Rawatan tradisional seperti sengkak rahim membantu mengecutkan otot-otot rahim dan menolak rahim masuk semula.

Ini dibantu dengan pemakanan yang betul seperti mengelakkan pengambilan makanan sejuk yang boleh menyebabkan urat kembang atau masuk angin.

Bertungku

Selain itu, amalan bertungku sering dipraktikkan semasa dalam pantang.

Ini kerana bertungku jika diamalkan selalu boleh membantu mengempiskan perut, menghilangkan garis kesan pembedahan untuk mereka yang baru bersalin dan memulihkan rahim yang jatuh atau 'simpan batu merian'.

Proses bertungku itu dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar perut, pangkal paha, berhampiran ari-ari, kaki, telapak kaki dan tumit.

Ia dilakukan selama satu jam dari bahagian hadapan hingga ke belakang. Jika dilakukan semasa berpantang, darah nifas akan mengalir dengan lancar selepas bertungku.

Justeru bertungku adakala diteruskan hingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan.

Pada zaman moden ini, rawatan selepas bersalin ini bukan sahaja boleh dilakukan sendiri atau bidan di rumah, sebaliknya pusat kecantikan turut menyediakan rawatan tradisional untuk ibu bersalin seperti sauna, urutan dan tunku herba.

Di Tini Spa misalnya, menawarkan pakej rawatan bersalin di kedua-dua buah cawangan yang terletak di Ampang dan Shah Alam, Selangor.

Tidak hanya tertumpu untuk mendapatkan tubuh badan langsing, rawatan selepas bersalin ini sebenarnya penting untuk kesihatan luar dalam dalam seorang ibu.

Selain amalan tersebut, si ibu juga turut diberikan jamu dengan ramuan-ramuan tersendiri bagi menguatkan lagi kesihatan dalaman seseorang wanita.

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH

Kasut Crocs Untuk Wanita Lebih Feminin

Jenama kasut yang menjanjikan keselesaan pada kaki, Crocs, kini tampil lebih feminin apabila telah melancarkan Koleksi Candy untuk Musim Bunga dan Panas 2011. Koleksi yang direka istimewa untuk kaum wanita ini lebih berwarna-warni bagi meneruskan Crocs Feel Good Revolution.

Koleksi yang nipis dan ringan ini boleh didapati dalam dua pilihan untuk wanita dewasa iaitu rangkaian Carlie dan Adrina. Dibuat dengan menggunakan teknik binaan dua bahagian yang unik, Koleksi Candy membawakan bahan atas lut sinar dalam aneka warna, corak dan gaya rekaan yang menarik.








Seperti biasa, setiap kasut mempunyai tapak yang diperbuat daripada bahan Croslite™, yang menjamin keselesaan dalam setiap langkah. Sama ada dipakai untuk bekerja, bersiar-siar atau acara liburan bersama rakan-rakan, kasut Crocs Candy memang sesuai dijadikan pilihan. Koleksi ini boleh didapati dengan harga RM139 hingga RM229.

Bagi yang sangat mementingkan kesihatan kaki, anda juga boleh memilih satu lagi rangkaian kasut daripada Crocs, iaitu Koleksi Crocs Tone. Kasut yang juga berwarna –warni ini direka bentuk untuk merangsang pergerakan otot kaki sambil berjalan. Bahkan, ia membolehkan anda bersenam dengan setiap langkah.

Berbeza dengan kasut senaman untuk mencantikkan kaki lain, koleksi Crocs Tone sengaja direka seperti kasut kasual biasa agar sesuai digayakan pada bila-bila masa. Seadainya anda idamkan potongan kaki menarik, koleksi ini amat disarankan.

Koleksi Crocs Tone membawakan Skylar Flat dan Skylar Clog yang berharga RM229. Setiap satu boleh didapati dalam kombinasi warna terang dan boleh digayakan dengan hiasan butang Nombor Neon atau Bunga Ombak Jibbitz.

Krim Mandian Antibakteria Antabax

Krim mandian berubat kini menjadi segmen penjagaan diri yang mencatatkan peningkatan paling pantas di Malaysia.

Bagaimanapun pengguna tidak menggemari pembersih anti-bakteria yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan, menyebabkan kulit menjadi kering dan kasar.


Sebaliknya mereka memilih krim mandian anti-bakteria inovatif generasi baru yang lebih sesuai dengan gaya hidup masa kini.

Bagi memenuhi kehendak pengguna untuk perlindungan yang boleh diharapkan pada kulit dan wangian yang menyegarkan itu, Antabax, tampil dengan rangkaian krim mandian anti-bakteria gaya hidup inovatif.

Ia menawarkan perlindungan 24 jam sepanjang hari dari 99.9 peratus bakteria, diperkaya dengan pelbagai vitamin bagi menjadikan kulit lebih sihat, segar dan tidak kering, diperhebatkan dengan wangian kontemporari.

Rangkaian Krim Mandian Antibakteria Antabax baru ini diperkaya dengan pati vitamin C, E, B3, B5 dan B6 yang mengandungi ramuan anti-oksida dan anti-keradangan kulit.

Ia dapat membantu menjadikan kulit terasa gebu meskipun digunakan setiap hari terutamanya gaya hidup kini yang sibuk.

Semua produk Antabax diuji secara dermatologi, lembut terhadap kulit, segar dan tidak berasa melekit serta kesannya boleh dirasai sepanjang hari.

Krim Mandian Antibakteria Antabax tampil dengan beberapa wangian kontemporari lembut dan memikat, bagi memenuhi cita rasa semua pengguna dan menjadi pilihan sempurna untuk seisi keluarga.

Wangiannya adalah Fresh yang membangkitkan kesegaran, Nature menenangkan sanubari, Gentle yang menyerlahkan kelembutan, Protect pula menyamankan dan Active Deo yang memberi kesegaran berpanjangan.

Krim Mandian Antibakteria Antabax dijual pada harga RM5.90 untuk botol 250ml, RM13.90 bagi botol 650ml manakala bagi pek isian semula 550ml dijual pada harga RM7.95.

Tayar Assurance Fuel Max Goodyear -Tayar lebih kuat daripada keluli jimat minyak

Teknologi penggunaan sebatian silika yang diterapkan pada tayar terbaru Goodyear Assurance Fuel Max mengurangkan geseran antara molekul getah, sekali gus memberi penjimatan minyak sebanyak empat peratus.

Produk terbaru dilancarkan Goodyear Malaysia, baru-baru ini, turut diperkuat dengan lapisan DuPont Kevlar iaitu bahan ringan lima kali lebih kuat daripada keluli untuk memberikan perlindungan tambahan pada tayar berkenaan.

Ujian perbandingan di Pusat Inovasi Goodyear di Luxembourg, Jerman mendapati jangka hayat bunga Assurance Fuel Max boleh mencapai sehingga 85,777 kilometer, 15 peratus lebih jauh berbanding teknologi sebelumnya.

Pengarah Jualan Goodyear Malaysia, Ivy Peng berkata, keadaan cuaca kini membuat rakyat negara ini lebih bijak menguruskan kenderaan dan mencari pilihan terbaik menjimatkan wang mereka.

Beliau berkata, Goodyear sentiasa mengutamakan keselamatan produknya dan tayar baru itu memberi perlindungan maksimum.

“Tayar Assurance Fuel Max boleh didapati di lebih 250 wakil pengedar kami di seluruh negara.

“Buat masa ini, Goodyear akan memberi tumpuan kepada pemasaran tayar terbaru ini pada peringkat tempatan dan antarabangsa,” katanya pada majlis pelancaran Goodyear Assurance Fuel Max di Shah Alam, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengurus Q-Tech Goodyear, Duane Ready.

Menurutnya, tayar berkenaan direka khusus untuk kegunaan kereta keluarga kelas pertengahan dan premium dengan menawarkan saiz 15, 16 dan 17 inci yang dijual antara RM270 hingga RM520 setiap satu.

Assurance Fuel Max turut dibina dengan bilah ‘wafel’ tiga dimensi yang unik berfungsi memberi cengkaman brek pada jalan basah atau kering.

Ia juga direka bentuk dengan empat jujukan jarak dan sudut blok tengah tinggi yang membantu memudahkan sentuhan lancar dan senyap dengan permukaan jalan.

Assurance Fuel Max sesuai untuk kegunaan pelbagai kereta sedan yang terdapat
di negara ini dan boleh didapati di kedai Goodyear Servitekar dan Autocare seluruh negara.

Tambang Serendah RM0.01 dari Firefly

Syarikat penerbangan komuniti, FlyFirefly Sdn. Bhd. (Firefly) telah pun melancarkan pesawat Boeing 737-400 di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai, Johor, pada Mac lalu. Dengan pelancaran ini, Firefly memperluaskan operasinya ke Sabah dan Sarawak selain pertambahan laluan serantau.


Bermula 19 Mei depan, terdapat dua penerbangan sehari dari Johor Bahru ke Kuching iaitu pada jam 7.30 pagi dan 6.35 petang. Untuk perjalanan dari Kuching ke Johor Bahru pula ia dijadualkan pada jam 9.25 pagi 8.30 malam.

Manakala bermula 16 Jun, syarikat penerbangan ini menyediakan dua penerbangan sehari dari Johor Bahru ke Kota Kinabalu. Penerbangan pertama pada jam 7.00 pagi dan yang kedua pada 5.00 petang. Dari Kota Kinabalu ke Johor Bahru pada jam 12 tengahari dan 10 malam.

Tambang yang dikenakan untuk kedua-dua perjalanan ini bergantung kepada promosi semasa dan ia bermula serendah RM48.90 sehala untuk perjalanan ke Kuching. Paling sukar dilepaskan, tambang serendah RM0.01 dari Kuching ke Johor Bahru.

Untuk perjalanan ke Kota Kinabalu, tambang bermula pada harga RM98.95 dan dari Kota Kinabalu ke Johor Bahru bermula pada RM58.95.

Selain itu, sempena cuti sekolah pada penghujung Mei nanti, Firefly akan menyediakan penerbangan tambahan antara Johor Bahru, Langkawi dan Pulau Pinang.

Testimoni Produk dR101 dan Doc-K Herba Prima

"Banyak wang saya habiskan untuk membeli ubat dan produk kesihatan bagi menghilangkan sakit sendi lutut yang dialami sejak empat tahun lalu tetapi tiada perubahan, malah semakin sakit.

"Dulu nak pijak lantai pun tak boleh sebab tapak kaki sakit dan sendi kaki menjadi tegang manakala kaki saya turut bengkak dan berbenjol," kata Hasnah Abdullah.

Hasnah, 63, dari Kota Tinggi, Johor, berkata dia sukar berjalan dan menunaikan solat kerana kakinya terasa sangat sakit.

Kerana itu, katanya, jika hendak menunaikan solat di masjid berhampiran rumahnya, dia pergi awal sebelum masuk waktu kerana terpaksa bergerak perlahan disebabkan sendi kakinya terasa sengal dan sakit.

"Anak sulung saya, Shaharudin Misran, 40, yang pulang dari Kuala Lumpur kemudian membelikan saya produk Doc-K dan dR101 keluaran dR Rozmey Group (dRG) kerana kasihan melihat keadaan saya.

"Hanya dalam tempoh dua minggu selepas itu, saya terasa perubahan apabila badan terasa ringan dan kaki boleh memijak lantai tanpa masalah.

"Benjol di kaki juga beransur hilang sejak saya menggunakan produk itu dan kini saya boleh melakukan kerja rumah seperti biasa kerana boleh bergerak," katanya.

Hasnah berkata, sebelum ini, dia hanya bergantung pada ubat diberi doktor dua bulan sekali tetapi sejak mengambil produk dR101 dan Doc-K, bengkak di kakinya mula surut.

Menurutnya, dia terhutang budi kepada Presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey Che Din, kerana menghasilkan produk berkualiti yang boleh membantunya menangani masalahnya.

"Sesiapa yang mahu berkongsi rahsia dengan saya boleh menghubungi di talian 013-7878364 atau 013- 7878649 dan saya bersedia memberikan tips dan nasihat untuk mengambil produk ini," katanya.

Sementara itu, Dr Che Rozmey berkata beliau kini dalam usaha menukar semua kotak baru bagi produk dRG untuk meningkatkan kualiti dan mengelak lanun terus meniru produk keluaran syarikatnya.

Beliau berkata, untuk mendapatkan produk asli dRG, pengguna boleh membelinya di kaunter dRG di Bandar Darulaman, Jitra, atau membuat pesanan on- line kepada pengedar aktif syarikatnya menerusi laman sembang facebook, twitter, e-mel dan sebagainya.

"Setiap pesanan dihantar dalam tempoh 24 hingga 48 jam dari tarikh pesanan dan setiap pesanan dihantar menerusi Skynet yang terus ke rumah pengguna," katanya.

Beliau berkata kini ramai pengguna berpuas hati dengan kemunculan kotak baru produk terkenal dRG iaitu Jus Mate 5 (JM5) dan dR-II yang lebih berkualiti dan menarik berbanding kotak lama.

Katanya, kemunculan kotak baru bagi dua produk itu yang dipasarkan sejak hampir sebulan lalu mematahkan semangat lanun untuk meniru produk keluaran dRG dengan mudah.

"Dengan kotak baru ini, peniaga di kios, kedai ubat, salun kecantikan, pasar raya hiper dan toko jamu tidak boleh menipu pengguna dengan menyatakan mereka menjual produk asli tetapi sebenarnya tiruan.

"Pengguna akan mengalami kesan mudarat seperti kerosakan buah pinggang, hati, jantung yang boleh mengancam nyawa dan mengundang maut jika terus mengamalkan produk tiruan yang tidak diketahui sama ada selamat atau tidak," katanya.

Dr Che Rozmey berkata, kotak pembungkusan baru itu mempunyai lapan lapisan warna serta permukaan tidak sekata berbanding kotak lama yang licin dan berwarna merah.

"Mungkin pembungkusan kotak lama kurang menyerlah, menyebabkan lanun senang meniru dan mengelirukan pengguna kerana ia seakan-akan produk asli dRG.

"Kita mula memasarkan dua produk menggunakan kotak baru itu hampir sebulan lalu dan semua pengedar aktif kami di seluruh negara ini mendapat pesanan kotak baru ini yang dihantar oleh syarikat kami.

"Lanun sukar meniru produk ini kerana kotak baru ini lebih mahal harganya dan sindiket ini juga mungkin tidak sanggup mengeluarkan modal yang banyak untuk meniru kotak baru dikeluarkan syarikat kami," katanya.

Dr Che Rozmey berkata, pengguna yang mahukan kesan baik seperti testimoni yang pernah disiarkan dalam akhbar sebelum ini akan kecewa apabila tidak memperoleh kesan sampingan jika terbeli produk tiruan.

Beliau berkata pengguna yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai produk syarikatnya boleh melayari laman web www.herbaprima.com.my atau Facebook datukdrrozmeyhpm atau www.drplaces.com.

Selain itu pengguna boleh menghubungi talian 019- 6634540; 012-2349020; 04- 9175845; 04-9174366 atau 012-5237051.

Oleh Zuliaty Zulkiffli

Peluang buka pusat rawatan dan terapi Klasik Indah

Klasik Indah Marketing di bawah jenama KLASIK INDAH mempelawa usahawan terutama bakal usahawan memulakan perniagaan kecantikan dan kesihatan dengan modal serendah RM500 sebagai pengedar KLASIK INDAH dan modal RM15,000 dengan membuka Pusat Rawatan dan Terapi KLASIK INDAH.

Bakal pemilik Pusat Rawatan dan Terapi KLASIK INDAH akan dilatih sehingga mahir dan pakar dalam bidang kecantikan dan dibekalkan dengan produk jenama KLASIK INDAH. Keuntungan runcit daripada penjualan produk KLASIK INDAH sebanyak 40% dan keuntungan rawatan yang dijalankan kepada pelanggan melebihi 100%.

Selain kemudahan latihan dan produk, pemilik Pusat Rawatan dan Terapi KLASIK INDAH juga akan dibekalkan dengan mesin terapi asas dan promosi secara berterusan di media massa.

Pengarah Pemasaran Klasik Indah Marketing, Rusminah Hamid yang berpengalaman selama 28 tahun dalam bidang kecantikan menyeru kepada sesiapa yang berminat supaya tidak melepaskan peluang untuk menyertai dan membuka Pusat Rawatan dan Terapi KLASIK INDAH di daerah masing-masing kerana ini adalah peringkat pertama yang mana kosnya lebih murah dan berpatutan.

Selain mengeluarkan produk penjagaan muka yang lengkap, KLASIK INDAH juga mengeluarkan Set Pencerah Muka yang berupaya merawat masalah jeragat dan mencerahkan muka yang kusam.

Set Rawatan Resdung pula membantu boleh merawat masalah resdung, jerawat di muka, jerawat di belakang badan dan masalah rambut gugur, kelemumur serta kutu di kepala.

Set yang paling laris dan yang mendapat sambutan di luar dugaan adalah Removing Mole Set yang boleh membuang tahi lalat yang tidak di kehendaki pada seluruh badan, merawat bebola minyak atau kolesterol terutama di sekeliling mata juga boleh membuang kutil terutama di bahagian leher.

Tahun ini beberapa produk terbaru juga akan di keluarkan antaranya Kolagen Grade A yang berupaya mengawet dan memudakan wajah, menganjalkan payudara, memudarkan jeragat, merawat masalah tumit pecah.

Bagi individu yang mempunyai masalah rambut gugur rambut, masalah kelemumur, masalah rambut kusam juga masalah uban boleh mencuba Set Rawatan Rambut Klasik Indah. Bagi mengurangkan masalah berat badan atau obesiti Klasik Indah mengeluarkan KI Fiber yang berupaya mengurangkan berat badan dalam jangkamasa 2 minggu.

Semua produk keluaran KLASIK INDAH sesuai untuk lelaki dan wanita.

Kepada individu yang masih tercari-cari untuk memulakan perniagaan ini adalah waktu yang sesuai untuk membuka Pusat Rawatan dan Terapi Klasik Indah di daerah masing-masing. Dengan mentor yang berpengalaman lebih 28 tahun dalam bidang kecantikan dan kesihatan serta latihan kemahiran yang diajar dan lain-lain kemudahan yang disediakan tidak mustahil perniagaan yang bakal anda ceburi ini boom? atau berjaya dalam jangkamasa yang singkat.

Ayuh! Jangan bertangguh lagi mulakan langkah kejayaan anda mulai sekarang.

Sesiapa yang berminat untuk jadi pengedar KLASIK INDAH atau membuka Pusat Rawatan dan Terapi KLASIK INDAH boleh menghubungi 019-2130720 talian 03-26949199 atau emel klasikindah41@yahoo.com. Anda juga boleh datang ke pejabat kami di Klasik Indah Marketing, 3.1(0) Kompleks Pertama, 50100 Kuala Lumpur.

Dr Jism bersih saluran darah

"Selepas lima hari menggunakan mesin terapi Dr Jism, saya rasa ada perubahan kerana boleh berjalan sedikit tanpa bantuan orang lain.

"Selepas 20 hari, saya sudah mampu makan dan memakai pakaian sendiri, lenguh-lenguh di badan hilang, malah saya boleh bersolat seperti biasa," kata Hajah Mufiah Salleh, 65, yang sakit belakang serius.

"Dr Jism banyak membantu kesihatan saya. Selepas melakukan terapi selama empat bulan, bengkak pada kaki hilang. Alhamdulillah saya tambah bertenaga," kata Zulkafli, 44, yang menghadapi masalah kaki.

Mereka antara pengguna Dr Jism yang kini dapat hidup dengan selesa selepas menggunakan terapi medan elektrostatik itu.

Sebagai manusia, kita dikurniakan Allah akal untuk berfikir, mencari pelbagai kaedah perubatan moden atau Islam atau tradisional untuk menyembuhkan penyakit.

Hakikatnya, semua kaedah perubatan adalah baik, cuma sebagai pengguna kita perlu berwaspada kerana penggunaan ubat yang mengandungi bahan kimia atau dadah berlebihan kerana ia boleh memberi kesan sampingan dalam tempoh jangka panjang.

Di Jepun, pakar perubatannya mencari kaedah moden dan terkini bagi merawat penyakit yang berhubung kait dengan darah.

Melalui kaedah pembersihan saluran darah, ia akan mengeluarkan benda asing dalam badan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Al-Jabbar Group, Kamaruzaman Che Hussein berkata, terapi, Dr Jism yang diimport dari Jepun itu adalah rawatan moden bagi membersihkan saluran darah yang tersumbat.

Al-Jabbar adalah satu-satunya syarikat Bumiputera yang memasarkan terapi medan elektrik di negara ini.

Teknologi ini mampu mengurangkan pergantungan terhadap ubat yang memberi kesan sampingan kepada ginjal dan hati.

"Terapi Dr Jism boleh digunakan oleh sesiapa yang ingin mengekalkan kesihatan kerana ia membantu melancarkan perjalanan darah.

"Lebih istimewa, terapi ini bukan memerlukan pesakit memakan ubat, malah tiada kesan sampingan untuk tempoh jangka panjang.

"Kaedah yang digunakan ialah melancarkan perjalanan darah kerana banyak penyakit yang berlaku berpunca daripada saluran darah tersumbat," katanya.

Beliau berkata, mesin terapi mudah alih itu sesuai digunakan setiap hari bagi membantu membersihkan saluran darah dan mengecas zat penting agar tubuh badan lebih sihat.

"Jika anda menggunakan mesin terapi ini, ibarat anda bersenam atau melakukan joging setiap hari kerana getaran yang dihasilkan membantu menguatkan sistem ketahanan tubuh selain memberi kekuatan kepada seseorang.

"Justeru, Dr Jism bukan hanya sesuai untuk mereka yang mempunyai pelbagai penyakit, malah boleh digunakan untuk anda yang sihat," katanya.

Ia dilengkapi lima fungsi iaitu voltan tinggi, voltan negatif, tenaga gelombang ringan, voltan rendah dan pengionan negatif.

Untuk maklumat lanjut, datang sendiri ke No 12, Jalan Prima Saujana 1/1A, Taman Prima Saujana, Seksyen 1, 43000 Kajang, Selangor atau hubungi talian 03-87393209, 03-87393254 dan 017-6413227.

Untuk mendapat info melalui Internet, layari laman web, www.aljabbargroup.com.

Operasi pusat pameran Al Jabbar bermula dari jam 9 pagi hingga 11 malam.

Safi Rania Gold boleh dimiliki

Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Apabila wanita mencapai peringkat umur 30 tahun ke atas, pastinya keanjalan dan kedutan pada kulit menjadi masalah utama kepada mereka.


Seiring untuk membantu wanita memelihara dan mendapatkan kulit yang sihat dan cantik, jenama produk penjagaan kulit halal dan suci Safi Rania Gold telah memilih pelakon dan model terkemuka tanah air Rozita Che Wan sebagai duta terbarunya.

Produk yang dilancarkan pada tahun 2009 adalah produk anti-penuaan yang diperkaya dengan formulasi Teknologi Nano Emas 24K yang menjanjikan keupayaan untuk mengurangkan kedalaman kedutan dan garis halus sehingga 55 peratus dalam hanya tiga minggu.

Keistimewaan rangkaian produk penjagaan kulit eksklusif dari Safi ini diperkaya dengan protein mutiara serta vitamin B3 untuk mencerah , memulihkan kesegaran dan seri wajah di samping memperkuatkan struktur kulit.

Safi Rania Gold yang mempunyai sembilan rangkaian produk ini boleh dimiliki oleh setiap golongan wanita kerana harganya yang berpatutan.

www.mycouture.com.my perniagaan busana muslimah Rozita Che Wan

Rozita Che Wan kini mengusahakan perniagaan busana muslimah secara online.

Telah pun mula beroperasi sejak tahun lalu, My Couture, merupakan taruhan utama Rozita Che Wan untuk mengembangkan minat serta kesungguhannya dalam bidang perniagaan.

"Kami menjual pakaian muslimah seperti jubah, selendang, tudung secara online menerusi website www.mycouture.com.my sejak tahun lalu. Saya menjalankan perniagaan ini bersama rakan baik saya Hanim Shahrom yang mempunyai pengalaman dalam bidang pemasaran lebih 20 tahun.

"Kami jual secara online dan pukal. Namun, bagi yang berminat mahu membeli dalam kuantiti yang sedikit mereka boleh pergi ke bengkel kami di Shah Alam," katanya kepada murai.com.my.

Meskipun tanpa promosi yang besar, jelas ibu kepada dua cahaya mata ini, dia amat berbangga apabila tempahan barangannya semakin mendapat sambutan yang mengalakkan.

"Alhamdulillah, tanpa promosi yang besar-besaran, barangan kami mendapat sambutan yang mengalakkan. Menerusi website butik ini, kami telah menerima tempahan dari beberapa negara termasuklah Dubai, United Kingdom dan Singapura," katanya penuh teruja.

Ditanya mengapa busana muslimah menjadi pilihannya sedangkan pelbagai lagi fesyen wanita yang boleh dipilih, kata bekas pramugari ini, perkembangan dan permintaan yang tinggi terhadap produk itu mendorongnya untuk memilih barangan tersebut.


"Boleh dikatakan sekarang 80 peratus wanita berimej muslimah dan ianya juga merupakan trend masa kini. Itu antara sebab mengapa kami memilih untuk memasarkan produk sedemikian untuk perniagaan kami," jelasnya.

Berhasrat untuk membuka butik serta menjualnya secara langsung kepada orang ramai, jelas Rozita, kekurangan tenaga kerja adalah antara sebab mengapa perancangan tersebut terbantut serta tidak dapat direalisasikan.

"Sebenarnya kami tak cukup kaki tangan. Kalau boleh, memang kami mahu membuka butik untuk orang ramai datang membeli secara langsung. Tunggulah nanti. Apabila segalanya selesai, Insya Allah hasrat tersebut akan dipenuhi," tuturnya.

Produk kecantikan kulit muka 'Nurfarhan'

Farhan AF4 telah pun lama bergelar usahawan muda dengan menghasilkan produk kecantikan kulit muka yang dinamakan sebagai 'Nurfarhan'.

"Alhamdulillah, sudah 6 tahun saya bertindak selaku salah seorang pengarah dalam syarikat G-Biotech Sdn.Bhd. Produk yang kami hasilkan merangkumi set penjagaan muka dan badan.

"Set penjagaan muka itu dinamakan sebagai NurFarhan manakala set untuk penjagaan badan pula dikenali sebagai Candle Spa. Sebenarnya produk ini memang masih belum ada di pasaran tempatan tetapi ia telah pun dipasarkan di pasaran Eropah.

"Kini kami sedang mengintai peluang di Timur Tengah. Selepas itu barulah, kami akan pasarkan di pasaran tempatan," katanya kepada murai.com.my bercerita mengenai perkembangan terbarunya.

Jelas Farhan AF4 , kelebihan produknya berbanding yang lain adalah ianya dihasilkan menerusi bahan organik.

"Kita semua tahu selalu produk kecantikan yang ada di pasaran ketika ini kebanyakannya menggunakan bahan kimia, tapi produk kami lebih banyak berasaskan bahan organik dan bahan hijau. Bersesuaian dengan kulit masyarakat kita sebagi orang Asia. Antaranya ialah produk memutih serum, memutih sebum dan banyak lagi," katanya dengan penuh yakin.

Bertanya mengapa produknya tidak dipasarkan di pasaran tempatan sebaliknya selesa memilih pasaran luar sebagai lokasi perniagaan, wanita berusia 27 tahun ini mejelaskan, semuanya itu dilakukan bersebab.

"Kita sedia maklum masyarakat kita bukan senang nak menerima sesuatu produk baru. Jadi, lebih baiklah ianya dipasarkan di pasaran luar dahulu. Kemudiannya barulah kita akan pasarkan di pasaran tempatan.

"Malah lebih membanggakan saya, produk kami telah pun menerima anugerah produk inovasi daripada pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Saya amat berharap ini semua akan membangkitkan kepercayaan masyarakat tempatan pada produk kami," jelasnya yang melakukan segalanya untuk masa depannya.

Selain produk kecantikan, Farhan AF4 juga turut terlibat dalam perniagaan keluarganya yang telah mengeluarkan hasil agricultural. Antaranya ialah seperti baja, baju organik dan banyak lagi.