V'ASIA Ladies Collagen/ Macho Man: Rahsia persis dara teruna

V'ASIA Ladies Collagen
Impian untuk tampil menawan, muda dan kelihatan cantik memikat seperti anak dara adalah idaman setiap wanita. Justeru itu, bagi mengembalikan kehangatan dan keinginan untuk tampil seperti gadis sunti, V'ASIA memperkenalkan minuman Ladies Collagen.

Ladies Collagen merupakan minuman khusus untuk wanita yang kaya dengan 1001 rahsia kebaikan dan khasiat. Bagi anda yang ingin disayangi suami dan telah jemu dengan produk yang kurang memberi kesan, anda kini boleh mencuba produk Ladies Collagen dan merasai sendiri perubahannya.

V'ASIA Ladies Collagen

Rata-rata pengguna yang telah mencubanya amat berpuas hati dengan keberkesanannya. Ladies Collagen diperkaya dengan ramuan seperti herba, makanan sunnah dan kolagen. Menariknya, ia menggabungkan 5 jamu terbaik untuk wanita seperti pueraria lobata, mirifica, kacip fatimah, manjakani dan akar serapat yang setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri. Tambahan pula, ramuan lain seperti pinang, habbatus sauda, gingko biloba, goji, madu, kismis, delima, asam jawa, kunyit dan kolagen bertindak memberi kesan yang lebih berganda dan mujarab untuk kepuasan wanita.

Mengikut kajian, Pueraria Lobata dan Mirifica digunakan untuk kebaikan wanita, membantu menstabilkan dalaman wanita, mengekalkan keremajaan, mencantikkan aset wanita payudara, pinggul, baik untuk haid, senggugut, keputihan serta melambatkan menopaus.

V'ASIA Macho Man
Selain Ladies Collagen, Macho Man dirumus khas untuk lelaki yang ingin tampil bergaya dan berkeyakinan. Ia diadun dengan 12 herba terbaik lelaki dan kolagen untuk awet muda yang baik untuk dalaman dan luaran. Kandungan dan ramuannya baik untuk tenaga, stamina, tisu dan otot badan serta membantu menganjal dan menegang. Pengambilannya membantu mengurangkan kelesuan.

Sejak dipasarkan, produk ini mendapat respon yang positif dan menggalakkan dari semua peringkat umur seperti satu fenomena atau "trend" jamu moden. Malah, melalui maklum balas yang kami terima dari pasangan suami isteri yang telah lama berkahwin teruja dengan Macho Man dan Ladies Collagen.

Bagi mendapatkan produk, kunjungi kedai jamu berhampiran atau hubungi stokis. Sebarang pertanyaan lanjut dan peluang menjadi rakaniaga, hubungi hotline 017-6557559, 019-2444492 dan 019-2993990. Stokis Kuala Lumpur Istana Rupawan 03-20725555, E-nay 03-92748788 Selangor Bangi 012-2080004, S. Alam 019-2117410, 016-2104798 Balakong Sayo 012-3836877 Melaka Mercu Mutlak 012-6351063 Nadira 019-3673951 N Sembilan Benway 06-6794278, 012-2112386 Kelantan 014-8234527, Masyrik 019-9392786 Terengganu 014-8244216 , Gedung Din 013-9576986, 09-6239786 Dungun Nuwaja 019-9151310 Pahang Nur Kasih 012-9884404, 012-3235019 Jengka 017-9847740 Perak YS 012-5232052, 016-4120555 Kedah TLK 019-4462787, Razia 04-7300384 P. Pinang De Serenite 012-4753623 True Heritage 012-4558078 Greenway 012-6882541 Perlis Masarif 04-9782818 D Sha 019-4616800 Johor Sri Tanjung 017-7942229 Isza 012-7087364 Natureen 012-7209018.

Kapsul Thanyaporn - Payudara Cantik , Montok, Anjal

Thanyaporn Breast Capsule Memejal dan Mencantikkan Buah Dada
Thanyaporn mengandungi ekstrak pueraria mirifica yang mana pueraria mirifica merupakan sejenis tumbuhan yang banyak tumbuh di kawasan tanah tinggi di Utara Thailand. Dalam bahasa Thai, ia dipanggil White Kwao Krua.

Ekstrak Pueraria Mirifica mempunyai kesan seperti estrogen yang sangat hebat. Ia telah digunakan berabad lamanya sebagai herba anti-penuaan. Pueraria Mirifica juga terkenal sebagai herba semulajadi untuk pembesaran serta memontokkan payudara wanita.

Phytoestrogen yang terkandung dalam Ekstrak pueraria mirifica memberikan kesan positif dalam merawat masalah osteoporosis, merawat simptom-simptom menopause dan mengelakkan pembentukan kanser yang disebabkan ketidakseimbangan hormon.

Phytoestrogens bukanlah hormon, tetapi ia memberikan manfaat yang sama seperti hormon estrogen, iaitu sumber utama yang menyumbang ke arah pembesaran payudara. Phytoestrogens memaksimumkan pengaliran darah dan peredaran estrogen sekitar tisu-tisu payudara. Hasilnya, payudara anda menjadi bertambah besar dan bertambah anjal dan mantap.

Ekstrak Pueraria Mirifica terbukti menambah tisu-tisu lemak di sekitar kawasan payudara. Ia juga membantu dalam menyokong kolagen yang memberikan bentuk yang cantik dan anjal secara semulajadi.

Pueraria Mirifica juga mengandungi ekstrak miroestrol dan deoxymiroestrol yang boleh memberi kesan pembentukan semula pada bentuk payudara yang semakin kendur hasil daripada perubahan hormon dan faktor dimamah usia. Malahan ia juga menjanjikan kecantikan payudara agar semakin montok dan menggiurkan seperti yang diidamkan setiap wanita.

Ekstrak Pueraria Mirifica juga dapat memberi bentuk badan yang menawan terutama pada bahagian payudara dan pinggul.

Ekstrak pueraria mirifica juga mengandungi agen anti-kanser yang dapat membantutkan pertumbuhan sel kanser bagi pengidap kanser payudara. Ini membantu kaum wanita bebas daripada kanser payudara yang merupakan penyakit pembunuh utama wanita iaitu dengan mencegah pertumbuhan sel tersebut.


Mengapa Thanyaporn Breast Capsule dan bukannya yang lain?:
1. Pengilangnya adalah antara yang terbesar di Thailand

2. Mempunyai ladang Pueraria Mirifica sendiri

3. Kandungan Pueraria Mirifica yang lebih berbanding produk produk lain

4. Kualiti yang tinggi

Pokok Pokok Pueraria Mirifica hanya terdapat di Thailand & Myanmar.

Pengekspotan pokok pokok ini adalah dilarang di Thailand tetapi pengeksportan produk-produk berasaskan Pueraria Mirifica adalah dibenarkan.

Kesan Penggunaan Thanyaporn:

Selepas menggunakan kapsul Thanyaporn, anda akan memperolehi hasilnya selepas 2-4 minggu, bergantung kepada kuantiti tisu dalam payudara.

Biasanya, pertambahan maksimum diperolehi selepas 3 bulan menggunakan kapsul Pueraria Mirifica ini.

Adalah tidak mustahil untuk memperoleh pertambahan saiz antara 1-3 inci.

NOTA: Pueraria Mirifica tidak sesuai digunakan oleh gadis yang berumur kurang dari 20 tahun keran tubuh belum berkembang sepenuhnya. Selain itu, wanita mengandung juga tidak sesuai menggunakannya. Sila ikut sukatan pemakanan yang betul.

Ia juga mengandungi agen anti-kanser yang dapat membantutkan pertumbuhan sel kanser bagi pengidap kanser payudara. Ini membantu kaum wanita bebas daripada kanser payudara yang merupakan penyakit pembunuh utama wanita iaitu dengan mencegah pertumbuhan sel tersebut.

Testimoni Thanyaporn

Antara Khasiat Ekstrak Pueraria Mirifica Yang Terdapat Dalam Thanyaporn

KULIT

*menganjalkan kulit yang telah melendut

*menegangkan dan menghaluskan struktur kulit

*mengurangkan garis² halus

*mencerahkan kulit dari dalam dan meratakan warna kulit

*menyihatkan kulit yang tidak bermaya agar kembali berseri

*menghaluskan liang roma dan mengurangkan minyak

*melembutkan kulit agar kurang kasar dan kering

*merawat jerawat dari dalam

*mencegah pertumbuhan jerawat muka dan badan

*mencerahkan dan menghilangkan lebam bawah mata

*melambatkan proses penuaan secara berkesan

KUKU

*mencegah kuku dari menjadi lemah dan rapuh

*menguatkan kuku agar tidak mudah merekah dan menyerpih

*meningkat dan menggalakkan pertumbuhan kuku yang lebih sihat

*kuku akan kelihatan lebih bersinar dan tidak pucat


RAMBUT

*mencegah rambut dari menjadi lemah, tidak terurus dan tidak bermaya

* mengawal rambut dari menjadi rapuh dan bercabang

*menggalakkan pertumbuhan rambut baru

*melambatkan penuaan rambut dan mengawal rambut dari beruban

*menjadikan rambut lebih sihat, bersinar, beralun dan hitam berkilat

BADAN

*melangsingkan badan dengan mempertingkatkan jisim badan tanpa lemak

*membentuk dan merampingkan badan tanpa bonjolan lemak yang hodoh

*mencantikkan badan anda tanpa geleber yang memalukan

PAYUDARA & PUNGGUNG

*mengangkat dan menganjalkan kembali payudara dan punggung yang mengendur

*memantapkan lagi bentuk menjadikan ia lebih padat

*membesarkan kembali payudara yang mengalami pertumbuhan yang terbantut

RAHIM DAN VAGINA

* mengangkat dan menegangkan kembali rahim pada bentuk asal

*merawat masalah-masalah yang berkaitan dengan rahim

*merawat keputihan dan masalah haid yang tidak teratur

*melembapkan jalanan di dalam vagina tanpa merengsakan

* menghalang jangkitan pada vagina dan pundi (bladder)

*menjadikan dinding dan pintu vagina anda lebih elastik dan ketat semulajadi

*menambah dan mengaktifkan cairan semulajadi di dalam faraj, menjadikan anda wanita yang paling istimewa kepada suami.


Keistimewaan yang hanya anda dan suami dapat rasainya.

Juga sesuai kepada mereka yang belum berkahwin

Antara Khasiat Pueraria Mirifica :

- Menambah saiz payudara.

- Menegangkan payudara dan punggung yang mengendur.

- Mencerahkan kulit (termasuklah kulit pada bahagian puting payudara).

- Menganjalkan kulit yang melendut.

- Melambatkan proses penuaan.

- Melangsingkan badan dengan peningkatan jisim badan tanpa lemak.

- Merawat masalah-masalah yang berkaitan dengan rahim.

- Menghalang jangkitan pada vagina dan pundi (bladder)

- Mengetatkan vagina.

- Mencegah dan mengurangkan penyakit migrain.

- Membantu menggelapkan rambut beruban dan menggalakkkan pertumbuhan rambut

- Menambah tenaga dan kecergasan

- Mengatasi masalah sukar tidur
- Menjadikan kulit lebih lembut dan lebih 'muda'

TESTIMONIAL PENGGUNA TERHADAP THANYAPORN BREAST CAPSULES

1) Mengalami pencerahan kulit

2) Payudara semakin kental dan pejal

3) Bentuk badan lebih mengiurkan

4) Pembesaran payudara dialami dalam tempoh 1 bulan

5) Meransang keintiman suami isteri

Kandungan:

Satu botol mengandungi 60 biji kapsul (1 kapsul untuk 1 hari)

HALAL DAN SIJIL PENGIKTIRAFAN

100% selamat dan halal. Produk herba Thanyaporn mendapat sijil pengiktirafan antarabangsa (FDA), lebih tinggi daripada KKM kerana ianya dikitiraf di seluruh dunia serta memenuhi syarat dan standard GPM (Good Manufacturing Pratice).

Testimoni Thanyaporn

PENGGUNA 1 : jaja_aimin - i dah try dan dulu ada jual tp lately dah x de... aini... brg ni sgt2 lah laris... try la jual.. confirm x hengat dunia nak arrange order... last year i jual every day ada je org nak beli... no need promot sgt sbb dh ramai yg tahu psl keberkesanan this kind of capsul. And i dah consume product ni dah lama n mmg berkesan.. :-)

PENGGUNA 2 : adnil -dah mkn dlm 2 bln kot.. mmg ada perbezaan lah.. makan pun senang je, sebiji sehari -mmg disyorkan minum susu for better result.

PENGGUNA 3 : narcolepcy - kandungan pueraria mirifica ni fungsinya firmkan balik urat2 dan sistem dlm breast kita, bila makan tugas pueraria ni akak segarkan mana2 urat supaya bagi tegang dan breast akan naik, bukan utk bahagian dakam tp baik utk kulit breast, nampak cantik dan sekata. makan sampai rasa puas hati dan boleh stop tp penjagaan rapi perlu ada, kalau teruskan, breast akan maintain bulat dn berada di tempat yg sepatutnya

PENGGUNA 4 : catalina- salam,nk kasi testi lps 1 bulan makan dgn gigihnya...so far mmg nmpk ada perubahan....ada peningkatan dr segi sizebulatan pon makin ketara & makin firm Alhamdulillah ini yg paling cepat & berkesan to mekmila mmg ada problem hormon estrogen yg low ..yg membantutkan pembesaran my PD pd tahap size remaja 15 thn luckylah selama ni kmila guna serum DMAE yg keep my PD drp sagging & jd miss airport landing so lps kmila combine ngan kapsul niwalllaaa.!!!..mmg makin bengkak & comei jadinya...:pompom::pompom::pompom:

PENGGUNA 5 : olaolie-salam,saya pun amik kapsul ni juga....mmg de best lah...selain menegang mcm i yg dah lusuh ni....tapi juga untuk meng"grip"kan kat toot.....

PENGGUNA 6 : erika ,ada dalam 2 minggu kot..x ingat plak tapi dalam awal bulan ari tu laa, kire x sampai sebulan lagik le amik pil niee...mmg cepat kesan die pada saya..mmg baguss...

PENGGUNA 7 : comel1878 - baru 13 hari makan pil niee...tp ade kesan dah la, alhamdulilah ...jgn la meletupsss yangg, laki kite larik kangg....tujuan amik bukan nak besar, just nak firm kan sbb kite pun tgh diet so area kembar ni mmg susut nilai gak laa kan...

PENGGUNA 8 : xxxx - Ipoh. Saya sungguh berterimakasih kerana anda memperkenalkan produk ini,saya telah mencuba pelbagai produk seperti serum,cream.Semuanya tidak berkesan. Setelah memncuba produk ini,payudara saya tegang dan pejal dalam jangkamasa dua minggu dan membesar setelah menggunakan selama sebulan.Tidak cuba anda tidak akan percaya.Harga pun murah banding produk lain dan boleh digunakan selama 2 bulan.

PENGGUNA 9 : xxxxx - Alor Star. Malu nak cakap sebab setelah mencuba produk ini,orang asyik pandang payudara saya sahaja.Teman lelaki dipejabat asyik intai sahaja.Malah suami saya asyik ajak bersama sahaja.Jika tak percaya anda cuba dan buktikan sendiri

PENGGUNA 10 : kam - yaya..i rasa mcm dah nampak kesan my pd dah firm skit pastu my fren ada tegur ckp mcm besar skit la.

PENGGUNA 11 : Ginea - wah..wah..best..kalini makan ikut saranan yaya baru nampak kesan. ni botol yg ke 2.

PENGGUNA 12 : Erin - kak yaya..kalo da dapat size p.d yg kte nak tuh..kte kene continue or stop mkn pil ni?takot mmbesar mcm belon korg yg mkn pil ni perasan tak keputihan kat tuuutttt dah kurang sgt2?

PENGGUNA 13 : eveready - saya dah masuk hari ke 5....dah rasa firm sikit...huh x sabar ni...hehehe

PENGGUNA 14 : jgn buang mase.. ko ambil thnyporn skrg aku pon dah rase perubahannye,amat la bpuas hati. aku suke dgn hasil berthanypon nih.. serius ari tuh ade aku ambik pic breast aku mase kat toilet saje je ambik.. nak tgk sendiri hasil pil nih mmg puas ati laa...yezzer... mmg best aku sbgi penggune melahirkan kepuasan ht aku mekasih yaya

PENGGUNA 15 : nk share testi kt sini.. harini dah seminggu mkan..PD ade denyut2..bontot ade sakit2 sikit..tp xde nmpak pape lg la..just denyut2 je..harap2 ade perubahan..xsabar dah nih

PENGGUNA 16 : syasyamin : I dh mkn 2wks tadi pagi notice boobies dh mcm tegang n sss dh mcm tinggi ke aku yg pasan hehe sukeeee

PENGGUNA 17 : Sya : hehe malu plak yaya.. mksud sha tak perlu pakaipelincir.. Jd sekurang2nya ada gak manfaat thanyaporn ni.. Sesambil tunggu breast membesar masih ada manfaat lain yg kita perolehi..

PENGGUNA 18 : 013-28****9: yaya, seronoknya..sy punya mmg nmpk beza than b4.dh firm..n bulat.hikhik.cuma tgh tunggu die nk besar lg..sy ni kdg2 tlupa gk mkn after bekfast.huhu.br lebih kurang 2 minggu.okla tu kn..

Set Buang Tahi Lalat dan Kutil (Bebola Minyak) Klasik Indah

Cuba anda raba di tepi mata atau di bawah leher. Mungkin anda akan perasan terdapat biji-biji kecil atau bagi sesetengah orang dipanggil kutil. Hendak dikatakan jerawat bukan pula kerana jerawat akan kering dan tertanggal. Tetapi yang ini terus kekal dan kemungkinan boleh membesar.

Kutil, bebola minyak atau tahi lalat hidup, boleh membesar jika tidak dibuang segera atau dirawat. Kadang-kala ini boleh mencacatkan penampilan. Bedak yang disapu pada wajah mungkin dapat menutup untuk sementara waktu sahaja. Apabila wajah dibersihkan ia kelihatan begitu ketara.

Set Buang Tahi Lalat dan Kutil (Bebola Minyak) Klasik Indah


Set ini mengandungi :

TREATMENT TONER

Produk pertama yang digunakan untuk rawatan pembuangan tahi lalat, kutil atau bebola minyak ialah treatment toner. Dengan menggunakan kapas, sapu treatment toner dibahagian yang hendak dirawat. Treatment toner ini boleh menyerap ke kulit dan melembutkan tahi lalat, kutil dengan senang. treatment toner ini boleh juga untuk menyeimbangkan kembali kulit dan meratakan tona-tona kulit dan mengatasi liang-liang pori besar, jeragat, bintik-bintik hitam dan jerawat.

REMOVING MOLE CREAM

Removing Mole Cream ini digunakan pada peringkat kedua selepas penggunaan Treatment Toner. (Sebelum itu calarkan bahagian yang hendak di rawat dengan lidi khas yang disediakan-calar hanya sekali) Penggunaan Removing Mole Cream dalam masa yang serupa diulang sebanyak dua atau tiga kali mengikut saiz tahi lalat.

REPAIR CREAM

Repair Cream di gunakan untuk langkah ketiga dibahagian yang telah dirawat. Selepas guna Removing Mole Cream jika bahagian tersebut kemerahan gunakan Repair cream. Ia sangat berkesan untuk memperbaiki, mengembalikan kulit semulajadi jelita, licin dan anggun, disamping itu berfungsi menghilangkan parut di bahagian yang dirawat. Repair cream ini bukan sahaja digunakan dalam Program Set Pembuangan Tahi Lalat tetapi juga digunakan sebagai krim malam mengaktifkan sel-sel baru, membantu mengembalikan kelembapan kulit hingga kedalaman kulit.

PERINGATAN

* Rawatan membuang tahi lalat ini hanya boleh digunakan sekali sahaja.
* Rawatan ulangan ini hanya boleh dilakukan selepas dua minggu daripada rawatan yang pertama. (Jika masih ada tanda yang tertinggal).
* Pesakit Kencing Manis dilarang menggunakan set rawatan ini.
* Pesakit Jantung, Darah Tinggi juga tidak digalakkan.
* Bagi yang mempunyai ketumbit tidak sesuai untuk rawatan ini.
* Perempuan hamil dilarang menggunakan produk ini.

HARGA : RM 160

----------------------------------

Masalah yang merunsingkan sesetengah wanita ini menyedarkan Rusminah Abdul Hamid bagi mengeluarkan satu produk yang boleh menghilangkan kutil, bebola minyak dan tahi lalat hidup.

Kata Rusminah yang telah 25 tahun melibatkan diri dengan bidang kecantikan, set membuang tahi lalat yang dikeluarkan oleh syarikatnya, Klasik Indah dibuat khusus bagi membantu wanita yang menghadapi ketiga-tiga masalah di atas.


"Masalah kutil dan bebola minyak biasanya dihadapi oleh wanita yang berumur 35 tahun ke atas berpunca daripada pemakanan, masalah kesihatan dan tidur yang tidak mencukupi.

"Manakala tahi lalat biasanya sudah ada pada seseorang sejak mereka kecil dan mungkin bertambah besar mengikut usia. Kutil jika dibiarkan lama akan berubah menjadi hitam dan mencacatkan penampilan,'' katanya.

Menurutnya lagi, getah gajus yang digunakan bagi membuat produk ini diketahui sejak zaman dulu lagi mampu membantu menghilangkan kutil dan bebola minyak.

"Nenek dan mak kita dahulu menggunakan getah gajus bagi menghilangkan kutil dan ia memang berkesan. Justeru saya turut menggunakan bahan ini bagi membuat produk terbaru saya ini. Jadi pengguna tidaklah perlu membuat laser atau pembedahan kecil bagi membuangnya.

"Terdapat tiga produk dalam set membuang tahi lalat ini, iaitu Treatment Toner, Removing Mole Cream dan Repair Cream. Cara penggunaannya pun mudah dan ringkas sahaja dan dalam masa tiga hingga empat belas hari, kutil dan bebola minyak akan jatuh sendiri,'' katanya.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai masalah kutil, bebola minyak, tahi lalat hidup dan resdung menggunakan produk ini, Rusminah boleh dihubungi pada talian 019-2130720.

Beauty Umaira 1001 Rahsia - Khasiat dan Keistimewaan

Ingin penampilan bergaya? Wanita tidak seharusnya menumpukan perhatian pada kecantikan luaran semata-mata kerana kecantikan dalaman juga tidak harus dipinggirkan.

Produk Beauty Umaira 1001 Rahsia keluaran Prevenus Beauty Sdn Bhd (Pravenus Beauty) untuk wanita yang mahukan kecantikan luaran dan dalaman.

Beauty Umaira berfungsi untuk membantu merangsang penghasilan kolagen yang antara lain membantu seseorang kelihatan lebih muda.Produk berkenaan juga dihasilkan bagi membantu menurunkan berat badan di samping membantu menjauhkan wanita daripada jangkitan barah. Produk berkenaan mengandungi antioksidan yang membantu mengawal tekanan darah di samping menegangkan kulit.

Beauty Umaira 1001 Rahsia

Lebih menarik,amalan pengambilan Beauty Umaira, boleh membantu untuk meningkatkan keintiman hubungan suami isteri. Kandungannya seperti kacip Fatimah, serbuk madu, ekstrak pueraria mirifica, manjakani, astanxanthin dan kolagen marin memainkan peranan penting dalam menjaga organ dalaman wanita.

Khasiat dan keistimewaan Beauty Umaira 1001 Rahsia

1. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh
2. Menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan
3. “Astaxanthin” menghidari daripada barah,tekanan darah tinggi, diabetes & masalah kulit
4. Meningkat sistem ketahanan badan
5. Menegangkan kulit dan awet muda
6. Anti Jeragat
7. Menganjalkan tubuh dan kulit
8. Membentuk,menganjalkan dan membesarkan payudara
9. Menguatkan rambut dan lambat uban
10. Megurangkan keputihan.Meringankan ketidaktentuan monopause
11. Meringankan sakit haid
12. Menguranfkan kolesterol dan menjauhkan risiko sakit jantung
13. Membekalkan tenaga pada badan
14. Mengatasi batuk,sakit kerongkong dan ulser
15. menghidari Penyakit

Pengambilan 3 bulan berturut-turut adalah perlu untuk kesan yang baik
Penggunaan selepas itu adalah terpulang pada individu.

1 kotak mengandungi 21 sachet.

Kandungan

Dektrosa,maltodektrin,psyllium husk,asid sitrik,perasa lemon,ekstrak garcinia cambogia,kolagen marin,ekstrak halia,ekstark manjakani,ekstrak pueraria mirifica,ekstark sireh,madu,ekstrak kacip fatimah dan astaxanthin.

Cara Makan
Campurkan dengan air suam,kacau dan sedia diminum.Sehari satu sachet

HARGA : RM289.00

Slimming Pearl Fit Roselle (Misha)

Slimming Pearl Fit Roselle keluaran Misha Hair & Beauty membantu memberi bentuk badan yang ideal dan menurunkan berat badan.


Khasiat Slimming Pearl Fit Roselle

* membersihkan dan menyingkir toksin untuk membakar lemak
* menurunkan berat badan dan mengawal selera makan
* membantu memberi bentuk badan yang ideal dan
mengempiskan perut
* melawaskan sistem penghadaman dan mencuci usus
* menjadikan badan semakin cantik tampa cirit birit
* membuang angin dalam badan dan melancarkan air kencing
* membantu melancarkan peredaran darah
* menyegarkan kulit serta mengembalikan ke anjalan kulit
* menegangkan tisu-tisu yang kendur
* membekalkan tenaga

Slimming Pearl Fit Roselle (Misha)


Kandungan : 12sct x 20gm
Harga: RM 39.00

Yoyoy Kamphora Spa, Taman Melawati

Sebarang maklumat lanjut mengenai Yoyoy Kamphora Spa boleh hubungi 03- 41474479/ 012 3084479 atau layari laman web www.yoyospa.com

------------------

Rasa tenang menggamit perasaan sebaik melangkah masuk ke Yoyoy Kamphora Spa apatah lagi dengan tata rias dalaman yang berkonsepkan tradisional Melayu.

Sementara menunggu sesi rawatan dilakukan pengunjung spa yang terletak di Melawati Square, Taman Melawati, Hulu Kelang, Selangor itu boleh melepaskan lelah seketika di ruang menunggu sambil perasaan dibuai dengan alunan muzik berirama lembut.

Seketika itu, pengunjung akan disediakan dengan secawan madu suam sebelum memulakan rawatan seterusnya bagi memberi tenaga dan rasa nyaman kepada badan.

Menariknya, sepanjang laluan masuk menuju ke bilik rawatan, dekorasi indah dengan hiasan pokok hijau dan sinaran lampu neon cukup mendamaikan.

Pengurusnya, Nurul Huda Saparudin, 28, berkata, spa yang mula beroperasi sejak empat tahun lalu menekankan konsep tradisional dan moden.

"Walaupun terdapat peralatan yang canggih dan moden, tetapi rawatan di sini lebih menggunakan konsep tradisional.

"Bahan-bahan yang disediakan untuk rawatan seperti urutan dan skrub semuanya menggunakan bahan tradisional dan bebas daripada unsur kimia," katanya.

Tambahnya, pilihan tersebut dibuat memandangkan sekarang ini ramai wanita gemar melakukan rawatan mengunakan bahan-bahan berasaskan alam semulajadi atau alami.

"Selain menawarkan rawatan kesihatan secara holistik, spa kami juga menawarkan pakej rawatan dari hujung rambut hingga hujung kaki.

"Antaranya, lulur tradisonal yang menggunakan bahan alami seperti halia, serai, limau, madu dan beras," katanya.

Tambah Nurul Huda, Yoyoy Thamphora spa juga menawarkan pakej rawatan untuk ratu sehari, meliputi rawatan dari hujung rambut hingga hujung kaki.

"Harga yang ditawarkan berpatutan serendah RM200 hingga RM750 untuk setiap sesi rawatan.

"Sementara itu, sempena sambutan Hari Ibu dan Hari Guru, kami juga menawarkan pakej rawatan dengan harga berpatutan kepada wanita di luar sana," katanya.

Katanya, pakej ini merangkumi steam rejuvanate, relaxation massage, facial pearl, aura seri face massage dan aroma eye pillow treatment.

"Harga untuk pakej ini adalah RM199 dan hanya terhad kepada pengunjung sehingga hujung bulan Mei sahaja," katanya.

Menurut beliau, selain memiliki tiga buah bilik rawatan termasuk satu bilik VVIP dan satu jakuzi, spa itu juga menyediakan perkhidmatan salon buat pengunjung.

"Bagi kami, keselesaan dan ketenangan pengunjung menjadi keutamaan dalam perkhidmatan yang disediakan," katanya.

Tambahnya, spa berkenaan turut menyediakan rawatan bekam khas untuk wanita iaitu rawatan bekam darah, bekam angin dan bekam akupuntur.

Yoyoy Kamphora Spa,Taman Melawati


"Rawatan ini bertujuan melancarkan darah ke seluruh badan dan membolehkan proses berbekam dilakukan untuk mengeluarkan darah yang kotor dan bertoksin.

"Selain rawatan bekam, terdapat juga rawatan lain yang disediakan seperti aroma terapi, refleksologi, sauna, rawatan muka, rawatan kuku tangan dan kaki, akupuntur, acupressure, kiropratik untuk masalah tulang belakang, herbalogi, diagnotik penyakit dan iridologi," kata Nurul Huda.


Axe Anarchy For Him and For Her harga RM16.90

Kesegaran diri bukan saja dapat membuatkan diri rasa lebih berkeyakinan apabila berada di sisi insan istimewa, tapi juga mampu membangkitkan suasana romantis. Detik itu pastinya meninggalkan kenangan cukup manis.

Tidak kira sama ada haruman dipadankan mempunyai unsur kayu, bunga atau sebaliknya kesegaran buahbuah, minyak wangi yang disembur pada tubuh juga boleh merubah perasaan yang dilalui seseorang apatah lagi merangsang minda dari segala kekosongan.

Seiringan dengan perubahan masa, minyak wangi juga kini tampil sebagai salah satu keperluan asas bagi melengkap gaya baik wanita mahupun lelaki. Dengan adanya perkembangan pilihan, haruman yang diketengahkan turut membawa identiti tersendiri terhadap pemakaiannya.

Semakin menerima sambutan dari peminatnya, Axe Effect keluaran Unilever (M) yang sebelum ini lebih terkenal sebagai haruman khas untuk lelaki aktif, kini menampilkan kejutan buat pasangan dengan mengemukakan rangkaian istimewa buat wanita yang juga mengagumi keistimewaannya.

Pengurus Pemasaran Deodorant and Skin Care, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd, Ray Guinoo, menjelaskan bahawa Axe Anarchy Him and For Her tampil sebagai pelengkap wangian yang bukan saja menawan untuk lelaki tetapi hadir sebagai edisi terhad bagi wanita yang senantiasa inginkan haruman yang unik sepadan dengan pasangan mereka.

Sambungnya, Axe Anarchy Him and For Her yang berada di pasaran dalam tempoh singkat diwujudkan sebagai tanda penghargaan buat wanita yang memberi sokongan sekali gus memberikan cetusan revolusi baru dalam industri wangian.

"Berdasarkan lama sosial yang diterbitkan, AXE memiliki lebih 11 juta peminat di Facebook dan suku daripadanya adalah wanita dan sebagai tanda penghargaan AXE ingin membantu wanita berkongsi daya tarikan bersama teman lelaki mereka.


"Anarchy For Him and For Her adalah wangian yang menarik lagi menyeronokkan. Bermula dengan wangian berunsur buah-buahan, ia berubah kepada bunga-bungaan yang lembut dan berakhir dengan kesegaran manakala For Him mengetengahkan unsur kelelakian," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Sempena pelancaran Anarchy For Him and For Her, AXE turut melancarkan pertandingan The Search for the 1,000 Top Secret Cans. Peraduan yang menawarkan pelbagai hadiah menarik di sebalik keharuman istimewa itu adalah salah satu daripada pelbagai inisiatif AXE untuk mendekati pelanggannya.

AXE Anarchy For Him and For Her dijual di semua farmasi terkemuka dan pasar raya dengan harga RM16.90 setiap satu.

Jamu Selapan PT Mustika Ratu pulih tenaga ibu bersalin

Jamu Selapan pulih tenaga ibu bersalin
Produk kecantikan dan jamu keluaran PT Mustika Ratu sentiasa menerima permintaan tinggi walaupun terdapat banyak produk serta rawatan moden di pasaran masa kini.

Wanita Melayu khususnya masih memilih untuk menggunakan rawatan secara tradisional terutama selepas bersalin.

Oleh itu, PT Mustika Ratu mengambil inisiatif mencipta produk bersesuaian memenuhi kehendak ibu yang baru melahirkan anak.

Produk Jamu Selapan keluaran PT Mustika Ratu dirumus khas daripada ramuan semula jadi lengkap dengan lapan jenis khasiat bagi mengembalikan tenaga wanita selepas bersalin, menyegarkan tubuh, menaikkan seri wajah, melancarkan pengeluaran susu dan membentuk semula tubuh asal sepertimana sebelum melahirkan anak.

Oleh itu, tidak hairan jika Jamu Selapan adalah antara produk yang mendapat permintaan tinggi di kalangan pengguna dan terlaris di pasaran.

Set Jamu Selapan dijual dengan harga berpatutan mengandungi empat jenis barangan iaitu Jamu Selapan, Kaplet Mimilan Mintuno, Ginasih Feminine Wash dan Minyak Telon.

Selain itu, Kaplet Mimilan Mintuno turut membantu mengencangkan otot vagina, merawat keputihan dan sesuai membentuk keharmonian hubungan suami isteri serta boleh diambil walaupun sudah habis berpantang.

Ginasih Feminine Wash pula dihasilkan daripada ekstrak daun sirih segar yang mempunyai antiseptik untuk membunuh bakteria dan membantu merawat keputihan.

Selain itu, Minyak Telon adalah satu produk yang dirumuskan bagi kegunaan bayi. Minyak yang dihasilkan dari minyak kayu putih dan minyak adas ini digunakan secara tradisional merawat bayi yang mengalami masalah kembung perut.

Jamu Selapan PT Mustika Ratu

Kain bengkung (bernilai RM45) dan sekeping video cakera padat (VCD) yang padat dengan tips dan petua turut dimuatkan dalam set Jamu Selapan ini.

Oleh itu, bagi wanita baru bersalin yang ingin mendapatkan rawatan badan secara tradisional seperti urutan dan bertangas boleh datang ke Wisma Mustika Ratu di Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur.

Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi Beauty Hotline di 03-9283 6636 atau Mimi Sharimah di Bahagian Promosi PT Mustika Ratu di 03-9286 1626 sambungan 204.

Mamil Mama Koko Halus (Dumex)

Susu perisa koko untuk ibu

Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd (Danone Dumex) memperkenalkan perisa baru khusus ibu hamil - Mamil Mama Koko Halus.

Produk baru itu rendah kandungan lemak berbanding susu tepung penuh krim yang lain itu dilengkapi immunoforce, sekali gus menyokong pertambahan berat badan sesuai selain menyediakan nutrien berharga.

Ia dirumus khas memenuhi keperluan pemakanan wanita yang merancang untuk hamil, sedang hamil atau sedang menyusu badan.

Immunoforce adalah formula saintifik terbukti, dipatenkan di peringkat antarabangsa membantu meningkatkan pertumbuhan bakteria berfaedah di dalam usus untuk memperbaiki dan mengekalkan persekitaran usus yang baik.

Diperkaya asid folik bertujuan mengekalkan pertumbuhan dan perkembangan janin selain bekalan kalsium membantu perkembangan tulang dan gigi. Sementara, besi menjadi satu faktor penting dalam pembentukan sel darah merah.

Menerusi keseimbangan nutrien betul, ibu hamil boleh menikmati kehamilan yang sihat dan berseri.

Ketika mengandung penting wanita memberi perhatian tambahan kepada pemakanannya kerana ia turut mempengaruhi bayi dikandung.

Pengarah Urusan, Danone Dumex, Toni Brendish, berkata pihaknya komited untuk menyediakan yang terbaik dalam pemakanan untuk ibu dan bagi mereka bercadang menjadi ibu.

"Kami percaya pemakanan penting mengekalkan kesihatan kedua-dua ibu dan kanak-kanak. Disebabkan coklat dan koko menjadi kegemaran ramai, kami yakin perasa baru ini akan menggalakkan lebih ramai wanita, mengambil susu ketika hamil atau sepanjang hidup mereka," katanya.

MAX LS Lab Series : Anti penuaan untuk lelaki

Anti penuaan untuk lelaki

Siapa kata lelaki tidak bimbang dengan kehadiran tanda-tanda penuaan? Kebimbangan tentang kulit kedut, kusam dan tidak berseri sebenarnya turut dikongsi oleh golongan Adam ini.


Justeru Lab Series, jenama penjagaan kulit terkenal terbaru tampil dengan MAX LS, losen pelembap yang ringan anti penuaan khusus untuk golongan lelaki.

Rangkaian produk unik dan berkesan ini dihasilkan daripada formula yang canggih dan digabungkan dengan teknologi tinggi.

MAX LS memberi kesan yang positif untuk sel kulit bagi memerangi penuaan, di samping ia membantu memberi kelembutan dan kelembapan pada kulit tanpa meninggalkan kesan minyak.

Formula ringan yang direka khas ini sesuai untuk digunakan bagi sesiapa yang menghadapi masalah kulit berminyak ataupun tinggal didalam cuaca yang terlalu panas.

Produk ini turut menyediakan MAX LS Age-Less Face Cream, MAX LS Overnight Renewal Serum dan MAX LS Instant Eye Lift.

MAX LS light moisture lotion boleh didapati di pusat penjagaan kulit pada harga RM 220.00.

Koleksi hebat tas tangan edisi terhad Lady Dior dari jenama Christian Dior

Eranzi telah mengadakan pra-tempahan untuk koleksi hebat tas tangan edisi terhad Lady Dior dari jenama Christian Dior.

Christian Dior, jenama yang terkenal dengan rekabentuk feminin dan berkelas tinggi untuk setiap aksesorinya, telah hadir dengan tas tangan mesti milik yang menjadi idaman setiap puteri kerabat diraja atau mereka yang mengimpikan gelaran puteri.

Pertama kali dilihat bersama mendiang Puteri Diana pada tahun 1995 ketika majlis Cezanne Art Exhibition. Tas tangan tajaan Dior Corporation adalah hadiah daripada bekas Wanita Pertama Perancis, Bernadette Chirac. Dior kemudian menamakan tas tangan itu sebagai Lady Dior.

Menjadi simbol utama keanggunan, Lady Dior hadir dalam pelbagai saiz, rekabentuk dan warna yang dihasilkan dari kulit yang paling ringan namun tahan lasak.

Menampilkan corak Cannage yang terkenal, corak yang sama dapat dilihat pada kerusi Napoleon III, Lady Dior sesuai untuk semua jenis majlis yang ingin dihadiri bersama ruang yang luas, sesuai untuk keperluan 'diraja' anda.


Juga bukanlah satu kejutan sekiranya Lady Dior menjadi pilihan utama para selebriti Hollywood untuk bergaya.

Sekiranya anda telah bersedia untuk mengeluarkan ciri-ciri seorang puteri yang terdapat dalam diri anda, jangan lepaskan peluang untuk memiliki Lady Dior.

Eranzi kini menawarkan peluang untuk anda menikmati gaya hidup mewah dengan koleksi edisi terhad Lady Dior dengan mengunjungi laman www.eranzi.com atau boleh terus klik di SINI .

Buku: Cerita Dari Syurga

Info buku Cerita Dari Syurga

Info buku Cerita Dari Syurga

Buku cerita dari syurga adalah himpunan 30 cerita yang penuh inspirasi, memberi motivasi dan mampu menggugah emosi dengan penceritaan yang hidup dan segar.

Ceritanya merangsang menjadi lebih bersemangat untuk menikmati kehidupan dan menjadikan setiap saat dalam hidup ini lebih bermakna.

Antara kandungan menarik dalam naskhah ini termasuk mengisahkan isteri mahu kekal dalam ingatan suaminya sepanjang hayat serta seorang ayah yang mahu meninggalkan kesan mendalam dalam hati anaknya.

Selain itu, terdapat kisah lain seperti lihat syurga di jendelamu, bisikan kata-kata syurga, jemaah syurga berkhemah di dunia, semanis dan sepahit gula-gula Kopiko, senyuman adalah cop kekal dalam kenangan dan tiket bahagia selalunya berganda.

Tajuk: Cerita Dari Syurga
Penulis: Zamri Mohamad, Yusry Yusopp dan Haeqal Zulqarnain
Penerbit: PTS Profesional Sdn Bhd
Harga: RM11 (Semenanjung) RM13 (Sabah dan Sarawak)

Samsung GALAXY S Advance,harga pasaran RM1299

Peneraju utama pengeluaran telefon bimbit dunia, Samsung telah mengumumkan pelancaran model Samsung GALAXY S Advance untuk pasaran Malaysia. Ditujukan khas untuk pengguna yang untuk mementingkan gaya, telefon bimbit Android ini merupakan kombinasi seimbang dari segi stail, kemampuan dan kepenggunaan. Rekabentuk baru Samsung GALAXY S Advance membolehkannya dipegang dengan lebih mudah.

Harga Samsung GALAXY S Advance

Samsung GALAXY S Advance hadir bersama skrin bersaiz 4.0" Super AMOLED yang menawarkan kualiti visual memberangsangkan sepertimana terdapat dalam rangkaian GALAXY yang lain. Dengan variasi warna yang ada, dibantu dengan kamera 5MP, sudah pasti rakaman foto atau video akan menjadi lebih nyata dan menarik.

Bercakap mengenai pelancaran telefon bimbit ini, Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd, Encik Kwon Jae Hoon, berkata: "Kehadiran Samsung GALAXY S Advance akan dapat mempelbagaikan lagi kejayaan telefon bimbit pintar dalam keluarga Samsung GALAXY sebelum ini. Kebanyakan model dari jenis Samsung GALAXY hadir dengan gabungan kemampuan dan gaya yang membuktikan bahawa Samsung sentiasa komited dalam melakukan inovasi terhadap pemasaran telefon bimbit.

Dikuasakan dengan Dual-Core Processor, 1.0 GHz serta sambungan HSPA 14.4 Mbps, Samsung GALAXY S Advance dibina berdasarkan pertimbangan kuasa dan kepantasan, menghasilkan antaramuka pengguna yang versatil dan beresponsif tinggi.

Pengguna juga dapat menikmati penggunaan aplikasi yang lebih laju dari sebelum ini dan peralihan antara aplikasi juga tidak memerlukan masa yang lama. Juga dipertingkatkan ialah masa untuk melayari internet.

Dijalankan dengan menggunakan sistem operasi Android 2.3 Gingerbread serta antaramuka Samsung TouchWiz, Samsung GALAXY S Advance membolehkan anda untuk terus berhubung melalui Samsung Hub dan ChatOn.

ChatOn merupakan servis pelbagai platform yang dibangunkan Samsung untuk membolehkan pengguna telefon bimbit berinteraksi secara individu atau berkumpulan menggunakan Kata Pengguna dan Kata Laluan, di mana anda boleh berkongsi maklumat dalam pelbagai format termasuk, foto, video, suara, kenalan, kalendar dan pelbagai lagi yang menjadikan pengkongsian maklumat lebih mudah.

Salah satu ciri terbaru dalam Samsung GALAXY S Advance ialah Find My Mobile, aplikasi yang dapat membantu mengesan telefon bimbit anda sekiranya ia didapati hilang selain memastikan setiap data yang tersimpan dalam telefon bimbit ini selamat.

Bagi pengguna yang gemarkan aplikasi permainan video dalam telefon bimbit, Samsung GALAXY S Advance juga menyediakan GameHub yang membolehkan pengguna mengakses pada ribuan permainan yang disediakan.

Samsung GALAXY S Advance akan berada di pasaran Malaysia awal Mei dan didapati pada harga RM1299.

Universiti AIMST pupuk kecemerlangan

Universiti AIMST, di Sungai Petani, Kedah bukan hanya menawarkan kursus pengajian perubatan, malah mempunyai kelebihan dalam bidang pengajian bio-teknologi, kejuruteraan perniagaan dan pengurusan.

Pendaftar AIMST dan Dekan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, Prof Dr Premkumar Rajagopal berkata, tanggungjawab utama AIMST menyalurkan tenaganya kepada anak muda yang bakal menjadi generasi pencipta inovasi dan penjana kekayaan negara kelak.

"Adalah menjadi tanggungjawab kami semua mendidik dan menggalakkan mereka mencapai kecemerlangan. Pembangunan global itu hakikat begitu juga nilai pendidikan tinggi yang semakin meningkat namun ia tidak menjadi penghalang AIMST mendidik belia negara" katanya.

Program Asasi dalam jurusan Sains dan Perniagaan yang ditawarkan kepada pelajar mempersiapkan mereka ke tahap lebih tinggi selain membuka berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan kedoktoran.

Biasiswa ditawarkan kepada pelajar yang layak mengikuti kursus pengajian Perniagaan dan Sains menjurus kepada program kejuruteraan.

AIMST yang terkenal dengan program perubatan menawarkan infrastruktur terbaik bagi kemudahan pelajar program diploma khususnya dalam jurusan kejururawatan, fisioterapi dan kejuruteraan elektrik dan elektronik.

Bagi kursus membabitkan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, pelajar berpeluang mengikutinya dalam tiga program iaitu Ijazah Sarjana Muda bidang Perniagaan dan Pemasaran, Kewangan dan Pengurusan dan Sistem Maklumat Pengurusan.

Pelajar cemerlang dalam program ini berpeluang menyertai Program Mobiliti Pelajar selama empat bulan di Bordeaux Business School di Perancis.

Institusi ini juga menawarkan program Sarjana Muda Sains (Kepujian) tiga tahun dalam bidang Bioteknologi, Sarjana Sains dalam bidang Bioteknologi dan Doktor Falsafah (PhD) yang menggunakan biologi gunaan membabitkan organisma hidup dan bio proses dalam kejuruteraan, teknologi, ubat-ubatan dan bidang lain yang memerlukan bio produk.

Pelajar lepasan ijazah yang layak dibantu memohon program biasiswa MyMaster dan pinjaman pengajian yang boleh dimhon sama ada daripada agensi swasta dan kerajaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai pilihan kursus yang ditawarkan, sila layari laman web di www.aimst.edu.my atau hubungi Bahagian Pemasaran AIMST di talian 04-2913138.

Testimoni Tropica Bioherb,produk rawatan rambut herba

Tropica Bioherb atasi rambut bermasalah

Testimoni: Kaha Zulfakar

"Dulu saya mengalami masalah rambut gugur dan hampir botak. Setelah menggunakan produk rawatan rambut TROPICA BIOHERB ini selama 5 bulan, rambut saya kembali normal. Kalau tak percaya, anda boleh cuba sendiri!".

Mengapa produk rawatan rambut herba Tropica Bioherb menjadi pilihan pelanggan?

Jawapannya sudah tentu produk rawatan rambut dari Tropica Bioherb ini mudah, ringkas, murah dan menakjubkan. Diproses daripada herba terbaik untuk rambut seperti biji betik, bunga raya putih, gelenggang batu, daun inai, paku rawan, rosemary. horsetail, minyak kelapa dara dan birch. Produk ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan yang memberi maklumbalas cukup positif dan terus membuat pesanan serta membeli tanpa curiga lagi. Malah selain pelanggan tempatan, produk ini turut mendapat permintaan yang tinggi dari pelanggan luar negara seperti Brunei, Singapura, Timur Tengah, Australia dan Eropah.


Testimoni: En. Warazi

"Sebelum ini kulit kepala saya gatal, berkelemumur, berkupingkuping dan rambut gugur dengan teruk sekali. Setelah menggunakan produk rawatan rambut TROPICA BIOHERB ini, semua masalah selesai. Kini rambut saya mula tumbuh kembali. Saya syorkan pada mereka yang mengalami masalah seperti saya, cubalah produk ini, cuba dulu baru tahu..."

Testimoni 1: Lim Ooi Seng (Jurutera)

Saya mengalami masalah rambut gugur, gatal kulit kepala, dan kepala hampir botak kerana keguguran rambut. Sudah 5 tahun saya berusaha membuat rawatan sehingga ke luar negara dan membelanjakan berpuluh ribu ringgit tetapi tidak dapat menyelesaikan masalah rambut saya. Sehingga saya diperkenalkan produk rawatan rambut Tropica Bioherb oleh kawan saya. Namun saya tidak yakin kerana rawatan mahal pun tidak dapat mengatasi masalah rambut saya apatah lagi produk yang berharga RM170 satu set. Walaupun tidak berapa yakin tapi saya mencuba bagi menjaga hati kawan. Alangkah terkejutnya saya dalam tempoh tiga bulan segala masalah rambut saya selesai. Saya memberi kepada kawan-kawan dari luar negara mencuba dan mereka amat teruja kerana murah tetapi kesannya cukup menakjubkan.

Testimoni 2 : Zabedah Ghani (Kakitangan Awam)

Saya menghadapi masalah rambut gugur dan rambut kusut masai. Saya memakai tudung waktu bekerja. Bila balik rumah dari kerja dan membuka tudung, kulit kepala saya gatal, rambut gugur dan berbau. Setelah memakai produk ini Alhamdulillah semua masalah saya selesai. Saya syorkan kepada mereka yang bermasalah seperti saya cubalah produk ini untuk mengatasi masalah rambut anda.

Testimoni 3: Nur Alya Shahirah (Pelajar)

Rambut saya sering gugur dan bila balik sekolah kepala saya selalu berdenyut-denyut macam sakit kepala. Emak menyuruh saya memakai produk ini dan bila mandi saya menggunakan syampu herba ini. Sejak kebelakangan ini rambut saya tidak lagi gugur, kepala saya rasa segar dan tidak berdenyut lagi lepas balik sekolah.

* Untuk maklumat lanjut sila hubungi TROPICA BIOHERB MARKETING di talian : 016-454 8406

Teh Kri-Young

Teh Kri-Young dipaten guna teknologi Itali
PALMABRAND Exclusive Sdn Bhd, syarikat Bumiputera yang memfokus kepada jualan produk kesihatan kini tampil memperkenalkan minuman kesihatan yang boleh membantu menstabilkan paras gula, Teh Kri-Young.

Pengasas dan Pengarah Urusannya, Mohammad Nor berkata, Teh Kri-Young direka khas untuk mereka yang prihatin mengenai kesihatan dengan menukar minuman harian kepada manfaat daripada kandungannya.

Katanya, Teh Kri-Young sangat mudah digunakan dengan hanya menggunakan air panas dan mempunyai rasa seperti teh tarik, malah ia dipatenkan menggunakan teknologi Itali selain produk dikaji oleh pakar penyelidikan dari Teknologi Park Malaysia.

Mohammad berkata, Teh Kri-Young juga mempunyai 70 rujukan mengenai kajian keberkesanannya dan pihaknya memasarkan produk terbabit menerusi stokis dan pengedar yang dilantik di seluruh negara.

Segala maklumat lanjut termasuk berminat menjadi pengedar boleh hubungi 03-41418500/019-2641500 atau e-mel ke palmabrand@unifi.my.

Produk Gaharu Beauty

Bermacam petua digunakan oleh masyarakat zaman dulu untuk merawat wajah dan memastikan kulit lambat dimamah penuaan antaranya membasuh muka dengan embun, melumur kulit wajah dengan kulit pisang atau membilas dengan ais.

Hakikatnya semua petua itu dilakukan demi mengekalkan kecantikan semula jadi dengan menggunakan bahan semula jadi juga kerana khasiat bahan dari alam ini diketahui tidak mengandungi bahan kimia serta baik untuk kulit manusia.

Pohon gaharu (genus Aquilaria) misalnya, sudah diketahui menjadi antara ramuan utama an dalam pembuatan minyak wangi, namun ia juga sebenarnya turut bermanfaat dijadikan produk penjagaan wajah kerana beberapa khasiat tertentu.

Pengurus Gaharu Nano Tech Marketing, Norlela Mat Attan, berkata gaharu mempunyai bahan antioksidan yang memang diperlukan dalam penjagaan kecantikan kulit kerana antioksidan membawa banyak kebaikan untuk kulit manusia.

"Gaharu juga mempunyai antioksidan yang diketahui umum mengenai kebaikannya. Ia membantu mengatasi radikal bebas yang tidak stabil yang boleh merosakkan sel lain dalam kulit.

"Selain bersifat antioksida, ia mampu menghasilkan enzim organik yang kaya dengan kandungan antiseptik dan antibodi tersendiri apabila terdedah kepada ancaman bakteria serta haiwan parasit," katanya mengenai produk Gaharu Beauty ketika dihubungi, baru-baru ini.

Penggunaan pohon gaharu untuk kecantikan di kalangan penduduk di rantau kepulauan Melayu sudah lama digunakan termasuk daun, akar dan kulit digunakan untuk ubat anti malaria, merawat resdung serta menghilangkan bintik hitam di wajah.

Sehubungan itu, ia dijadikan bahan utama dalam produk penjagaan kulit gaharu selepas kajian mendapati ada banyak kebaikan pada gaharu. Jika sebelum ini ia diproses dijadikan minyak wangi, tapi kajian membawa gaharu maju setapak lagi iaitu sebagai ramuan utama dalam produk penjagaan wajah.

Norlela berkata, ekstrak daun gaharu juga boleh membantu merawat masalah jerawat, jeragat, menganjalkan dan mencerahkan kulit serta menjaga kelembapan kulit selain menaikkan seri wajah serta keyakinan diri melalui aroma semula jadinya.

"Ujian yang dijalankan terhadap 50 wanita secara sukarela menunjukkan produk daripada gaharu tidak meninggalkan sebarang kesan tidak baik. Kulit tidak menggelupas dan seri terpancar pada wajah.

"Ini kerana ia merawat kulit daripada dalam bawah lapisan, tiada bahan kimia dan seratus peratus daripada bahan herba semula jadi. Paling utama ia disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)," katanya.

Ditawarkan dalam set penjagaan wajah dengan lima barangan, keistimewaan lain produk ini ialah ia sesuai juga digunakan oleh semua peringkat usia sama ada lelaki mahupun wanita.

"Produk ini bukan produk solekan atau tatarias, tapi ia adalah produk asas untuk menjaga kebersihan kulit jadi ia boleh digunakan oleh semua individu.

"Pembersih susu, pembersih muka, penyegar, pelembap dan krim tabir suria adalah bahan jagaan asas yang ditawarkan untuk menjaga kebersihan kulit wajah. Ia boleh didapati dari stokis kami seluruh negara atau menerusi laman web www.gaharubeauty.blogspot.com," katanya.