Buku - Berapa Harga Segulung Ijazah


Universiti bukan jalan pintas untuk menempah kejayaan, bahkan ia juga bukan sebuah gedung ilmu yang boleh dibeli dengan wang ringgit untuk meraih segulung ijazah.

Hidup di alam kampus pula mengajar mahasiswa mengenai kesabaran dan kecekalan. Tidak sedikit cabaran dan dugaan yang terpaksa ditempuhi ketika mengharungi pelbagai isu dan masalah di universiti.

Misalnya, keazaman tinggi untuk melakukan tugasan atau penyelidikan yang diarahkan pensyarah, ada kalanya diuji beberapa rintangan seperti masalah komputer, kewangan, komunikasi, percintaan dan pelbagai masalah lain.

Mahasiswa dan bakal mahasiswa boleh menjadikan buku ini sebagai persediaan mental dan emosi dalam menghadapi ujian yang datang ketika melangkah ke alam kampus. Tip daripada penulis tentu dapat memberi inspirasi kepada pembaca dalam proses menggenggam segulung ijazah.

Judul: Berapa Harga Segulung Ijazah
Penulis: Dr Kamariah Kamaruddin
Penerbit: Galeri Ilmu (2009)
Harga: RM20 (Sabah & Sarawak RM22)
Halaman: 222