Trend tudung pasang siap


Ringkas dan menyenangkan namun tetap nampak menarik. Itulah gambaran bagi seorang wanita yang menggayakan tudung pasang siap. Sesuai untuk mereka ingin cepat dan sering mengejar masa, wanita boleh memilih tudung ini.

Ia hanya memerlukan kepakaran tidak sampai tiga minit untuk memakainya. Antara jenama yang memenuhi ciri-ciri tudung pasang siap ialah Sasuria Collections.

Sebagai ejen jualan rasmi Pearl Haya Hijabs di sekitar Lembah Klang, jenama ini mula beroperasi pada Mei lalu.

Sasuria merupakan gabungan nama keluarga pemilik perniagaan ini, Suraya Abdullah bersama suami, Sa-Said dan empat orang lagi anak mereka.

Menampilkan gaya kasual dan klasik, tudung pasang siap ini boleh dipilih berdasarkan tiga saiz, P1, P2, P3.Setiap jenis saiz ini mempunyai tiga bentuk muka yang berbeza seperti kecil (S), sederhana (M) dan besar (L).

Saiz P1

Saiz tudung yang paling singkat sekali. Sesuai untuk dipakai untuk bersiar-siar, bersukan dan melakukan aktiviti luar. Menjadi pilihan wanita muda dan juga kanak-kanak.

Saiz P2

Saiz tudung yang sederhana. Sesuai untuk dipakai untuk ke pejabat, majlis-majlis rasmi, ke kelas, seminar atau bersiar-siar. Saiz ini menjadi kegemaran kebanyakan wanita bekerjaya daripada semua peringkat umur.

Saiz P3

Tudung yang labuh sehingga menutupi bahagian dada . Pelbagai fesyen dapat dilakukan dengan saiz ini bersama dengan pin atau kerongsang mengikut fesyen yang dikehendaki. Sangat sesuai untuk wanita yang kreatif dengan fesyen tudung terkini dan juga untuk wanita di pertengahan umur.