Be Gorgeous Watsons

Khasiat susu lebah



Royal jelly sering menjadi bahan utama dalam kosmetik dan perubatan kerana ia dikatakan membantu memulihkan luka serta bertindak sebagai antibiotik dan antiradang.

Ia dikatakan antara nutrien paling berkuasa pernah ditemui daripada alam semula jadi kerana mengandungi asid amino, niasin, asid folik serta vitamin A, B1, B2, B6, C, D dan E.

Dikenali sebagai 'susu lebah', cecair putih likat yang dihasilkan oleh lebah pekerja, royal jelly menjadi sumber makanan utama ratu lebah.

Disebabkan sumber nutrien yang tinggi, ratu lebah berupaya hidup 40 kali lebih lama dan 50 peratus lebih besar berbanding lebah pekerja.

Justeru, nutrien mewah dalam royal jelly itu menjadi antara bahan penting dalam dunia kosmetik kerana dapat membantu memperbaiki tekstur kulit agar lebih lembut, muda dan berseri.

Atas faktor itu, Watsons kini muncul dengan rangkaian penjagaan tubuh Be Gorgeous yang direka khusus untuk keperluan kulit pengguna, di samping meninggalkan kesan nyaman secara keseluruhannya.

Be Gorgeous menampilkan enam produk iaitu krim mandian, lulur badan, losen tubuh, salap bibir, krim tangan dan kuku serta bahan mentega tubuh yang bertindak jauh ke dalam kulit untuk lembapan tambahan bagi kulit kering.

Krim mandiannya menyegarkan dan membuang kekotoran pada tubuh secara lembut, di samping menghidrat kulit manakala lulur mengandungi benih aprikot yang berfungsi menyental kulit mati.

Losen tubuh pula dirumus dengan formula lembapan yang lebih mudah diserap kulit, berbeza dengan krim tangan dan kuku yang bertindak sebagai antipenuaan dengan meningkatkan perkembangan sel baru.

Sementara itu, salap bibir membantu mengelakkan bibir kering dan sesuai untuk semua jenis kulit.