Alienware untuk kaki game

Alienware untuk kaki game

Pengeluar produk perkomputeran Dell, membawakan peranti khas untuk kaki 'game' menerusi jenama Alienware yang merangkumi dua laptop bersaiz 15 dan 17 inci direka khas untuk visual berdefinisi tinggi.

Laptop Alienware M15x yang bersaiz 15 inci diperkasakan dengan pemprosesan baru Intel iaitu Mobile Core i7 dan turut ditawarkan bersama sistem grafik 1GB NVIDIA GeForce GTX 260M serta memori 8GB DDR3 1333MHz untuk mendominasi dunia permainan.

Dell turut menawarkan laptop bersaiz 17 inci menerusi M17x yang diperkasakan dengan sistem grafik ATI Mobility Radeon HD 4870 dan ATI CrossFireX meningkatkan prestasi grafik sebanyak 145 peratus bagi pengalaman definisi tinggi menakjubkan.

Kedua-dua peranti ini mampu bertahan sehingga tiga jam (untuk M15x) dan dua jam (untuk 17M) sekiranya pengguna menggunakan baterinya saja sebagai sumber tenaga.

Spesifikasi

PRODUK: Dell M15x

HARGA: RM5,999

PEMPROSESAN: Intel Core i7

SISTEM OPERASI: Windows 7 Home Premium

PAPARAN: 15.6 inci HD Penuh WLED

KAD VIDEO: 512MB GDDR3 NVIDIA GeForce GT 240M

MEMORI: 3GB 1333MHz DDR3 SDRAM

PEMACU CAKERA KERAS: 320GB 7200RPM SATA

PEMACU CAKERA OPTIKAL: 8X DVD +/-RW + R

PERISIAN KESELAMATAN: McAfee

PAPAN KEKUNCI: AlienFX

BATERI: 6-sel Ion Litium

DIMENSI: 48.7 x 377.9 x 308.5mm

BERAT: 4.08kg