Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Jenama pembersih kulit, Cetaphil, tampil dengan wajah baru untuk memastikan ia dapat mengekalkan pengguna setianya.

Biarpun berwajah baru, jenama yang sudah berada di pasaran sejak 60 tahun lalu itu masih mengekalkan rumusan uniknya.

Sebagai pembersih tanpa sabun, Cetaphil Gentle Skin Cleanser membantu pengguna mendapatkan kulit sihat dan segar tanpa menyebabkan kekeringan dan radang pada kulit.

Formula uniknya membantu menyejukkan kulit serta tidak mendatangkan kesakitan pada mata. Tidak hairan jika ia sering disyorkan pakar dermatologi dan pediatrik serta diminati selebriti tempatan dan Hollywood.

Pembersih kulit itu juga sesuai untuk semua jenis kulit khasnya kulit sensitif. Kajian klinikal turut mendapati pembersih berkenaan mampu mengurangkan kadar kekeringan dan radang dengan lebih berkesan.

Ia juga didapati baik untuk bayi yang mengalami ruam lampin mahupun orang dewasa yang berkulit kering ataupun sensitif.

Pembersih yang bertindak menanggalkan kotoran dan bakteria itu turut berfungsi sebagai syampu atau sabun mandian.

Pek baru pembersih kulit Cetaphil itu kini sudah pun berada di semua klinik dan farmasi utama dengan harga bermula daripada RM17.10

Mutiara Burau Bay Beach Resort

Jika ingin mencari ketenangan, bawalah keluarga bercuti di Mutiara Burau Bay Beach Resort yang terletak di Pantai Kok, Langkawi. Di sini, anda mampu bercuti penuh bergaya tanpa banyak mengeluarkan belanja kerana Mutiara Burau Bay adalah Resort tiga bintang yang memberikan khidmat serta layanan bertaraf lima bintang.

Berkeluasan 7.68 hektar, resort ini diselubungi kehijauan pepohon berlatar belakangkan pemandangan gunung Mat Cincang. Pantainya yang putih bersih dengan air laut jernih bak kristal dan bayu laut menyamankan fikiran. Pasti saja anak-anak anda enggan meninggalkan pantai indah dengan pemandangan hijau yang menyegarkan ini. Jika bosan berendam di laut, beralih ke kolam renang yang terletak di tengah-tengah resort ini, menghala ke pantai.

Berada di Mutiara Burau Beach, anda tidak perlu ke tempat lain untuk menghabiskan percutian. Bermula dari ibu bapa sehinggalah kepada anak-anak, setiap masa diisi dengan penuh bermakna. Setiap aktiviti boleh dilakukan sekeluarga misalnya berbasikal mengelilingi kawasan persisiran pantai sehingga ke Oriental Village untuk menaiki kereta kabel ke puncak Gunung Mat Cincang yang terletak hanya 10 minit dari resort ini.

Ketika ibu menikmati urutan tradisional kaki mahupun badan di Spa Ayer, anak-anak pula boleh menghabiskan masa di Kelab Kanak-Kanak yang turut disediakan di situ, bermain gelungsur atau jongkang jongkit di taman permainan mini kanak-kanak. Bapa pula boleh bermain tenis, futsal, badminton, ping pong atau sepak takraw. Terdapat juga taman bunga mini yang sesuai untuk anda sekeluarga bersantai sambil menyedut udara nyaman di samping melihat secara dekat serta mengenali tumbuhan serta hidupan semula jadi Langkawi.

Tempat penginapan berbentuk chalet seakan rumah nelayan dan hiasan dalaman bergaya tropika dilengkapi kemudahan moden seperti penghawa dingin, televisyen dan telefon. Chalet terbahagi kepada tiga kategori iaitu Superior Cabana (122 unit) dengan satu bilik tidur, bilik mandi dan anjung untuk berehat. Studio Cabana (26 unit) dilengkapi satu bilik tidur dengan satu lounge tempat duduk. Jika membawa lebih ramai keluarga, Burau Suite (150 unit) menawarkan dua bilik tidur dengan lounge tempat duduk.

Nikmati hidangan seperti sarapan dan makan tengah hari di Seri Mutiara Restaurant dan Terrace yang terletak bersebelahan lobi. Menghadap ke kolam renang dan pantai, ia dibuka dari 7 pagi hingga 11 malam dengan bufet pelbagai hidangan tempatan dan antara bangsa. Anda juga boleh menikmati hidangan tengah hari tempatan atau antarabangsa yang lebih ringan di Seashell Beach. Ia dibuka dari 12 tengah hari sehingga 12 malam untuk makan malam sambil dihiburkan dengan alunan muzik oleh kumpulan band resort berkenaan.

Mutiara Burau Bay juga menyediakan kemudahan bankuet, mesyuarat, seminar mahupun kem motivasi diri secara berkumpulan. Dewan Impian yang terletak bersebelahan Seri Mutiara Restaurant dan Terrace boleh memuatkan 120 tetamu dan lebih menarik, ia boleh dibahagikan kepada dua bilik kecil yang memuatkan antara 50 hingga 70 tetamu.

Ada dua pakej istimewa untuk bercuti iaitu Burau Gateway yang berharga RM279 bersih seorang untuk penginapan di superior cabana garden view dan RM339 bersih seorang untuk penginapan di studio cabana garden view. Pakej untuk dua orang sebilik ini mengandungi penginapan tiga hari dua malam, sarapan, makan malam di Seri Mutiara, minuman selamat datang, kemudahan minuman kopi di bilik dan daftar keluar lewat sehingga 2 petang.

Pakej Romance in Burau pula berharga RM408 bersih seorang di Superior Cabana Garden View dan RM458 bersih seorang untuk Studio Cabana Garden View. Anda dan pasangan boleh menginap tiga hari dua malam disertai sarapan, minuman selamat datang, aroma harum di bilik, makan malam romantik di pantai dan daftar keluar lewat sehingga 2 petang.

Mutiara mengenakan caj tambahan RM50 pada cuti umum, RM100 bermula 20 hingga 31 Disember.

Info: Mutiara Burau Bay Beach Resort

Lokasi: Teluk Burau, Langkawi

Taraf: Tiga bintang

Jarak :
# Dari lapangan terbang: 15 minit
# Dari pekan Kuah: 36 minit
# Jeti Kuah: 40 minit

Tel: 04-9591061

Emel: cro@mutiarahotel.com

Laman web: www.mutiarahotels.com

Seks Hebat Untuk Suami Isteri

Sudah tiba masanya untuk anda mengeratkan kemesraan, menambahkan lagi kasih sayang dan memperbaiki kehidupan seks dengan pasangan anda!

Tidak kira berapa lama anda sudah berumahtangga atau berapa ramai anak anda, juga tidak kira berapa lama anda telah merasa hampa atau bosan dengan kehidupsan seks anda!

Insya Allah, petua dan rahsia seks yang tersirat di dalam buku ini akan memulihkan atau memperbaiki hubungan seks anda suami-isteri.

Bersiap sedia untuk berseronok seperti anda berbulan madu dahulu!

Dari buku ini anda akan mempelajari...

1. Kesalahan besar dalam sesi lovemaking

2. Bagaimana hendak menggoda pasangan anda

3. Cara mengelakkan suami memancut awal

4. Tips seks oral

5.Permainan seks yang menyeronokkan

6.Bagaimana hendak lebih mengeraskan zakar

7.Posisi-posisi terbaik untuk bersetubuh

8.Lokasi alternatif untuk sesi lovemaking

9.Rahsia cara memberi lebih kepuasan pada pasangan

10.Cara menggunakan makanan dalam sesi lovemaking

11. Dan banyak lagi…


Untuk keterangan lanjut, sila klik sini



Haiwan Teladan dari al-Quran

Judul: Haiwan Teladan dari al-Quran
Penerbit: Pustaka Azhar
Penulis: Nor Azlin Japar
Pengulas: Hasliza Hassan
Harga: RM58.80 (12 buku)

Ada banyak cara untuk mendidik anak supaya mengikut perbuatan atau amalan baik dan salah satu daripadanya melalui pembacaan. Kisah menarik bukan saja boleh merangsang minat membaca malah, menggalakkan pencarian ilmu pengetahuan.

Himpunan 12 buku siri Haiwan Teladan dari al-Quran adalah bahan bacaan yang dicadangkan kepada ibu bapa sebagai kaedah membimbing anak melalui penceritaan. Ia kerana kisah dan teladan selalunya mudah diterima sebagai fakta benar oleh kanak-kanak.

Buku mengisahkan haiwan yang disebut dalam al-Quran seperti ular, burung merpati, lembu betina dan ikan menyingkap keistimewaan mereka dalam perjuangan menegak agama Allah serta teladan boleh dicontohi anak-anak.

Buku ini menggunakan bahasa mudah difahami dengan ilustrasi menarik yang pastinya akan mendorong kanak-kanak untuk mengetahui kisah haiwan yang menjadi fokus cerita.

Kepintaran dan kebijaksanaan haiwan itu dipaparkan dalam buku cerita Lembu Betina yang Suci, Merpati Hidup Semula, Orang yang Tidak Beriman Menjadi Beruk, Tongkat Menjadi Ular, Kisah Unta Betina, Mengikut Perbuatan Gagak dan Gajah Raja Abrahah.

Buku lain ialah Hukuman Nabi Daud, Pengorbanan Ikan Nun, Anai-anai Mengerit Tongkat Nabi Sulaiman, Qitmir Anjing yang Cerdik dan Jasa Burung Pipit.

Selain himpunan buku Haiwan Teladan dari al-Quran, Pustaka Azhar turut menerbitkan Himpunan Kisah Perjuangan Nabi iaitu 16 buku mengenai nabi dan rasul yang berdepan dengan cabaran serta tentangan musuh mereka.

Kisah yang dipaparkan bukan asing bagi kanak-kanak serta orang dewasa kerana ia adalah petikan sejarah yang sudah sebati dengan kehidupan umat Islam. Bagaimanapun, gaya persembahan buku dengan bahasa mudah dan gambar menarik memberi kelainan.

Setanding dengan buku cerita rakyat yang menjadi kepercayaan masyarakat, kelebihan Himpunan Kisah Perjuangan Nabi ialah kisah diketengahkan penuh dengan teladan untuk menyedarkan generasi hari ini sejarah perkembangan Islam.

Kesanggupan nabi dan rasul menghadapi tentangan musuh mereka membuktikan keimanan teguh kepada Allah dan ini perlu diberi penekanan dalam mendidik anak hari ini terutama ketika berhadapan pelbagai cabaran.

Set yang dijual pada harga RM78.80 itu antara lain menceritakan kisah Nabi Nuh dengan kapal besarnya, Nabi Adam dan korban Habil dan Qabil, Nabi Ibrahim berdepan kezaliman Raja Namrud serta kisah kedegilan penduduk bandar Sadum menerima ajaran Nabi Lut.

Kisah diketengahkan sesuai dibaca semua lapisan umur kerana walaupun ditujukan kepada kanak-kanak, perjalanan hidup nabi sewajarnya sentiasa diulang baca untuk mende-katkan kita kepada perjuangan mereka mengembangkan agama Allah.

S2 Slimming - Miliki bentuk badan idaman

Masalah selulit, lemak dan buncit perut merupakan isu lama yang terpaksa ditangani kebanyakan wanita sama ada berusia awal 20-an, 30-an, 40-an malah sehingga ke peringkat usia emas.

Berita baiknya, ramai wanita mempunyai kesedaran untuk memperbaiki kesihatan fizikal dan mendapatkan bentuk badan ideal menerusi usaha bersenam mahupun menjalani rawatan pelangsingan yang selamat dan sesuai dengan kehendak mereka.

Terkini, industri pelangsingan giat mempromosikan kaedah bersifat semula jadi, bersih dan halal untuk para pelanggan termasuk S2 Slimming yang menawarkan lapan wanita peluang sekali dalam seumur hidup untuk mendapatkan bentuk badan ideal yang diimpikan selama ini.

Antaranya, jelitawan Anita Phang, 33, bekas ratu cantik yang pernah memenangi gelaran Miss Chinese International 1994, Mrs Malaysia 2003, Mrs Photogenic dan Mrs Slim & Beauty.

Isteri kepada bekas juara badminton negara, Cheah Soon Kit itu mengakui berat badannya meningkat selepas melahirkan anak bongsu mereka, Zhen Xuan (kini berusia 6 bulan).

''Tidak lama selepas mengikuti rawatan di S2, suami menyedari perubahan bentuk badan saya lebih langsing berbanding dahulu.

''Saya sendiri terkejut dan gembira dengan perubahan ini, apatah lagi pada usia sekarang, penting bagi saya mengekalkan tubuh badan langsing dan sihat agar kekal aktif sama ada dalam kerjaya mahupun menjadi ibu yang baik kepada anak-anak," kata ibu kepada dua anak ini.

Bagi Joann Yew, 21, hormon usia mudanya mengakibatkan berat badannya sering turun-naik dan gadis penghias majalah ini juga mengaku kuat makan terutamanya makanan manis.

''Oleh itu, rawatan Penyaliran Lemak Insani merupakan yang paling sesuai untuk meningkatkan kadar metabolisma saya tanpa pergantungan terhadap ubat atau peralatan menyakitkan.

''Kecuali teknik cubitan yang agak mengejutkan pada peringkat awal rawatan," ujar pemenang Miss Astro Chinese International Pageant 2007 itu.

Menurut personaliti televisyen, Yvonne Saw, 29, teknologi terbaru menurunkan berat badan itu amat bersesuaian dengan dirinya apatah lagi tidak perlu berdiet dan menahan selera makan.

Hasil rawatan berkenaan juga cukup memuaskan apabila Saw tidak lagi berasa kembung dan buncit seperti sebelumnya disebabkan kesan detok daripada kaedah urutan untuk membuang sisa toksin yang terperangkap dalam badan.

Mereka merupakan sebahagian duta S2 Slimming berusia antara 20 dan 40 tahun yang berjaya menurunkan berat badan sehingga 10 kilogram selepas menjalani rawatan pelangsingan selama beberapa minggu.

S2 Slimming menawarkan rawatan pelangsingan semula jadi dari Hong Kong yang langsung tidak melibatkan sebarang peralatan, tetapi bergantung sepenuhnya kepada kemahiran dan kepakaran urutan tangan yang membantu menggerakkan lemak berlebihan.

Pink Collection, Shu Uemura

Shu Uemura
Koleksi baru Pink Collection, Shu Uemura dihasilkan dengan teknologi inovatif iaitu kuasa hibrid merah muda.

Kuasa teknologi itu adalah kunci paling bersih antara rona merah dan terdapat had dalam ekspresi merah jambu dengan proses konvensional ciptaan warna.

“Menggunakan teknologi baru itu, Shu Uemura berjaya menubuhkan kecekalan dalam zarah pigmentasi merah jambu yang memberi kesan warna semangat kesetiaan dalam Pink Collection. Ada tujuh jenis gincu bibir daripada rona merah jambu berharga RM68. Pengilat bibir Pink Collection pula didatangi sebanyak lima jenis iaitu dijual pada harga RM65 setiap satu dan akan berada di pasaran pada April ini,”

Transformasi wajah lebih drastik apabila mengenakan rona lembut selepas acap kali menggunakan warna terang menyala.

Produk Erotica “Suami Hebat Isteri Ceria”

Adakah anda ingin vulva dan vagina yang mengebukan, menembamkan, memontokkan, menghairahkan, mengiurkan dan menghangatkan.

Adakah anda perlukan semua ini...??? Erotica V-Firm adalah jawapannya.

Jangan tunggu lagi guna sekarang jugak demi kebahagian suami anda ....!!!
Yang gebu sudah tahu... Masih belum cukup kalau tidak ketat...betul tak...!!!

Erotica Virgin - akan mengetatkan dan mengcengkam suami anda... Apa tengok lagi... guna je.... mesti anda akan menerima pujian dari suami.....kan seronok macam tu? Untuk isteri dah dapat....macamana pula untuk suami? Ini untuk si suami...

Erotica XX – untuk tahan lama Haa... yaa... betul..!!! ”
kenapa tak percaya” guna lah... Kalau sebelum ini mampu berlayar 15 minit sahaja….
Selepas ini pasti mampu 1 jam...ha..ha...bahagianya... Tak cukup lagi..ada satu lagi..

Erotica XL – urutkan untuk relax, buang angin dan melancarkan peredaran darah.. Pastikan isteri anda urut mengunakan Erotica XL agar ”senjata” anda berada dalam keadaan bersedia...

Kepuasan Pasangan Anda Adalah Tanggungjawab Anda…. ….Rasailah Nikmat Seks Anda Sepuas-puasnya….

Dapatkan sekarang.

Untuk maklumat lanjut dan membeli produk Erotica, sila klik link di bawah.

http://www.eroticaresources.com/

Pherolins - Menggoda Lelaki Melalui Sains

Apa itu Pherolins?

Pherolins ialah minyak wangi untuk wanita yang ingin menarik perhatian suami/lelaki.

Pherolins ialah wangian yang disebatikan bersama pheromone & copulin dengan tahap campuran yang paling sesuai untuk membantu anda memanupilasi pheromone & copulins di dalam Phero lins tersebut pada tahap optimum.

Pherolins mewarnakan kehidupan anda dengan menaikkan tahap keyakinan diri anda, menampilkan diri anda di tempat kerja atau untuk mendapatkan lebih perhatian tetapi yang lebih hebat lagi, ia membantu anda menarik perhatian lelaki. Lelaki akan lebih mudah mesra dan selesa bila bersama anda. Untuk pasangan suami-isteri, sudah tentu Phero lins akan membantu mengeratkan lagi perhubungan & keintiman anda berdua. Suasana akan lebih tenang & ceria apabila anda berada di dalam lingkungan aura wangian Phero lins .

Phero lins adalah salah satu cara yang berkesan untuk menarik perhatian lelaki. Ianya meningkatkan daya tarikan anda pada lelaki. Anda akan bertemu lebih ramai lelaki dan mereka akan lebih segera perasan pada anda tatkala anda berada dekat pada mereka.

Phero lins mengandungi kandungan wangian, termasuk copulins & pheromones, di mana kedua-duanya telah terbukti meningkatkan daya tarikan wanita pada lelaki.

Bagaimana Pheromones Memikat Perhatian Lelaki?

Pheromones bukan lagi satu rahsia, ianya memikat lelaki secara alami apabila dirembeskan oleh berbagai bahagian tubuh anda melalui peluh. Bezanya di sini, Phero lins menggunakan pheromones yang disintesis secara klinikal dengan menggunakan pheromones manusia sebagai asas. Hasilnya, pheromones sintetik manusia yang dipertingkatkan untuk kesan optimum.

Bagaimana Copulins Memikat Perhatian Lelaki?

Cecair seperti hormon ini dirembeskan oleh bahagian vagina wanita ketika ianya mengesan kehadiran air mani atau terangsang. Fungsinya ialah untuk menarik perhatian dan lebih hebat lagi ianya boleh mengawal pusat otak lelaki membuatkan lelaki lebih tertarik, memberikan lebih perhatian dan membuatkannya mengikuti kata. Phero lins menggunakan copulins yang disintesis secara klinikal dengan menggunakan copulins manusia sebagai asas. Hasilnya, copulins sintetik manusia yang dipertingkatkan untuk kesan optimum.

Tahukan Anda?

Mungkin ada persamaan antara copulins yang terkandung didalam Phero lins ni dengan satu ritual masyarakat melayu yang di panggil 'nasi kangkang'. Di dalam sedar atau tidak, copulins asli dari manusia akan dihasilkan/dirembes oleh vagina wanita apabila ada rangsangan atau 'gangguan' padanya. Copulins yang dihasilkan akan dikesan oleh deria manusia khususnya lelaki. Ia berupaya untuk memanupilasi keupayaan lelaki untuk membezakan daya tarikan pada wanita dari rupa paras, bentuk badan dan suaranya. Copulins juga berupaya mengawal satu pusat di otak lelaki dan membuatkannya mengikut dan tunduk kepada wanita tersebut.

Ritual Nasi Kangkang - tak perlu saya jelaskan di sini bagaimana caranya , mungkin anda semua pun tahu. Prosesnya sama iaitu bahan yang jatuh ke dalam makanan bersama wap panas itu ialah copulins, bezanya ianya akan diberi makan pada si suami untuk menundukkannya. Perbuatan yang berdosa dan tak sepatut dilakukan. Manakala copulins di dalam Phero lins pula di perbuat secara saintifik dengan meniru komposisi asal copulins manusia dan tujuannya ialah untuk meningkat aura sepemakai pada pandangan mata lelaki. Begitulah hebatnya penangan COPULINS .

Kandungan Pherolins:

1. Sythesized & Optimized
2. Human Pheromones & Copulins
3. 5mg of copulins3mg of Estratetraenol
4. 2mg of Androstenol3mg of Androsterone
5. 3mg of AndrostadienoneFragrance oil

HARGA PHEROLINS : RM 59.90

EZiBreathe Rawat Resdung

Sama ada kanak-kanak atau golongan dewasa, ramai yang menghidap gejala alahan hidung atau resdung (istilah saintifiknya, sinusitis).

Resdung dikaitkan dengan hidung yang sensitif terhadap hama, habuk, debu, perubahan cuaca terutama cuaca sejuk dan pengambilan sesetengah jenis makanan.

Pengarah Urusan EZiBreathe, Syarifah Rosmawati Syed Zahir, berkata penghidap resdung sering berasa tidak selesa, keletihan, tidur terganggu akibat kerap bersih, selesema berpanjangan, hidung tersumbat, batuk dan banyak kahak.

Ini mengganggu aktiviti seharian mereka dan di kalangan kanak-kanak, ia mengurangkan daya tumpuan dan mengganggu pembelajaran.

Menurutnya, sehingga kini masih belum ada ubat yang dapat menyembuhkan gejala resdung.

Lebih 20 tahun menghidap resdung, Syarifah Rosmawati, berkata resdung tidak berjangkit tetapi boleh diwarisi melalui keturunan.

Beliau menghasilkan EZiBreathe apabila mencari alternatif lebih selamat yang boleh diambil berterusan tanpa kesan sampingan termasuk dua anaknya yang turut mengalami resdung.

Dirumus daripada garam galian, Syarifah Rosmawati menjalankan penyelidikan dan percubaan selama lima tahun bersama doktor pakar tempatan sebelum memasarkan produk berkenaan.

"Ia dihasilkan dalam bentuk tablet kecil yang manis, hanya perlu dikunyah seperti gula-gula bagi memudahkan pengguna terutama kanak-kanak. Tiada pantang larang semasa mengambil EZiBreathe.

"Mereka yang pertama kali mengambilnya akan mengalami tindak balas sementara atau proses 'pemulihan' seperti batuk dan banyak kahak.

"Tindak balas sementara itu biasanya hilang selepas dua atau tiga minggu. Proses itu sebenarnya tanda positif produk berkenaan bertindak balas dengan sistem ketahanan badan," katanya.

Menurutnya, keberkesanan EZiBreathe bergantung kepada individu namun dia menasihatkan pengguna mencuba sehingga tiga atau empat botol. Jika ia tidak memberi sebarang kesan, mungkin rumusan terbabit tidak sesuai untuk mereka.

EZiBreathe boleh diambil dengan ubat-ubatan lain, hanya jarakkan masa satu atau dua jam manakala waktu terbaik mengambilnya adalah pada waktu pagi selepas bangun dari tidur dan sebelum tidur pada waktu malam.

Produk berkenaan boleh didapati di kebanyakan farmasi, salun kecantikan, kedai atau kiosk jamu di seluruh negara. Mereka yang berminat untuk menjadi pengedar turut dialu-alukan.

Maklumat lanjut, hubungi Syarifah Rosmawati di talian 012-4220828 atau 019-6603291.

Bio-Oil hapus kesan parut

Kehamilan adalah detik yang paling bermakna dan saat dinanti-nantikan wanita bergelar isteri dan pasangan yang menimang cahaya mata.

Ia dianggap sebagai satu proses normal yang melengkapkan lagi kehidupan seseorang wanita.

Begitupun, kewujudan kesan regangan seperti garisan sekitar bahagian perut, payudara, paha, pinggul, pinggang serta belakang badan ketika tempoh kehamilan sering kali menghantui wanita.

Namun, masalah keregangan kulit dan kesan parut ketika kehamilan boleh diatasi menerusi beberapa cara termasuk penggunaan produk khusus penjagaan kulit, Bio-Oil.

Pengarah Negara Union Swiss, Avril Williamson, berkata keregangan akan berlaku apabila kulit tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengembang dengan cepat di bahagian tubuh tertentu dan mengakibatkan pembentukan kesan parut yang menjejaskan penampilan fizikal mereka.

Menurut Avril, hasil penyelidikan dan kajian Bio-Oil ke atas wanita hamil menunjukkan hasil yang positif terhadap keberkesanannya memperbaiki kesan parut dan keregangan kulit, sekali gus menjadikan warna kulit lebih sekata.

"Kebiasaannya, 90 peratus wanita akan mengalami kesan regangan kulit ketika hamil. Wanita yang berkulit lebih gelap, muda serta mempunyai sejarah kesan regangan di kalangan ahli keluarga, mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalaminya," katanya pada majlis di ibu negara, baru-baru ini.

Menurutnya, penggunaan Bio-Oil boleh membantu mengurangkan kesan regangan berkenaan. Ia bertindak dengan memaksimumkan keanjalan kulit serta memastikan kulit sentiasa dalam keadaan terhidrat dan lebih berupaya untuk meregang.

Hadir sama, Pengurus Unit Perniagaan Nuvanta Sdn Bhd, Low Hooi Wan serta dua selebriti terkenal, Abby Abadi dan Siti Zaidatul Fiza (Fiza) yang turut berkongsi pengalaman kehamilan masing-masing dan menggunakan produk berkenaan.

Abby berkata, dia mula menggunakan Bio-Oil sejak awal kehamilan untuk mengurangkan ketidakselesaan dan kegatalan disebabkan kulit kering serta menggelupas.

"Saya menggunakan Bio-Oil setiap hari selama sembilan bulan dan hasilnya memang tidak dapat disangkal.

"Sejak menggunakannya, saya langsung tidak mengalami masalah kesan regangan dan kini selepas bersalin, saya gunakannya sebagai pelembap untuk melembutkan kulit," katanya.

Dalam pada itu, Fiza yang kini hamil empat bulan berkata, dia mengetahui mengenai keberkesanan produk terbabit selepas disyorkan oleh seorang rakan.

Katanya, dia begitu teruja dengan kehamilan berkenaan dan berharap dapat bersalin dengan mudah.

"Saya mencuba pelbagai produk tetapi tidak sesuai kerana kebanyakannya terlalu berminyak dan melekit.

"Tetapi, sejak menggunakan Bio-Oil, kulit saya semakin lembut dan apa yang paling penting, ia meresap terus ke dalam kulit," katanya.

Keberkesanan Bio-Oil terletak pada bahan utamanya iaitu minyak Purcellin, vitamin A dan E serta kombinasi pati minyak tumbuhan asli seperti lavender, calendula, rosemary dan chamomile.

Selain membantu menghilangkan kesan parut, kesan regangan serta warna kulit tidak serata, Bio-Oil yang mula diperkenalkan pada 1987 itu juga berkesan untuk membantu mengatasi masalah kulit lain seperti penuaan dan kekeringan kulit.

Bio-Oil yang diedar dan dipasarkan di Malaysia oleh Nuvanta Sdn Bhd ini, menjadi produk menghilangkan parut dan kesan regangan kulit paling laris di 10 negara.

Ia boleh didapati dalam botol 60 mililiter pada harga RM32.95 di semua rangkaian farmasi di seluruh negara.

O'MUST Krim Perapi Genital Wanita

O Must Women's Genital Cream berfungsi untuk mengembalikan keanjalan dan ketegangan alat sulit wanita. Krim perapi ini disyorkan oleh Pakar Sakit Puan, Dr Ismail Thamby.

Kenapa Krim Perapi Genital O'Must mustahak untuk setiap wanita?

-Mengekalkan kesegaran, sensitiviti dan hygen vulva
-Memastikan vulva sentiasa mantap, licin dan kukuh serta mengekalkan kelembapan kepada kulit yang sensitif
-Memberi perlindungan dan membantu menghindar pendedahan daripada kulat dan bakteria
-Minyak aromatic ketimuran yang feminine mengekalkan keharuman dan kesegaran
-Meningkatkan kefahaman dan kesedaran genital

Cara Penggunaan:

· Gunakan krim ini, sebagai krim perapi genital harian dan sapu pada keseluruhan vulva kecuali faraj (vagina).

· Sapukan krim selepas mandi. Pastikan tangan anda bersih. Picitkan sedikit krim pada tiga jari tengah dan sapu krim pada keseluruhan bahagian vulva dari atas ke bibir besar (Labia Majora), bibir kecil (Labia Minora) dan vestibule.

· Untuk wanita yang mempunyai kulit yang sensetif, sapu sedikit krim kebahagian peha dan biarkan untuk semalaman. Jika tiada berlaku kemerahan kulit, maka krim selamat untuk dipakai.

Soal jawab

S1 : Apa itu O’MUST?
J1 : Krim Perapi Genital (Women’s Genital Cream)

S2 : Apa fungsi dia?
J2 : Mengembalikan keanjalan & ketegangan alat sulit wanita

S3 : Apa kepentingan produk ini kepada setiap wanita?
J3 : i. Mengekalkan kesegaran, sensitiviti dan hygen vulva
ii. Memastikan vulva sentiasa mantap, licin dan kukuh serta ,mengekalkan kelembapan kepada kulit yang sensitive
iii. Memberi perlindungan dan membantu menghindar pendedahan daripada kulat dan bakteria (Baik untuk yang mempunyai keputihan dan bau alat sulit tidak menyenangkan)
iv. Minyak aromatic ketimuran yang feminine mengekalkan keharuman dan kesegaran
v. meningkatkan kefahaman dan kesedaran genital

S4 : Apa perbezaan produk O’MUST dengan produk-produk lain?
J4 : i. O’MUST adalah moisturizer (pelembap)
ii. Memberi kepekaan pada vulva
iii. Di samping menganjalkan dan mengembalikan kecantikan semulajadi kemaluan wanita
iv. Memberikan kesan yang lebih sensitif
v. Mengekalkan kewangian

S5 : Sensitif yang macamana?
J5 : i. Rasa kesegaran pada kemaluan
ii. Sensitif ‘interm of make luv’
iii. Memberi kesan rangsangan yang mudah dan cepat (stim)

S6 : Apakah kandungan utama yang terdapat dalam O’MUST?
J6 : i. Extrak daun Terminalis Catappa, Extrak bunga Sambucus Nigra
Fungsi: memandatkan kulit dan meningkatkan fungsi elastic kulit bibir besar dan bibir kecil
ii. Aleo Vera, Madu Lebah, Royal Jelly & Propolis
Fungsi: Anti-radang dan bertindak sebgai perapi, pelembap kulit, anti- kulat dan anti-kuman. Menyegarkan dan menyerikan kulit
iii. Akar Ptychopetalum Olacoides
Fungsi: Menstabilkan system urat saraf dan meningkatkan sensitiviti klitoris dan mengawal percerusan klimaks
iv. Rosemary Oil
Fungsi: Merangsang perjalanan darah dan melegakan sakit melalui peningkatan pergerakan darah dan memudahkan proses penyembuhan
v. Vitamin E
Fungsi: Antioxidan dan pelembap kulit

S7 : Bagaimanakah cara pengunaan O’MUST?
J7 : i. Gunakan krim ini sebagai krim perapi genital harian dan sapu pada keseluruhan vulva kecuali faraj (vagina)
ii. Sapukan krim selepas mandi. Pastikan tangan anda bersih
iii. Picit sedikit krim pada tiga jari tengah dan sapukan pada keseluruhan bahagian vulva dari atas ke bibir besar (Labia Majora), bibir kecil (Labia Minora) dan vestibule

S8 : Bagaimana wanita yang mempunyai kulit sensitif?
J8 : Untuk wanita yang mempunyai kulit sensitif, sapu sedikit krim kebahagian peha dan biarkannya untuk semalaman. Jika tiada berlaku kemerahan kulit, maka krim selamat untuk dipakai

HARGA RM 59.90

Pesona Cinta Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni

Istilah cinta bersifat universal. Cinta terbahagi kepada dua jenis iaitu cinta asli atau hakiki dan cinta palsu. Cinta asli berjalan dengan baik, tidak ada celaan atau kecaman daripada pelakunya. Bentuk cinta dianugerahkan Allah manakala cinta palsu diperhitung Allah, jika tidak diarahkan kepada reda-Nya.

Cinta yang berputar kepada objek cinta seperti cinta kepada wanita, anak, harta yang banyak dan terlalu menghambakan diri dengan cinta terlampau kepada duniawi serta berasa senang dan terlena hingga melupakan Allah sesungguhnya, mereka itu tidak diletakkan dalam istilah cinta asli. Malah, ia juga tidak akan mendapat bahagian yang terbaik daripada Allah walaupun sedikit.

Ramai manusia berpura-pura menyatakan cinta dan ia sesuatu yang tidak pasti. Cinta kepada Allah dan Rasul-Nya adalah paling agung dan luhur serta tiada kesan buruk. Mencintai Allah adalah ibadat wajib.

Dalam buku Pesona Cinta, penulis meneroka dengan terperinci mengenai pelbagai perkara yang dituntut dalam Islam bagi melahirkan umat Islam sempurna menerusi istilah cinta berkenaan. Penceritaan kisah pada zaman Rasulullah dan sahabat-Nya banyak didedahkan dalam buku ini, sekali gus memudahkan pembaca memahami istilah cinta sebenar dengan mendalam dan menyelami perkara yang utama, selain mendekatkan diri kepada Allah.

Cinta kepada Rasulullah, ia boleh dilakukan dengan sentiasa mengingati anugerah Allah kepada manusia, mempelajari sifat yang baik, membaca al-Quran, hadis dan sejarah kehidupan-Nya, meninjau sifat murah, kasih sayang kepada umat selain memahami beribadat kepada Allah tidak tidak sempurna, kecuali dengan mencintai Rasulullah.

Bagi istilah cinta dalam ummah diperbincangkan dengan teliti. Penyatuan cinta tidak dapat dicapai menerusi semangat nasionalisme, darah, keturunan dan bahasa, sebaliknya ia hanya dapat disatukan menerusi keyakinan dan akidah.

Erti dan hakikat cinta dalam Islam itu dinyatakan dalam bab dua yang memaparkan kisah antara orang yang ikhlas mencintai Allah seperti kisah Abdullah Amru Haram al-Ansari, seorang pemuda dari Bani Umar bin Salim dan Ja'far bin Abi Talib.

Syurga tempat bagi orang yang saling mencintai, khususnya mengagungkan dan menghormati Allah dan Rasulullah, memperbanyakkan selawat kepada-Nya.

Sudah pasti, dalam memastikan kesempurnaan kepada pesona cinta dalam segenap segi itu, umat Islam perlu mengetahui perkara yang dilarang dan sifat dibenci Allah. Antaranya sifat dengki, sombong, fanatik serta mewajibkan perkara yang tidak wajib.


Judul: Pesona Cinta
Penulis: Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni
Penerbit: Berlian Publications Sdn Bhd
Pengulas: Jami'ah Shukri
Harga: RM14

Produk pelangsingan Dres Sylim

Produk pelangsingan Dres Sylim yang diadun oleh herba-herba terpilih yang diperbuat dan dihasilkan oleh kilang yang bertaraf GMP serta melalui proses kawalan mutu yang ketat.

CIRI-CIRI PENTING DRESS SYLIM
- mengurai serta memecahkan lemak
- mengurangkan berat badan
- menyingkirkan toksin serta sisa-sisa kotoran dalam badan
- merawat sembelit
- pelawasan yang sempurna
- tidak menyebabkan cirit birit
- rumusan semulajadi dan tiada kesan sampingan

DOS CADANGAN
- ambil 4 biji kapsul sebelum tidur (bagi berat 59kg dan ke bawah)
- ambil 6 biji kapsul sebelum tidur (bagi berat 60kg dan ke atas)

PERHATIAN
- untuk kesan yang lebih cepat, minum sekurang-kurangnya 8 gelas air suam sehari

SOALJAWAB

1) Bagaimana Dres Sylim bertindak?
- Ramuan serta adunan herba-herba terpilih Dres Sylim berfungsi mengurai dan memecahkan lemak yang terdapat di dalam tubuh di samping menyingkir segala toksin dan bahan buangan serta mengelakkan daripada penimbunan toksik daripada berulang. Selepas itu anda pasti akan berasa lebih ringan, bertenaga, ceria dan yang paling penting penampilan anda semakin cantik dan langsing.

2) Benarkah sembelit penyebab kepada masalah kesihatan?
- Telah diketahui ramai sembelit adalah antara penyebab kepada masalah kesihatan semakin lama najis itu dibiar di dalam usus besar semakin banyak masa yang diberikan kepada toksin untuk diserap semula ke dalam tubuh, semua itu akan kembali ke dalam sistem limfa, salur darah, arteri, uterus, ovari, testikel dan organ-organ lain. Dres Sylim sangat berkesan untuk mengatasi sembelit yang mengganggu anda.

3) Saya cuba berdiet dan lebih banyak mengambil buah-buahan sebagai ganti tetapi mengapakah penampilan saya masih tidak berubah?
- Langkah pertama anda harus buangkan segala toksin dan bahan buangan yang terkumpul di dalam tubuh badan terlebih dahulu. Dress Sylim mempunyai tindakan pembersih nyah toksin semulajadi. Setelah melalui proses ini impian anda untuk memiliki badan yang langsing menjadi kenyataan.

4) Apakah Dres Sylim mempunyai kesan sampingan?
- Dres Sylim dihasilkan oleh adunan herba-herba terpilih yang dikeluarkan oleh kilang yang bertaraf GMP dan tidak mengandungi bahagian haiwan atau kimia yang memudaratkan kesihatan malahan ia telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

5) Berapa lamakah kesan dapat dilihat setelah menggunakan Dres Sylim?
- Hasilnya berbeza mengikut individu berdasarkan keputusan kajian, kesan dapat dilihat dalam masa 2 minggu hingga 4 minggu.

6) Siapakah yang sesuai untuk menjadi pengguna Dres Sylim?
Dres Sylim sangat sesuai untuk lelaki dan wanita yang ingin melangsingkan badan secara selamat serta semulajadi.

DRES SYLIM KAPSUL 400MG (60 KAPSUL)
HARGA : RM49.00

Dr Jism Al Jabbar

Dr Jism bukan lagi nama asing dikalangan jenama produk- produk kesihatan pilihan masyarakat dunia.Prestasi yang ditunjukkan oleh mesin ini yang terus kukuh berada dalam pasaran selama sepuluh tahun.

Alat ini telah banyak membantu manusia seluruh dunia dalam menjalani kehidupan dalam keadadn sentiasa sihat dan sempurna.keupayaanya untuk melancarkan peredaran darah melalui getaran elektrik telah terbukti sejak awal penghasilanya.

Pelbagai penyakit dapat diubati dengan penggunaanya.Antaranya darah tinggi, kencing manis, migrain, kolestrol tinggi, “stroke” gout, batu karang, asthma, lemah syahwat, senggugut, haid tidak teratur, penuaan, lemah lemah sendi dan lain2 lagi. Kaedah rawatan sekarang yang mencecah hampir puluhan ribu ringgit, membebankan sesetengah pesakit untuk meneruskan rawatan

Melalui penggunaan Dr Jism ianya bukan sahaja menjimatkan puluhan ribu ringgit bahkan ianya tidak membebankan pesakit kerana ianya dapat dilakukan hanya dirumah.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk ini, layari laman web Al Jabbar: www.aljabbar.com.my atau hubungi talian 03-87379476 atau 03-87346372 atau datang sendiri ke No 13, Jalan Prima Saujana 1/1A, Taman Prima Saujana, Seksyen 1, Kajang, Selangor.

Bagi yang ingin mendapatkan produk ini, mereka boleh menggunakan kaedah pembayaran mudah dan pinjaman disediakan bagi ahli koperasi berdaftar.

Debu Tayamum Taharah

100% Debu tanah asli yang bersih,suci dan terpilih. Tiada bahan campuran seperti pewangi dan pewarna. Kaedah bertayamum adalah mengikut hukum syarak: Debu Taharah ini juga boleh digunakan untuk bersamak atau bersertu. Selain itu juga,debu Taharah ini juga boleh digunakan untuk masker.

Cara:
Ambil 1 sudu teh debu Taharah dan campurkan dengan air mawar dan madu gaulkan sehingga sebati.Kemudian di sapu ke seluruh kulit muka dan biarkan selama 5-10 minit. Selepas itu barulah dibilas.

Ini adalah keluaran produk muslim dan Halal.

Harga : Semenanjung : RM6.00
Sabah & Sarawak : RM 7.00

Derma White, Clinique

Antara beberapa rutin penjagaan kecantikan wajah yang sering dilakukan wanita, penggunaan topeng atau pupur muka mungkin kurang diberi perhatian.

Apatah lagi bagi sesetengah produk, penggunaannya mungkin sedikit remeh berbanding rutin lain yang lebih mudah dilakukan.

Namun, penggunaan topeng atau pupur muka tetap mempunyai pelbagai manfaat misalnya mengurangkan bintik hitam serta membantu kulit lebih terhidrat.

Pupur wajah terkini keluaran Clinique menerusi rangkaian penjagaan khusus Derma White adalah antara pilihan untuk mereka yang tercari-cari pupur muka bersifat melembap dan mencerahkan kulit.

Ia sesuai untuk semua jenis kulit menerusi penggunaannya yang agak mudah.

Pupur muka berkrim ini hanya perlu disapu pada wajah dan dibersihkan menggunakan tisu.

Menerusi pembaharuan sel yang berkesan, ia membantu untuk mengembalikan seri semula jadi kulit.

Antara ramuan pupur muka berkenaan adalah ekstrak ume iaitu aprikot Jepun yang eksklusif digunakan untuk pupur muka pelembap Derma White.

Ramuan yang belum pernah digunakan Clinique itu membantu untuk membangkit seri semula jadi daripada kulit.

Pupur krim terhidrat berkenaan membantu untuk menghasilkan tekstur kulit lebih lembut, bersih dan warna sekata sekali gus menyingkirkan penampilan kulit kusam.

Ramuannya membantu untuk melembutkan kulit yang turut membangkitkan penampilan kulit berseri dan anjal.

Selepas rutin pembersihan wajah, pupur muka terbabit boleh digunakan sebanyak dua hingga tiga kali seminggu. Sapu dengan sekata menggunakan hujung jari ke seluruh muka, dahi, leher dan dagu, sambil mengelakkannya daripada terkena bahagian mata.

Biarkan selama lima hingga 10 minit sebelum dilap dengan tisu manakala lebihannya boleh ditekap ke muka. Jika mahu, saki baki pupur itu boleh juga dibilas. Langkah itu diikuti dengan penggunaan esen dan pelembap Derma White.

Produk lain yang boleh didapati dalam rangkaian Derma White termasuk bahan pelindung matahari, bedak solekan, krim pelembap dan krim gel pelembap.

Rangkaian produk Derma White dirumus khas untuk kulit masyarakat Asia manakala pupur muka berharga RM170 berkenaan boleh ditemui di kaunter Clinique mulai bulan ini.

Produk berkenaan sudah diuji dari segi alahan, 100 peratus bebas bahan pewangi serta turut diuji pakar dermatologi.

Nivea Smooth Sensation

Kulit yang lembut adalah kulit yang mendapat kelembapan seimbang. Justeru Nivea memperkenalkan losen pelembap Smooth Sensation yang diformula bagi membantu pengguna mendapatkan kulit lembut dan licin bak sutera.

Kombinasi unik shea butter, vitamin E dan ekstrak gingko membuatkan ia cepat menyerap tanpa meninggalkan kesan berminyak sekali gus membantu melindungi kulit daripada kesan pencemaran alam sekitar yang membuatkan kulit cepat tua.

Formula tiga tindakannya direka bagi menampakkan kesan dalam tempoh 10 hari.

Nikon CoolPix P90

Nikon memasuki pasaran tempatan dengan produk CoolPix P90 iaitu kamera digital kompak yang menawarkan sudut penggambaran lebih luas ditambah penetapan ISO 6400 bagi sensitiviti pencahayaan berkualiti tinggi.

Model baru ini menggunakan lensa Nikkor dengan kelebihan zum 24 kali serta resolusi imej 12.1 megapiksel ditambah penstabil imej VR bagi ketajaman imej dirakam.

Ia turut mengetengahkan ciri baru iaitu paparan LCD tiga inci dengan resolusi tinggi yang boleh digerakkan 90 darjah ke atas atau 45 darjah ke bawah bagi pilihan rakaman pelbagai sudut.

>Spesifikasi

PRODUK: Nikon CoolPix P90

HARGA:

RESOLUSI: 12.1 megapiksel

PENGESAN IMEJ: 1/2.33-in CCD

LENSA: 24x Zumm; f=4.6 - 110.4mm / F2.8 - 5

LCD: 3.0 inci

SETORAN: Kad SD, 47MB (memori dalaman)

ISO: Auto, 6/100/200/400/800/1600/3200/6400

BATERI: Li-ion EN-EL5

JANGKA HAYAT BATERI: 200 rakaman foto

DIMENSI: 114 x 83 x 99mm

BERAT: 460g (tanpa bateri dan kad memori)

Music Telegram Digi

Lebih tujuh juta pelanggan rangkaian telekomunikasi DiGi kini berpeluang meluahkan perasaan kepada keluarga atau rakan menerusi lagu menggunakan perkhidmatan muzik terbarunya, Music Telegram.

Music Telegram DiGi membolehkan pelanggan mengirim kandungan mudah alih seperti lagu atau nada dering sebagai hadiah ke telefon bimbit orang lain menggunakan permintaan ‘telegram’ online.

Perkhidmatan itu boleh diperoleh menerusi laman web DiGi di alamat www.digi.com.my/music atau gerbang WAP DiGi.

Ketua Segmen Remaja DiGi, Nikki Lee, berkata muzik adalah bahasa universal bagi kebanyakan remaja dan kami percaya ia platform paling sesuai bagi mereka meluahkan perasaan melalui lagu.

“Ia juga menjadi komitmen DiGi dalam usaha menyediakan pengalaman komunikasi inovatif yang lebih berperibadi, menceriakan dan bermacam-macam berkaitan gaya hidup mereka,” katanya.

Terdapat ribuan lagu dan nada dering daripada pelbagai genre boleh dipilih dan DiGi pula kini dalam proses perbincangan dengan banyak lagi syarikat muzik untuk menambah koleksi untuk ditawarkan kepada pelanggan.

Herba Daun Kambing

Berdasarkan sejarah, daun kambing atau nama saintifik Epimedium Sagittatum ditemui oleh gembala kambing di China apabila mendapati tingkah laku seksual ternakan mereka meningkat dan ia berkait rapat dengan pemakanan ternakan tersebut.

Masyarakat China merujuknya sebagai perangsang nafsu berahi untuk lelaki dan wanita. Dalam ilmu perubatan mereka, Epimedium yang juga dikenali dengan nama Horny Goat Weed, Ying Yang Huo turut digunakan untuk merawat masalah buah pinggang, sendi, limpa dan sakit belakang serta masalah berat badan.

SSemua golongan dewasa kecuali wanita hamil digalakkan mengamalkan herba ini terutamanya mereka yang kurang keinginan terhadap seks kerana produk ini mempunyai nilai tambahan kepada tahap berahi yang tinggi.

Pengguna beragama Islam tidak perlu ragu-ragu kerana Herba Daun Kambing dihasilkan dengan menitikberatkan aspek kebersihan bermula dari ladang.

Hanya daun kambing berkualiti akan diimport dari China sebelum diproses untuk menjadi teh herba oleh kilang syarikat yang terletak di Sungai Buloh, Selangor.

Sekotak Herba Daun Kambing yang mengandungi 30 uncang dijual pada harga RM36.

Mereka yang berminat untuk menjadi pengedar atau mendapat maklumat lanjut mengenai produk itu boleh menghubungi 012-7524249 (Nizam) atau layari laman web ww.idk2u.com.my.


Set Bersalin Ibu Ambar Kenanga

Berpantang, oh, menyeksakan! Harus berpantang makan, berurut, makan jamu, berbengkung, berpilis, berparam, bersengkak, bertungku, semuanya harus dibuat dengan penuh disiplin.

Inilah selalu diperkatakan oleh wanita-wanita yang melaluinya. Paling teruk sekiranya berpantang di rumah emak mertua atau ibu sendiri yang masih kuat mengamalkan cara tradisional. Tidak boleh ditinggalkan satu pun proses berpantang itu.

Memang tidak dinafikan jangka masa berpantang penting untuk menentukan sama ada ibu akan kembali normal seperti sebelumnya atau si ibu akan menderita akibat tekanan emosi seumur hidup.

Justeru itu, penjagaan kesihatan selepas bersalin perlu kerana tanpa penjagaan yang sempurna kaum ibu akan mengalami kesan negatif yang berpanjangan. Ini berikutan perubahan besar berlaku ke atas tubuh wanita bermula dari peringkat awal kehamilan hinggalah ke tahap puncak, iaitu pada saat melahirkan anak.

Pengarah Urusan Ambar Kenanga, Sharizen Kassim berkata, perubahan struktur tubuh badan serta urat saraf memerlukan proses pemulihan yang rapi dan teliti. Tempoh berpantang di rumah inilah yang perlu diberi perhatian.

Banyak darah yang keluar, ditambah lagi dengan urat yang putus ketika proses kelahiran, menghilangkan seri wajah serta kekuatan fizikal si ibu . Tenaga juga dicurahkan berhabis-habisan ketika proses meneran sehingga seluruh tubuh menjadi lesu dan kepenatan.

"Mengenangkan kepayahan seorang ibu melahirkan satu nyawa ke dunia, maka selayaknya mereka menerima layanan terbaik dan mengambil produk set bersalin yang boleh merawat organ dalaman supaya kembali seperti sediakala.

"Justeru, kami prihatin dengan rungutan ibu-ibu yang terpaksa melalui proses berpantang yang ketat sehingga merimaskan. Bagi yang mempunyai pembantu atau berpantang di rumah keluarga, tidak menjadi masalah tetapi yang bersendirian di rumah, melakukan proses berpantang ini sedikit sukar dan ketiadaan masa.

"Justeru, kami memperkenalkan Set Bersalin Ibu Ambar Kenanga, khusus untuk ibu-ibu moden yang mahukan yang ringkas dan mudah. Tidak perlu berpilis dan berparam, hanya mengambil produk dalam bentuk kapsul dan kesannya sama seperti anda menggunakan produk bersalin yang lain,'' katanya ketika ditemui di Klang, baru-baru ini.

Menurut Sharizen, produk ini dihasilkan daripada rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, jintan putih, cengkih, biji pala, lada hitam dan habatus sauda. Ia merupakan resipi turun temurun moyangnya yang menetap di Tanah Arab pada sekitar tahun 1800.

"Ia berbeza dengan set berpantang cara Melayu dan Jawa yang banyak menggunakan herba dan akar kayu tetapi mempunyai fungsi yang sama iaitu melancarkan peredaran darah, mengetatkan vagina, mengawal emosi kembali ceria dan tenang dan mengembalikan kesegaran badan si ibu selepas bersalin.

"Set Bersalin Ibu ini sesuai untuk ibu-ibu bersalin secara normal atau pembedahan. Ibu bersalin normal boleh makan sehari selepas bersalin atau sekembali ke rumah manakala ibu bersalin pembedahan makan apabila doktor membenarkan makan makanan berat dan wanita keguguran makan secepat mungkin,'' ujar ibu kepada tiga orang anak yang telah mengamalkannya sejak melahirkan anak sulung lagi.

Dengan mengambil Set Ibu, Sharizen memberitahu, pengguna tidak perlu risau masalah dalaman, kerana ia mampu membaikpulih badan dan menaikkan rahim tanpa perlu disengkak atau diurut, mengecutkan batu meroyan tanpa perlu bertangkas, membanyakkan air susu serta membuang angin tanpa perlu berpilis atau berparam. Ini kerana Set Ibu telah menyediakan pemakanan lengkap untuk 60 hari atau dua bulan dengan hanya tiga produk iaitu empat botol Ibu, satu peket Tuju Meroyan dan satu peket Tuju Darah.

Makan belakang pintu bilik

"Keistimewaan Set Bersalin Ibu ini terletak pada Tuju Meroyan dan Tuju Darah yang tidak terdapat pada mana-mana set bersalin yang lain malah ia perlu mengikut disiplin iaitu dua kapsul setiap pagi untuk tiga hari bagi Tuju Darah manakala Tuju Meroyan dimakan dua kapsul setiap petang untuk tiga hari. Waktu makan mestilah dari pukul lima petang hingga tujuh malam sahaja.

"Sesuatu yang menarik, Tuju Meroyan ini mesti dimakan dengan menyorok di belakang pintu bilik. Namun begitu, adalah dinasihatkan semasa mengambil set bersalin ini tidak dicampur aduk dengan produk lain yang berasaskan herba,'' katanya.

Beliau turut menasihatkan kepada para ibu supaya mengambil lapan gelas sehari dan elakkan minum air asam jawa, air oren, air limau nipis, minuman bergas dan air nanas ketika mengambil set bersalin ini yang telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selain itu, semasa dalam pantang, digalakkan mengambil Jus Ambar, minuman herba yang melawaskan pembuangan air besar dan menambah tenaga. Ia juga bertindak sebagai pengganti pengambilan akar periuk.

Di samping itu, digalakkan menggunakan Minyak Ambar Kenanga yang bukan sahaja melegakan kesakitan dan kelenguhan badan tetapi menyenyakkan tidur dan menyegarkan badan. Ia juga sesuai untuk bayi seperti kembung perut, kurap susu dan kepala berkerak.

"Selepas pantang pula dinasihatkan mengambil Set Sayyida Ambar untuk memberi kekuatan kesihatan dalaman dan luaran dan diikuti Ambar Kenanga Wanita kerana dengan pengambilan produk-produk ini akan membaikpulih hormon, menegangkan buah dada, mencantikkan dan menegangkan kulit, mengurangkan bau badan dan vagina serta mengurangkan keputihan.

"Sayyida Ambar ini juga sesuai untuk ibu-ibu yang sukar mendapatkan anak dalam tempoh yang lama. Mereka disyorkan menggunakan produk ini sekurang-kurangnya enam bulan bagi membersihkan organ dalaman dan menyuburkan peranakan,'' katanya.

Bagi yang mahu mendapatkan produk ini atau berminat menjadi pengedar, boleh layari www.ambarkenanga.com.my atau menghubungi 03-33740271.

The Wedding Book Vol.3

Ingin kelihatan seperti bidadari dan putera raja pada majlis perkahwinan? The Wedding Book Vol.3 bersedia membantu anda. The Wedding Book Vol. 3 berkongsi tip persiapan perkahwinan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Setiap pasangan yang ingin disatukan pasti mengimpikan sebuah majlis persandingan yang indah dan menarik. Mereka juga semestinya memerlukan bantuan untuk mencapai impian perkahwinan itu supaya detik istimewa tersebut berjalan lancar.

Laman web www.weddingsbyeternal. com menawarkan jalan penyelesaian bagi pasangan yang buntu memikirkan dekorasi untuk detik yang dinantikan itu.

Ia satu-satunya laman web yang seringkali dipantau oleh orang ramai sehingga berjaya melahirkan suasana perkahwinan yang cukup romantis.

Sehingga kini, ia juga berjaya mencetak sebuah buku panduan perkahwinan berjudul The Wedding Book Vol.3 yang lebih padat dan lebih baik daripada keluaran sebelum ini.

The Wedding Book Vol.3 dimuatkan dengan pelbagai pengetahuan berhubung keperluan sebelum majlis perkahwinan gilang-gemilang dilangsungkan.

Pelbagai aspek ditekankan, antaranya tema perkahwinan dan personaliti pasangan supaya kelihatan memukau pada hari tersebut. Turut dikongsi ialah pengurusan perbelanjaan.

Perancangan perkahwinan dilakukan mengikut tema yang bersesuaian dengan konsep sesebuah majlis perkahwinan sama ada tradisional, kontemporari, tropika mahupun ala timur.

Pemakaian barangan kemas juga perlu dititikberatkan seperti cincin pertunangan yang dipadankan dengan gaun sehingga mampu menonjolkan keperibadian mempelai.

Selain itu, aspek lain yang tidak harus dilupakan ialah sentuhan kreatif jurufoto untuk menyerlahkan lagi foto kenangan setiap pasangan.

Sudah menjadi kelaziman apabila pasangan mempunyai masalah dalam pemilihan pakaian yang ingin digayakan.

Segala-galanya akan terjawab melalui The Wedding Book Vol.3 yang memaparkan persiapan perkahwinan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Dalam pada itu, selesai majlis perkahwinan, bermula pula detik pasangan berbulan madu di lokasi pilihan.

The Wedding Book Vol.3 turut membantu anda untuk mencari lokasi yang sesuai.

Justeru, bagi pasangan yang sedang hangat bercinta dan mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga, eloklah membuat penelitian terlebih dahulu agar memori manis itu tersemat indah di sanubari.

The Wedding Book Vol.3 kini berada di pasaran dan boleh didapati pada harga RM19 senaskhah.

Produk Krim Pelembap Dengan SPF

Krim pelembap dengan perlindungan sinaran ultra lembayung (UV) atau SPF antara rutin harian menghalang sinaran matahari terus masuk ke dalam kulit. Meskipun begitu, dengan bantuan cecair lain atau dikenali serum inisiatif terbaik bagi wanita yang mahu kesan lebih memberangsangkan.

Produk yang disarankan di bawah, khusus untuk membantu kulit menjadi lebih cerah akibat kesan terbakar. Gunakan sebelum menyapu pelembap terakhir.

# ELIZABETH Arden memperkenalkan produk pencerahan berprestasi tinggi dengan kehebatan Concentrate Brightening Serum dari rangkaian` Prevage White. Formula terbaru itu menggabungkan manfaat Idebenone, antioksidan yang dikatakan berkesan dan mampu mencerahkan kulit menerusi kandungan Soy Ferulate-C bagi menghilangkan tompok hitam serta mengembalikan sinar di samping keremajaan kulit. Harga: RM480.

# MAKMAL jenama Lancome menemui pendekatan menerusi produk High Potency Whitening Spot Eraser menerusi rangkaian produk Blanc Expert Neurowhite X3 untuk kulit yang mengalami keradangan, pencemaran akibat UV dan tekanan emosi. Ia direka bagi kulit yang mengalami kesan terbakar menyebabkan perubahan melanin sekitar melanocytes. Juga berfungsi bagi mengawal kulit dari proses pigmentasi. Harga: RM315.

# BAGI meringankan kesan pigmentasi kulit dan kesan cerah berkilau lebih berkesan, jenama Laneige menawarkan produk pemutihan White Plus Renew Essence. Di samping membantu meningkat kelembapan kulit menerusi bahan semula jadi iaitu pati kulit anggur yang membuat kulit bersih dan menyahtoksikkan, pati akar manisan marshmallow pula memupuk kulit pulih lembut dan menerangkan kulit yang bernada gelap. Harga : RM175

# KUASA pemutihan berkesan dengan pati pemutih produk Advanced Whitening Essence dikatakan terbaik daripada jenama Shu Uemura, White Recovery EX+. Kehebatan asid Ellegic berkesan menghalang produksi melanin dan kegelapan akibat kulit terbakar. Formula dengan kombinasi bahan yang digunakan juga membantu meningkatkan warna kulit serata di samping mengurangkan rasa hidrasi. Harga: RM240.

Minuman MTea Misai Kucing

Sejak diperkenalkan, sebanyak 40,000 kotak (setiap kotak mengandungi 20 uncang) MTea Misai Kucing telah dikeluarkan dan mensasarkan 100,000 kotak pada akhir tahun ini.

"Produk MTea boleh didapati di semua 40 buah cawangan pasar raya Mydin, kiosk Melaka Sentral dan akan diperluaskan pengedarannya ke kedai Mesra Petronas serta cawangan 7-Eleven", kata Ramli.

Oleh itu, rebutlah peluang "nikmatilah kesegaran MTea Misai Kucing" sekarang. "Rendamkan satu uncang teh MTea dalam air panas selama 5 hingga 10 minit dan ia sedia untuk diminum."

Melaka Biotech Holdings Sdn Berhad, bertanggungjawab untuk memasarkan produk MTea manakala syarikat Pemasaran Melaka Sdn Bhd bertindak sebagai antara pengedar produk berkenaan.

"Perniagaan produk MTea merupakan satu daripada aktiviti perniagaan yang mampu menjana pendapatan kepada Melaka Biotech Holdings Sdn Bhd", tambahnya bahawa promosi produk itu sedang giat dijalankan termasuk pada pameran yang dijalankan di peringkat negeri dan antarabangsa.


TUMBUHAN HERBA

Penolong Pengurus Melaka Herbs and Plants Sdn Bhd, Samsuddin Manaf berkata, pokok misai kucing ialah tumbuhan herba perubatan yang berasal dari negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand, daripada keluarga "Lamiaceae".

Katanya, pokok misai kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter dan nama saintifiknya Orthosiphon stamineus, Benth berbunga ungu dan Orthosiphon aristatus, Benth berbunga putih.

Pokok misai kucing adalah sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan di laman rumah dengan bunga terdapat pada "vertical" lebih kurang 16 cm panjang berwarna putih dan ungu kebiru-biruan dengan filamen yang panjang seperti misai kucing, katanya kepada Bernama ketika ditemui di ladang tanaman pokok misai kucing syarikat itu di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Selandar, Jasin.

Daun misai kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan, berasa licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun berjereji, tangkai daun pendek lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan.

Batang pokok misai kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

ANAK BENIH MENCUKUPI

Katanya, pokok renek ini juga tumbuh liar di kawasan hutan, tepi jalan dan tanah terbiar secara menjalar di atas tanah dan tidak pula meninggi.

Samsuddin berkata setakat ini, syarikatnya telah menanam pokok misai kucing di kawasan seluas 2.8 hektar di Machap, Alor Gajah dan 1.4 hektar di TKPM Selandar.

"Dari segi anak benih, kita tidak menghadapi masalah kerana bekalan anak pokok misai kucing dibekalkan oleh anak syarikat Perbadanan Bioteknologi Melaka iaitu Invitro Tech Sdn Bhd, melalui kaedah kultur tisu", katanya.

Beliau berkata, pihaknya menanam sebanyak 80 peratus pokok misai kucing varieti Orthosiphon aristatus kerana ia berdaun banyak dengan batang yang kecil manakala 20 peratus lagi dari varieti Orthosiphon stamineus.

Selepas tiga bulan ditanam dan dijaga dengan baik, pokok misai kucing sudah boleh dituai dan dihantar ke Perbadanan Bioteknologi Melaka untuk diproses menjadi Mtea.

KHASIAT MISAI KUCING

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bioteknologi Melaka Profesor Dr Ramli Hitam memberitahu Bernama di sini, MTea yang diperbuat daripada 100 peratus daun misai kucing mengandungi banyak khasiat yang berfaedah untuk kesihatan manusia dan sebagai minuman kesihatan ia membantu dalam mencegah penyakit.

"Misai kucing telah digunakan secara turun temurun sebagai ubat untuk penyakit berkaitan kapilari dan peredaran darah, batu karang, darah tinggi dan kencing manis", katanya.

Beliau berkata, herba misai kucing juga digunakan untuk mencegah penyakit buah pinggang, jangkitan usus kencing, masalah hati, pundi kencing dan gout.

Mengikut kajian perbadanan itu, daunnya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.

Sebagai sebuah organisasi yang menjalankan pelbagai projek penyelidikan dan pembangunan, produk MTea menjadi antara produk hasil penyelidikan perbadanan itu.

DiGi Priority Service

Dalam mengharungi keadaan ekonomi yang tidak menentu, syarikat telekomunikasi DiGi Telecommunication Sdn. Bhd. (DiGi) terus memberikan yang terbaik untuk menarik pelanggannya.

Bagi menghargai kesetiaan pelanggan DiGi membina satu momentum dengan memberikan perkhidmatan terbaik bagi menarik pelanggan setianya.

Ketua Pegawai Komersialnya, Tom Schnitker menjelaskan menjelang 9 Mac akan datang, DiGi Priority Service akan mula menawarkan perkhidmatannya.

Apa yang lebih menarik perkhidmatan ini tidak hanya terhad kepada pelanggan pasca bayar tetapi juga pra bayar.

Tom melahirkan rasa bangga dengan tawaran perkhidmatan terkininya yang mendapat maklum balas yang amat menggalakkan daripada pelanggan semasa semasa sidang akhbar pelancaran DiGi Priority Service di Subang, Selangor.

"Kami mula dengan melancarkan kedai konsep DiGi360 November tahun lalu dan kini DiGi Priority Service akan terus membina strategi sebagai mengiktiraf pelanggan setia dengan memberikan perkhidmatan sehingga ke pintu," katanya.

Untuk tidak membebankan pengguna, keahlian perkhidmatan berkenaan adalah berdasarkan jemputan dengan merujuk kepada penggunaan bulanan, rekod pembayaran dan jangka masa menjadi pelanggan DiGi.

Misalnya, mereka yang telah menjadi pelanggan sekurang-kurangnya lima tahun akan terpilih sebagai Silver Priority Customer jika mempunyai bil bulanan sekurang-kurangnya RM100.

Selain itu terdapat kad bagi Gold dan Platinum.

Bagi semua pemegang kad berkenaan, mereka akan menikmati had kredit lebih tinggi dan dijamin mendapatkan penggantian kad SIM tanpa sebarang kos dihantar sehingga ke pintu rumah.

Pelanggan yang memegang kad Platinum Priority boleh memanggil Pakar Runding DiGi Priority Mudah Alih bagi mendapatkan bantuan dan menyelesaikan apa saja masalah teknikal mudah alih di lokasi pelanggan.

Selain itu mereka juga boleh mendapatkan insurans perjalanan tambahan sehingga RM1 juta, perkhidmatan tempahan perjalanan percutian dan menyewa limosin.

Sementara itu DiGi masih lagi mengekalkan faedah sedia ada seperti bonus, bonus hari jadi, baucer mudah alih bagi diskaun dan panggilan percuma bagi hotline DiGi.

Pelanggan yang ingin mengetahui lebih lanjut boleh melayari www.digi.com.my/priority

Maskara Oscillation, Lancome

Jurusolek Lancome Colour Design Artists (LCDA) Pavilion Kuala Lumpur, Mohd. Ismienuddin Osman, 31, menjelaskan, meskipun penggunaan maskara sudah lama dipraktikkan dalam dunia solekan, tetapi masih ramai wanita yang ragu-ragu memakainya.

Teknik silang yang digunakan sebelum ini sukar dilakukan dan ia boleh mencomotkan wajah.

"Maskara sebenarnya menyerlahkan jendela mata. Sekiranya anda hanya memakai maskara di bulu mata kanan, hasilnya kelopak mata kanan kelihatan lebih galak berbanding mata kiri yang kelihatan pucat dan tidak bermaya," ujar Ismienuddin.

Semuanya dapat diatasi dengan menggunakan maskara terbaru, Oscillation, Lancome Paris.

Kemunculan maskara Oscillation diperhebatkan dengan kuasa mikro getar berteknologi tinggi.

Konsep yang diterapkan juga berbeza berbanding maskara konvensional.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ismie menjelaskan, hanya dengan menekan suis kecil yang terdapat di bahagian pemegang maskara, secara automatik Oscillation 'bergerak' melapisi setiap helaian bulu mata sehingga 360 darjah.

Setiap minit ayunan ia mampu menghasilkan 7,000 getaran bagi mendapatkan aplikasi yang sempurna tanpa memerlukan si pemakai melakukan teknik bersilang.

Cecair maskara Oscillation yang pekat dan hitam turut membantu melebat dan memanjangkan bulu mata.

Jika sebelum ini bulu mata anda sepanjang lima milimeter, tetapi dengan teknologi maskara Oscillation, lentikan bulu mata mampu mencecah antara tujuh hingga sembilan milimeter.

"Maskara yang direka oleh pereka maskara Lancome, Jean-Louis Gueret, begitu unik. Menyedari wanita kini sentiasa sibuk dan mengejar masa maka Lancome menghasilkan maskara Oscillation yang memudah dan mencepatkan solekan tersebut," ujar Pengurus Penjenamaan Lancome, Kelly Tan ketika ditemui Stailo di kaunter Lancome, Pavilion Kuala Lumpur.

Berus maskara Oscillation juga tidak menyakitkan dan menggelikan mata kerana ia diperbuat daripada plastik yang lembut. Ia selamat digunakan walaupun maskara perlu diaplikasikan bermula di bahagian akar bulu mata.

"Bateri Oscillation mampu bertahan selama enam bulan bersamaan 180 kali penggunaannya," jelas Kelly.

Maskara Oscillation dijual di kaunter Lancome pada harga RM120 sebatang bermula April 2009.

Maskara Turbolash Estee Lauder

Dengan kerjasama sekumpulan 45 saintis, penyelidikan dan hampir 100 pakar produk pembangun, jurutera serta pengeluar, maka terhasillah maskara Turbolash.

Maskara yang menggunakan tenaga bateri untuk melancarkan proses penggunaannya itu terhasil selepas empat tahun penyelidikan. Hanya dengan sekali pusingan penutupnya, berus Turbolash LashSonic yang bergetar dengan denyutan mikro berayun sebanyak 125 pusingan dalam setiap satu saat.

Maskara berteknologi tinggi itu bukan saja membolehkan berus bergerak laju pada helaian bulu mata, malah ia juga tidak menyebabkan maskara bergumpal sekali gus membentuk bulu mata paling sempurna.

Untuk menghentikan getaran tersebut, masukkan berus itu ke dalam tiub dan pusingkan penutupnya.

Direka khas untuk berfungsi seiring dengan berus denyutan mikro, maskara itu mengeluarkan formula gel dengan ciri-ciri Total All Effects Finish yang akan menjadikan bulu mata dengan ketebalan yang ekstrem, jelas, panjang dan lentik.

Diuji oleh pakar oftalmologi, bebas haruman dan selamat untuk mata yang sensitif, serta pengguna kanta sesentuh, Turbolash All Effects Motion Mascara itu dijual di kaunter Estee Lauder sejak Februari lalu.

Ia dijual pada harga RM115 setiap botol.

Pencapaian tertinggi maskara itu dengan formula inovatif direka dengan kesan denyutan mikro yang membolehkan berus yang melalui dalam setiap helaian bulu mata lebih cepat dan efektif.

"Anda tidak memerlukan teknik lain kerana ia sudah cukup sempurna. Berus itu bergerak sendiri untuk memisahkan setiap bulu mata untuk menghasilkan bulu mata yang lebat dan lentik yang tidak dapat dilakukan oleh tangan," kata Timbalan Presiden Pembangunan dan Inovasi Produk Global, Anne Carullo.

Ironinya, golongan wanita gemar membeli jenis maskara untuk mendapatkan bulu mata yang dikehendaki.

Namun, pakar kecantikan dan jurusolek menasihati supaya individu mengenal pasti jenis bulu mata terlebih dahulu sebelum membeli maskara yang diingini.

Panduan Membeli Handphone Dengan Harga Murah

Seringkali kita ingin membeli suatu jenama atau model telefon bimbit tetapi terpaksa berfikir banyak kali kerana faktor harga yang melebihi bajet.

Namun, kenapa anda membeli handphone dengan harga mahal sekiranya anda boleh membeli dengan harga yang jauh lebih murah?

Ya, anda boleh membeli dengan harga dealer sekiranya anda mengikuti panduan yang di sarankan.

Dengan panduan lengkap ini, anda tidak akan pandang ke kedai handphone lagi kerana anda boleh memperolehinya handphone idaman anda dengan harga jauh lebih murah!!

Nak tau caranya?

Klik untuk terus membaca >>>>