Music Telegram Digi

Lebih tujuh juta pelanggan rangkaian telekomunikasi DiGi kini berpeluang meluahkan perasaan kepada keluarga atau rakan menerusi lagu menggunakan perkhidmatan muzik terbarunya, Music Telegram.

Music Telegram DiGi membolehkan pelanggan mengirim kandungan mudah alih seperti lagu atau nada dering sebagai hadiah ke telefon bimbit orang lain menggunakan permintaan ‘telegram’ online.

Perkhidmatan itu boleh diperoleh menerusi laman web DiGi di alamat www.digi.com.my/music atau gerbang WAP DiGi.

Ketua Segmen Remaja DiGi, Nikki Lee, berkata muzik adalah bahasa universal bagi kebanyakan remaja dan kami percaya ia platform paling sesuai bagi mereka meluahkan perasaan melalui lagu.

“Ia juga menjadi komitmen DiGi dalam usaha menyediakan pengalaman komunikasi inovatif yang lebih berperibadi, menceriakan dan bermacam-macam berkaitan gaya hidup mereka,” katanya.

Terdapat ribuan lagu dan nada dering daripada pelbagai genre boleh dipilih dan DiGi pula kini dalam proses perbincangan dengan banyak lagi syarikat muzik untuk menambah koleksi untuk ditawarkan kepada pelanggan.