Sama ada kanak-kanak atau golongan dewasa, ramai yang menghidap gejala alahan hidung atau resdung (istilah saintifiknya, sinusitis).
Resdung dikaitkan dengan hidung yang sensitif terhadap hama, habuk, debu, perubahan cuaca terutama cuaca sejuk dan pengambilan sesetengah jenis makanan.
Pengarah Urusan EZiBreathe, Syarifah Rosmawati Syed Zahir, berkata penghidap resdung sering berasa tidak selesa, keletihan, tidur terganggu akibat kerap bersih, selesema berpanjangan, hidung tersumbat, batuk dan banyak kahak.
Ini mengganggu aktiviti seharian mereka dan di kalangan kanak-kanak, ia mengurangkan daya tumpuan dan mengganggu pembelajaran.
Menurutnya, sehingga kini masih belum ada ubat yang dapat menyembuhkan gejala resdung.
Lebih 20 tahun menghidap resdung, Syarifah Rosmawati, berkata resdung tidak berjangkit tetapi boleh diwarisi melalui keturunan.
Beliau menghasilkan EZiBreathe apabila mencari alternatif lebih selamat yang boleh diambil berterusan tanpa kesan sampingan termasuk dua anaknya yang turut mengalami resdung.
Dirumus daripada garam galian, Syarifah Rosmawati menjalankan penyelidikan dan percubaan selama lima tahun bersama doktor pakar tempatan sebelum memasarkan produk berkenaan.
"Ia dihasilkan dalam bentuk tablet kecil yang manis, hanya perlu dikunyah seperti gula-gula bagi memudahkan pengguna terutama kanak-kanak. Tiada pantang larang semasa mengambil EZiBreathe.
"Mereka yang pertama kali mengambilnya akan mengalami tindak balas sementara atau proses 'pemulihan' seperti batuk dan banyak kahak.
"Tindak balas sementara itu biasanya hilang selepas dua atau tiga minggu. Proses itu sebenarnya tanda positif produk berkenaan bertindak balas dengan sistem ketahanan badan," katanya.
Menurutnya, keberkesanan EZiBreathe bergantung kepada individu namun dia menasihatkan pengguna mencuba sehingga tiga atau empat botol. Jika ia tidak memberi sebarang kesan, mungkin rumusan terbabit tidak sesuai untuk mereka.
EZiBreathe boleh diambil dengan ubat-ubatan lain, hanya jarakkan masa satu atau dua jam manakala waktu terbaik mengambilnya adalah pada waktu pagi selepas bangun dari tidur dan sebelum tidur pada waktu malam.
Produk berkenaan boleh didapati di kebanyakan farmasi, salun kecantikan, kedai atau kiosk jamu di seluruh negara. Mereka yang berminat untuk menjadi pengedar turut dialu-alukan.
Maklumat lanjut, hubungi Syarifah Rosmawati di talian 012-4220828 atau 019-6603291.