Nikon CoolPix P90

Nikon memasuki pasaran tempatan dengan produk CoolPix P90 iaitu kamera digital kompak yang menawarkan sudut penggambaran lebih luas ditambah penetapan ISO 6400 bagi sensitiviti pencahayaan berkualiti tinggi.

Model baru ini menggunakan lensa Nikkor dengan kelebihan zum 24 kali serta resolusi imej 12.1 megapiksel ditambah penstabil imej VR bagi ketajaman imej dirakam.

Ia turut mengetengahkan ciri baru iaitu paparan LCD tiga inci dengan resolusi tinggi yang boleh digerakkan 90 darjah ke atas atau 45 darjah ke bawah bagi pilihan rakaman pelbagai sudut.

>Spesifikasi

PRODUK: Nikon CoolPix P90

HARGA:

RESOLUSI: 12.1 megapiksel

PENGESAN IMEJ: 1/2.33-in CCD

LENSA: 24x Zumm; f=4.6 - 110.4mm / F2.8 - 5

LCD: 3.0 inci

SETORAN: Kad SD, 47MB (memori dalaman)

ISO: Auto, 6/100/200/400/800/1600/3200/6400

BATERI: Li-ion EN-EL5

JANGKA HAYAT BATERI: 200 rakaman foto

DIMENSI: 114 x 83 x 99mm

BERAT: 460g (tanpa bateri dan kad memori)