Bio-Oil hapus kesan parut

Kehamilan adalah detik yang paling bermakna dan saat dinanti-nantikan wanita bergelar isteri dan pasangan yang menimang cahaya mata.

Ia dianggap sebagai satu proses normal yang melengkapkan lagi kehidupan seseorang wanita.

Begitupun, kewujudan kesan regangan seperti garisan sekitar bahagian perut, payudara, paha, pinggul, pinggang serta belakang badan ketika tempoh kehamilan sering kali menghantui wanita.

Namun, masalah keregangan kulit dan kesan parut ketika kehamilan boleh diatasi menerusi beberapa cara termasuk penggunaan produk khusus penjagaan kulit, Bio-Oil.

Pengarah Negara Union Swiss, Avril Williamson, berkata keregangan akan berlaku apabila kulit tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengembang dengan cepat di bahagian tubuh tertentu dan mengakibatkan pembentukan kesan parut yang menjejaskan penampilan fizikal mereka.

Menurut Avril, hasil penyelidikan dan kajian Bio-Oil ke atas wanita hamil menunjukkan hasil yang positif terhadap keberkesanannya memperbaiki kesan parut dan keregangan kulit, sekali gus menjadikan warna kulit lebih sekata.

"Kebiasaannya, 90 peratus wanita akan mengalami kesan regangan kulit ketika hamil. Wanita yang berkulit lebih gelap, muda serta mempunyai sejarah kesan regangan di kalangan ahli keluarga, mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalaminya," katanya pada majlis di ibu negara, baru-baru ini.

Menurutnya, penggunaan Bio-Oil boleh membantu mengurangkan kesan regangan berkenaan. Ia bertindak dengan memaksimumkan keanjalan kulit serta memastikan kulit sentiasa dalam keadaan terhidrat dan lebih berupaya untuk meregang.

Hadir sama, Pengurus Unit Perniagaan Nuvanta Sdn Bhd, Low Hooi Wan serta dua selebriti terkenal, Abby Abadi dan Siti Zaidatul Fiza (Fiza) yang turut berkongsi pengalaman kehamilan masing-masing dan menggunakan produk berkenaan.

Abby berkata, dia mula menggunakan Bio-Oil sejak awal kehamilan untuk mengurangkan ketidakselesaan dan kegatalan disebabkan kulit kering serta menggelupas.

"Saya menggunakan Bio-Oil setiap hari selama sembilan bulan dan hasilnya memang tidak dapat disangkal.

"Sejak menggunakannya, saya langsung tidak mengalami masalah kesan regangan dan kini selepas bersalin, saya gunakannya sebagai pelembap untuk melembutkan kulit," katanya.

Dalam pada itu, Fiza yang kini hamil empat bulan berkata, dia mengetahui mengenai keberkesanan produk terbabit selepas disyorkan oleh seorang rakan.

Katanya, dia begitu teruja dengan kehamilan berkenaan dan berharap dapat bersalin dengan mudah.

"Saya mencuba pelbagai produk tetapi tidak sesuai kerana kebanyakannya terlalu berminyak dan melekit.

"Tetapi, sejak menggunakan Bio-Oil, kulit saya semakin lembut dan apa yang paling penting, ia meresap terus ke dalam kulit," katanya.

Keberkesanan Bio-Oil terletak pada bahan utamanya iaitu minyak Purcellin, vitamin A dan E serta kombinasi pati minyak tumbuhan asli seperti lavender, calendula, rosemary dan chamomile.

Selain membantu menghilangkan kesan parut, kesan regangan serta warna kulit tidak serata, Bio-Oil yang mula diperkenalkan pada 1987 itu juga berkesan untuk membantu mengatasi masalah kulit lain seperti penuaan dan kekeringan kulit.

Bio-Oil yang diedar dan dipasarkan di Malaysia oleh Nuvanta Sdn Bhd ini, menjadi produk menghilangkan parut dan kesan regangan kulit paling laris di 10 negara.

Ia boleh didapati dalam botol 60 mililiter pada harga RM32.95 di semua rangkaian farmasi di seluruh negara.