Derma White, Clinique

Antara beberapa rutin penjagaan kecantikan wajah yang sering dilakukan wanita, penggunaan topeng atau pupur muka mungkin kurang diberi perhatian.

Apatah lagi bagi sesetengah produk, penggunaannya mungkin sedikit remeh berbanding rutin lain yang lebih mudah dilakukan.

Namun, penggunaan topeng atau pupur muka tetap mempunyai pelbagai manfaat misalnya mengurangkan bintik hitam serta membantu kulit lebih terhidrat.

Pupur wajah terkini keluaran Clinique menerusi rangkaian penjagaan khusus Derma White adalah antara pilihan untuk mereka yang tercari-cari pupur muka bersifat melembap dan mencerahkan kulit.

Ia sesuai untuk semua jenis kulit menerusi penggunaannya yang agak mudah.

Pupur muka berkrim ini hanya perlu disapu pada wajah dan dibersihkan menggunakan tisu.

Menerusi pembaharuan sel yang berkesan, ia membantu untuk mengembalikan seri semula jadi kulit.

Antara ramuan pupur muka berkenaan adalah ekstrak ume iaitu aprikot Jepun yang eksklusif digunakan untuk pupur muka pelembap Derma White.

Ramuan yang belum pernah digunakan Clinique itu membantu untuk membangkit seri semula jadi daripada kulit.

Pupur krim terhidrat berkenaan membantu untuk menghasilkan tekstur kulit lebih lembut, bersih dan warna sekata sekali gus menyingkirkan penampilan kulit kusam.

Ramuannya membantu untuk melembutkan kulit yang turut membangkitkan penampilan kulit berseri dan anjal.

Selepas rutin pembersihan wajah, pupur muka terbabit boleh digunakan sebanyak dua hingga tiga kali seminggu. Sapu dengan sekata menggunakan hujung jari ke seluruh muka, dahi, leher dan dagu, sambil mengelakkannya daripada terkena bahagian mata.

Biarkan selama lima hingga 10 minit sebelum dilap dengan tisu manakala lebihannya boleh ditekap ke muka. Jika mahu, saki baki pupur itu boleh juga dibilas. Langkah itu diikuti dengan penggunaan esen dan pelembap Derma White.

Produk lain yang boleh didapati dalam rangkaian Derma White termasuk bahan pelindung matahari, bedak solekan, krim pelembap dan krim gel pelembap.

Rangkaian produk Derma White dirumus khas untuk kulit masyarakat Asia manakala pupur muka berharga RM170 berkenaan boleh ditemui di kaunter Clinique mulai bulan ini.

Produk berkenaan sudah diuji dari segi alahan, 100 peratus bebas bahan pewangi serta turut diuji pakar dermatologi.