Produk Krim Pelembap Dengan SPF

Krim pelembap dengan perlindungan sinaran ultra lembayung (UV) atau SPF antara rutin harian menghalang sinaran matahari terus masuk ke dalam kulit. Meskipun begitu, dengan bantuan cecair lain atau dikenali serum inisiatif terbaik bagi wanita yang mahu kesan lebih memberangsangkan.

Produk yang disarankan di bawah, khusus untuk membantu kulit menjadi lebih cerah akibat kesan terbakar. Gunakan sebelum menyapu pelembap terakhir.

# ELIZABETH Arden memperkenalkan produk pencerahan berprestasi tinggi dengan kehebatan Concentrate Brightening Serum dari rangkaian` Prevage White. Formula terbaru itu menggabungkan manfaat Idebenone, antioksidan yang dikatakan berkesan dan mampu mencerahkan kulit menerusi kandungan Soy Ferulate-C bagi menghilangkan tompok hitam serta mengembalikan sinar di samping keremajaan kulit. Harga: RM480.

# MAKMAL jenama Lancome menemui pendekatan menerusi produk High Potency Whitening Spot Eraser menerusi rangkaian produk Blanc Expert Neurowhite X3 untuk kulit yang mengalami keradangan, pencemaran akibat UV dan tekanan emosi. Ia direka bagi kulit yang mengalami kesan terbakar menyebabkan perubahan melanin sekitar melanocytes. Juga berfungsi bagi mengawal kulit dari proses pigmentasi. Harga: RM315.

# BAGI meringankan kesan pigmentasi kulit dan kesan cerah berkilau lebih berkesan, jenama Laneige menawarkan produk pemutihan White Plus Renew Essence. Di samping membantu meningkat kelembapan kulit menerusi bahan semula jadi iaitu pati kulit anggur yang membuat kulit bersih dan menyahtoksikkan, pati akar manisan marshmallow pula memupuk kulit pulih lembut dan menerangkan kulit yang bernada gelap. Harga : RM175

# KUASA pemutihan berkesan dengan pati pemutih produk Advanced Whitening Essence dikatakan terbaik daripada jenama Shu Uemura, White Recovery EX+. Kehebatan asid Ellegic berkesan menghalang produksi melanin dan kegelapan akibat kulit terbakar. Formula dengan kombinasi bahan yang digunakan juga membantu meningkatkan warna kulit serata di samping mengurangkan rasa hidrasi. Harga: RM240.