Berpantang, oh, menyeksakan! Harus berpantang makan, berurut, makan jamu, berbengkung, berpilis, berparam, bersengkak, bertungku, semuanya harus dibuat dengan penuh disiplin.
Inilah selalu diperkatakan oleh wanita-wanita yang melaluinya. Paling teruk sekiranya berpantang di rumah emak mertua atau ibu sendiri yang masih kuat mengamalkan cara tradisional. Tidak boleh ditinggalkan satu pun proses berpantang itu.
Memang tidak dinafikan jangka masa berpantang penting untuk menentukan sama ada ibu akan kembali normal seperti sebelumnya atau si ibu akan menderita akibat tekanan emosi seumur hidup.
Justeru itu, penjagaan kesihatan selepas bersalin perlu kerana tanpa penjagaan yang sempurna kaum ibu akan mengalami kesan negatif yang berpanjangan. Ini berikutan perubahan besar berlaku ke atas tubuh wanita bermula dari peringkat awal kehamilan hinggalah ke tahap puncak, iaitu pada saat melahirkan anak.
Pengarah Urusan Ambar Kenanga, Sharizen Kassim berkata, perubahan struktur tubuh badan serta urat saraf memerlukan proses pemulihan yang rapi dan teliti. Tempoh berpantang di rumah inilah yang perlu diberi perhatian.
Banyak darah yang keluar, ditambah lagi dengan urat yang putus ketika proses kelahiran, menghilangkan seri wajah serta kekuatan fizikal si ibu . Tenaga juga dicurahkan berhabis-habisan ketika proses meneran sehingga seluruh tubuh menjadi lesu dan kepenatan.
"Mengenangkan kepayahan seorang ibu melahirkan satu nyawa ke dunia, maka selayaknya mereka menerima layanan terbaik dan mengambil produk set bersalin yang boleh merawat organ dalaman supaya kembali seperti sediakala.
"Justeru, kami prihatin dengan rungutan ibu-ibu yang terpaksa melalui proses berpantang yang ketat sehingga merimaskan. Bagi yang mempunyai pembantu atau berpantang di rumah keluarga, tidak menjadi masalah tetapi yang bersendirian di rumah, melakukan proses berpantang ini sedikit sukar dan ketiadaan masa.
"Justeru, kami memperkenalkan Set Bersalin Ibu Ambar Kenanga, khusus untuk ibu-ibu moden yang mahukan yang ringkas dan mudah. Tidak perlu berpilis dan berparam, hanya mengambil produk dalam bentuk kapsul dan kesannya sama seperti anda menggunakan produk bersalin yang lain,'' katanya ketika ditemui di Klang, baru-baru ini.
Menurut Sharizen, produk ini dihasilkan daripada rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, jintan putih, cengkih, biji pala, lada hitam dan habatus sauda. Ia merupakan resipi turun temurun moyangnya yang menetap di Tanah Arab pada sekitar tahun 1800.
"Ia berbeza dengan set berpantang cara Melayu dan Jawa yang banyak menggunakan herba dan akar kayu tetapi mempunyai fungsi yang sama iaitu melancarkan peredaran darah, mengetatkan vagina, mengawal emosi kembali ceria dan tenang dan mengembalikan kesegaran badan si ibu selepas bersalin.
"Set Bersalin Ibu ini sesuai untuk ibu-ibu bersalin secara normal atau pembedahan. Ibu bersalin normal boleh makan sehari selepas bersalin atau sekembali ke rumah manakala ibu bersalin pembedahan makan apabila doktor membenarkan makan makanan berat dan wanita keguguran makan secepat mungkin,'' ujar ibu kepada tiga orang anak yang telah mengamalkannya sejak melahirkan anak sulung lagi.
Dengan mengambil Set Ibu, Sharizen memberitahu, pengguna tidak perlu risau masalah dalaman, kerana ia mampu membaikpulih badan dan menaikkan rahim tanpa perlu disengkak atau diurut, mengecutkan batu meroyan tanpa perlu bertangkas, membanyakkan air susu serta membuang angin tanpa perlu berpilis atau berparam. Ini kerana Set Ibu telah menyediakan pemakanan lengkap untuk 60 hari atau dua bulan dengan hanya tiga produk iaitu empat botol Ibu, satu peket Tuju Meroyan dan satu peket Tuju Darah.
Makan belakang pintu bilik
"Keistimewaan Set Bersalin Ibu ini terletak pada Tuju Meroyan dan Tuju Darah yang tidak terdapat pada mana-mana set bersalin yang lain malah ia perlu mengikut disiplin iaitu dua kapsul setiap pagi untuk tiga hari bagi Tuju Darah manakala Tuju Meroyan dimakan dua kapsul setiap petang untuk tiga hari. Waktu makan mestilah dari pukul lima petang hingga tujuh malam sahaja.
"Sesuatu yang menarik, Tuju Meroyan ini mesti dimakan dengan menyorok di belakang pintu bilik. Namun begitu, adalah dinasihatkan semasa mengambil set bersalin ini tidak dicampur aduk dengan produk lain yang berasaskan herba,'' katanya.
Beliau turut menasihatkan kepada para ibu supaya mengambil lapan gelas sehari dan elakkan minum air asam jawa, air oren, air limau nipis, minuman bergas dan air nanas ketika mengambil set bersalin ini yang telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Selain itu, semasa dalam pantang, digalakkan mengambil Jus Ambar, minuman herba yang melawaskan pembuangan air besar dan menambah tenaga. Ia juga bertindak sebagai pengganti pengambilan akar periuk.
Di samping itu, digalakkan menggunakan Minyak Ambar Kenanga yang bukan sahaja melegakan kesakitan dan kelenguhan badan tetapi menyenyakkan tidur dan menyegarkan badan. Ia juga sesuai untuk bayi seperti kembung perut, kurap susu dan kepala berkerak.
"Selepas pantang pula dinasihatkan mengambil Set Sayyida Ambar untuk memberi kekuatan kesihatan dalaman dan luaran dan diikuti Ambar Kenanga Wanita kerana dengan pengambilan produk-produk ini akan membaikpulih hormon, menegangkan buah dada, mencantikkan dan menegangkan kulit, mengurangkan bau badan dan vagina serta mengurangkan keputihan.
"Sayyida Ambar ini juga sesuai untuk ibu-ibu yang sukar mendapatkan anak dalam tempoh yang lama. Mereka disyorkan menggunakan produk ini sekurang-kurangnya enam bulan bagi membersihkan organ dalaman dan menyuburkan peranakan,'' katanya.
Bagi yang mahu mendapatkan produk ini atau berminat menjadi pengedar, boleh layari www.ambarkenanga.com.my atau menghubungi 03-33740271.