Dengan kerjasama sekumpulan 45 saintis, penyelidikan dan hampir 100 pakar produk pembangun, jurutera serta pengeluar, maka terhasillah maskara Turbolash.
Maskara yang menggunakan tenaga bateri untuk melancarkan proses penggunaannya itu terhasil selepas empat tahun penyelidikan. Hanya dengan sekali pusingan penutupnya, berus Turbolash LashSonic yang bergetar dengan denyutan mikro berayun sebanyak 125 pusingan dalam setiap satu saat.
Maskara berteknologi tinggi itu bukan saja membolehkan berus bergerak laju pada helaian bulu mata, malah ia juga tidak menyebabkan maskara bergumpal sekali gus membentuk bulu mata paling sempurna.
Untuk menghentikan getaran tersebut, masukkan berus itu ke dalam tiub dan pusingkan penutupnya.
Direka khas untuk berfungsi seiring dengan berus denyutan mikro, maskara itu mengeluarkan formula gel dengan ciri-ciri Total All Effects Finish yang akan menjadikan bulu mata dengan ketebalan yang ekstrem, jelas, panjang dan lentik.
Diuji oleh pakar oftalmologi, bebas haruman dan selamat untuk mata yang sensitif, serta pengguna kanta sesentuh, Turbolash All Effects Motion Mascara itu dijual di kaunter Estee Lauder sejak Februari lalu.
Ia dijual pada harga RM115 setiap botol.
Pencapaian tertinggi maskara itu dengan formula inovatif direka dengan kesan denyutan mikro yang membolehkan berus yang melalui dalam setiap helaian bulu mata lebih cepat dan efektif.
"Anda tidak memerlukan teknik lain kerana ia sudah cukup sempurna. Berus itu bergerak sendiri untuk memisahkan setiap bulu mata untuk menghasilkan bulu mata yang lebat dan lentik yang tidak dapat dilakukan oleh tangan," kata Timbalan Presiden Pembangunan dan Inovasi Produk Global, Anne Carullo.
Ironinya, golongan wanita gemar membeli jenis maskara untuk mendapatkan bulu mata yang dikehendaki.
Namun, pakar kecantikan dan jurusolek menasihati supaya individu mengenal pasti jenis bulu mata terlebih dahulu sebelum membeli maskara yang diingini.