"Perubahan sikap anak saya, Nuriman Shakirah Nureffendi, 7, apabila mampu mendisiplinkan diri dengan menghabiskan kerja sekolah tanpa disuruh, malah boleh menulis dan membaca menyebabkan saya yakin ia faktor pemakanan harian.
"Selain itu, pengambilan produk makanan kesihatan tambahan, dR101 keluaran dR Rozmey Group (dRG) juga membantu kecerdasan minda anak saya supaya mampu berfikir lebih baik," kata Zaidah Shaharudin.
Zaidah, 37, berkata, sebelum ini anak keduanya itu sangat manja dan kerap merajuk kerana mahu lebih perhatian berbanding kakaknya, Nuriman Shamimi, 12.
Menurutnya, sebelum ini dia dan suaminya tidak mahu anak kedua daripada empat beradik itu memasuki alam persekolahan lebih awal pada usia empat tahun kerana bimbang menjadi seperti Shamimi apabila tidak tahu membaca dan menulis.
"Ini kerana saya menghantar Shamimi ke tadika pada usia empat tahun, tetapi tiada perubahan, malah tetap tidak tahu menulis dan membaca sehingga usianya tujuh tahun.
"Saya nampak Shakirah juga mengikut jejak kakaknya seolah-olah tidak berminat belajar, tetapi tetap menghantar dia ke tadika," katanya.
Zaidah berkata, dia terbaca dalam akhbar Harian Metro mengenai produk dR101 keluaran dRG dan berminat mencuba selepas melihat kejayaan testimoninya.
Menurutnya, dia menghubungi pengedar aktif dRG, Azah Aziz dan membeli produk itu selepas mendapat maklumat jelas mengenai dR101.
"Selepas hampir sekotak mencuba, dia mendapati anaknya semakin bertenaga, malah boleh membaca dan menulis walaupun baru berusia enam tahun.
"Dia juga tidak merajuk lagi kerana mampu berdikari menyebabkan saya berminat memberikan dua adiknya produk dR101 ini bagi membantu meningkatkan kecerdasan minda mereka," katanya.
Berikutan itu, mereka yang berminat boleh menghubungi Zaidah di talian 017-3263692 atau Azah di talian 017-6150613.
Sementara itu, Presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, produk dR101 amat sesuai untuk semua peringkat terutama pelajar dan warga emas yang mempunyai masalah daya ingatan.
Beliau berkata, produk daripada ramuan herba itu amat berkesan menangani masalah ingatan kerana Gingko mampu membaik pulih memori dengan meningkatkan pengaliran serta peredaran darah di otak dan hipotalamus.
"Produk ini juga mampu menangani masalah pening dan ketidakseimbangan badan, sakit kepala dan kemurungan terutama mereka berusia lanjut yang tidak terkawal oleh ubatan kemurungan," katanya.
Beliau berkata, pengguna kini perlu bijak dengan membeli produk asli dRG dan bukan tiruan yang banyak dijual di pasaran terbuka..
Katanya, produk asli hanya boleh didapati menerusi pesanan melalui pengedar aktif atau membeli terus melalui kaunter dRG di Bandar Darulaman, Jitra, Kedah.
"Pengguna diminta tidak membeli produk di toko jamu, salun kecantikan, kedai ubat, pasar raya dan kios pasar raya yang bersekongkol dengan pihak tidak bertanggungjawab untuk memasarkan produk tiruan menggunakan jenama syarikat kami," katanya.
Beliau berkata, produk tiruan menggunakan cara pembungkusan sama dengan syarikatnya, tetapi ramuan yang digunakan tidak sama produk asli.
Menurutnya, produk tiruan boleh memudaratkan kesihatan termasuk mengakibatkan buah pinggang, jantung, hati dan limpa rosak berikutan ada pengguna pernah mengalami muntah darah, cirit-birit serta hilang selera makan.
Katanya, pengguna boleh melayari laman web www.herbaprima.com.my atau Facebook www.facebook.com/datukdrrozmeyhpm atau www.drplaces.com atau menghantar e-mel di sales@herbaprima.com.my atau drrozmey@gmail.com untuk maklumat lanjut.
Mereka juga boleh menghubungi talian 012-5241097, 017-4490686, 017-4280741, 04-9164262, 04-9175466 dan 04-04-9175846 atau menghantar faksimile di talian 04-9173645 atau 04-9175867.