Bilik tidur merupakan ruang pertama yang dilihat seseorang pada waktu pagi dan yang terakhir dilihat pada waktu malam.
Bukan saja sebagai tempat tidur, bilik ini juga menjadi ruang peribadi kepada mereka yang inginkan ketenangan selepas melalui hari-hari yang sukar.
Sudah menjadi tugasan di Ikea, gedung perabot terbesar, untuk menawarkan inspirasi dan penyelesaian bijak kepada bilik tidur yang selesa dan menjadi idaman setiap pelanggan.
Bagi mendapatkan tidur yang lebih nyenyak, tiga perkara asas perlu diberi perhatian iaitu tilam yang selesa dan tahan lasak, bantal yang menyokong kepala dan leher serta selimut yang sesuai dengan suhu persekitaran.
Tilam
Ikea menawarkan pilihan tilam terhadap individu yang memiliki gaya tidur tersendiri. Juga didatangkan dalam ketebalan dan ketahanan yang berbeza mengikut cita rasa pelanggan.
Baik kapas mahupun bahan sintetik seperti poliester yang penting ialah jaminan tilam yang cukup selesa kepada pelanggannya.
Bantal
Selain tilam, bantal juga menjadi penyumbang kepada tidur yang berkualiti agar otot di kepala dan leher boleh berehat secukupnya.
Oleh itu ditampilkan rekaan bantal pelbagai jenis dan bentuk untuk menepati gaya tidur yang berlainan.
Bergantung kepada keperluan seseorang, bantal GOSA direka dengan kontur beralun bagi menyokong bentuk leher yang boleh memberi ketenangan kepada sesiapa saja yang menggunakannya.
Selimut
Jika anda membuat keputusan hendak tidur lena, fikirkan juga jenis selimut yang sesuai digunakan.
Sama ada mahu keadaan yang sejuk atau hangat, semuanya bergantung kepada suhu badan dan bilik tidur.
Selimut yang tebal tidak semestinya hangat. Untuk itu selimut MYSA direka dengan darjah kehangatannya yang tersendiri bagi membolehkan pelanggan menyesuaikan suhu badan dengan jenis selimut sekali gus mendapatkan penyelesaian terhadap tidur yang lena.
Oleh AISHAH ARIFF