Yakin dan segar adalah penting bagi memastikan urusan harian anda berjalan lancar tanpa ada kekurangan diri terutama rasa letih dan lesu akibat berpeluh sepanjang hari ditambah pula dengan bau badan yang tidak menyenangkan.
Sehubungan itu, pemilihan produk mandian yang bersesuaian dengan badan penting bagi menjamin hari dilalui selesa dan menyenangkan.
Sama ada anda memilih mandian dalam bentuk sabun atau gel, ia tidak menjadi persoalan sebaliknya kesan dialami menentukan kebersihan penjagaan diri anda berada pada tahap maksimum. Jenama Dettol umpamanya sudah tidak asing lagi sebagai produk cucian badan yang meyakinkan lantaran kombinasi bahan semula jadi yang terbaik untuk kulit anda selain menyihatkan kulit.
Terkini, ia muncul dengan tiga kelainan yang setiap satu mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu Soothing, Invigorating dan Caring yang diadun serta dirumus khusus daripada bahan terpilih.
Soothing mengandungi calendula dan chamomile membersih secara lembut sesuai untuk kulit sensitif, Invigorating pula adalah campuran eucalyptus dan ginseng membersih hingga jauh ke dasar kulit membekalkan kesegaran dan kecergasan serta Caring mengabadikan kebaikan aloe vera dan ekstrak botanikal bagi menjamin kulit kekal sihat.
Bagi produk gel mandian, anda boleh memperoleh saiz berkapasiti 250 mililiter pada harga RM8.50, 625 ml (RM18.50) dan 950 ml (RM19.50), manakala sabun bersaiz 70 gram berharga RM5.60 serta 120 gm (RM7.40).
Oleh Shaidah Shafie