Fisio[line] Bebas selulit 14 hari

Selulit merupakan mimpi ngeri bagi setiap wanita yang menitikberatkan aspek kecantikan kulit.

Kehadiran selulit menyebabkan permukaan kulit tubuh terutama bahagian perut, paha, punggung dan lengan kelihatan merekah dan berketak-ketak seperti tekstur kulit buah oren.

Punca utama kewujudan selulit yang dikenal pasti antaranya adalah disebabkan kekurangan dan ketidakseimbangan hormon, sejarah keluarga, tekanan, tabiat pemakanan dan disebabkan pakaian yang tidak sesuai.

Memahami masalah yang dialami wanita itu, Zuccari Malaysia tampil dengan jawapan yang boleh menyelesaikan masalah selulit melalui produk terbarunya, Fisio[line].

Kini, mereka yang mengalami masalah selulit boleh menyingkirkannya dengan bantuan teknologi paten Zuccari yang dikenali sebagai Crackle Technology.

Fisio[line] merupakan produk terlaris di Eropah terutama di Itali yang kini boleh didapati di 52 negara di seluruh dunia.

Ia didatangkan dalam bentuk cecair tetapi apabila dipicit ia akan bertukar menjadi mousse aktif seperti buih ringan apabila disapu pada kulit.

Sapuan mousse pada epidermis kulit akan meningkatkan tenaga kinetik daripada ramuan aktif dan pada masa yang sama menyerap serta bertindak pada bahagian yang sepatutnya iaitu lapisan selulit.

Saintis penyelidik bagi Fisio[line], Dr. Massimiliano Conti yang diterbangkan khas dari Itali memberitahu apa yang membezakan Fisio[line] dengan barisan produk lain di pasaran adalah tahap penyerapan ramuan aktifnya yang tinggi.

Kini, Fisio[line] boleh didapati di semua farmasi seluruh negara pada harga RM130 untuk kandungan 200 mililiter. - NURUL IZZA ROSLY