Mertua vs Menantu DVD

Kisah pergolakan antara seorang ibu mertua dan menantu perempuannya telah diolah kepada drama komedi keluarga berjudul Mertua VS Menantu. Drama komedi keluarga ini adalah idea bagi mengupas isu 'anak emak' yang berlegar dalam kehidupan berumahtangga. Bersiaran di saluran 105 Astro Prima sejak Oktober 2009 telah memikat 2.7 juta penonton mengikuti perkembangan drama menarik ini.

Penampilan eksklusif Erra Fazira, Aqasha, Rozie Othman, Jehan Miskin, Raja Farah, Almy Nadia, Sheila Mambo dan ramai lagi merupakan antara tarikan selain daripada jalan ceritanya yang dekat dengan kehidupan seharian.

Sambutan luar biasa drama bersiri Mertua VS Menantu musim pertama mendorong penerbitannya dalam bentuk DVD yang mampu dimiliki dengan hanya RM69.90 sahaja.

Peminat juga akan berpeluang mengetahui kisah selanjut Mertua VS Menantu musim ke-2 bermula 14 April ini. Pengarah, Mohammed Feroz Kader bakal memperkenalkan watak baru yang akan dibawa oleh pelakon terkenal seperti Farid Kamil, Lisa Surihani, Nik Sayyidah dan Ezani Nizariff.

~ Mangga