Setiap wanita pastinya mahukan payu dara yang cantik supaya penampilan mereka sentiasa menawan sekali gus memberi keyakinan tinggi buat diri mereka.
Masalah yang sering dialami oleh kaum wanita adalah kedudukan payu dara tidak sempurna, misalnya, kelihatan ke bawah atau saiz terlalu kecil.
Situasi tersebut membuatkan mereka tidak selesa terutama ketika mengenakan pakaian ketat. Walau bagaimanapun, mereka yang berhadapan dengan masalah tersebut tidak perlu terlalu risau jika memilih bra yang sesuai.
Direka menggunakan fabrik sensual, renda lembut dan tenunan halus, ia membuatkan si pemakai kelihatan seksi dan perasaan bangga itu bermula dari dalam jiwa masing-masing.
Jenama bra terkenal, Triumph, mengetengahkan bra terbaru yang memiliki kelebihan fungsi iaitu dipanggil center bridge.
Bahagian tengah bra itu mempunyai reben satin yang boleh dilaraskan untuk membetulkan kedudukan payu dara. Caranya mudah sahaja. Jika anda inginkan kedudukan payu dara lebih rapat, ketatkan sahaja reben satin itu.
Bagi mereka yang tidak mahu terlalu menonjol, reben satin yang disediakan perlu diikat dengan sederhana ketat. Selain itu, kehebatan bra mewah itu juga turut dilengkapi dengan cangkuk emas pada bahagian talinya.
Ini bermakna, sekiranya anda memakai baju yang jarang, ia tetap menampakkan gaya yang anggun dan tidak kelihatan seperti tali bra.
Perkara ini yang sentiasa diimpikan oleh kaum wanita yang gemar berpakaian seksi.
Sentuhan rekaan yang diberi nama deep V pula boleh dibayangkan sendiri dalam fikiran mereka yang berbangga dengan aset mereka.
Apabila adanya gabungan deep V dan reben satin, salah satu fungsinya ialah mampu memaksimumkan keselesaan dan lurah payu dara.
Sementara itu, tidak cantik rasanya apabila memakai bra yang tidak sedondon dengan warna seluar dalam. Triumph terbaru memperkenalkan variasi warna lembut dan hitam sahaja.
Warna yang berunsur sensual dan dramatik merupakan padanan terbaik untuk pakaian dalam wanita. Koleksi itu turut didatangkan dengan tiga jenis seluar dalam iaitu string, mini dan hipster.
Cangkuk emas turut disediakan pada seluar dalam supaya ia berguna untuk tujuan melaras agar bersesuaian dengan susuk tubuh si pemakai.
Tidak perlu risau apabila berat badan bertambah atau berkurangan, seluar dalam anda tetap boleh digunakan dengan hanya membetulkan cangkuk emas.
Bra keluaran terbaru itu boleh didapati di kaunter Triumph bermula bulan hadapan.