Peraduan Ceria Dengan Khasiat Dumex Dugro

DANONE Dumex (Malaysia) Sdn Bhd (Danone Dumex), pakar pemakanan kanak-kanak, memberi peluang kepada ibu bapa untuk memenangi percutian ke luar negara bersama keluarga menerusi 'Peraduan Ceria Dengan Khasiat Dumex Dugro' yang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM300,000 untuk dimenangi.

Pengarah Urusan Danone Dumex, Toni Brendish, berkata peraduan itu diadakan bagi menghargai sokongan pelanggan setia jenama itu yang menjadi pilihan kebanyakan ibu di Malaysia sejak turun-temurun.

“Sokongan berterusan daripada ibu bapa di Malaysia menjadikan Dumex Dugro peneraju pasaran di negara ini. Oleh itu, kami sentiasa mencari peluang untuk menunjukkan penghargaan kepada ibu bapa atas keyakinan dan kepercayaan mereka terhadap Dumex Dugro.
“Seperti yang kita sedia maklum, kanak-kanak yang sihat ialah kanak-kanak yang ceria dan inilah asas tumbesaran mereka. Untuk itu, kami ingin memberi ganjaran kepada pelanggan kami menerusi `Peraduan Ceria Dengan Khasiat Dumex Dugro’ yang menawarkan hadiah-hadiah percutian,” katanya.

Pelancaran peraduan itu membabitkan enam selebriti tempatan yang juga dianggap ‘ibu bapa Dugro’, untuk berkongsi pandangan mereka mengenai kepentingan pemakanan sepanjang tahun membesar kanak-kanak dan erti kebahagiaan kepada mereka.

Semua itu akan disiarkan dalam siri iklan televisyen di TV3 dan TV9.
Barisan selebriti jemputan adalah pasangan duta Dumex Dugro, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak; arkitek dan pelakon Azhar Sulaiman; penganalisis jenayah, Kamal Afandi Hashim; pereka fesyen antarabangsa Melinda Looi; model antarabangsa dan bekas pemain bola jaring kebangsaan Fadzlun Abas; dan ahli perniagaan merangkap bekas pelumba basikal kebangsaan, Murugayan Kumaresan.
Hadiah utama bagi `Peraduan Ceria Dengan Khasiat Dumex Dugro’ ialah wang tunai RM10,000 dan percutian keluarga untuk empat orang ke London bernilai RM50,000, manakala hadiah kedua yang bernilai RM35,000 akan membawa keluarga pemenang seramai empat orang ke Disneyland Tokyo dengan wang perbelanjaan sebanyak RM8,000. Hadiah ketiga adalah percutian untuk empat orang bernilai RM25,000 ke Gold Coast Australia dan wang tunai RM5,000.

Lima hadiah sagu hati berupa wang tunai RM8,000 setiap seorang dan 500 ibu bapa lagi bakal memenangi bekalan Dumex Dugro selama tiga bulan!

Peraduan Ceria Dengan Khasiat Dumex Dugro diadakan dari 1 April hingga 30 Mei depan di Semenanjung Malaysia, manakala pengguna di Sabah dan Sarawak berpeluang menyertai peraduan sehingga 15 Jun.

Bagi menyertai peraduan unik itu, ibu bapa hanya perlu membeli satu pek Dumex Dugro, melengkapkan slogan dengan menggunakan tidak lebih daripada 20 patah perkataan, dan menghantar penyertaan mereka bersama-sama logo Dugro daripada bungkusan.

Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini kerana bilangan penyertaan tidak dihadkan. Untuk memudahkan pengguna menyertai peraduan dan memenangi hadiah, setiap pelanggan kelapan yang menghubungi talian Dumex CareLine dan menyatakan ‘Saya ingin menyertai Peraduan Ceria Dengan Khasiat Dumex Dugro’ akan memenangi RM200 dengan serta-merta!

Untuk maklumat lanjut mengenai `Peraduan Ceria Dengan Khasiat Dumex Dugro’, layari www.dumex.com.my atau hubungi Talian Dumex CareLine di 1800 38 1038.