Futsal Milo Hidup Bola

Hadiah menarik menunggu pemenang utama Karnival Futsal Milo Hidup Bola peringkat Pulau Pinang pada 1 Mei depan di Safira Sports Planet, Seberang Jaya.

Tiga kategori dipertandingkan iaitu bawah 12 tahun, bawah 16 tahun dan terbuka wanita dan hanya 24 pasukan yang layak mengambil bahagian atas prinsip siapa cepat dia dapat.

Menurut penyelaras karnival peringkat negeri Pulau Pinang, Sharmi Mamat, selain pingat barangan Milo dan jersi Figos, juara akan membawa pulang wang tunai RM800, naib juara RM600, ketiga dan keempat RM400.

“Juara akan mewakili Pulau Pinang ke grand final pada 12 Jun depan. Pasukan berminat boleh hubungi 019-4499377 atau 04-3979876,” katanya.