Rusa panggang bersama sos, ayam kampung goreng, kambing panggang, gulai kawah dan lebih 100 menu menjadi pertaruhan untuk berbuka puasa di Restoran Kopitiam di Hotel Radius International, Kuala Lumpur.
Bermula 13 Julai hingga 5 Ogos 2013 seawal jam 6.30 petang hingga 10.30 malam, pelanggan dapat menikmati makanan yang disediakan dengan bayaran RM48 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak berusia antara enam hingga 12 tahun serta warga emas berumur 60 tahun ke atas.
Empat set hidangan disediakan seperti aneka ulam dan kerabu, hidangan utama, juadah buka puasa dan hidangan pencuci mulut.
Untuk ulam dan kerabu, pelanggan boleh mencuba pelbagai jenis kerabu iaitu kerabu mangga, kerabu tauge, kerabu so hu, kerabu perut, kerabu kerang, kerabu betik, kerabu pucuk ubi, kerabu sotong, kerabu pucuk paku, kerabu kacang botol, kerabu daging, kerabu ikan masin, kerabu daun selom dan kerabu udang.
Semuanya digandingkan dengan pelbagai sambal iaitu sambal belacan, tempoyak, kelapa hijau dan sambal ikan bilis. Untuk melengkapkan hidangan, pencetus seleranya budu dan cencaluk.
Manakala hidangan utama termasuk beriani kambing, rendang daging, kari kepala ikan, ayam gulai hijau, udang masak lemak rebung, sotong goreng kicap, nasi beriani ayam, gulai itik masak lemak cili api, ikan siakap tiga rasa, sotong goreng kunyit, rendang kupang, tauge goreng ikan masin, nasi kabuli, nasi beriani jagung, kambing masak jintan, udang tomato, ayam kerutub, ketam goreng berempah, sayur pucuk manis keledek dan kailan ikan masin.
Pencuci mulut pula seperti puteri mandi, labu kukus ala Thai gula emas, cendol durian, pengat labu, bubur kacang hijau, sago gula Melaka, tahi itik, bubur pulut hitam, bubur jagung, pengat pisang dan pelbagai.
Kemudahan solat juga disediakan.
Untuk tempahan, sila hubungi talian 03 2715 3888 sambungan 8120.