MUSE by Watsons (MUSE), Sunway Pyramid

Watsons kini mempunyai outlet jenama kecantikan terbaru, MUSE by Watsons (MUSE) di Sunway Pyramid.

MUSE by Watsons menawarkan kepada pelanggan 12 jenama antarabangsa eksklusif berkaitan penjagaan kulit dan kosmetik selain 24 jenama wangian yang terkenal.

Meneruskan konsep jenama Watsons 'Look Good and Feel Great', MUSE bukan saja menawarkan produk kepada golongan wanita tetapi juga kepada lelaki yang kini semakin mementingkan penjagaan diri.


Malah ia juga turut menawarkan khidmat profesional kepada pelanggan menerusi perunding pakar kecantikan, pakar kulit bertauliah serta khidmat mewarna kuku yang terlatih, katanya.

Watson yang sudah beroperasi di 12 negara Asia dan Eropah berhasrat untuk mengukuhkan lagi kedudukannya dalam jenama penjagaan kulit dan kecantikan menerusi MUSE.

Jenama MUSE bermula di Malaysia dan akan dikembangkan merentasi negara Asia kerana kami yakin ia mempunyai potensi tinggi untuk meningkatkan tahap kemodenan, keyakinan dan sifat berdikari para pelanggan terutamanya golongan wanita yang berumur 30 tahun ke atas.