Kursus Perakaunan di Kolej PTPL

Diploma perakaunan bertujuan melahirkan graduan dengan kefahaman yang kukuh dalam aspek perakaunan sekali gus membantu mereka menjadi profesional dalam bidang tersebut.

Menyedari hakikat ini, Kolej PTPL mengambil inisiatif menawarkan kursus dalam bidang perakaunan sebagai antara bidang yang memberi peluang kepada lepasan SPM/SPMV untuk mendalami ilmu perakaunan di peringkat asas sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah atau kursus profesional seperti Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dan Chartered Institute of Management Accountants (CIMA).



Program ini mengandungi semua kursus perakaunan seperti kewangan, kos, pengurusan, percukaian dan pengauditan. Pelajar akan didedahkan dengan latihan secara teori dan praktikal sebagai persediaan kepada pelajar untuk memasuki komuniti perniagaan dan mengaplikasikan ilmu perakaunan dengan cekap dan lancar menggunakan sama ada sistem manual dan komputer.

Program perakaunan ini direka dengan mengisi objektif melahirkan pakar dalam bidang berkenaan sehingga ke peringkat profesional. Kurikulum kursus ini lengkap dalam melahirkan graduan profesional yang dapat memenuhi pasaran perakaunan/kewangan yang amat diperlukan dalam setiap bidang sama ada kerajaan atau swasta.

Sebagai kelayakan masuk ke program diploma tiga tahun ini, pelajar perlu mempunyai tiga kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan keutamaan diberikan kepada subjek Matematik dan Sains.

Selepas tamat pengajian diploma di Kolej PTPL, graduan berpeluang melanjutkan pengajian ke tahun dua di Management & Science University (MSU) di bawah Faculty of Business Management & Professional Studies (FBMP).

Yuran pengajian

Bagi pelajar yang berminat melanjutkan pengajian tidak perlu risau dengan yuran pengajian. Tabung PTPTN adalah antara badan menyediakan pinjaman kepada pelajar bagi menguruskan yuran pengajian dan juga badan tajaan lain. Selain itu, Kolej PTPL juga menawarkan bantuan kewangan melalui Anugerah Presiden PTPL, Biasiswa Pendidikan SKOR, dan juga pinjaman melalui institusi perbankan tempatan.

Untuk maklumat lanjut berhubung program ditawarkan di Kumpulan Kolej PTPL, sila hubungi 03-5513 6688 atau lawati www.ptpl.edu.my. Pilihan lain ialah dengan menghantar sms ke INFOPTPL nama emel dan hantar ke 013-2433677/017-3993034 atau 016-6308966.