Berbuka Puasa 2013 di Hotel Sunway Resort & Spa serta Hotel Pyramid Tower

Bertemakan Hidangan Antarabangsa di Fuzion dan Cita Rasa Muhibah di Atrium Cafe, Hotel Sunway Resort & Spa serta Hotel Pyramid Tower sekali lagi membariskan lebih 300 menu berbuka puasa tahun ini.

Fuzion di Hotel Sunway Resort & Spa manakala Atrium Cafe di Hotel Pyramid Tower menyajikan pelbagai menu kegemaran ramai daripada salad, sup, pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut.

Bufet Ramadan dibuka mulai Isnin 8 Julai hingga 7 Ogos 2013.

Jenis minuman disediakan termasuklah air tebu, air selasih, air Bandung, air soya dan jus buahan. Semua salad disediakan segar termasuklah juga ulaman, rojak pasembor, kerabu betik udang kepai dan kerabu daging. Di samping itu ada tom yam udang galah, sup kambing Malbari, sup barli panggang berkrim dan sup cendawan berkrim.



Bufet termasuk hidangan A La Minute daripada stesen masak terus seperti Grilled Lamb Chop dengan jus Rosemary, pan-seared beef fillet dengan tomato salsa dan kentang kukus bawang dan herba. Pizza dan pasta juga dibuat mengikut permintaan.

Di ruang barbeku menyediakan seekor kambing panggang ala Maghribi, daging bakar, ikan sumbat inti kelapa, satay ayam dan daging, kambing panggang dengan jus Rosemary dan sos Surabaya.

Menu tempatan terdiri daripada nasi lemak kukus, nasi minyak, nasi briyani gam, lemang bakar, ketupat daun palas, gulai kawah, serunding ayam dan serunding daging dengan kuah kacang.

Menariknya, pengunjung berpeluang menikmati keenakan masakan pemenang anugerah Asia Barat iaitu Chef Khder Al Issa daripada Turki yang memasak Kumpir (kentang bakar), Kagitta Levrek Bugulama (ikan siakap stim), Uskumru Yahnisi (stew Mackarel kulit kayu manis), Istanbul Pilavi (pilaf ayam Istanbul), Kuzu Etli Taze Fasulye (kambing dengan kacang) dan hidangan pencuci mulut daripada Lorlu Baklava (Ricotta Baklava) hingga Zerde (puding safron) dan Peynirli Irmik Helvasi - Gaziantep (semolina Helva dengan keju).

Kuih muih Melayu tidak ketinggalan seperti tapai ubi, tapai pulut, kuih wajik, apam kelapa, pulut inti kelapa, kuih bahulu, kuih tiram dan dodol, manakala pemanis mulut ala Barat adalah seperti puding roti dan mentega, cucuran coklat dengan strawberi segar dan marshmallow, kek, tart lemon meringue, tiramisu, creme brulee, buahan, aiskrim, kek dan biskut.

Hidangan tradisional

Muhibba Delights di Atrium Cafe membariskan hidangan tradisional Malaysia dan Pan Asian antaranya gulai itik pisang muda, gulai kepala ikan Salmon dengan bunga kantan, gulai ayam nangka muda, gulai ikan tongkol Terengganu dan gulai ketam daun kaduk.

Menu lain adalah kambing masak kari darat, udang harimau masak serai, labu masak lemak dengan pucuk manis, siput sedut lemak cili padi, burung puyuh mayang sari, ikan siakap masak garam asam, kambing dalca dan kupang masak masam manis dihidang bersama nasi pelangi, nasi padang, nasi kuning limau purut, nasi briyani kambing dan nasi kukus.

Atrium Cafe tidak ketinggalan menyediakan bubur kacang merah, som-som, pengat pisang, buah Melaka, akok Kelantan, kuih loyang, kuih peneram, kuih bahulu, kuih suji, kuih pulut beras, kuih keria, lepat ubi dan dodol, kek black forest, krim karamel kelapa, petit pot with sour cherry, chocolate berry gateaux dan ginger mango brulee.

Bufet Ramadan di Fuzion dibuka dari 8 Julai hingga 7 Ogos mulai jam 6 petang hingga 10.30 malam berharga RM128++ dewasa dan RM64++ kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun. Bufet di Atrium Cafe berharga RM98++ dewasa dan RM49++ kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun dari jam 6 petang hingga 10.30 malam setiap hari.

Hotel juga menyediakan kemudahan tempat bersolat berasingan bagi lelaki dan wanita. Untuk tempahan sila hubungi 03-74951888, e-mel dinesrhs@sunwayhotels.com atau layari laman web hotel di kualalumpur.sunwayhotels.com


* Lokasi: Hotel Sunway Resort & Spa serta Hotel Pyramid Tower

* Bufet Ramadan dibuka mulai Isnin 8 Julai hingga 7 Ogos.

* Untuk tempahan hubungi 03-74951888, e-mel: dinesrhs@sunwayhotels.com

Laman web: kualalumpur.sunwayhotels.com