My SS Beauty: Peluang kurus secara percuma

My SS Beauty Sdn Bhd, syarikat tempatan yang menawarkan produk kesihatan jenama Trimbionic memberi peluang kepada 100 individu pertama yang ingin menurunkan berat badan secara percuma.

Pengarah Urusannya Susan Suria Ibrahim berkata, pihaknya akan menaja bekalan produk untuk penggunaan tiga bulan kepada mereka yang berhasrat menurunkan berat badan tanpa perlu menjalani diet yang ketat.

"Melalui penggunaan produk ini, pengguna masih boleh mengamalkan cara pemakanan seperti biasa dan tidak perlu mengamalkan jadual diet yang ketat.

"Ini kerana produk ini yang dihasilkan menggunakan teknologi Nano dapat membantu pembakaran lemak melalui proses perkumuhan," katanya kepada Bisnes Metro di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, melalui program dijalankan itu, pihaknya akan memberikan enam botol Trimbionic untuk kegunaan selama tiga bulan kepada setiap peserta dan perkembangan serta perubahan yang berlaku akan direkodkan.

"Program ini dijalankan sebagai satu usaha kami untuk membantu mereka yang mengalami masalah mendapatkan berat ideal kerana kami percaya banyak produk pelangsingan badan di pasaran tidak memberi kesan sebagaimana diinginkan," katanya.

Susan berkata, walaupun sedang berpuasa, pengambilan produk itu tidak akan menjejaskan kesihatan pengguna malah membantu proses penurunan berat badan dengan lebih cepat.

"Pengguna hanya perlu mengambil satu biji Trimbionic dua jam selepas berbuka puasa dan amalkan minum air dengan banyak untuk mengelak rasa dahaga pada siang hari," katanya.

Menurutnya, mereka yang berminat menyertai program itu boleh melayari laman facebook MY SS Beauty.

URL: https://www.facebook.com/pages/MY-SS-Beauty/381648555277879