Some Day I'll Find You - Richard Madeley
Novel Some Day I'll Find You nyata bacaan penuh emosi yang menyelitkan pengajaran hidup penuh mendalam.
Sebagai ketua keluarga, Oliver, peguam dengan reputasi tinggi, berjaya mengharungi keperitan Perang Dunia Pertama dan bimbang anak lelaki tunggalnya mengikut jejak langkahnya dalam bidang ketenteraan.
Anak lelakinya, John adalah juruterbang pesawat perang manakala anak perempuannya, Diana, masih belajar di Cambridge.
Di saat Oliver dan isterinya, Gwen, mengharapkan yang terbaik untuk si anak, John kemudian terbabit dalam skuad pertahanan menentang penjajahan Nazi. Apabila berkesempatan, John akan pulang bertemu keluarganya meskipun hanya seketika.
John tidak ketinggalan membawa pulang rakan sepasukannya, James Blackwell yang berjaya menambat hati Diana. Pada luarannya, James ibarat wira kacak bagi Diana tapi sebaliknya lelaki itu menyusun plot untuk membolot harta Oliver dengan mengahwini Diana.
Kala perang makin berlanjutan, John dan James dihantar bertugas dan apabila tragedi menimpa, Diana yang hamil hampir hilang arah dengan gelaran balu yang diterimanya.
Masa berputar 10 tahun selepas itu, di mana Diana berkahwin semula dan tinggal di selatan Perancis bersama suami baru, Douglas dan anaknya, Stella. Hidup Diana dipenuhi dengan kelas bahasa Perancis dan gaya mewah yang ditawarkan Douglas.
Namun, kebahagiaan yang dikecapinya itu tiba-tiba digugat dengan pendedahan dramatik yang membuatkan Diana, Stella dan Douglas dalam bahaya.
Nyata naskhah pertama Madeley ini penuh dengan babak mengejutkan, selain kombinasi emosi yang ditambah penceritaan segar walaupun ada beberapa plot agak berat hingga penulis mengambil masa untuk memahami situasinya.
Novel Some Day I'll Find You ini adalah kisah penuh cinta, tragedi, pengkhianatan dan debaran. Dengan beberapa aspek menarik sepanjang penceritaan, nukilan ini akan membuatkan pembaca teruja untuk mengetahui penamatnya.
Judul: Some Day I'll Find You
Penulis: Richard Madeley
Penerbit: Simon & Schuster Ltd
Harga: RM39.90