CIMB Bank melancarkan kad kredit terbarunya, CIMB Cash Rebate Platinum MasterCard yang memberikan ganjaran membeli-belah dalam talian kepada pemegangnya serta program rebat tunai untuk pembelian runcit lain.
Selain menikmati rebat dua peratus untuk barangan keperluan, petrol, bil utiliti dan telefon bimbit, pemegang kad itu juga berpeluang mendapatkan pulangan semula tunai lima peratus menerusi perbelanjaan dalam talian dan diskaun sehingga 25 peratus apabila berbelanja di peruncit dan kedai dalam talian.
Sebagai tawaran pengenalan, bermula dari sekarang hingga Disember depan, pemegang kad itu juga akan menikmati rebat 20 peratus untuk pembelian tiket penerbangan, muzik di iTunes dan Google Play, filem dan aplikasi serta tiket wayang GSC yang dibeli secara dalam talian.
Timbalan Ketua Eksekutif Kumpulan dan Ketua Perbankan Pengguna CIMB Bank, Renzo Viegas, berkata pihaknya mahu memberi penyelesaian pembayaran yang mudah kepada pemegang kadnya apabila berbelanja dalam talian.
Katanya, kad baru itu juga akan menawarkan pelbagai ganjaran dan penjimatan apabila pengguna berbelanja dalam talian serta perbelanjaan harian lain.
"Kajian menunjukkan terdapat sebahagian pemegang kad kredit lebih berminat kepada rebat tunai dan diskaun produk, justeru kad kredit ini direka bagi tujuan sedemikian.
"Bukan saja syarikat menawarkan rebat tunai yang terbaik untuk pemegang kad, tapi turut bekerjasama dengan rakan niaga, restoran dan kedai serbaneka untuk mendapatkan diskaun yang hanya boleh didapati dalam CIMB Cash Rebate Platinum MasterCard saja," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur semalam.
Viegas berkata, Malaysia adalah negara ketujuh paling aktif di Asia dalam melakukan transaksi beli belah dalam talian menurut Indeks AT Kearney 2012 e-Commerce.
Katanya, tinjauan untuk pasaran dalam talian juga dilihat cerah dengan jumlah urus niaga dalam talian di Malaysia dijangka melonjak melepasi RM1.9 bilion menjelang 2016, dua kali ganda daripada RM842 juta yang dicatatkan pada 2011 menurut Euromonitor International.
"Pelancongan ketika ini adalah segmen yang sedang berkembang pesat dan kad kredit ini menawarkan ganjaran lebih besar apabila memberi 20 peratus diskaun tambahan untuk tempahan tiket penerbangan dalam talian.
"Di samping ganjaran dan diskaun, CIMB Cash Rebate Platinum MasterCard turut menawarkan 10 peratus pulangan semula tunai ke atas faedah bulanan yang dibayar ke atas baki tertunggak, dengan syarat bayaran itu dibuat mengikut jadual ditetapkan selain ia juga antara tertinggi di pasaran," katanya.
Find out more here : http:// www.cimbbank.com.my/ creditcard/ index.php?ch=cc&pg=cc_lu&ac =17

Find out more here : http://