Bufet Berbuka Puasa @ Hotel Berjaya Times Square, KL (Bufet Ramadan di Hati 2013)

Bufet Ramadan di Hati, Hotel Berjaya Times Square

Bufet ini ditawarkan pada harga RM98++ (dewasa) dan RM49++ (kanakkanak).

Selain itu, pihak hotel turut menawarkan Pakej Mesyuarat Ramadan berharga RM100 bagi setengah hari hingga RM125 (satu hari). Pakej termasuk penggunaan projektor, kemudahan internet dan makanan ringan serta baucar makan malam.

Turut disediakan bilik solat bagi kemudahan pengguna. Maklumat lanjut mengenai tempahan, hubungi 03-2117800.


Hotel Berjaya Times Square

- Lokasi: 1 Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur

- Laman web: www.berjayahotel.com

Menjanjikan beraneka juadah berbuka puasa yang istimewa dan lazat kepada pelanggannya, Hotel Berjaya Times Square menyajikan sehingga 200 menu hidangan berkonsepkan `Ramadan di Hati'.

Sepanjang Ramadan ini, keenakan menu sajian khas yang menyelerakan bagi santapan pengunjung berbuka puasa itu disediakan bersama Chef Yussof Hamid dan Chef de Cuisine, Chef Mazlee Abdul Rahman.

Antara menu berkonsepkan kampung disediakan termasuk ayam goreng berempah, daging gulai kawah, telur itik masak lemak, kepah masak lada hitam, sayur goreng jawa, ikan bakar, ikan kerapu masak pedas, gulai ikan talang dan nanas, asam pedas ikan pari, udang panggang percik dan aneka pilihan kuihmuih tempatan.

Setiap hidangan yang disediakan adalah resipi warisan selain menggunakan pelbagai rencah rempah ratus yang selalu digunakan di kampung.

Tidak ketinggalan, bagi penggemar sajian masakan dari Thailand, India, China dan Timur Tengah juga boleh menikmati hidangan berkenaan di barisan bufet yang pasti membangkitkan selera pengunjung.

Terletak di tingkat 14, Restoran Big Apple turut menawarkan pemandangan menarik sekitar Bukit Bintang kepada pengunjung sambil menikmati juadah berbuka puasa dengan pelbagai menu berbeza setiap hari bagi memberikan kelainan dalam menu disediakan.